Pentingnya Pembinaan “Fans”
PEMBINAAN “FANS”
Selalu kita dengar ramai orang berkata tentang pembinaan fans ini kan? Ada juga yang begitu menekankan betapa pentingnya kita mempunyai fans.
Ada yang fansnya mencecah puluh ribu bahkan juga ratusan ribu. Kadang-kadang kita juga lihat ada fanpage yang mempunyai ‘like’ sampai Sejuta lebih…!
Penting ke itu semua…?
Jawapannya.. Ya! Sangat penting, terutama jika anda yang menjalankan perniagaan dengan serius!
Mengapa kita perlu membina “fans”?
1- Untuk mencipta “branding” juga “awareness” perniagaan kita.
Branding adalah salah satu strategi bagi mereka yang ingin membina suatu perniagaan yang berterusan dalam jangka masa yang panjang. Lebih ramai orang mengetahui mengenai kita dan perniagaan kita lebih baik.
Selain itu orang ramai juga akan menyedari kewujudan kita dalam industry dan menjadikan mereka begitu biasa dengan kita. Kita tidak lagi dianggap sebagai suatu yang asing bagi mereka. Sekaligus ianya meningkatkan kepercayaan orang kepada kita bukan..?
2- Mampu meningkatkan kredibiliti kita.
Ya…! Apabila kita mempunyai follower yang ramai, bukankah ianya memberi kesan kepada kredibilit kita. Orang akan mudah meletakkan kepercayaan mereka kepada kita. Kalau anda sendiri sekiranya ingin membeli atau berurusan dengan mana-mana pihak, antara mereka yang mempunyai fans yang ramai dengan tidak…mana satu yang anda lebih percaya dan yakin untuk berurusan?
3-Â Menunjukkan Reputasi karier juga perniagaan
Tidak dinafikan lagi. Kadang-kadang anda yang sanggup berhabis beribu-ribu ringgit semata-mata untuk membina fans mereka yang tersendiri. Itu belum lagi fokus kepada marketing lagi. Dengan fans yang ramai ia menggambarkan reputasi anda.
4- Kita boleh menjalankan “free marketing” kepada fans kita sendiri.
Mereka yang menjadi follower kita adalah mereka yang berminat dengan produk atau perniagaan kita. Secara tak langsung mereka ialah ‘potential customer’ yang kita hanya perlu educate dan buat ‘engagemnet’ untuk tukar mereka dari prospek kepada ‘client’
5- Membantu kita untuk melakukan “engagement”.
Adalah suatu yang agak mudah untuk kita ‘close sale’ kepada fans kita sendiri berbanding ‘open audience’. Ini disebabkan kita sudahpun membina relationship juga ‘awareness’ kepada fans kita.
6- Kita mempunyai follower yang setia mengikuti perkembangan kita.
Setiap apa yang kita lakukan dan paparkan di facebook kita, akan ada yang membacanya. Ini bermakna anda sudah mempunyai pengikut setia yang mengikuti perkembangan anda.
Secara tidak langsung apabila anda ingin melancarkan sebarang kempen atau produk baru, akan ada beberapa kelompok follower anda yang bakal menjadi pelangan kelak..!
7- Mampu menyumbang kepada pengurangan kos iklan kita.
Sudah pasti…! Apabila anda mempunyai fans yang tersendiri ia menyumbang kepada pengurangan kos iklan anda dalam menjalankan sebarang promosi nanti.
Ini kerana sudah ada yang mengikuti perkembangan anda dan anda telah pun bina ‘relationship’ dan kepercayaan dengan mereka.Oleh itu amat mudah untuk mereka bertukar menjadi pelanggan.
8- Iklan kita akan lebih lajuÂ
Ya….! Apabila kita menjadikan fans kita sendiri sebagai ‘target audience’, iklan yang anda bina akan menjadi lebih efektif dan berkesan. Iklan anda mampu manarik perhatian fans anda sendiri.
9- Conversion Rate kita akan menjadi tinggi.
Disebabkan follower anda merupakan ‘potential customer’, potensi untuk anda mendapatkan CR yang tinggi adalah sangat tinggi! Mudah untuk anda mendapatkan sales sekiranya anda melakukan promosi kepada fans anda yang sentiasa mengikuti perkembangan anda sebelum ini.
P/S : Dapatkan 3 modul PERCUMA Â dari Sifufbads di sini –> KLIK SINI
[sam_ad id=”1″ codes=”true”]
Terima kasih Sifu, cukup bermanfaat bagi orang seperti saya yang masih lagi baru menggunakan fanpgage.