BUAT BISNES BERTAHUN TU, TAPI DUIT TAK NAMPAK!?
Ada usahawan yang asik canang sales beratus-ratus ribu, berjuta, tapi duit savingnya entah ke mana! Duit cash reserve tiada!
Duit you investment lagi la takde! Canang sana-sini, berjaya, show off dengan kereta, rumah, pakaian bukan main lagi, lifestyle lagi.. Lepas tu, ada yang ada agen, ajar agen buat menda yang sama..
Akhirnya, semuanya “bocor poket” masing-masing! Tu belum kira yang manipulate cukai, zakat, simpan duit bawah katil, pindah ke account dummy bagai. Claim bisnes berjuta, tapi cukai bayar 10-30k! Cannot brain weiih!
INGAT – financial, cash flow ni, adalah TAPAK kepada bisnes kita! Tapak tak kuat, structure boleh roboh! Boleh hancurr..
ANTARA ISSUE TYPICAL BIASA BERLAKU, DAN NASIHATNYA;
1. RESERVE – banyak usahawan tiada reserve! Ni dangerous! Bina reserve cash company, min 6 blan – 2 tahun. Kalau kos operasi ofis 50k sblan, darab la dengan 6 bulan. 300k! 2 tahun? 1.2 juta!
2. MARGIN PROFIT – Ada company sales bsar, tapi margin profit, tipis! Camne nak jaga? Revise balik pricing, marketing cost (ni paling teruk biasanya), operation cost..
3. KOS MARKETING – ni teruk, yang mana banyak orang habis duit dekat adsvertising, duit reward, event untuk agen,. duit branding juga.. Tiada guideline, control! Advise saya, maksima jangan lebih 16 % dari revenue. (US standard )
4. STOCK – Ni banyak isu, yang mana duit dekat stock! Beli stock2 banyak unuk elok cukai katanya. Stock kalau sangkut, sangkut duit! So, buat planning stock dgn kemampuan menjual semasa, dengan strategi launching, marketing nya. Exit plan juga kena ada!
5. TAX – Ni byk manipulate.. lari cukai, tipu cukai, manipulate cukai.. tahu tak ramai yang kena gegar dengan KASTAM & LHDN, dan penalti kena sampai 100%! Buat bisnes ni, ikut undang2, manage dengan baik cukai tu!
6. GAJI & DIVIDEN – gaji amik suka ati! Nak blnja sukati amik duit company! Sebab tu company boleh bocor! Set gaji ikut komitmen, kemampuan company, based on plan tax personal juga.. Nak duit bsr, audit dlu company, then amik dividen. Boleh la amik 1/3 atau 2/3 dari profit company. (tgok juga account ye)
Ada lagi ni. Nak saya sambung tak?