7 Langkah Cara Bina Unique Selling Preposition (USP)

Kepentingan ‘Unique Selling Proposition’ (USP) Dalam Bisnes

7 Langkah Cara Bina Unique Selling Preposition (USP)

Sekarang, persaingan untuk berniaga di Facebook semakin sengit. Mana tak sengitnya, sudah ramai yang sudah mula berniaga secara online terutamanya di facebook. Setiap hari, semakin bertambah peniaga di facebook. Hari-hari ada saja penjual baru. Ada menjual pakaian, ada jual produk kosmetik, produk kesihatan dan macam-macam ada.

Persaingan semakin sengit..

Adakah pasaran sudah tepu? Tepu, sampai tak sesuai nak berniaga dah?

Oh tidak..

Bagi saya, jika anda rasakan pasaran telah tepu, tepulah ia. Dan sebaliknya, jika ianya adalah biasa-biasa saja, biasa-biasa saja lah ia.

Bagi usahawan internet yang berpengalaman, ini adalah normal. Biasalah, persaingan adalah normal dalam perniagaan. Dalam perniagaan konvensional pun, persaingan juga tetap ada. Malahan lebih sengit. Jika di satu kawasan perumahan tu ada seorang yang buka gerai jualan Pisang Goreng Cheese, tak lama selepas itu muncullah berduyun-duyun penjaja Pisang Goreng Cheese yang lain pula.

Dalam buku Legenda Jutawan Facebook, saya pernah berkata “persaingan memang kejam”. Betullah tu! Memang kejam. Persaingan ada di mana-mana saja. Ramai orang cuba bersaing dengan cara menurunkan harga dengan harapan lebih ramai orang membeli dari mereka berbanding pesaing-pesaing mereka.

Tapi tindakan ini biasanya boleh memakan diri. Apabila seorang dah turunkan harga, yang lain juga turut akan menurunkan harga. Akhirnya, berlaku perang harga! Semuanya berebut-rebut untuk memperolehi untung yang sedikit dengan menurunkan harga.

So, apa nak buat?

“Persaingan sengit giler ni bro. Gua tak tau nak buat apa dah. Lu ada idea? ” Seorang brader ni meluahkan kekecewaan pada saya.

Jawapan saya;

Dalam dunia persaingan yang sengit ini, anda perlu timbulkan USP bisnes/produk/servis/jenama anda. Apa yang membezakan anda dengan pesaing anda dari segi kualiti, kecepatan, layanan, keberkesanan, sasaran pengguna dan lain-lain lagi.

Unique Selling Proposition (USP) juga adalah faktor yang membezakan produk peniaga itu berbeza atau unik dari produk yang dijual di pasaran semasa. Ia adalah seperti lubang-lubang pasaran yang masih belum diterokai oleh orang lain.

Dengan mempunyai USP yang jelas, anda akan dapat jawab persoalan prospek seperti berikut;

  • Apa keunikan bisnes anda?
  • Apa yang membezakan bisnes anda dari pesaing yang lain?
  • Kenapa saya perlu beli dari anda, bukan dari dari peniaga lain?
  • Kenapa saya perlu ambil tahu mengenai bisnes atau produk anda?

Saya berikan beberapa contoh USP dari syarikat berikut…

1) Zappos

Antara syarikat yang menpunyai USP yang unik adalah Syarikat Zappos. Mereka dikenali kedai online yang paling mesra pelanggan untuk membeli kasut secara online.

Mereka menyediakan servis ‘free shipping’ dan ‘free return shipping’. Hasilnya, pelanggan boleh tempah kasut dalam kuantiti yang banyak, kemudian mereka boleh pulangkan semula kasut yang mereka tak nak.

Syarikat Zappos mempunyai USP yang agak menarik iaitu mereka tawarkan servis pemulangan produk yang terbaik. Hasilnya, pelanggan tidak lagi takut untuk membeli secara online dan mereka boleh pulangkan semula kasut yang tidak sesuai untuk mereka.

Kesannya, mereka dapat jual produk dengan harga yang lebih mahal dari syarikat pesaing.

syarikat Zappos

2) Starbucks

Satu lagi syarikat yang boleh anda jadikan kajian kes untuk USP adalah Syarikat Starbucks.

Apa USP mereka?

Jawapannya pasti anda sudah tahu…

USP mereka adalah menyediakan minuman kopi premium yang berkualiti tinggi kepada para pelanggan mereka. Sekarang, mereka telah menyediakan lebih 30 jenis kopi dan makanan seperti sandwitches, salad, oatmeal dan banyak lagi.

Mereka bukan ingin dikenali sebagai harga kopi yang termurah atau terbaik. Mereka hanya fokus pada satu USP sahaja iaitu menyediakan minuman kopi premium.

Ramai pelanggan mereka jadikan restoran Starbucks sebagai tempat berkumpul untuk berbincang, berborak atau bekerja.

syarikat starbucks

3) Domino Pizza Hut

Dominos-Pizza-LogoSalah satu contoh USP yang hebat adalah seperti apa yang ditawarkan oleh syarikat Domino’s Pizza. Sebelum mewujudkan USP khas mereka, syarikat online casino tersebut telah hampir bankrap.

Oleh itu, mereka memerlukan satu USP yang boleh terus membezakan mereka berbanding pesaing-pesaing mereka.

Dalam pada itu, mereka telah mewujudkan USP “Fresh, hot pizza delivered in 30 minutes or less or it’s free”.

 

4) Burger King

Satu lagi contoh USP yang baik adalah apa yang diberikan oleh syarikat Burger King yang sedang bersaing dengan syarikat McDonalds.burger king

Syarikat Burger King telah mewujudkan USP “Have it your way”.

Mereka membezakan syarikat mereka berbanding pesaing dengan membolehkan pelanggan untuk memilih apa yang ingin mereka letak di dalam burger mereka.

Dengan memberikan kuasa untuk memilih kepada pelanggan mereka, maka USP mereka telah mencapai kejayaan.

5) Papa John”s

Terdapat juga syarikat pesaing pizza yang lain seperti Papa John’s yang menggunakan USP khas iaitu “Better ingredients, better pizza”.

papa john

Kesemua syarikat yang mempunyai USP yang khas ini bertujuan untuk membezakan mereka dengan pesaing-pesaing mereka.

Salah satu proses untuk menghasilkan USP yang baik adalah dengan memikirkan apakah perkara yang boleh menarik perhatian pelanggan untuk membeli daripada anda, bukannya daripada pesaing-pesaing anda.

Asas untuk bina USP mestilah datang dari pemahaman sebenar pelanggan anda. Anda perlu tahu siapa sebenarnya sasaran pelanggan anda sebelum bina USP.

Saya berikan beberapa tips untuk anda bina USP;

  • Berfikir seperti pelanggan
  • Kaji faktor yang boleh menaikkan motivasi pelanggan anda untuk membeli
  • Kaji sebab kenapa pelanggan datang kepada anda, bukan kepada pesaing anda

Ok, sekarang ikut 7 langkah di bawah untuk belajar cara bina USP yang baik…

#1: Senaraikan Manfaat Produk atau Servis

Pelancaran Buku Legenda Jutawan FacebookSenaraikan sekurang-kurangnya 3 manfaat terbaik produk atau servis anda. Jelaskan kenapa prospek perlu dapatkan produk atau servis anda.

Terangkan bagaimana produk anda dapat membantu mereka. Adakah produk anda terbukti berkesan?

Persoalan-persoalan inilah yang memudahkan anda untuk menjual produk tersebut.

Saya berikan Buku Legenda Jutawan sebagai contoh…

Apa yang manfaat yang bakal pembeli akan dapat dari buku ini?

  • Idea cara mencari produk yang berpotensi untuk menghasilkan jualan tinggi di facebook.
  • Strategi Pemasaran Produk di Facebook. Dengan strategi yang betul, anda boleh memperolehi jualan yang besar.
  • Teknik Penulisan Ayat Jualan yang efektif yang mampu memikat emosi prospek dan seterusnya membuatkan mereka bertindak membeli.

#2: Unik

order buku ljfFokus utama sekarang adalah jadi unik. Anda perlu bina faktor-faktor yang menunjukkan syarikat anda adalah pilihan terbaik untuk prospek membeli.

Tulis USP yang boleh membangkitkan keinginan pelanggan untuk membeli. Anda boleh tulis USP di bahagian pengenalan, tawaran atau jaminan produk anda.

Contohnya…

Pada pandangan peribadi saya,  cover buku legenda jutawan ini, persembahannya agak berlainan dari cover buku yang dijual di pasaran. Bagi saya, gambar model (saya la tu) yang memandang ke bawah itu agak unik, agak misteri. Di tambah pula dengan logo sifufbads yang tertera pada baju si model tersebut. Tajuknya “Legenda Jutawan Facebook”, bagi saya agak catchy. Inilah keunikan yang saya cuba tonjolkan pada tajuk buku ini.

 

#3: Selesaikan Masalah Semasa

Kenal pasti apakah keperluan atau permintaan dalam pasaran sekarang. Pasti ada lubang-lubang pasaran kecil yang anda boleh masuk.

Apakah perkara yang paling mengecewakan pelanggan anda semasa berurusniaga? Kurangkan kekecewaan mereka dan pastikan anda dapat tunaikan janji-janji anda.

Contohnya…

Masalah semasa yang sedang dihadapi oleh ramai usahawan tidak tahu bagaimana memasarkan produk/servis mereka menggunakan facebook. Jadi, mereka mula cari cara atau panduan bagaimana untuk belajar ilmu pemasaran facebook.

Buku Legenda Jutawan ini mendedahkan tips, panduan, strategi dan pengalaman sebenar untuk berniaga menggunakan pemasaran facebook.

#4: Berikan Bukti

Kurangkan keraguan pelanggan anda dengan berikan bukti seperti testimoni. Ini kerana pelanggan agak ragu-ragu dengan produk yang baru dikeluarkan di pasaran. Mereka lebih percaya feedback dari pihak ketiga berbanding dari peniaga.

Hubungi semula pelanggan anda dan dapatkan testimoni yang jujur dari mereka.

testimoni buku ljf#5: Ringkas tapi Padat

USP yang baik mempunyai maksud yang mudah difahami. Ia mestilah ringkas tapi padat. Maksud yang ingin disampaikan dalam USP anda mestilah jelas.

Macam mana nak bina USP yang ringkas tapi padat?

Caranya adalah dengan senarai dan kumpulkan segala maklumat secara terperinci mengenai produk atau servis anda, kemudian gabungkan maklumat tersebut dalam bentuk perkataan yang ringkas.

Pelbagaikan sususan ayat anda, tanya pada rakan-rakan anda untuk dapatkan pendapat mengenai ayat USP anda.

Contohnya…

Lihat buku di bawah!

Tajuknya – Legenda Jutawan Facebook

Taglinenya – Rahsia Menghasilkan Jualan 6-7 Angka Di Facebook.

cover timeline buku ljf#6: Gabungkan USP dengan Tool Pemasaran

Variasikan USP anda dalam  semua tool pemasaran seperti…

  • Headline surat jualan;
  • Bisnes kad, brochures dan flyers
  • Telefon dan Skrip jualan;
  • Surat dan Post kad
  • Website dan Blog
  • Cover Timeline Fanpage, Calendar dan Banner

tool pemasaran#7: Jaminan USP

USP yang baik boleh menjadikan perniagaan anda berjaya, begitu juga sebaliknya. Anda perlu yakinkan pelanggan yang anda mampu untuk lakukannya. Ini merupakan satu cabaran bagi syarikat yang baru.

artikel sharing sifufbadsItulah langkah-langkah yang perlu anda buat untuk bina USP yang baik.

Membina USP yang baik adalah faktor penggerak untuk membina kejayaan perniagaan anda. Gunakan USP anda secara optimum dalam tool pemasaran untuk dapatkan hasil yang maksimum.

Jadi, apa Unique Selling Proposition (USP) anda? Apa yang anda ingin dikenali oleh bakal pelanggan anda? Atau apa keunikan bisnes anda? Fikir-fikirkan la…

Semoga berjaya!

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *