Mostly 90% Usahawan Yang Gagal Tu Sebab Skip Formula M.A.P Ini..

Apa benda Formula M.A.P ni? Peta ke? Apa pulak kaitan peta dengan bisnes fbads ni?

Bukan peta dunia tu.. Formula M.A.P tu merujuk pada Market, Audiences dan Product.

Kalau anda baru nak berniaga, memang wajib buat Formula M.A.P ni dulu, kalau tak buat, tu yg gagal tu. Main pakai redah je..

Anda perlu faham ketiga-tiga aspek ni, jgn sesekali skip proses ni. Bahaya!

“Uish. Apa yg bahaya sgt tu sifu?”

Nk tau knp bahaya, katalah anda tak follow Formula M.A.P ni, sy nk tny anda;

  • Adakah anda pasti produk anda betul-betul menepati kehendak pasaran?
  • Adakah anda betul-betul kenal siapa audiens anda?
  • Adakah produk anda ada keunikan tersendiri?
  • Adakah produk anda dijual dgn harga yg munasabah?
  • Adakah design produk anda menarik? Lain dr yg lain?

Ha.. Ce Jawab ce jawab..

Haa takleh.. tu baru tanya sikit, belum lain-lain lagi, pengsan kang..

So, kalau anda sendiri takde jawapan utk soalan sy tu, bermakna anda dalam bahaya!

Anda sedang mengalami masalah besar! Anda orang yg main redah je dalam dunia bisnes ni, tangkap muat..

Yelah, sebagai owner produk atau agen sekalipun, kalau anda tak tahu 3 benda ni mmg bahaya;

  1. Tak tahu produk ada demand ke tak. Camne nk jual kalau takde orang berminat? Buatlah apa cara pun, kalau dah bukan trend, mmg susah. Kalau ada pun biasa-biasa je. Penat..
  2. Tak kenal siapa audiens! Camne nk buat fbads kalau sasaran audiens pun tak jelas? Rugi je buat fbads nanti.. Banyak buang masa, bila takde hasil, tu yang giveup tu..
  3. Tak tahu apa kelebihan produk sendiri. Ni plg bermasalah, camne nk jual kalau produk sendiri pun tak kenal? Camne nak yakinkan prospek? Kena study dan fahamkan dulu apa kelebihan, ciri2 dan keunikan produk anda. Baru boleh yakinkan pelanngan.. Ni tak, kata produk takleh jalan lah apa lah.. Peninggg arr…

Oleh sebab tu, sebagai usahawan, anda perlu kaji dan fahami kehendak pasaran, audiens dan juga produk anda sendiri.

Bila dah betul-betul faham, dah menjiwai barulah senang nak hasilkan copywriting yg memukau dan tepat pada audiens anda..

“tolong saya sifu.. Apa step yg sy perlu buat tu..?”

Okay, ni saya kupaskan secara ringkas tentang FORMULA M.A.P;

#1: [ M – MARKET ]

market

Igt.. Kaji market ni bukan g kaji supermarket giant tuh.. Tapi kaji PASARAN produk/servis anda. Buat checklist balik..

  • Adakah produk anda diperlukan?
  • Adakah produk anda ada demand?
  • Adakah produk anda masih relevan dengan trend terkini?
  • Kenalpasti siapa pesaing anda
  • Apakah kelebihan produk/servis anda berbanding org lain

List down dulu apa jawapan kepada soalan-soalan kat atas ni, buat research sikit.

#2: [ A – AUDIENCES ]

audience

Sebelum ni buat iklan main pukul rata jer, tak kesahlah nenek tua ke budak sekolah ke, suma disasarkan.. Bagus bagus.. Memang bagus.. Terbaikk..

Jangan! Tak boleh camtu.. Rugi.. Buatpa sasarkan pada orang yang tak berminat dgn produk kita? Buang masa!

Rahsia utk menghasilkan copywriting yg power rangers, anda kena habis ‘bercinta’ dgn audiens, kena kenal mereka sedalam-dalamnya. Bila dah kenal, baru senang nak cuit emosi mereka.. Hoho

So, untuk langkah permulaan, anda perlu membina customer avatar……

“Fuyooo.. avatar yg warna biru tu kee sifu?”

Aiyaa.. Bukan tu.. Byk tgk tv betullah.. Customer Avatar ni adalah satu teknik bayangan, bagaimana anda nak gmbarkan sifat,ciri-ciri, dan rupa bakal pelanggan anda.

Bila dah ada gambaran karakteristik audiens, barulah mudah nk rancang apa jua strategi pun, yelah benda dah kenal kan..

Yang bestnya tentang FB Ads ni ialah, kita boleh pilih audiens kita secara terperinci dgn berdasarkan Customer Avatar yg dah kita bina tadi tu..

Dalam Fb Ads utk memilih audiens ada 4 data utama;

  • DATA GEOGRAFI

Bahasa lebih mudah, dimanakah lokasi mereka berada. Jangan target suma tempat! Pemilihan lokasi yg tepat byk membantu jualan kita. Nak target luar bandar ke, dalam bandar ke..

Jika anda ada premis, anda boleh sasarkan lokasi tersebut kepada mereka, boleh tingkatkan awareness mereka ttg wujudnya premis anda. Selain tu, anda juga boleh mention lokasi mereka pada bahagian headline utk trigger mereka.. Faham?

  • DATA DEMOGRAFI

Data ni lebih merujuk kepada maklumat peribada audiens yg ingin disasarkan. Apakah demografi yg boleh digunakan dlm fbads? Ia adalah umur, jantina, status perkahwinan, pekerjaan, tahap pendidikan dan juga bahasa.

So, dengan data ni, anda boleh tapis bakal pelanggan anda. Apabila isi copywriting anda di isi dengan tepat dan dipadankan dengan sasaran audiens di fbads, pasti respons iklan anda sgt bagus.

Saya bg contoh, katalah anda menjual produk kecantikan. Kemudian, bygkan customer avatar produk anda, golongan dewasa, wanita, berumur 22-35 tahun, dah bekerja dan sudah berkahwin.

Daripada data-data inilah anda boleh bina isi-isi penting dlm copywriting anda, cthnya;

“office mate asyik jeling-jeling je, nak tanya kita pki produk apa lah tu..”

“Kulit gelap punca rakan malas nak ajak berborak..”

“Suami tegur.. kata kulit awak dah cantiklah..”

Isi-isi camnilah yg perlu diolah dan jadikan isi penting dlm copywriting, barulah memukau bakal pelanggan.

  • DATA PSIKOLOGI

Ini antara bahagian pnting dan sering digunakan dlm fb ads. Data ini melibatkan maklumat sprti hobi, minat, dan aktiviti audiens.

Data inilah yg sering kita masukkan pada bahagian interest di fbads, katalah anda jual produk memancing, anda boleh masukkan pada bahagian interest tu sbg contoh ‘fishing’, nama produk memancing, ikon memancing, rancangan tv memancing, dan lain-lain.

Dengan data ini juga anda boleh masukkan di poin penting dlm copywriting anda.

  • DATA SOSIOGRAFI

Dalam fbads ada 3 jenis data sosiografi yg boleh kita gunakan;

1- People who like your page : anda boleh sasarkan pada audiens yg pernah like page anda atau page-page lain yg anda miliki. Mereka adalah fans anda.

2- Friend of people who like your page : Sasarkan pada rakan-rakan audiens anda yg pernah like page anda.

3- Exclude people who like your page : Audiens yg belum like fanpage anda, mereka adalah suspek atau audiens yg masih belum mengenali anda.

#3: [ P – PRODUCT ]

product

Okay, ni poin terakhir, elemen terakhir, ni point penting ni. Sgt-sgt penting…

“uish.. serius betul ni sifu..”

Ya mmg serius. Ok, anda dah kaji market bisnes anda, dah kaji siapa sasaran audiens utk servis/produk anda. Kini, anda perlu fahami dgn teliti ttg PRODUK anda.

Dlm mazhab sifufbads, maklumat berkaitan produk merupakan poin yg ssgt penting utk dimasukkan dlm copywriting. Poin ini dipanggil F.A.B..

“Apa plak FAB ni sifu.. Lepas MAP FAB plak..”

Ha.. F.A.B ni adalah maklumat maklumat produk yg perlu dimasukkan dlm copywriting anda.

  • F – Features
  • A – Advantages
  • B – Benefit

Tapi, utk mudah faham, anda boleh list down dan fokus pada 4 maklumat ini, MANFAAT, LIFE CYCLE, DESIGN dan USP produk. Kaji dan ketahui apakah maklumat yg ada dlm produk anda dan itulah F.A.B produk anda..

Bila dah tahu apakah FAB produk anda, masukkan dalam copywriting anda.

Faham?

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *