AMARAN! JANGAN BUAT FB ADS SELAGI….

preparasi

Terima kasih saya ucapkan kerana setia dan sudi membaca post-post yang saya kongsikan di dalam blog ini.mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa tidak boleh buat Fb Ads….? Ya… Memang TAK BOLEH BUAT dan JANGAN BUAT selagi anda tidak lagi mempunyai item-item di bawah ini ya….

Ada produk

Sebelum membuat Fb Ads pastikan anda mempunyai produk untuk dijual. Tidak kira samada produk sendiri ataupun anda membantu mempromosikan produk orang lain ataupun samada produk fizikal atau produk digital.

Untuk memudahkan anda, SIFUFBADS menetapkan standard di mana dalam pemilihan produk, anda perlulah memilih produk yang mampu mendatangkan keuntungan bersih RM30.00 dan ke atas untuk satu unit produk..! Itu adalah margin yang sebaiknya sebagai permulaan.

Sekiranya produk yang anda pilih itu hanya mampu menghasilkan margin keuntungan bawah RM30.00, ia tidak menjadi masalah sekiranya anda menjual dalam volume atau kuantiti yang banyak ataupun secara bundle seperti menjual kuih raya.

Namun sekiranya pesaing kita menjual lebih murah daripada kita dan margin keuntungan kita juga bawah RM30.00, anda tidak perlu fokus untuk menurunkan harga jualan produk tetapi fokus kepada menjadi yang terbaik dengan menambah “nilai” keatas produk anda.

Menambah “nilai” di sini adalah seperti menyediakan website atau blog sebagai medium jualan, memberi “Free Gift”, juga berkongsi artikel yang berkaitan produk tersebut.

Selain itu anda juga boleh fokus kepada meningkatkan Marketing produk anda. Ini kerana kebiasaanya mereka (pesaing) yang meletakkan harga rendah ini hanya meletakkan kos iklan yang sedikit sahaja.

Boleh jadi mereka hanya mampu approach 1 000 orang namun dengan strategi kita meningkatkan marketing, kita mampu untuk approach seramai 100 000 orang!

Anda juga disarakan untuk membina BRANDING iaitu JENAMA produk atau syarikat anda bagi tujuan menguasai pasaran. Seperti SIFUFBADS SDN BHD sendiri, kami mempunyai ramai pesaing, namun dengan fokus pada pembinaan branding, kami mampu menguasai pasaran walaupun kami ditubuhkan tidak sampai setahun.

Kami juga Berjaya mengusaia pasaran walaupun terdapat ramai yang menawarkan servis yang lebih murah di samping kami memberi perhatian kepada “Value” yang diberikan.

 

Ada Fanpage

Jika kita merujuk perniagaan konvensional, tapak atau kedai kita untuk berniaga adalah premis perniagaan kita sendiri. Namun di dalam facebook, premis perniagaan kita adalah Page ataupun biasa dipanggil Fanpage.

Oleh itu anda dilarang sama sekali untuk membuat Fb Ads sebelum anda mempunyai fanpage. Namun sekiranya anda memang tidak mau menggunakan fanpage untuk menjual dan ingin menggunakan website atau blog sahaja. Itu adalah pilihan masing-masing.

Disarankan supaya anda tidak menggunakan Profile sebagai tempat untuk anda menjalankan perniagaan juga melakukan promosi kerana itu mampu menjatuhkan kredibiliti anda kelak.

Bina fanpage anda sebagai permulaan untuk membina perniagaan di facebook dan mula membina kepercayaan serta kredibiliti anda..!

 

Ada Kad Debit/ Kredit

Kad debit atau kad kredit adalah intrumen paling penting sebelum kita membuat Fb Ads. Sekiranya masih belum buat, pergi casino online ke bank yang berdekatan dan tukarkan kad bank anda yang biasa menjadi kad kredit. Anda bank yang hanya charge RM10.00 dan ada juga yang secara PERCUMA..!

Kad Debit Atau Kad Kredit diperlukan untuk kita daftarkan ketika kita ingin membuat Fb Ads buat pertama kali di mana kos iklan yang kita gunakan dengan Fb Ads akan menolak budget iklan kita terus dari akaun bank kita.

Oleh itu jangan sesekali membuat Fb Ads sekiranya anda masih belum mempunyai Kad Debit atau Kad Kredit. Tidak banyak! Hanya satu sahaja kad Debit atau Kad Kredit yang diperlukan untuk satu akaun profile di Fb.

 

Ada Bajet

Jangan Buat Fb Ads sekiranya tidak mempunyai budget untuk kos pengiklanan..! Memang tidak dapat dinafikan Fb ads memang kita kena keluarkan kos bagi tujuan pengiklanan dengan menggunakan Fb Ads. Ianya perlukan kos dan bukannya percuma.

Namun sekiranya page anda sudah mempunyai fan yang tersendiri, anda boleh sahaja melakukan terus engagement untuk menjual di situ tanpa sebraang kos.

 

Ada Buat Kajian Prospek / Audience

Anda mestilah jelas siapa atau kategori apakah prospek anda. Ini penting kerana ia akan membantu dalam turun naiknya jualan anda kelak yang mana ia memberi kesan samada anda mampu mencapai matlamat atau target sasaran sales anda.

Dengan membuat kajian, ia membantu anda meng”optimiza”kan kos pengiklanan Fb Ads anda supaya setiap sen yang di keluarkan itu tidaklah terbuang begitu sahaja dengan sia-sia malah mendatangkan keuntungan yang tinggi…!

Similar Posts

18 Comments

        1. Text banyak sgt dalam gambar..kena kurangkan text pada gambar yg ingin diiklankan..text x boleh lebih 20% daripada gambar tu..

Comments are closed.