8 Teknik Bagaimana Untuk Dapatkan CTR Tinggi
CTR? What is that?
CTR, Click Through Rate adalah satu indeks bacaan pada FB Ads manager yang mana ianya memberi ukuran akan keberkesanan iklan yang dibuat dalam mendapatkan klik terhadap iklan yang dipaparkan.
Formulanya, adalah..
CTR = (Jumlah klik / jumlah impression) %
Lihat contoh kiraan di bawah:
Iklan 3 – Jumlah impression 33, 695, jumlah klik 1412
CTR nya adalah, CTR = (1412/33,695) X 100%
= 4.191%
#Kenapa kita perlu dapatkan CTR yang tinggi?
Sebagai pengiklan, kita perlu dapatkan CTR yang tinggi kerana:
-
CTR tinggi menunjukkan iklan kita adalah berkesan untuk menarik perhatian audiens. Iklan yang berkesan, dapat menghasilkan jumlah klik yang tinggi.
-
CTR tinggi dapat hasilkan iklan yang berjalan laju, yang mana jumlah reach (jumlah audiens yang melihat iklan) dapat ditingkatkan dengan lebih pantas. Lebih ramai yang melihat iklan anda, lebih tinggi potensi keuntungan jualan anda.
-
CTR tinggi membantu anda mendapatkan kos iklan yang lebih murah.
Anda pasti inginkan CTR yang tinggi dari iklan yang anda jalankan bukan? Disini saya ingin kongsikan bagaimana untuk dapatkan CTR yang tinggi bagi iklan anda.
#Teknik 1: Gunakan Page Post Ads/Promote Post Ads
Ya, gunakan iklan jenis ini. Iklan jenis ini membantu anda untuk dapatkan CTR yang tinggi. Ianya agak berbeza bagi iklan jenis “new ads”. CTR yang diperolehi adalah tinggi kerana gambar yang dipaparkan adalah lebih besar berbanding iklan biasa (new ads). Manakala iklan jenis promoted post, ianya dipaparkan di newsfeed audien, dan sudah pasti paparannya adalah yang terbesar, paling jelas. Maka sebab itulah CTR nya adalah tinggi.
#Teknik 2: Gunakan Bid Type, CPC
CPC (cost per click), adalah yang paling sesuai untuk dapatkan CTR yang tinggi sekiranya anda menjalankan iklan new ads ataupun page post ads (iklan ini muncul di sidebar kanan akaun FB audien). Jika dibandingkan dengan penggunaan CPM atau autoCPM, penggunaan CPC adalah lebih efektif untuk hasilkan CTR yang tinggi. Berbanding pula dengan CPM, penggunaan CPM memang agak berisiko, di mana anda boleh mencapai audiens yang besar dalam masa yang singkat, tapi kadar klik adalah rendah, seterusnya menghasilkan CTR yang rendah.
#Teknik 3: Gunakan Gambar Iklan Yang Jelas, Relevan & Menarik Perhatian
Sudah pasti penggunaan gambar iklan yang jelas, relevan dan menarik perhatian mampu membantu anda mendapatkan perhatian audiens dengan lebih mudah. Dan seterusnya, ayat iklan yang berkaitan mampu menarik audien untuk klik pada iklan anda. Seterusnya, ini akan menyumbang kepada peningkatan nilai CTR iklan tersebut. Ada sumber berkata, gambar iklan menyumbangkan hampir 70% kepada klik yang diperolehi.
#Teknik 4: Pilih Targetted Audience
Dengan memilih audien yang lebih spesifik, lebih relevan, iaitu dari segi umur, jantina, lokasi, minat audiens, CTR yang dihasilkan mampu mencapai nilai yang sangat tinggi. Lebih kecil target anda, lebih tinggi potensi CTR yang bakal anda perolehi. Oleh itu, cuba kaji prospek audiens anda sedalam-dalamnya. Data-data ini boleh diperolehi dari google trends, yahoo clues, fanpage insight dan lain-lain, termasuk database offline yang pernah anda rekod.
#Teknik 5: Pilih Newsfeed Mobile
Dengan FB Ads, anda boleh memilih samada audiens anda boleh melihat iklan anda di dekstop dan juga mobile. Jika anda memilih audien sasaran anda hanya pada mobile sahaja, kadar CTR memang lebih tinggi. Ini kerana pengguna smartphone/mobile yang melayari facebook adalah lebih tinggi berbanding pengguna yang melayari FB melalui dekstop. Almaklumlah, smartphone duduknya dalam poket, desktop di rumah.:-)
Nota: Fungsi ini hanya boleh digunakan melalui Power Editor.
#Teknik 6: Audien, Promot Kepada Fans Sahaja!
Ya, jika anda promosikan iklan anda hanya kepada fans anda sahaja, CTR yang diperolehi memang tinggi. Ini kerana mereka telah kenali fanpage anda. Dan apabila mereka melihat iklan anda, pasti mereka kenalinya dan seterusnya klik iklan tersebut. Promosi kepada mereka yang dah kenal anda memang mudah:-) Iklan offer adalah sangat sesuai digunakan bagi teknik ini.
#Teknik 7: Sponsored Story
Apabila anda membina iklan, fungsi ni akan dipaparkan bersama dengan iklan anda sekiranya anda tak “remove” kannya. Iklan ini akan memaparkan aktiviti yang dilakukan oleh fans anda di post tersebut. Jadi, audiens sasaran kita yang melihat iklan ini berpotensi untuk melihat nama rakan mereka pada iklan tersebut. Ini menimbulkan rasa ingin tahu mereka untuk klik iklan.
#Teknik 8: Guna Video
Penggunaan video memberikan impak tinggi dalam pengiklanan anda. CTR yang dihasilkan adalah tinggi kerana “play button” yang dipaparkan pada gambar iklan. Anda boleh mencubanya:-) Apa yang penting, elakkan gunakan url youtube untuk promo menggunakan video. Gunakan video dengan meng “upload” nya sendiri ke post fanpage anda.
Kesimpulannya – CTR memang sangat penting dalam kempen pengiklanan FB Ads. Ianya menentukan keberkesanan iklan yang dijalankan. CTR yang tinggi membantu jimatkan kos iklan, percepatkan iklan sampai kepada audiens sasaran. Tapi anda perlu ingat, CTR tinggi bukanlah penentu kejayaan iklan anda. Kejayaan utama untuk iklan FB anda adalah – KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI.
ps – Jemput share jika bermanfaat..Dan jemput komen.
Terbaik lah info ni. Terima kasih Sifu!
Saya bisa mendapatkan CTR 139% di Facebook Ads.
Silakan cek artikel saya http://produkimindo.com/social-media/tips-mendapatkan-ctr-139-di-facebook-ads/
lho,terbaik sih….akan saya praktikkan nanti….
tq sifu 🙂
Terima kasih… bertambah lagi ilmu…
Ikut kajian options get offer 48x lebih viral… mengapa? Seperti tuan kata, fan yang mengenali page kita akan mudah respon…
Betul, betul, betul (mcm upin dan ipin)
Ilmu bermanfaat..saya mula teruja.
Salam tuan, nak tye…sy br jek set up page utk biz. Br ada 25 like…Ape perlu sy buat ye? Sesuai x sy guna iklan jenis ni? sy try guna iklan type ‘get more likes’ dlm 2 hari lepas..tp xberapa respons sgt…ape nasihat tuan supaya sy dpt sales yg tinggi? Sy buntu ape yg patut sy buat sekarang..
Tumpu pada sale. Tak perlu tumpu pada like page. Fokus perlu jelas
Hensem jejaka dalam teknik Number 5… heheheh
haha gambar tuan ada la
terima kasih banyak2 untuk ilmu yg sgt2 brmanfaat ne..tp sye ad masalah ckt dgn f.page sye…sye bru set up f.page bru untuk biz sye..n dh try guna teknik fb ads,dh 2 hri,tp msih blum ad respons..mcm mane nk buat ye sifu?
kena tgk data-data berkaitan ads.. rujuk full report di ads manager..berapa reach, ctr, klik etc..
perlu juga tgk gambar ads & ayat copywritting
–admin–
terima kasih atas perkongsian YBhg Tuan.. semga lebih banyak perkongsian dapat dimuatkan. terima kasih terima, kasih terima kasih
As salam, encik sifu,baru2 nie sy ada buat fb ads,sy melaburkan modal iklan sebanyak rm20 sy pilih max bid rm0.10 per click, dlm masa sehari,iklan sy menelan kos rm7.80 ,sy terkejut ,dan siasat,rupanya dia kenakan rm4.46 cost per likes ,sy konfius.harap encik sifu dapat bantu sy untk memahami masalah ini,tq
Wassalam.
Mahal tu cost per like. Standard Sifu FB Ads cost per like bwh RM 0.15..dpt lagi murah, lagi bagus..
Boleh kongsikan data2 utk ads tersebut ?
–admin–
nice share, thanks
sukenye banyak ilmu kat sini
kalau nak elak guna url youtube,nak pakai aper ekk???lagi pun bukan sumer advertiser ader handycam atau smartphone????ker url youtube tuh di pendekkan guna tiny url atau bitly???????
Download video tersebut menggunakan internet download manager atau software download video..Pas tu upload di page FB anda..
–admin–
tq sifu 🙂
私はあなたの必要性あなたが私のサイトを訪問するより多くのクッションカバー場合のクッションカバーは、家の装飾で見栄えのために非常に重要なことだと思い、あなたのサイトを見ました。 ありがとう。
terbaikla tuan info ni
TQ kerana saya applikasikannya…
macam mana dengan page saya yang kurang like?
Entri yang berinfomatif. terima kasih.
info yang bagus….sy akan praktikkan
Tq mat berguna kepada saya yg baru nk berlajar
Terima kasih atas perkongsian. Lebih faham ttg CTR.
Semoga ilmu Tuan bertambah-tambah. aminn
tq sifu…sya akn cuba praktikan ilmu yg dikongsi dsini…terbAIK.
Alhamdulillah… terima kasih pada yang buat page ni…semoga anda dimurahkan rezeki.. selama ni x tau pun apa benda semua tu.. yg tau buat boost post je.. lain2 x tau benda.. bila baca page ni dpt gak ilmu dan pencerahan sikit.. masih lagi bnyak yang nak kena bljr.. terima kasih sekali lagi…
assalam, sy ade masalah apabila nk pembayaran pd promosi fb ads. sy br dlm biznes ni.. jd tak pandai sgt nk buat pembayaran coz dia mintak no kad dan sebagainya. klu ade contoh blh tolong tunjukkan.
Tq for sharing…masih banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari..
Tq for sharing. Masih banyak lagi Ilmu yang perlu saya pelajari tentang fb ads..
Salam… terima kasih dgn perkongsian ini. ada tak tuan buat buku yang ajar buat pages secara details, langkah2 dari awal sampai habis? saya masih baru, masi kosong, tak tahu nak buat apa.. terima kasih
salam silaturrahim sifu.tq share ilmu yang sangat baik.sebelum ni tak minat pada fb marketing.personal account fb pun tak ada smpi sekarang.tapi sekarang bila da banyak baca ilmu yang tuan jamal beri.saya da memang minat untuk belajar fb marketing.tq tuan jamal
Ilmu yg sangat bermanfaat tentang CPC. Sebelum in iklan saga kena 0.18 per like.Mahal tu.
Tq Sifu.
http://www.duniatraveling.co.id
Your best Traveling Solution
Awesome info! Masa kelas Sifu yg tu hari saya hadiri tu tak berapa dapat tangkap….yg ini clear.Terimakasih bebanyak Sifu!
terbaikkkk sifu..sgt bermanfaat ilmu yg sifu kongsikan..insyaallah saya akan hadir kelas advance sifu nnti
Terima kasih mas untuk infonya
Belum pernah nyoba, namun menarik untuk di coba. Terima kasih ilmunya…