6 Jenis USP Anda Boleh Guna dalam Bisnes
Tahun 2017, tahun yg ramai pakar kata akan ada cabaran dari segi sosioekonomi, currency, geopolitik dan macam2 lagi. Tahun yg lebih mencabar bagi peniaga, offline mahupun online. Nak tak nak, kita kena teruskan apa yg sedang dibuat, dan tindakan yg dibuat mestilah lebih bijak dan efektif berbanding tahun2 terdahulu.
Sifufbads nak tanya ni, “ANDA DAH READY?”
Kalau jawapannya ‘ya’, tahniah..
Kalau jawapannya ‘belum’, tahniah juga.. Cuma anda kena segera buat tindakan yg patut.
Dalam bisnes, kita kena lain dari yg lain. Lain dari pesaing, walaupun dalam satu niche, satu industri, walaupun sama2 ejen bagi satu syarikat. Kita wajib lain dari yg lain.
Soalnya sekarang, bgaimana nk ‘BE DIFFERENT’?
Bagi mjawab persoalan tu, semua peniaga, wajib ada satu elemen yg dipanggil, USP.
Unique Selling Proposition..
atau,
Unique Selling Point..
Sama je kedua2nya..
Kerap kali Sifufbads sebut psl USP ni. Tp ramai lg yg kat luar kurang jelas. USP produk apa? Bgaimana nk wujudkan USP?
Cuba tanya diri anda sekarang, anda dapat kenalpasti apa USP bisnes anda? Dapat? Tak Dapat?
Ape sekalipun jwpnnya, Sifufbads nk share 6 ketegori USP yg boleh anda wujudkan dalam perniagaan anda. Kena baca smpai habis. Jgn malas!
#1: USP – NAMA
USP dari segi nama adalah di antara yg plg mudah utk diwujudkan. USP pada nama pula, kita boleh bahagi kepada 2 kategori lg :
1) Nama Page – Yes, nama page, kedai atau bisnes anda. Utk kali ni, Sifufbads nak ambil contoh nama page. Nama page juga boleh mewakili nama kedai. Pernah dengar ‘Nasi Lemak Anak Dara’? Ha tu USP letew.. Xpasal2 MB pun datang nk bergambar.. hehehe
Antara contoh nama page alumni Sifufbads yg unik ialah :
- Hogoh De Coco
- CVU IPATA
Tu 2 contoh nama page yg unik, yg buatkan org ingat, sbb nama page sendiri yg agak lain dari org lain. Cuba kalau nama page tu, ‘Kedai Nasi Ayam Abu’, ‘ Kedai Kain Ah Lim’.. Alahai.. kemaen boring namanya..
2) Nama Product – Nama product juga memainkan peranan dlm mencipta USP. Kdg2, nama produk lebih kurang sama dgn pesaing, bentuk pun sama juga! Cemane tu nk bersaing? Especially bagi peniaga makanan.
Contoh, sini jual ‘Pau Ayam Abg Kasim’, peniaga seberang jalan jual ‘Pau Pak Talib’.. Depan trafic light plak, ‘Pau Sekaya Kak Melah’. Hmmm.. Boring.. Nak beli yg mana satu pun xtau.. Setuju?
So, apa yg boleh anda lakukan ialah dengan meng’adjust’ sedikit nama produk anda tu. Contohnya :
- Nasi Kapal Karam
- Kuih Tart Nenas Itik
- Jubah Duyung Lace
- Sauda Lipbalm
Dan.. banyak lagi lah. Tujuannya? Nak bg org igt.. Bunyi mcm lawak, kan? Ha elokla! biar prospek tersenyum bila sebut nama produk. Scra xlangsung, mereka akan igt.
#2: USP – APPEARANCE
1) SIZE – Size juga memainkan peranan dlm nk wujudkan USP. Contohnya, kebanyakkan produk komestik dibotolkan dlm size 150-300 ml. Size sebesar tu, susah kalau nk bwk travel. Org pompuan pun susah nk letak dlm handbag bila besar cmtu.
So, apa yg boleh anda buat ialah, botolkan produk anda dlm size yg kecik, 30ml contohnya. Mudah nk bawak travel. Dh jadi travel kit.
2) COLOR – Warna yg berbeza dan menonjol, juga dapat wujudkan keunikan dan kelainan. Contohnya, salah sorg alumni Sifufbads, Dian Pixy, memilih warna ungu utk setiap produknya. Dah mcm warna tema. Bukan bekas je tau warna ungu? Dengan krim2 skali warna purple.
Ada juga sorg alumni Sifufbads yg lain, yg mjual produk fat burner, gunakan botol berwarna merah. Yup, merah.. Memang striking warnanya.. Barulah org igt!
3) DESIGN – Design juga adalah antara elemen yg boleh kita manipulate utk wujudkan USP. Contoh yg mudah utk diambil ialah Nasi Kapal Karam, nama je dah unik, design atau susunan makanan tu sendiri pun ‘mengancam’. Kuah dalam buah kelapa, ketam di sekeliling, nasi pulak warna biru.. Nak kata nasi kerabu bukan, nasi cmpur bukan.. Ha.. xtaula..
#3: USP – ADVANTAGES
1) TECHNOLOGY – Technology yg bgaimana? Mari Sifufbads bg idea utk anda sama2 fikir.
Kita ambil contoh handphone. Setiap kali satu2 brand nk kluarkan model phone terbaru, mesti ada kelebihan dan kelainan. Contohnya, Huawei keluarkan phone terbaru mereka, khas utk org yg kaki selfie. Kamera hadapan yg HD, HP, HR(High Resolution).. Smpai 8MP tuh.. Time org lain dokus pada RAM, Processor, Size etc, Huawei gunakan kelebihan teknologi yg mereka ada utk fron camera.
Contoh lain, ada juga alumni Sifufbads yg menjual 4d Flashcard. Mmg lain dari yg lain. Just scan je guna phone yg ada apps tertentu, akan keluar binatang, siap bergerak, keluarkan bunyi lg. Org lain myb masih kekal dengan flashcard biasa shj.
2) TIME – Mesti anda terfikir2, apa jenis USP yg boleh diwujudkan dengan time/masa?
Baiklah… Begini, contoh plg mudah yg boleh diambil ialah, kecepatan sesuatu produk itu dapat menunjukkan hasil atau menyelesaikan masalah prospek.
Salah sorg alumni Sifufbads, Raymin Tech, menjual jack kereta, yg dapat bantu org jack kereta dlm masa kurang dari 1 minit.
Ha.. Biar benor? Nampak.. Kagum kan?
Dan, nyatakan USP tersebut dlm headline.. Bg org screening waktu 1st time baca iklan kita.
Secara psikologi, 99% org mahukan satu produk atau servis yg dapat selesaikan masalah mereka dgn cepat. Xmau lama2.. So, anda WAJIB ambil peluang tu.
#4: USP – AUDIENCE
DEMOGRAPHY – Selain dari kategori yg dh disebut sblum ni, jenis audiens juga boleh mewujudkan USP. Bgaimana?
Begini.. Anda boleh fokuskan produk anda utk jenis audiens berdasarkan demografi tertentu. Kurang jelas?
Baik, mari Sifufbads berikan contoh produk+demografi :
Gel Amani – Pernah dengar pasal produk ni? Produk ni direka khas utk mereka yg mempunyai masalah lutut. Siapakah audience yg slalu ada masalah lutut? Org tua, setuju? Jadi, team Gel Amani telah fokuskan audience yg mpunyai ibu bapa yg mpunyai masalah lutut utk dapatkan produk mereka.
Susu Rizqi – Ini juga salah satu contoh yg baik. Susu Rizqi keluaran Mamadil ini dikatakan baik utk merawat masalah kulit, khususnya pada anak2 kecil. Jadi, Mamadil telah memfokuskan kepada ibu bapa yg mempunyai anak kecil yg mengidap mslh kulit spt eczema, ruam dll. Bukan peringkat umur lain xboleh minum, tp Mamadil lebih fokus pada audience begitu.
Masih boleh hadam? Good…
#5: USP – PREMIS
USP yg boleh diwujudkan pada premis ni, boleh dipecahkan kepada beberapa contoh juga.. Tp, utk kali ni, Sifufbads nk fokuskan pada setting, arrangement, decoration premis
Ni yg paling mudah. Begini.. Andaikan anda merupakan pemilik kedai makan. Anda boleh wujudkan USP dgn menggunakan jenis perabot yg lain dr yg lain.
Contoh termudah, seorang alumni Sifufbads, yg ada kedai steamboat iaitu CVU IPATA. Dia x gunakan kerusi meja biasa. Tp menggunakan material dari buluh. Smua gazebonya direka khas dr buluh tau? Mmg style, lain dr yg lain.
Selain dari itu, anda juga boleh wujudkan keunikan lain spt drive thru. Yup DRIVE THRU… Contohnya, anda merupakan seorang peniaga Pasembur. Kdg2, org ni malas nk beratur panjang2 utk beli makanan. So, kita ambil pluang tu, kita wujudkan drive thru. Salah sorang alumni Sifufbads juga dah implement mende ni, iaitu, Hogoh De Coco. Jual coconut shake, tp buat drive thru.. Kalah Mekdonal dia punya panjang kereta beratur..
#6: USP – OFFER
Ha.. Offer pun kita boleh wujudkan USP tau.. Utk USP dlm offer pula, Sifufbads akan pecahkan kepada 2. So, meh baca :
1) NAMA OFFER – Ye benerr mass! Nama offer.. Ce berikan nama offer yg rare dan unik.. Tujuannya? Nak bg org igt la ape lg! Ce tgk ujung taun punya sale, smua nk buat Year End Sale (Y.E.S)..
Bygkan kalau satu pusat komersial seksyen 7 Shah Alam tu buat Y.E.S, mau rambang mata org. Nak igt pun susah. Kedai ini but YES, kedai tu buat YES. Kalau ada 2 3 biji je kedai kat situ, xpe.. Ni, lebih dari 30 kedai smua nk buat YES.. Xsalah nk buat. Tp kita kena create smthing special, especially pada nama offer. Contohnya;
“SALES CIKEBOOM CIKEBOOM”
“PROMO HARGA LOMBONG EMAS BANJIR”
dan lain2 lagi.
Sekali lg, untuk apa bg nama unik? Untuk org INGAT!
2) FREE GIFT – Selain dari nama offer, anda juga boleh wujudkan free gift utk jadi tarikan kepada prospek. Free gift yg nk diberi tu, mestilah berkaitan.
Contohnya, Sifufbads pernah menjual Myqalam 4 Kids. Untuk tonjolkan kelainan, Sifufbads letakkan offer utk sjumlah pembeli terawal, bakal dapat Ipad mainan secara percuma.
Contoh lain, jika anda menjual pomade, myb boleh berikan free gift yg berkaitan. Mcm sikat ke, buku manual utk sikat rambut ke.
Boleh nampak? Good.. Yg penting kena kreatif…
PENUTUP
Sbnrnya, byk lg point yg boleh dibincangkan bila kita sebut bab USP. Tp di atas ni, Sifufbads hanya sebut 6 point shj. Ingat, tujuan USP adalah utk wujudkan keunikan, kelainan. Mmg pelik pada sstgh org, pelik pada peringkat awal. Tp yg pelik tu sbnrnya buat org igt.
So, Apa yg Sifufbads boleh katakan, sila gunakan tips yg diberikan utk menghadapi tahun 2017 yg dah x lama ni.
Kena bertindak sekarang. Kalau lambat, insyaAllah anda ketinggalan.
Anda rasa artikel ni bermanfaat? Kalau rasa bermanfaat, ajak kengkawan baca, share sbyk mungkin. Biar smua dapat manfaat.
ADIOS!
terima kasih SIFU
terima kasih sifu