SALES MAINTAIN STATIK, APA NAK BUAT?
Sales statik, ni memang selalu yang mengadu. “Dah buat macam-macam sifu, statik juga..” Ada yang bagitau, “Dah buat marketing itu, marketing ini, followup ini, followup itu, tetap statiks sifu..”
Ok begini…
Sebelum buat apa-apa action, kita kena buat sales analytic, iaitu analisis terhadap data sales kita. Tanpa analisa, bagaimana nak tahu ‘ubat’ atau optimization yang betul untuk naikkan sales.
1# DATA! Data trafik, view, lead, buyer, unit product sold, transaction, itu basic kena tahu. No data, no optimization!
2# PLATFORM & SALES CHANNEL. Mana sumber sales datang tu? Socmed? E-commerce? Team sales? Marketplace? Offline COD? Kiosk? Setiap platform, boleh berbeza analisisnya.
3# ANALYSIS. Ada data, baru boleh analisis data tu..
Baru boleh tau, kemampuan conversion rate, closing rate, roi & roas, % sales distribution, cost per buyer, cost per acquisation a buyer dan macam-macam lagi.
4# FINDING. Ni dari analisis yang kita dapat tu. ok ke tak ok..
Kita kena check data compare dengan sales metrik yang telah kita tetapkan! Dari situ, kita akan jumpa finding.. Mungkin conversion kita teruk.. mungkin cost per lead mahal.. mungkin closing sederhana, bukan maximum..
5# OPTIMIZATION. Barulah kita adjust strategi, teknik yang sesuai untuk naikkan sales kita.
Contohnya, teknik tingkatkan conversion rate.. adjustment pada presentation, copywriting, product demand, target audience, timing, cara offer, boleh ubah conversion rate! 1% perubahan conversion rate, boleh naikkan 100% sales kita tau..(ni yang paling utama kitq beri perhatian).
Transaction increament.. Bayangkan dari orang orang nak beli 1 botol, orang beli pakej.. Terus naik sales! Teknik pakej, gift, upsell, backendsell, crossell, oto, suggestion, antara yang boleh digunakan.
Sebenarnya banyak lagi boleh buat..
Antaranya, kita tingkatkan repetition existing customer, maybe dgn new product, exclusive product, maybe dengan buat line extension atau brand extension, yang menambah lagi ‘kerajinan membeli’ existing customer.
Kita boleh, tambah new customer, dengan tambah channel baru.. tambah tim yang menjadi sales point.. maybe buat brand expansion dengan tambah branch, kiosk, distributor dan sebagainya.
Ok? Camne? Paham dah skit-sikit?