Takut Nak Buat FB Ads?

PERHATIAN: PEMAIN FB ADS BARU YANG MASIH TAKUT-TAKUT

Ramai mereka yang masih baru dalam FB Ads, yang belum mahir, takut nak letak budget tinggi-tinggi dalam kempen iklan FB Ads mereka. Memang la kan, takut rugi! Duit habis sales tarak! Especially mereka yang buat buat bisnes internet ni part time. (orang kerja gov kebanyakannya, kerja kilang, kerja yang gaji kecil)

So, camne nak buat?

Ikuti tips di bawah:

1# PASTIKAN PRODUK ADA PERMINTAAN

Pastikan anda menjual produk yang memiliki permintaan, dan menguntungkan. Kalau tak, buruk padahnya:-) Cuba luangkan masa untuk mengkaji sebaiknya samada produk tersebut memiliki permintaan atau tidak. Salah satu kaedah mudah adalah, anda boleh menjual produk affiliate yang memiliki ramai agen yang telah berjaya buat jualan. (anda boleh masuk ke jomniaga.com atau klikjer.com) Ataupun, anda menjadi agen dropship bagi sesuatu produk yang merupakan BEST SELLER seperti di yosh.my atau di muslimniaga.com atau mana-mana yang ada sediakan dropship.  Jika anda berniat untuk menjual sendiri produk-produk di FB, disyorkan dapatkan sampel 1-1o unit dulu, dan cuba buat testing di FB. Cuba lihat samada ada yang berminat atau tidak?

2# SEDIAKAN IKLAN YANG BAIK, TERUTAMANYA GAMBAR IKLAN

Sediakan gambar yang menarik, beserta ayat menjual yang baik. pemilihan audiens juga sangat penting. Iklan yang baik mampu hasilkan CTR yang baik (ads berkualiti), mampu membantu ads berjalan baik, dan boleh dapat kos lebih murah jika guna CPC..Tahukah anda, imej iklan memainkan peranan penting yang mana dapat membantu menarik perhatian audiens, dan seterusnya boleh tukarkan mereka menjadi prospek pembeli.

Dari banyak eksperimen dan kajian yang dijalankan oleh sifufbads sdn bhd, didapati IMEJ di antara penyumbang terbesar jualan, selain daripada copywriting.

Tips sedia imej yang menjual:

1) Imej kelihatan professional. (mampu membantu tingkatkan keyakinan prospek dengan produk dan juga penjual)

2) Pengunaan background, warna yang bersesuaian. Warna background putih kekelabuan sesuai untuk produk bewarna terang, atau warna yang menonjol. Background warna merah, sesuai untuk produk bewarna putih, biru laut,.

3) Letakkan perkataan penting dalam imej, seperti offer, kelebihan utama produk, call to action ringkas, atau headline untuk tarik perhatian (kurang 20% text)

4) Imej perlu relevan dengan produk dijual. Jika jual produk fizikal, gambar produk adalah paling sesuai, jika jual servis, gambar berkaitan servis sesuai, dll..Kadangkala, gambar produk kurang sesuai digunakan, tapi gambar result (hasil selepas guna sesuai digunakan). Contohnya produk kecantikan & kesihatan…

5) Imej yang menarik sebaiknya diikuti dengan copywriting (ayat menjual) yang relevan, dan turut mampu membantu dalam menjual.

Cuba anda lihat mereka yang sukses dalam menjual produk pakaian, seperti tudung, baju, beg. Antara tarikan utama bagi pembeli adalah GAMBAR yang dipersembahkan. Mereka membeli dengan hanya melihat gambar saja! Copywriting menjadi perkara ke-2…(selain itu, brand, reputasi, loyalty, servis juga menyumbang kepada % pembelian)

3# CUBA DAPATKAN BID RENDAH, DAILY BUDGET RENDAH TERLEBIH DAHULU

Buat iklan, letak bid mula rendah, 0.03USD, daily budget USD5. Tapi anda perlu ingat, sering juga ads yang diletakkan nilai bid rendah, daily budget rendah susah nak berjalan iklannya. Tapi sebagai orang baru, anda boleh lakukannya. Jika satu ads tak berjalan, cuba buat ads yang lain pula. Mulakan rendah untuk dapatkan pengalaman, dan seterusnya memberikan keberanian untuk melangkah ke langkah yang seterusnya. Selepas 24 jam, kalau iklan tak berjalan, ce try naikkan daily budget sekali ganda. Kalau jalan, terus turunkan daily budget ke USD5…

4# BELAJAR! CARI PANDUAN, CARI GURU!

Jika anda ingin lebih berani dalam FB Ads marketing ini, saya sarankan anda cari guru, atau dapatkan mana-mana panduan samada dalam bentuk buku, DVD, seminar atau sebagainya. Pelaburan ilmu ni tiada ruginya. Ianya membantu anda untuk kurangkan kesilapan, dan dapat membuat pemasaran FB Ads yang lebih baik. Dan ilmu yang diperolehi, perlu dipraktikkan hingga jadi. Bukannya buat sekali dua tak jadi, terus give up.

Sekian saja tips ringkas dari sifufbads untuk mereka yang masih baru, yang mungkin rasa-rasa takut untuk jalankan FB Ads marketing.

Similar Posts

5 Comments

  1. Assalam,

    Bagaimana nak tukar nama pages yang lebih dari 20k likes?

    thanks

    RESPON KEPADA KOMEN INI

    1. pergi ke bahagian ‘about’, kemudian ‘edit’ nama fanpage di ‘Name’. Lepas tu, klik ‘request change’. kemudian, ikut je langkah seterusnya

Comments are closed.