KALAU ORANG TAK KENAL BRAND KITA, MACAM MANA MEREKA NAK PILIH PRODUK KITA!

Kalau produk kita bagus pun, tapi kalau brand kita orang tak familiar, masalah juga.

Dah la orang tak kenal, tak ingat, tak pengaruh mereka sikit pun..

Apatah lagi, kalau nak buat orang loyal dengan kita..

Kalau korang pernah dengar;

Frequency – penting, iaitu tentang berapa kerap orang nampak kita.

Semakin tinggi frequency, semakin kita popular di mata audien kita, semakin orang familiar, atau biasa dengan brand kita..

Biasa dengan identity brand kita, dan lebih senang orang terima kita..

Brand familiarity ni, bukan datang dari marketing semata2..

Ianya perlu dilengkapi, brand identity, yang mencipta brand image yang dibina..

5 tips, saya boleh share pada korang!

1. Nama Brand Unik

Nak bina brand familiarity, cari yang unik, catchy, dan senang diingati.

Bila orang sebut, diorang terus terbayang brand korang .

Kalau rasa perlu rebranding, korang kena buat lah!

Jangan nak tiru yang lain, okay?

So, start brainstorming, cari something yang memang standout. Be different!

  • Cari yang fresh, yang orang belum pernah dengar.
  • Keep it simple, stupid – ikut prinsip KISS lah.

Bayangkan explain nama brand korang kat kawan korang, kalau dia tengok blur, mungkin kena simplify lagi. Buat senang orang nak sebut dan tulis.

Ada yang suka guna singkatan yang pelik-pelik.

Jangan buat macam tu. Kalau singkatan susah nak sebut, orang pun susah nak ingat.

Sebelum decide, jangan lupa check Google.

Pastikan takde orang lain guna nama yang sama. Kalau ada, korang kena fikir nama lain.

Lepas dah pilih nama, check juga nama domain.

Kalau nama korang dah best, tapi domain takde, macam mana nak buat website?

Korang perlu ada domain dot-com.

Check lah availability nama brand korang sebagai domain.

Jangan lambat beli, sebab orang lain ada peluang nak guna nama yang sama.

2. Bina Brand Identity

Penetapan brand identity utama.. Especially kaler, design, konsep, target market, untuk buatkan orang dapat kenal, dapat bezakan dengan brand orang lain..

Brand identity tu adalah personaliti bisnes korang – dari logo sampai cara korang berkomunikasi.

  • Korang kena tahu core values bisnes korang. Apa value bisnes korang?
  • Core values ni adalah hala tuju untuk identiti brand korang.

Kalau dah tahu, senang nak decide macam mana style brand korang.

Korang perlu ada logo brand, yang mudah orang ingat.

Pastikan design simple tapi boleh buatkan orang terus cakap, “Wow.. brand apa ni? Menarik!”

Setiap warna ada mood dia sendiri.

Pilih warna yang sesuai dengan personality bisnes korang.

Brand identity ni mesti konsisten dan sama di setiap platform. Dari logo, warna, fonts, sampai cara korang post kat social media.

Buat tagline yang pendek, tapi boleh buat hati orang terus melekat.

Pilih perkataan yang powerful, yang bila orang baca terus rasa, “Ini memang brand yang biasa aku pakai!”

Korang juga boleh ceritakan pasal perjalanan bisnes korang, struggle, success – buat orang relate.

Barulah diorang ada rasa nak support korang.

Bina satu komuniti dengan customer korang.

Engage dengan diorang, buat diorang rasa diorang sebahagian daripada brand korang.

Buat event, contest, apa saja yang boleh buat diorang rasa excited nak jadi sebahagian daripada journey korang.

3. Brand Positioning,

Kita perlu buat pemfokusan specialist kita, atau kepakaran kita, yang bakal dihighlightkan kepada pelanggan.

Ini akan digunakan dalam penentuan brand identity yang akan ditonjolkan dalam mencipta brand familiarity..

Kena kenal brand korang sendiri.

  • Apa yang buat brand kita unik?
  • Apa beza kita dengan yang lain?

Kenalpasti siapa pelanggan utama korang.

  • Bukan semua orang nak produk kita, kan?
  • Jadi, fahamlah siapa yang betul-betul nak dengan produk atau servis korang.

Lebih specifik, lebih senang nak position brand korang.

Bila dah kenal target market, sekarang nak cari USP pula.

Apa yang buatkan brand korang unik dari yang lain?

Kalau korang buat burger, mungkin ada secret sauce atau jenis daging yang exclusive.

Ini boleh buatkan orang teruja nak pilih brand korang.

Mungkin korang boleh bagi servis pantas, harga berpatutan, atau produk yang high quality.

Cuba tengok apa kompetitor buat. Kita nak jadi lebih baik, kan?

  • So, tengok apa yang orang lain buat, then fikir macam mana nak buat offer yang lagi best dari diorang.
  • Jangan terikut-ikut, tapi kena tahu market trend.

Kena kaji apa diorang buat, apa yang diorang tak buat.

Dari situ, kita boleh cari peluang untuk position brand kita lebih hebat dari diorang.

Jangan jadi follower, jadi trendsetter!

Nak brand kita position tinggi, produk kena la berkualiti, dari segi design, packaging, ciri2 dan bahan2 yang digunakan.

Kalau produk tak berkualiti, bisnes kita akan dapat banyak review negatif.

Nanti kita susah nak dapat customer baru dan repeat customer.

Jadi, kita kena sentiasa evaluate apa yang berfungsi dan apa yang tak.

Kalau ada feedback negatif dari pelanggan, cuba improve dan repair.

Upgrade produk kita untuk jadi lagi baik.

4. Brand Awareness

Cipta awareness kepada target market sasaran, dan konsisten dalam buat marketing atau kempen yang memberi awareness yang berulang2…

Ulang2, akan cipta familiarity..

Kena aktif di sosial media.

Kalau kau takde presence kat social media, macam bisnes korang tak wujud.

So, bukak la account kat platform yang relevan dengan bisnes korang.

Instagram, Facebook, Twitter, apa saja yang orang ramai guna.

  • Perlu konsisten update.
  • Share behind the scene, rajin engage dengan followers, dan buat contest & giveaways.

Kalau ada local event, kita boleh sponsor apa saja yang boleh bagi exposure kat brand korang.

Bila orang tengok brand korang, confirm diorang ingat.

Buat advertising di platform yang betul, ikut budget korang.

Tak kira la dari Instagram Ads ke Facebook Ads, janji orang nampak.

Orang suka dengar pengalaman orang lain.

Jadi, cari lah testimoni yang power.

Kalau boleh, kalau ada pelanggan puji produk korang, screenshot dan share kat social media.

Korang boleh juga buat event sendiri.

Dari event ni, korang boleh buat jualan, buat aktiviti menarik, dan pastikan branding korang ada kat setiap sudut.

Orang akan ingat event korang, dan secara tidak langsung, akan ingat brand korang.

Ni penting! Jaga customer support!

Kalau customer korang puas hati, diorang akan cerita kat kawan-kawan diorang. Bila kawan-kawan diorang try, lebih ramai lagi akan tau pasal brand korang.

So, jaga customer service korang tu elok-elok.

5. Kenalpasti Penerimaan Audience

Dari situ, baru boleh adjust sama ada kekalkan, adjust kembali untuk kempen strategi bisnes growth kita..

Nak tambah produk ke, nak masuk market baru ke.. penetrate existing market more deep ke..

Jadi, kena la buat research.

  • Kita boleh buat polls dan surveys, untuk kenal pasti apa yang audience kita nak.
  • Tanya orang macam mana diorang rasa tentang produk atau servis korang.

Kalau diorang suka, minta testimoni. Kalau tak suka, tanya kenapa, lepas tu upgrade.

Cuba join group yang diorang aktif.

Kita boleh tengok apa diorang bincang, apa diorang share, dan dari situ kita dapat feel apa yang diorang suka.

Engage dengan audience kita.

Jangan abaikan diorang. Kena reply comments diorang, chat dengan diorang, buat diorang rasa kau ni bukan robot.

Bila diorang rasa kita ni real, diorang lagi senang nak connect dengan kita.

Kita kena dengar dan belajar daripada feedback audience.

Bila kita dengar apa yang audience kita cakap, kita boleh belajar.

Bila kita belajar, kita boleh improve, dan bila kita improve, audience kita akan rasa lebih dihargai.

Okay lah tu je..

Jadi, bila korang ikut tips-tips yang kita discuss tadi, korang bukan saja nak buat bisnes korang jadi lebih menonjol, tapi korang nak pastikan bisnes korang boleh sustain dalam jangka masa panjang.

Bisnes korang bukan hanya nak survive, tapi nak dominate market. Betul?

Korang clear ke? Apa yang korang tak clear? Apa yang saya boleh bantu?

Cuba share kat bawah..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *