BAGAIMANA NAK JADI FAST DECISION MAKER DALAM BISNES?
Nak jadi seorang leader bukan senang. Korang mesti pernah rasa stuck bila kena buat keputusan penting, kan?
Situasi ni boleh jadi pressure yang tinggi, apatah lagi bila keputusan tu boleh impact masa depan korang dan orang lain.
Masalahnya, banyak orang stuck dalam proses ni sebab tak tahu nak mula dari mana atau takut buat keputusan yang salah.
Salah satu ciri penting yang korang kena ada adalah kemampuan untuk buat keputusan dengan cepat.
“Leader, kalau lambat buat keputusan, kita akan jadi ketinggalan!”
Betul tak?
Kita ni, selalu lambat buat keputusan, sebab kita ada banyak jalan, banyak pilihan.
Sebab memikirkan potensi dan risiko bagi setiap pilihan, buatkan kita ambil masa yang lama buat keputusan!
Lambat buat keputusan, banyak implikasinya.
Team di bawah kita akan jadi ketinggalan, tiada tindakan, berada di awang-awangan…Blur, tak tahu halatuju.. Blur, tak yakin dengan kejayaan..
“FAST DECISION MAKER, ADALAH ANTARA CIRI PENTING BAGI SEORANG LEADER YANG HEBAT!”
Kalau tengok cerita-cerita perang, sekiranya seorang jeneral perang lambat buat keputusan, tenteranya boleh hancur, boleh mati!
So, bagaimana nak cepatkan kita buat keputusan?
#1. Lihat impian, kejayaan & sasaran yang ingin disasarkan. (DREAM)
Kalau korang tak jelas apa impian, kejayaan, atau sasaran yang korang nak capai, korang akan hilang arah.
Sebab tu, first step untuk jadi fast decision maker adalah korang kena super clear dengan apa yang korang nak.
Impian ni big picture hidup korang. Apa yang korang betul-betul nak capai dalam jangka masa panjang?
Contoh, nak jadi entrepreneur yang berjaya, nak ada bisnes sendiri yang boleh support keluarga, atau maybe nak travel keliling dunia.
Impian ni yang akan bagi korang semangat dan jadi kompas untuk buat keputusan-keputusan besar.
Kalau impian tu besar sangat, kejayaan pulak lebih kepada milestone yang korang kena capai sepanjang jalan.
Contoh, kejayaan kecil macam capai sales target bulan ni, atau kejayaan besar macam dapat investor yang support bisnes korang.
Kejayaan ni lah yang akan keep korang motivated sepanjang journey.
Sasaran pulak lebih spesifik dan measurable.
Kena ada specific goal supaya korang tahu apa yang korang nak achieve dalam jangka masa terdekat.
Contoh, nak tambah 10,000 follower dalam masa 3 bulan, atau nak launch produk baru hujung tahun ni.
Dengan sasaran ni, korang boleh track progress, adjust strategi, dan yang paling penting – korang tahu apa keputusan yang perlu dibuat supaya selari dengan target tu.
Bila korang jelas dengan semua ni, setiap keputusan yang korang buat akan ada hala tuju yang jelas.
Takde la korang buat keputusan yang sia-sia atau takde impact pada impian besar korang.
Korang akan sentiasa tanya diri, “Adakah keputusan ni akan bawa saya semakin hampir kepada imoian saya?”
#2. Kenal pasti apa sebab utama, atau kenapa ianya perlu dicapai. (WHY)
Korang mesti pernah dengar kan orang cakap, “Kena tahu why korang buat sesuatu”? Tapi apa maksud dia sebenarnya?
Senang je — why ni ialah sebab utama kenapa korang nak capai sesuatu benda.
Dia macam fuel yang bagi korang semangat dan push untuk teruskan walau apa pun cabaran yang datang.
Bayangkan korang nak buat startup sendiri.
Tak semestinya sebab korang nak jadi kaya je.
Mungkin why korang sebab nak bantu ramai orang selesaikan masalah, atau nak cipta impak besar kat dunia.
Bila korang tahu apa yang korang fight untuk, korang akan ada lebih clarity dan drive dalam setiap keputusan.
Lagi satu, why ni juga jadi guide masa korang stuck atau rasa down.
Sebab bila korang ingat balik why korang mula, korang akan rasa motivasi untuk keep going.
Contohnya, kalau korang start bisnes sebab nak bagi family hidup lebih selesa, bila korang penat atau tak pasti nak buat keputusan apa, korang akan teringat why tu.
Bila korang jelas dengan why, semua keputusan akan rasa lebih bermakna dan bukan buat ikut-ikut trend atau sebab orang lain suruh.
Korang buat sebab korang ada purpose yang kuat.
So, sebelum buat apa-apa keputusan, tanya diri, “Kenapa saya buat benda ni? Apa yang saya nak capai sebenarnya?”
#3. Tentukan timeline & deadline ianya perlu dicapai. (TIME)
Korang ada impian besar, tapi korang tak letak masa bila nak capai.
Macam mana korang nak tahu progress korang? korang kena set timeline dan deadline.
Kenapa penting sangat?
Sebab tanpa masa yang jelas, impian korang tu akan jadi macam angan-angan je.
Bila korang ada deadline, korang akan lebih fokus, lebih disiplin, dan yang paling penting, korang akan tahu bila korang dah sampai checkpoint yang korang nak.
Macam mana set timeline?
Contohnya, korang nak capai RM100K dalam sales tahun ni.
So, korang pecahkan target tu jadi monthly atau quarterly goals.
Dalam 3 bulan, korang aim untuk capai at least RM25K.
Timeline ni buat korang nampak lebih realistik.
Dateline pulak akan buat korang stay focus.
Bila ada dateline, korang akan lebih push diri sebab tahu ada deadline yang perlu dipenuhi.
Dateline ni bagi sense of urgency, takde la korang tangguh-tangguh.
Korang akan lebih organized, tahu bila nak push diri, dan paling penting, korang ada target yang jelas!
#4. Lihat risiko & implikasi buruk sekiranya ianya tidak dicapai. (RISK)
Bila nak buat keputusan besar, korang kena ambil kira risiko yang mungkin datang.
Bayangkan korang nak buat lompatan besar dalam bisnes, tapi tak fikir risiko, boleh jadi parah.
So, penting untuk korang consider, apa risiko kalau benda yang korang plan tu tak menjadi?
Apa kesan buruk yang korang mungkin kena hadap?
Risiko ni boleh jadi macam-macam – dari financial loss, time wasted, sampai reputasi yang terjejas.
Contoh, kalau korang tak capai target launch produk baru, mungkin bisnes korang akan stuck, atau lebih teruk, customer hilang kepercayaan sebab produk tak siap ikut dateline.
Ambil masa untuk fikir, “Kalau saya tak buat keputusan sekarang, apa yang mungkin jadi?”
Kadang-kadang, risiko paling besar adalah tak buat keputusan langsung!
Sebab masa terus berjalan, dan pesaing korang tak tunggu.
Bila dah nampak risiko, jangan takut, tapi untuk prepare mental dan fizikal.
Bila korang tahu apa risiko yang mungkin datang, korang boleh plan langkah seterusnya dengan lebih smart.
#5. Minimize & prioritize jalan atau pilihan yang ingin digunakan (PRIORITIZE)
Okay, bila dah sampai part ni, korang kena pandai filter pilihan yang ada depan mata.
Dalam banyak-banyak cara nak capai impian atau target korang, tak semua jalan sesuai.
So, kat sini, korang kena minimize (kecilkan pilihan) dan prioritize (utamakan) jalan yang paling logik ikut situasi korang.
Macam mana nak buat?
1. Kemampuan, tengok kemampuan korang dulu. Kalau korang baru mula bisnes, jangan terus fikir nak expand besar-besaran kalau modal pun cukup-cukup makan.
Fokus pada apa yang korang mampu buat dulu.
Contoh, kalau korang ada RM10K, prioritize benda yang boleh hasilkan ROI cepat macam marketing digital, instead of buka kedai fizikal yang mahal.
2. Pengetahuan & Pengalaman, pilih jalan yang korang ada knowledge dan experience.
Kalau tak berapa tahu tentang sesuatu, korang mungkin akan buat silap yang costly.
Contoh, kalau korang pandai handle social media marketing, maybe prioritize dekat situ dulu instead of masuk bidang yang korang masih blur.
3. Risiko, setiap pilihan ada risiko, tapi ada pilihan yang risikonya lagi besar dari yang lain.
So, minimize risiko dengan pilih jalan yang korang sanggup tanggung kalau gagal.
Jangan ambil risiko yang boleh buat korang down teruk.
Pilih yang ada backup plan, so kalau tak jadi, korang masih boleh survive.
Impact & Potensi Kejayaan, fokus pada jalan yang ada impact besar dan potensi kejayaan yang tinggi.
Buat apa susah-susah pilih jalan yang lama dan tak pasti berjaya, kan?
Kalau ada cara yang boleh bagi result cepat dan berkesan, prioritize that!
Contohnya, kalau korang nak boost sales bisnes, tapi ada banyak strategi – dari influencer marketing, ads, sampai event offline.
Tengok mana satu yang bagi impact paling besar dengan risiko paling kecil ikut kemampuan, experience dan budget korang.
Buat shortlist, and then pilih yang paling logik.
In short, jangan tamak nak buat semua benda sekaligus.
Pilih jalan yang paling sesuai dengan situasi korang sekarang.
#6. Buat keputusan! (DECIDE)
Ini lah moment yang paling penting – buat keputusan!
Tapi, ramai orang sangkut kat sini sebab takut salah buat keputusan atau tak yakin.
Tapi realitinya, korang takkan tahu kalau tak cuba.
Jadi, step ni bukan pasal buat keputusan yang perfect, tapi pasal take action dan move forward.
Macam mana nak buat keputusan dengan yakin?
1. Trust Process, Korang dah buat homework – dah tengok impian, dah fikir sebab utama (why), dah tahu risiko, dan dah prioritize pilihan.
Sekarang masa untuk percaya dengan proses yang korang lalui tu.
Kalau asyik fikir ulang kali, korang takkan ke mana.
Keputusan tak semestinya perfect, tapi korang dah buat yang terbaik dengan apa yang korang ada.
2. Elakkan Overthinking, lagi lama korang fikir, lagi banyak doubt yang datang.
Kadang-kadang, overthinking ni lah yang buat korang stuck.
Remember, no decision is also a decision – tapi itu selalunya bukan jalan yang baik.
So, jangan tunggu sampai semuanya nampak sempurna, sebab masa tu takkan datang.
3. Take action, keputusan yang baik tak semestinya takde risiko.
Korang kena berani ambil tindakan dan terima yang hasil mungkin tak 100% ikut plan.
Tapi at least korang bergerak.
Kalau tak cuba, korang takkan tahu apa yang mungkin jadi.
Kadang-kadang, keputusan yang nampak kecil hari ni boleh bawa kejayaan besar esok.
4. Be Confident, bila korang dah decide, yakin dengan keputusan tu. Jangan patah balik dan asyik terfikir “Eh betul ke aku buat ni?”.
Confident tu penting sebab dia reflect leadership dalam diri korang.
Orang lain pun akan lebih percaya dan ikut kalau korang sendiri nampak yakin.
Contoh mudah – korang nak launch produk baru tapi ada 2-3 design yang korang suka. Semua nampak best tapi tak boleh pilih semua.
Jadi, buat keputusan dengan percaya diri, pilih satu design yang paling berpotensi, dan jalan terus dengan idea tu.
Lagi lama korang delay, lagi besar chance korang miss opportunity.
Keputusan yang cepat dan tepat datang dari keberanian untuk bergerak walaupun tak tahu 100% apa outcome dia.
Yang penting, korang buat! Jangan tunggu sampai semuanya sempurna, sebab masa tak tunggu korang.
#7. Bertanggungjawab dengan keputusan. (RESPONSIBILITY)
Okay, part ni paling crucial lepas korang dah buat keputusan – bertanggungjawab dengan apa yang korang pilih.
Macam mana pun hasil keputusan tu, tak kiralah keputusan tu berjaya ke, gagal ke, accountability tu adalah ciri2 untuk jadi seorang leader yang hebat!
Apa maksud tanggungjawab dengan keputusan?
1. Tak Salahkan Orang Lain, bila korang buat keputusan dan kalau benda tu tak menjadi, jangan cepat salahkan orang lain atau situasi.
Contoh, kalau bisnes korang tak naik lepas buat keputusan untuk tukar strategi marketing, jangan blame team atau keadaan ekonomi.
Ambil masa untuk reflect, belajar dari kesilapan, dan fikir next step.
2. Belajar dari Kesilapan, kalau keputusan korang tak jadi seperti yang diharapkan, jangan cepat down.
Semua orang buat silap, tapi yang penting adalah korang belajar dari pengalaman tu. Every mistake is a lesson.
Jangan jadikan kegagalan sebagai alasan untuk give up, tapi jadikan ia sebagai batu loncatan untuk buat keputusan yang lebih baik next time.
3. Celebrate Kejayaan Kecil, kalau keputusan korang berjaya, jangan lupa celebrate!
Tapi still, stay humble dan ingat yang kejayaan tu datang dari proses yang korang lalui.
Ambil masa untuk appreciate journey korang, dan gunakan kemenangan tu sebagai motivasi untuk terus buat keputusan-keputusan lain yang besar.
4. Kena fokus, lepas buat keputusan, stick dengan dia.
Jangan kejap-kejap tukar plan atau nak undur balik.
Bila korang flip-flop, bukan je korang keliru, tapi orang lain yang ikut korang pun akan hilang kepercayaan.
So, once korang decide, own the consequences and move forward.
5. Improvement, korang sentiasa berusaha untuk improve diri sendiri.
Setiap keputusan yang dibuat adalah satu proses pembelajaran.
So, pastikan korang teruskan evolve, ambil in feedback, dan sentiasa cari cara untuk jadi lebih baik.
Ini akan bantu korang dalam jangka panjang dan tingkatkan kredibiliti korang sebagai seorang leader.
Fikir balik sebab utama korang buat keputusan tu.
Kalau korang asyik berubah fikiran, takkan ada progress. So, better stick dengan keputusan dan usahakan sampai jadi.
Inilah tanda2 leader yang matang. Sama ada keputusan tu berjaya atau tidak, korang kena stand by dengan apa yang korang dah pilih.
Jangan lari, jangan salahkan orang lain, dan paling penting, belajar dari setiap keputusan yang dibuat.
Belajar sesuatu?
So, sekarang korang dah tahu langkah-langkah penting untuk jadi leader! Nasihat saya, jangan takut untuk buat keputusan.
Setiap langkah yang korang ambil akan bawa korang lebih dekat kepada impian.
Risiko tu memang ada, tapi ingat, tanpa risiko, takkan ada growth.
Setiap keputusan yang korang buat bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri, tapi juga kepada orang lain di sekeliling.
Manfaatkan apa yang korang belajar hari ni untuk jadi lebih baik dan lebih yakin dalam setiap keputusan.
Jangan takut untuk ambil risiko! Keputusan yang paling berani boleh bawa kepada kejayaan yang luar biasa!
Belajar dari setiap pengalaman, sama ada berjaya atau tak, sebab semua tu adalah pembelajaran.
Lepas ni, ambil masa untuk refleks, tanya diri sendiri apa yang korang nak capai, dan buat keputusan yang selari dengan impian tu.
Jadi, jom mula bertindak dan tunjukkan pada dunia apa yang korang boleh buat!
Apa pun yang korang pilih, pastikan korang move forward dan terus berusaha! Korang boleh buat, percaya je!