Mindset SifuFbads

mindset-sifufbads

Kali ini kami ingin berkongsi mengenai Mindset SIFUFBADS yg boleh dimanfaatkan untuk sukses dalam Fb Ads Marketing, di mana mindset ini telah kami kaji sejak dari dahulu lagi terutama dari alumni-alumni kami di SIFUFBADS serta dari pengalaman mereka yang telah berjaya dalam Fb Ads Marketing.

MATLAMAT

MATLAMAT adalah asas yang paling utama! Setiap apa yang kita lakukan MESTI mempunyai TUJUAN atau matlamat. APA MATLAMAT anda sekarang? Jika anda ingin belajar dan buat Fb Ads, UNTUK APA anda belajar dan buat fb ads? Nak duit? Nak kaya? Atau saja-saja belajar? Ataupun anda Semua nak sales? Ada yang taknak sales? Mesti nak bukan?

Ya, memang semua dari kita ingin mendapatkan sales betul? Sekiranya matlamat anda adalah untuk mendapatkan “Sales”, BERAPA pula “sales” yang anda hendak capai sebenarnya?

Matlamat yang anda sasarkan mestilah kena JELAS dan SPESIFIK! Sebagai contoh berapa ribu “sales” yang anda ingin capai dalam sebulan? Mungkin ada di antara kita yang target untuk mencapai “sales” sebanyak RM 300,000 sebulan!

Mungkin juga anda yang ingin mendapatkan “sales” sebanyak RM 3000 sahaja. Namun ianya terpulang kepada pilihan masing-masing tetapi yang paling penting biarlah matlamat atau target “sales” yang kita mahukan itu REALISTIK!

Realistik disini merujuk kepada berapa banyak target “sales” yang anda ingin letakkan dalam sebulan mestilah LOGIK mengikut keadaan masing-masing. Contohnya anda memang mempunyai pengalaman dan pernah menggunakan Fb Ads sebelum ini serta pernah mencapai “sales” melaluinya sebanyak RM100,000, dan kini anda ingin menggandakannya kepada RM300,000. Ini adalah realistik!

Tetapi JANGAN sebab kita ini first time ingin menggunakan Fb Ads, kita letak RM300,000 sebagai target yang kita ingin capai dalam sebulan! Memang tidak realistik walaupun ianya tidak mustahil!

Sekiranya kita sekarang ini kerja secara part time atau kerja “government” dan masih baru nak buat bisnes, targetlah dalam amaun yang kecil dahulu kira-kira dalam RM3000 hingga RM5000 Sebulan. Anda perlu berpijak pada bumi yang nyata. Sebab anda tiada pengalaman dan bisnes baru sahaja hendak bermula.

Selain itu dalam pada menetapkan “sales”, anda mestilah meletakkan sasaran yang MENGUNTUNGKAN. Memanglah Fb ads tujuan utamanya untuk mendapatkan sales, bukannya untuk mendapatkan “Like” semata-mata. Like itu sebenarnya hanyalah satu langkah untuk mendapatkan sales, tapi nak sales yang macam mana? Labur RM1000 nak untung RM1200? Nak berapa kali ganda?

Jika mengikut standard sifufbads, Return On Investment (ROI) mestilah 3 kali ganda! Dari modal iklan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda melaburkan kos iklan sebanyak RM10,000, “sales” yang anda perlu capai adalah sebanyak RM30,000. Itu merupakan standard yang ditetapkan oleh SIFUFBADS.

Lain orang lain standardnya. Mungkin orang lain fikir baginya setakat untung pun takpe. Ada yang prefer untung sebanyak 50% dan ada juga yang 100%. Tetapi kami di SIFUFBADS menetapkan 300%!

Setelah menetapkan matlamat anda, sila TULISKAN BESAR-BESAR matlamat anda itu. Tuliskan terlebih dahulu sasaran “sales” yang anda ingin capai dalam SEBULAN. Kemudian barulah letakkan sasaran anda yang ingin dicapai dalam SETAHUN.

Sebagai contoh anda ingin capai “sales” sebanyal RM 1 Juta ke atau pun RM500k ke. Dari “Sales” inilah baru kita letakkan sasaran untung bersih atau “Nett Profit” yang kita ingin capai!

ILMU

Ya, ILMU! Dalam apa sahaja yang kita lakukan WAJIB mempunyai ILMU. Termasuklah Fb Ads Marketing! Mungkin ada di kalangan anda yang baru pertama kali belajar dari tempat lain. Ada juga di kalangan anda mungkin belajar FB Ads dengan sendiri “try and error” sehingga mengakibatkan kerugian yang banyak.

Dalam Fb Ads Marketing, kita perlu mengetahui cara iklan yang betul. Jangan hanya ikut sahaja apa yang disuruh oleh pihak Fb semata-mata. Bermulalah dengan mempelajari dari mereka yang sudah terbukti berjaya juga mengikut standard yang telah ditetapkan oleh mereka yang sangat berpengalaman dalam menggunakan Fb Ads ini dan aplikasikan ia ke dalam bisnes kita.

PELAJARI ILMU YANG BETUL! itu yang paling penting. Belajar pula janganlah sesekali terhenti. Teruskan belajar dengan sertai mana-mana perbincangan, ikuti webinar dan baca juga ebook-ebook yang percuma serta dapatkan update terbaru mengenai Fb Ads ini.

Belajar Secara BERTERUSAN dan KONSISTEN!

TINDAKAN

Inilah LANGKAH PENENTU dalam merealisasikan Matlamat yang kita harapkan. Ini langkah yang dicadangkan yang mungkin Nampak ringan tetapi belum tentu ianya mampu dan mudah dilakukan:

  1. Belajar!
  2. Buat Terus Apa Yang Dipelajari!
  3. Buat Sampai Jadi!

Langkah yang ketiga itu merupakan RAHSIA UTAMA dalam mencapai kejayaan dengan menggunakan Fb Ads iaitu BUAT SAMPAI JADI. Sekiranya kita masih baru oleh itu kita perlukan banyak pelajaran dan pengalaman,

Kadang kala kita akan “give-up”, kita akan kecewa sekiranya tak dapat hasil.yang diharapkan setelah berusaha. Pernah rasa macam tu bukan?

Mungkin kita ini jenis yang “slow learner” iaitu lambat dalam menerima dan memahami sesuatu yang baru,. Jadi jangan berputus asa! tabah dan terus lakukan sampai jadi. Sekiranya ada apa-apa maslaah pula, jangan malu bertanya mentor anda Jangan ditanya kepada orang lain kerana nanti lain yang diajarkannya.

Teringat kata-kata Imam Al-Ghazali : “Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.”

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *