9 Top Digital Marketing Trend 2018 – Khas untuk Usahawan Malaysia

Pejam celik, pejam celik, kita dah masuk hampir separuh bulan Mac 2018. Cepat betul masa berlalu kan?

Macam mana dengan progress bisnes anda setakat ni? Sifufbads doakan bisnes anda makin mencanak2 naik tahun ni, walaupun dengan cabaran yg semakin sengit dan makin ‘menggigit’ sekarang ni. Tapi kalau kena caranya, insyaAllah bisnes anda mampu bertahan dan terus berkembang biak…

Salah satu caranya adalah dengan sentiasa update ilmu, dan juga trend digital marketing yang terkini.

Jap..anda semua tahu x apa dia trend digital marketing yang terbaru? Ke masih guna taktik dan teknik yg sama cam tahun2 sebelum ni?

Hmm…

Ok2 camni, apa kata korang jgn buang masa, dan jom terus baca 9 TREND DIGITAL MARKETING yang Sifufbads share kan khas utk anda usahawan2 di Malaysia khatamkan..

TREND #1: MOBILFICATION

Tidak dinafikan, sekarang adalah era di mana segalanya di hujung jari anda. Lebih tepat lagi, di mobile phone anda. Samada untuk mencari maklumat, shopping, bersosial..segalanya lebih banyak dilakukan di smartphone kita..

That’s why, bisnes kita juga perlu mengambil kira faktor ‘mobilfication’ ini.

Apa dia mobilfication?

Actually benda ni dah lama disebutkan, iaitu me-mobile-kan bisnes anda. Maknanya, bisnes anda bukan hanya sekadar di satu platform mobile sahaja. Bukan hanya di satu2 media sosial sahaja.

Kalau bisnes anda dah ada FB, so kena tambah channel lain gak spt IG, Youtube, Twitter…

Kalau ada web/blog, kena pastikan ianya mesra mobile. Supaya selesa dan senang org utk access maklumat di web anda itu..

Jika berkesempatan, cuba juga wujudkan Apps untuk bisnes. Apps adalah antara cara terbaik utk pastikan bisnes anda lebih lebih trusted, nampak lebih professional, dan lebih ke depan berbanding pesaing lain.

Mobilfication dah disebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun kalau kita sekadar dengar je tanpa bertindak, apa gunanya? Betul?

TREND #2: CHATBOTS

Pernah tak anda PM inbox mana2 page, kemudian mereka reply cepat giler? Siap dengan pilihan jawapan lagi? Sampai anda rasa wow dan kagum? Tertanya2 apa dorang guna? Ada jumpa?

Haaa kalau ada, berkemungkinan mereka gunakan satu software yg dipanggil sebagai chatbots!

Chatbots ni satu software khas yg dah semakin meluas digunakan oleh brand2 international sejak beberapa tahun kebelakngan ni..

Dan sekarang, software ni sudah mula mendapat perhatian ramai usahawan di Malaysia..

Apa dia chatbots?

Chatbots – satu software yang boleh dipasang pada FB messenger, blog, website. Digunakan utk membantu owner page/blog/web me-reply PM daripada prospek dengan lebih cepat dan berkesan.

Respon yg pantas, dan straight to the point biasanya membantu dalam meningkatkan closing.

Namun, setting chatbots ni pun ada seninya.

Kalau ayat yg anda gunakan tu pun mcm robot, org pun akan rasa xselesa berurusan dgn anda. Mereka akan tau yg mereka sebenarnya tgh deal dgn ‘robot’, bukan org sebenar..

Jadi penting utk anda yg menggunakan chatbots, setting-kan ayat2 reply tersebut seolah2 anda sedang berinteraksi depan mata dengan mereka. Kalau boleh, biarkan sehingga mereka tak rasa bahawa yg sedang reply mereka adalah ‘robot’.

Tips simple utk gunakan chatbots supaya x bunyi macam robot – gunakan audience language. Hee…

P/S: Anda pernah guna chatbots? Cer share chatbots apa yg pernah anda gunakan..

TREND #3: ENGAGEMENT MARKETING

Engagement marketing adalah satu strategi pemasaran yg melibatkan ‘perhubungan secara terus’ atau bahasa org kampung saya, ‘direct contact’ dengan prospek atau customer.

Boleh kata ianya juga melibatkan pengalaman yg dilalui bila mereka ’berurusan’ dengan sesuatu brand/bisnes tersebut..

“Tapi Sifufbads, kalau pengalaman secara terus tu maksudnya bila face-to-face la kan? Atau pengalaman masa mereka di kedai kita..Dalam dunia online, mcm mana plak tu?”

Dalam konteks online, pengalaman tu adalah pengalaman bila mereka berhubung dengan kita samada melalui media sosial, emel, blog dll..

Sebagai contoh..

Pengalaman yg mereka lalui bila mereka komen posting FB atau IG kita, PM inbox kita, cara kita layan mereka di whatsapp, ayat follow-up kita di emel..

Itu semua adalah contoh ‘engagement’ yang boleh berlaku di dunia online.

Lebih baik layanan kita secara online, lebih cepat mereka rasa selesa dan percaya pada kita. Lebih tinggi kepercayaan mereka, lebih mudah utk kita convert mereka menjadi buyer.

Kalau anda di tempat prospek, apa perasaan anda bila brand yg anda hubungi itu layan anda dengan baik; reply mesej anda dengan mesra, balas whatsapp anda dengan pantas,  sebut nama anda dalam sesi LIVE, reply seolah2 anda sedang berbual2 face-to-face dengan mereka..

Seronok kan? Rasa selesa kan? Itulah contoh Engagement Marketing yang perlu anda lakukan..

P/S: Satu lagi contoh Engagement Marketing yg boleh anda gunapakai adalah dengan mewujudkan channel khas Telegram utk fans, followers, prospek mahupun customer anda. Kat situ anda boleh lah update tips, info terkini, offer2 terbaru ke..jap, Channel Telegram Sifufbads korang dah join blom? Kalau blom klik sini cepat!

TREND #4: REVIEWS

Menurut kajian yg dikeluarkan oleh Google, didapati 60% rakyat Malaysia menggunakan Search Engine utk membantu mereka mendapatkan lebih banyak maklumat sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Dan daripada jumlah itu, 25% daripada mereka membuat keputusan untuk membeli selepas melihat feedback dan review dari pengguna lain.

Itulah trend digital marketing yg ke-4: Review pengguna.

Hari ni kalau anda ada produk hebat yg suppaa powwa sekalipun, sgt berisiko kalau anda tidak dapatkan review dari pengguna2 tersebut.

Sebab apa?

Percayalah, kesedaran org ramai(termasuk kita) terhadap penipuan, barang ciplak, barang x berkualiti, scammer, dah semakin tinggi. Orang ramai semakin berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk membeli. Setuju?

That’s why penting utk anda kumpulkan review!

“Ok Sifufbads..skrg ni ada banyak jenis review. Ada percuma, ada berbayar. Yg mana satu lagi power?”

Ok mcm ni..

Priority utama – Sebaiknya dapatkan review yg asli, daripada pengguna yg betul2 perlukan produk anda. Yg nampak perubahan selepas mereka gunakan produk anda.

Priority kedua – daripada org ber ‘authority’, contohnya pakar2 yg berkaitan, pengesahan dari Jabatan2 yg berkenaan dan yg sewaktu dengannya..

Yg seterusnya, barulah guna yg jenis Paid Review atau Swap Review..

“One more questions..review ni dalam bentuk mcm mana yg bagus? Yg jenis prinstcreen atau video?”

Jawapannya, dua2 boleh..cuma cadangan saya, bukan setakat pelbagaikan bentuk review, tetapi juga platform review tersebut..ada yg jenis review di media social, ada yg review di blog mereka masing2, ada yg kita upload sendiri di web atau blog kita sendiri…

“Ok last question utk topik review ni..kalau produk saya masih baru? Xde pengguna lagi? Mcm mana plak tu?”

Simple. Berikan dulu secara PERCUMA kepada mereka yg benar2 memerlukan. Mungkin dalam bentuk set mini, sample percuma, tester..berikan dulu secara PERCUMA, kemudian pastikan anda layan mereka dengan baik, dan follow-up semula utk dapatkan feedback. Kalau produk2 anda benar2 berkesan, berkemungkinan besar mereka akan buat pembelian pula selepas itu. Betul?

TREND #5: VIDEO MARKETING

Perasan tak? Sekarang ni, banyak video2 viral yg lalu kat newsfeed kita? Ada yg berbentuk story, ada yg berbentuk funny, ada yg funny x jadi (oppss, hee)..yg mana di hujung video, memaparkan produk/servis tertentu sebagai ‘hero’ dalam story tu..

Perasan kan? Banyak kali jumpa kan?

Haaa..itulah trend digital marketing yg seterusnya – VIDEO MARKETING!

Tapi oppssss! Jgn salah faham. Video marketing BUKANLAH video2 viral tu.

Actually, video2 viral tu, adalah SALAH SATU daripada contoh Video Marketing.

Contoh2 lain Video Marketing adalah yg berbentuk iklan komersial, content marketing(yg ni kita sentuh secara details dalam trend #9), demo, tutorial, aktiviti harian, sharing tips, LIVE, dan macam2 lagi..

Dan yg lagi best lagi, video2 marketing ni boleh digunakan di pelbagai platform.

Bleh guna utk post di FB, IG, blog, dan of course – Youtube.

Macam Sifufbads sendiri, kita ada Channel khas Youtube yg mengumpulkan koleksi video2 testimoni, tips, sharing, inspirasi dan macam2 lagi..

Korang dah subscribe lom channel Youtube Sifufbads ni? —> Klik sini utk SUBSCRIBE skrg!

TREND #6: LIVE MARKETING

Cuba jawab dengan jujur sejujurnya..siapa fans Sifufbads, yg tengah baca artikel ni, masih belum pernah buat LIVE walau sekalipun?

Haaa..siapa yg masih belum buat tu, ni Sifufbads pesan..’BERTAUBATLAH’! Hee…

Tapi kalau x buat, bukanlah maknanya berdosa(karang ada pulak yg cakap Sifufbads ni sesat, ish3..)

Maksud kami, siapa yg belum pernah buat LIVE, cuba2 lah beranikan diri utk buat LIVE tu..

Ingat media sosial ni semua saja2 je ke wujudkan function LIVE tu? Itu sebenarnya sebahagian daripada cara utk kita tingkatkan Engagement Marketing(siapa x ingat, tengok balik trend #3)

Dengan LIVE,

…engagement tu nampak lebih real

…audien boleh berkomunikasi secara terus dgn ‘brand’ tersebut

…relatonship audiens dgn brand semakin rapat

…trust makin tinggi

…conversion makin jadi lebih mudah

Now..berikan saya satu sebab kenapa anda masih x buat2 LIVE lagi??

TREND #7: STORY

Ok ni trend baru. Fresh dari ladang. Ramai dah guna tapi kebanyakannya utk tujuan personal shj.

Story – function yg ada di bahagian atas FB atau IG kita tu. Yg mana kita boleh lihat update terkini dari rakan2 atau brand2 yg kita follow, setiap hari.

Biasanya story ni org gunakan utk update status atau aktiviti terkini mereka. Content nya biasanya pendek, simple, dan santai sahaja. Dan ianya hanya available dalam masa 24 jam sahaja.

Satu kelebihan yg Sifufbads nampak pada Story ni adalah ianya membantu dari segi Brand Awareness!

Ye btol, Brand Awareness..

Percaya atau tidak, ramai pengguna media sosial hari ni(terutama golongan millenial) sgt suka layan Story tu.  Mereka nak tau apa perkembangan terkini individu atau brand yg mereka follow tu. Apatah lagi dgn tempoh 24 jam itu, mereka seolah-olah ada satu ‘urgency’ utk melihat update tersebut, kalau x mereka mungkin akan terlepas update yg menarik..

Mereka hanya klik, dan skrol satu persatu Story yg ada di media sosial mereka. Ianya lebih cepat dan mudah berbanding post yg lalu di newsfeed mereka.

One more thing about Story is..anda boleh update banyak2 Story dalam jarak masa yg dekat, tanpa buatkan org rasa meluat dgn apa yg anda update..

Perkara ni berbeza kalau kita update status di wall FB kita. Banyak sgt post dalam masa yg singkat, akan buatkan org rasa ‘annoying’ dgn anda..tapi di Story tidak begitu. Update lah Story anda berapa banyak status pun..buat masa ini, org belum rasa annoying dgn Story yg banyak.. 🙂

TREND #8: OMNICHANNEL MARKETING

Ingat fakta yg saya share dalam TREND #4 tadi? 60% rakyat Malaysia menggunakan Search ENgine utk dapatkan lebih maklumat sebelum membuat keputusan membeli?

Ok sekarang bayangkan..

Audiens nampak iklan anda di media sosial(samada percuma mahupun berbayar). Untuk dapatkan lebih kepastian, audiens ni akan pergi ke Google utk dapatkan lebih banyak tentang produl/servis yg anda iklankan.

Apa jadi bila mereka Google, tidak banyak maklumat atau tiada langsung maklumat yang boleh membantu meyakinkan mereka untuk medapatkan produk anda? Yang ada hanya FB/IG anda itu sahaja..

Apa jadi?

Ya..anda sendiri tahu jawapannya. Keyakinan mereka goyah. Keputusan membeli agak sukar dilakukan. Yg lebih teruk, bila mereka Google produk anda, produk pesaing pula yg banyak di situ..anda pasti tahu apa akan jadi seterusnya…

Disebabkan itulah pentingnya Omnichannel Marketing – mempelbagaikan platform pemasaran anda. Wujudkan produk anda di mana2 sahaja..

Ada di FB, IG, blog, website, emel dan lain-lain.

Lebih banyak channel pemasaran yg anda gunakan, lebih tinggi kebarangkalian utk mereka yakin membeli produk anda selepas melihat iklan yg lalu di newsfeed mereka. Ngerti?

Dah dengar perkongsian dari Sifu Jamal di soundcloud? Jika belum, rasai Sifufbads audio experience di sini. Klik play di bawah.

TREND #9: CONTENT MARKETING

Content marketing adalah apa sahaja posting, samada dalam bentuk video, gambar mahupun teks sahaja, yg relevan dengan bisnes anda, mempunyai value, mampu menyelesaikan masalah audiens, dan di post secara konsisten..itulah Content Marketing.

Hari ni, persaingan terlalu tinggi. Ramai org berniaga produk yg hampir sama dengan kita.

Jadi penting utk kita berikan sebab kenapa prospek perlu follow kita berbanding pesaing lain.

 

Salah satu cara terbaik adalah dengan menggunakan Content Marketing.

Contoh2 content marketing adalah seperti perkongsian berbentuk tips, tutorial, pantang larang, ‘how to’…, ini semua elemen2 yang boleh memberi value pada followers.

Lebih kerap anda post Content Marketing yang bernilai tinggi, lebih tinggi kredibiliti anda, lebih tinggi alasan mereka utk follow anda berbanding pesaing lain.

Bila mereka follow anda, percaya pada anda, nah..proses seterusnya akan menjadi lebih mudah. Proses apa? Closing sale la….

So, inilah dia 9 TREND DIGITAL MARKETING 2018 yang patut usahawan Malaysia take note dan implement dalam bisnes mereka hari ni..

Sekarang nak tanya..antara 9 trend ni mana yg anda dah buat? Mana pulak yg anda rasa x sabar nak start? Cer share

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Imran Bin Adam says:

    Assalamualaikum, saya nak join kelas sifufbads, boleh bagi tarikh yang terdekat

Program @ Sifufbads

01/06/2018
Karnival Karangkraf X Sifufbads 2018
Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam

28/04/2018
Seminar HIIM X Raya 2018
SACC, Shah Alam

31/01/2018
Seminar Chapter C 2018
SACC, Shah Alam

Follow Instagram @sifufbads

  • Dalam bisnes ada masanya untungada masanya rugiTu dah jadi adat
  • Bagi newbie yg baru nk berjinak2 nak buat iklan berbayar
  • Untuk buatkan produk lebih diterima ramaiAnda jual produk melalui MANFAAT
  • Jangan jual produk yg anda minat dan perlukan TAPI jual
  • Mula2 dulu Sifufbads ingatkan founder pada syarikat Faiza ni anak
  • EHHH COMELNYA AIR KOTAK NI!  Ni Kisah hari raya
  • Bila cerita sacrifice niMungkin tajuk ni sesuai founder pada supremeberries
  • Hari ni Sifufbads jelajah bumi Kota Kinabalu dlm seminar TDM
JOM SERTAI PROGRAM THE FOUNDR CHAPTER
JOM SERTAI PROGRAM THE FOUNDR CHAPTER

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Ketahui Rahsia² Dalam THE FOUNDR CHAPTER ini, atau anda terus biarkan bisnes anda nyawa² iklan dan terus TERKUBUR..