Bagaimana Promosikan Produk Baru Menggunakan Facebook?
Adakah anda ada perancangan nak lancarkan produk baru?
Jika anda hanya ada bajet yang rendah, anda boleh gunakan Facebook..
.. Facebook adalah CHANNEL pemasaran yang sesuai untuk promosikan produk atau servis baru dengan kos rendah, tapi, anda perlu buat perancangan yang rapi. Gunakan tool yang Facebook sediakan sebaik-baiknya..
.. selepas anda berjaya lancarkan produk di Facebook, dan hasil jualan juga amat memberangsangkan.. anda boleh gunakan channel yang lain untuk tingkatkan lagi hasil jualan bisnes anda.
Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan cara-caranya, teruskan bacaan..
#1: Mulakan Perancangan
Mula-mula sekali, pastikan anda sudah TAHU dan KENAL siapa target audiens anda. Dengan kata mudahnya, BMC (Business Modal Canvas) untuk produk anda itu perlulah dilakukan dulu. Apa nilai yang produk anda berikan? Apa masalah yang anda selesaikan? Dan sebagainya.
Seterusnya, pastikan anda AKTIF di fanpage anda. Banyakkan bina engagement dengan fans anda dan buat LIKE MARKETING secara berterusan. Ini dapat membina AWARENESS pada audiens di facebook. Tujuannya, ia akan memudahkan anda untuk memaklumkan kepada audiens bahawa produk anda BAKAL wujud di pasaran.
Anda perlu PLAN berapa harga yang perlu diletakkan pada produk tersebut? Apa jenis BAHAN promosi yang diperlukan untuk pra-pelancaran produk. Bagaimana nak dapatkan agen untuk promosikan produk anda? Bagaimana mereka boleh bantu untuk lancarkan produk anda? Senaraikan semuanya..
Anda juga boleh dapatkan DATABASE pelanggan dengan berikan freegift pada fans anda seperti;
- Ebook/Sample produk PERCUMA
- Kupon DISKAUN
Setkan bila anda nak mulakan pelancaran produk, tak perlu tunggu bila produk anda akan PERFECT. Selepas anda rasa berpuas hati dengan strategi pemasaran anda, mulakan pra-pelancaran..
#2: Pra-Pelancaran
Untuk mulakan pra-pelancaran, anda perlu buatkan fans anda EXCITED nak tahu mengenai produk anda.
Bagaimana nak buatkan mereka EXCITED?
.. anda perlu KONSISTEN dalam memberi info-info yang berkaitan dengan produk anda. Beritahu apa sebenarnya produk anda ini? Apa manfaatnya?
Contohnya…
Jika produk anda jenis produk kecantikan, berikan TIPS bagaimana untuk menjaga wajah daripada jerawat dan jeragat. Apa jenis diet yang perlu diambil?
Jika produk anda jenis produk makanan, berikan RESEPI makanan atau TIPS bagaimana nak buat bisnes makanan.
Anda juga perlu sentiasa ‘update’ mengenai produk anda. Setiap minggu, anda boleh update TARIKH dan WAKTU bila produk anda akan dilancarkan..
Contohnya,
“Countdown Pelancaran Produk XYZ Lagi 30 Hari. Daftar Sekarang Untuk Berpeluang Mendapat Produk XYZ Secara Percuma. Terhad Untuk 15 Orang Sahaja.”
Sehari sebelum hari pelancaran produk, bina satu post TEASER.. buat BUZZ MARKETING. Beritahu bila jualan akan dibuka. Dengan cara ini, fans anda akan lebih bersedia untuk membuat tempahan.
#3: Pelancaran
Akhirnya, hari pelancaran produk yang ditunggu-tunggu telah tiba!
Waktu ini, apa yang perlu anda buat?
.. anda perlu bina satu post untuk umumkan yang jualan produk anda sudah DIBUKA.
Ini beberapa jenis post yang boleh anda cuba untuk lancarkan produk baru..
1) Contest
Anda juga boleh anjurkan pertandingan online yang berkaitan dengan produk anda ketika pelancaran produk tersebut..
Contohnya, jika produk anda adalah tudung, mungkin boleh buat pertandingan online lilit tudung paling kreatif dan peserta boleh hantar gambar melalui fanpage dan sebagainya.
Jika produk anda merupakan produk kecantikan, mungkin anda boleh sediakan soalan-soalan mudah mengenai masalah yang diselesaikan oleh produk anda tersebut.
Contohnya, anda sediakan soalan yang menyentuh perihal kelebihan produk & masalah yang diselesaikan, seperti “Produk mana yang sesuai untuk Ayu jika dia mengalami masalah jerawat?”.
Jawapannya mestilah antara produk-produk kecantikan yang anda sediakan.
2) Teknik Harga
Anda juga boleh gunakan teknik harga. Ini teknik yang biasa saya gunakan..
Caranya adalah saya buat 3 fasa, setiap fasa mempunyai harga yang berbeza.. bermakna harga akan dinaikkan secara berperingkat. Nak jadikan teknik ini lebih menarik, berikan OFFER tambahan pada mereka yang membeli paling awal.
Contohnya, anda jual produk Mesotropin. Harga sebenar produk ini adalah RM190.
Pada FASA 1, untuk tempoh 3 hari.. harga offer adalah RM140 dan dapat tshirt percuma.
Pada FASA 2, untuk tempoh 1 minggu.. harga dinaikkan ke RM170.
Akhirnya FASA 3, harga akan dinaikkan ke harga sebenar iaitu RM190.
Itulah antara jenis post yang boleh anda gunakan..
#4: Selepas Pelancaran
Dalam tempoh ini, anda perlu fokus untuk berikan SUPPORT pada pelanggan. Segala pertanyaan dan masalah yang dihadapi oleh pelanggan, anda perlu settlekan..
Selain itu, teruskan memberi perkongsian yang ‘worth-sharing’ kepada audiens fanpage anda. Berikan tips-tips yang bermanfaat. Anda perlu selalu follow-up dan engage dengan audiens di fanpage anda.
Anda perlu buat kajian dan lihat prestasi hasil jualan produk anda. Adakah mencapai sasaran anda?
Waktu ini juga anda perlu dapatkan semua maklumat pelanggan anda seperti;
- Mereka asal dari mana?
- Mereka tinggal di mana?
- Mereka kerja apa?
- Pelanggan anda lebih banyak lelaki atau wanita?
- .. dan lain-lain.
Anda juga boleh buat SURVEY untuk dapatkan maklumat seperti;
- Kenapa mereka membeli produk anda?
- Adakah mereka berpuas hati dengan produk anda?
- Apa kekurangan yang ada pada produk anda?
- Apa penambah baikkan yang perlu dilakukan?
Dengan data-data ini, anda akan dapat hasilkan strategi pemasaran yang lebih baik pada masa akan datang.
..
Antara kelebihan promosi menggunakan Facebook adalah fungsi VIRAL.. bermakna, post iklan anda akan tersebar luas apabila audiens KOMEN dan SHARE post iklan anda. Pemasaran viral ini boleh dikatakan pemasaran PERCUMA, ia dapat memudahkan kerja-kerja pemasaran anda, tak perlu la nak harapkan fbads je.
Jadi, saya boleh katakan Facebook adalah platform yang sesuai untuk viralkan produk anda dengan pantas!
Oleh itu, sangat penting untuk anda sediakan strategi pemasaran yang betul. Ikut flow yang saya berikan di atas. Insyaallah, anda akan berjaya!
Great sharing, thanks.
sama2 tuan
Facebook Page memang channel yang bagus untuk dapatkan prospek, tapi kalau nak tambah channel melalui Instagram, lagi meletup jualan!
p/s” Blueprint Instagram Marketing terbaik abad ini >> http://bit.ly/JanaTrafikInstagramAUTO
artikel sangat meletop.. mmg best.
terima kasih sifu!
sama2 kak
thanks for sharing very good info….
Strategi yang power….insyaAllah boleh apply nanti…terima kasih Sifuu…:)
Jom baca sharing saya jugak,
Bagaimana Saya Mendapatkan Rm10,000 Pertama Dari Internet Dalam Masa Kurang 40 Hari
Menarik artikel sifu. Terbaik
Terima kasih Sifu atas perkongsian ilmu bermanfaat.
Sharing yg simple tp banyak info hebat. Thorbaik Sifu. Tq so much
Terima kasih Sifu… Sgt berguna untuk saya!!!
info simple dan padat.. terima kasih
Tq sifu… nielah yg sy cari… Alhamdulillah dh jmp…
Tq byk2 sifu
sama2, semoga bermanfaat..
Salam Tuan…sy puan liza dr jb sy nk tny tips2 bagaimana promosikan produk yg saya baru jual menngunakan Facebook & utk mendapat like yg tinggi & mendapat kuasa membeli yg tinggi t ksh
byk faktor yg boleh mempengaruhi sales.. ayat iklan, gambar, sasaran audiens, dll..
Teima kasih diatas perkongsian ini….
Perkongsian yg bgs….lebih kurang 3 thn berhrnti kerja n mjadi surirumah sepenuh masa,kini berangan2 utk memulakan bisnes online tp madih keliru produk ape yg patut djual…smoga sifu sentiasa maju…
paling mudah jual produk yg kita sendiri suka guna, baru senang nak jual pada org lain..
Terima kasih encik Jamal 😀
Fabulous, what a webpage it is! This blog presents valuable facts to us, keep it up.