DAH PENAT BUAT SALES BANYAK, TAPI PROFIT TAK NAMPAK? APA NAK BUAT?

“Dah la saya ni komitmen tinggi sifu, ada loan lagi. Saya jual barang memang murah, sebab bagi saya senang nak jual kat orang.. Lepas tu, senang orang repeat.. Nak masuk market pun senang. Memang saya buat duit million sebelum ni.. Tapi, bila sales mula menurun skit, gross profit kena cover banyak kos..”

Mengadu seorang owner bisnes ni pada saya di dm.. Tambah dia lagi..

“Bila pelanggan saya besar, production pon kena besar. Thats why, saya sewa warehouse yang besar.. Tambah lagi nak kena push marketing ads sampai 100k, untuk awareness kepada customer, dan juga rekruiting new agen dropship. Staff saya pula, ada dekat 70 orang.. kos almost 200k campur ot, komisen, bonus semua.”

Ok, baiklah..

Korang nak jual murah ke, jual sederhana ke, mahal ke, terpulang..

Bergantung kepada strategi bisnes masing2. Ada orang, profit memang skit, tapi dia akan kejar volume..

Ada orang, profit besar, tapi dia kejar quality..

  • Kena ingat, tak semua orang nak barang murah. Dan tak semua orang nak barang mahal!
  • Bergantung kepada buying power, buying pattern, mahupun need yang orang perlukan.

Bila kes camni, nak tak nak kita kena;

#1. Kena kira balik setiap cost kita. COGS sampai la net profit. Kita repair mana yang boleh repair.

Korang kena senaraikan semua kos yang terlibat dalam bisnes korang.

Termasuk kos bahan mentah, upah pekerja, kos sewa premis, utiliti, kos pengendalian, dan apa-apa lagi kos yang berkaitan dengan perniagaan korang.

Jangan lupa juga kos perbelanjaan kecil yang mungkin sering terlupa, macam kad kredit dan subscription.

Bila dah ada senarai kos, kategorikan mereka supaya senang nak kira.

Contoh kategori-kategori yang boleh korang gunakan termasuk Kos Bahan Mentah, Kos Pekerja,Kos Sewa, dan sebagainya.

Ini akan bantu korang lihat dengan lebih jelas di mana wang korang sebenarnya pergi.

Lepas tu, semak kos-kos yang korang bayar tahun lepas.

Jangan terlepas pandang apa-apa yang mungkin dah berubah.

Ada peningkatan dalam kos apa-apa tak? Kalau ada, cuba cari sebab-sebab peningkatan tu.

Bila dah kira kos, tentukan siapa yang bertanggungjawab berbelanja untuk setiap department.

Ini penting supaya tiada perbelanjaan yang dibuat, tanpa perancangan atau kelulusan.

  • Korang boleh cari alternatif yang lebih murah, tawar harga dengan pembekal, atau cari teknologi yang boleh menjimatkan masa dan wang.
  • Kena buat bajet yang sesuai dengan kos korang.
  • Plan berapa yang korang boleh belanja untuk setiap deparment.

Bajet ni jadi sebagai panduan untuk korang, agar tak terlepas langkah dan tak melampaui had kos yang ditetapkan.

Kalau ada perkara-perkara yang korang tak boleh kendalikan dengan cekap dalam bisnes korang, pertimbangkan outsourcing.

Korang boleh upah pihak luar untuk menangani sesuatu tugas dengan lebih efisien.

Kira dan semak semula kos, dan lihat bagaimana ia mempengaruhi keuntungan perniagaan korang.

Dengan pemantauan yang berterusan, korang boleh membuat penyesuaian jika perlu dan memastikan keuntungan korang tetap stabil.

#2. Kita lihat dari segi product extension.. Maybe boleh tambah produk yang margin tinggi skit? Kalau boleh!

Korang kena tahu apa yang pelanggan nak. Bukan semua produk tambahan sesuai, jadi buat survey atau tanya pelanggan apa yang mereka perlukan atau mahu.

Kalau korang jual baju, mungkin pelanggan nak aksesori atau kasut yang matching.

So, fahami psikologi pelanggan adalah kuncinya.

Jika korang jual produk makanan, contohnya, korang boleh cuba buat variasi baru.

Kalau korang jual burger, tambah topping baru atau buat versi mini untuk kanak-kanak.

Pelanggan suka benda baru!

Kalau korang jual smartphone, korang boleh tambah aksesori seperti screen protector, atau extra service seperti repair telefon. Ini boleh jadi sumber income tambahan.

Pastikan produk extension yang korang tambah ada kaitan dengan produk utama korang.

Kalau korang jual pakaian, tambah aksesori atau kasut boleh jadi pilihan yang bagus.

  • Bila korang dah tahu apa yang pelanggan nak, korang dapat develop produk yang high demand.
  • Pastikan produk tu berkualiti dan memberi value kepada pelanggan.
  • Kualiti ni sangat penting, sebab kalau produk extension tu tak bagus, ianya boleh merosakkan reputasi bisnes korang.

Bila dah ada produk extension, korang kena susun strategi marketing yang betul untuk produk tu.

Guna media sosial, website, atau promosi dalam kedai fizikal, ikut mana yang sesuai.

Salah satu cara untuk jual produk extension adalah, pakejkan bersama produk lama.

Sebelum tambah produk extension dalam skala besar, cuba uji pasaran dulu.

Boleh start dengan sedikit kuantiti untuk tengok reaksi pelanggan.

Product extension boleh bantu tambah profit dalam bisnes korang.

#3. Kalau tak boleh, kita consider develop new category dalam bisnes kita, dengan produk margin yang lebih baik.

Korang kena cari peluang baru dan buat kategori baru dalam bisnes.

Contohnya, kalau korang ada kedai makan yang dah famous dengan nasi lemak, mungkin korang boleh tambah satu kategori makanan seperti burger gourmet atau minuman unik yang tak ramai kedai lain ada.

Lepas tu, buat research dan tengok trending apa yang pelanggan nak sekarang.

Kaji pasaran dan tengok siapa pesaing orang dalam kategori baru ni.

Bukan apa, kita kena tahu sape kita bersaing dengan. Pastikan apa yang korang tawarkan lebih best dari pesaing.

Misalnya, kalau korang nak jual burger gourmet, korang kena tahu burger korang kena sedap, harga berpatutan, dan servis laju.

Bila korang dah tahu apa yang korang nak tambah, susun plan untuk product development, seperti, bagaimana ia akan dihasilkan, kos yang diperlukan, dan bagaimana susun strategi marketing..

  • Nak lebih selamat, sebelum korang buat produk baru dalam skala yang besar, korang kena uji pasaran dulu.
  • Korang boleh cuba keluarkan produk baru dalam skala yang kecil dulu, tengok sama ada ia berjaya atau tidak.
  • Kalau berjaya, barulah korang fikir nak expand.

Lepas tu, korang kena pantau dan dengar apa feedback pelanggan.

Mintak maklum balas, sama ada melalui komen di media sosial, email, atau customer yang datang ke kedai korang. Ini boleh bantu korang perbaiki produk dan servis.

#4. Tak boleh juga? Consider untuk multiple brand strategy, atau new brand ecosystem.. (paham tak?)

Kita boleh bina satu ekosistem untuk brand kita, yang ada pelbagai produk yang relevan.

Ia bukan hanya sekadar produk, tapi satu combination produk, servis, atau elemen-elemen lain yang digabungkan untuk kukuhkan lagi brand kita.

Jadi, macam mana nak buat brand ecosystem?

Korang kena kenal pasti brand utama korang, ianya perlu ada ciri-ciri atau value yang unik!

Pastikan semua elemen dalam brand ecosystem korang berkualiti tinggi.

Ini akan buatkan pelanggan rasa yakin dan puas hati, dengan apa yang korang tawarkan.

  • Dan, pastikan brand ecosystem korang konsisten dalam identiti dan value.
  • Semua produk dalam brand ecosystem perlu bekerjasama dan saling melengkapi. 
  • Branding untuk semua produk tu juga perlu konsisten.

Logo, warna, gaya penulisan, website atau platform sosial media.. semuanya kena ada elemen branding.

Yang paling penting, korang kena pastikan experience pelanggan dalam ekosistem brand korang tu terbaik. Maksudnya, korang kena bagi servis yang bagus, produk berkualiti, dan komunikasi yang jelas kepada pelanggan.

Bila pelanggan rasa puas, mereka akan terus setia dan mungkin akan cuba produk lain dalam ekosistem korang.

#5. Kalau negative result sangat, perlu consider untuk switch ke market baru, dan consider juga target market baru.

Korang kena kenal pasti market baru yang mungkin sesuai untuk bisnes.

  • Market baru ni mungkin boleh berbeza dari market semasa, jadi korang kena lihat peluang2 yang ada di situ.
  • Fikirkan apa yang korang boleh tawarkan kepada pasaran baru tu.
  • Adakah produk korang sesuai dengan market tu?

Sebab itu, korang kena faham trend dan demand.

Lepas tu, korang kena buat kajian pasaran untuk market baru ni.

Apa yang orang cari di situ? Siapa pesaing dalam pasaran baru ni? Berapa besar potensi pasaran? Kaji dengan teliti sebelum terjun.

Strategi marketing korang mesti kena sesuai dan relevan dengan market baru, atau mungkin korang kena guna platform marketing yang berbeza.

Pastikan korang tahu cara nak sampaikan mesej yang betul, kepada pelanggan dalam market baru tu.

Nak tukar ke market baru mungkin perlukan masa untuk memberi pulangan yang positif.

Jadi, korang kena plan betul2, dan susun timeline yang realistik untuk bisnes korang berkembang.

Korang belajar sesuatu hari ni?

Baik, sekarang korang dah tahu macam mana nak tingkatkan lagi profit bisnes korang..

Tapi apa yang akan terjadi jika kita tak ambil tindakan?

Apa kesannya kalau kita biarkan masalah ni berlarutan?

Ya, bisnes kita boleh dalam tahap berisiko.

Profit yang nipis boleh menyebabkan bisnes kita menghadapi masalah kewangan, dan kita mungkin tak mampu nak grow lagi.

Financial bisnes kita boleh jadi semakin teruk.

Kos yang tinggi juga, boleh buatkan bisnes korang dalam masalah hutang yang tinggi!

Ini juga boleh memberi tekanan yang tinggi, kepada kesihatan mental dan fizikal kita.

So, korang kene repair dan improve bisnes korang bermula dari sekarang!

Cuba je follow apa yang saya dah share di atas ni. Insha’Allah, boleh bantu bisnes korang!

Semoga berjaya!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *