TAK TAHU BAGAIMANA BINA USP PRODUK YANG MENONJOL? ANDA BOLEH CUBA 5 ELEMEN NI…
Ramai owner bisnes ingat, USP (Unique Selling Point) ni boleh cipta dari segi nama jer. Tak.. ada banyak lagi cara. Antaranya kita boleh tonjolkan dari segi design, material, features, audiens dan lain2 lagi.
Saya bagi contoh, ada student Sifubad ni, dia tonjolkan USP, salah satu dari packaging, jual lipmatte je.. tapi dari packaging yang unik orang mudah tertarik.
Contoh lain, student Sifubad juga. Dia tambah value untuk jersey cyclingnya. Dengan cipta USP dari segi material and design, dari situ saje margin boleh naik tinggi!
So, nak cipta satu USP yang menarik, tak semestinya pada nama sahaja. Yang penting, ianya satu tarikan yang boleh buatkan produk atau servis korang dapat perhatian audiens.
USP ni sangat penting untuk membezakan produk kita daripada pesaing.
So, jom kita tengok beberapa elemen penting untuk bina USP yang boleh buatkan jualan kita naik mencanak!
#1. PRODUCT DESIGN
Design produk yang unik dan menarik boleh jadi salah satu USP untuk produk korang. Pastikan reka bentuk produk tu nampak special, kreatif dan exclusive. Ada orang beli produk tu, sebab suka dan teruja dengan design dia je.
Contoh: Produk biskut korang ada reka bentuk yang comel dan unik, macam biskut bentuk binatang atau bunga, yang takde dalam pasaran lain.
#2. PACKAGING PRODUCTS
Cara kita bungkuskan produk juga boleh jadi USP, yang buatkan produk kita berbeza dari yang lain. Mungkin dari segi material yang berkualiti, atau bentuk packaging tu. Packaging yang unik juga boleh buatkan orang terpikat, sampai tak tahan nak beli!
Contoh: Produk kosmetik guna packaging yang eksklusif dan unik, macam botol atau kotak yang bergaya moden dan mewah.
#3. PRODUCT INGREDIENTS
Kita juga boleh highlightkan USP dari segi ramuan dan bahan2 dalam kandungan produk. Ianya mesti rare, berkualiti dan memberikan manfaat kepada pengguna. Ini boleh jadi tarikan pelanggan untuk cuba produk kita.
Contoh: Produk makanan kesihatan, ada ramuan khas dari tumbuhan herba dari gunung yang jarang digunakan dalam produk lain.
#4. AUDIENCE SEGMENTATION
Kenal pasti dan kaji siapa sasaran pelanggan kita dengan mendalam. Lepas tu, senaraikan semua manfaat, kelebihan dan manfaat produk. USP boleh dibina dengan menghasilkan produk yang memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Fokus kepada audience segmentation, dan berikan spesifik offer untuk mereka.
Contoh: Produk pakaian yang direka khas untuk wanita berhijab. Masukkan ciri-ciri premium yang mereka nak, tapi tiada di brand lain.
#5. PRODUCT COLOUR
Kita boleh buat kombinasi warna yang catchy, supaya produk tu nampak lebih menonjol dalam pasaran. Setiap warna ni ada maksud yang berbeza. Cuba sesuaikan dengan konsep warna brand kita. Ini boleh mempengaruhi emosi customer kita.
Contoh: Produk botol minuman kesihatan guna warna terang, seperti kuning untuk emosi happy, ceria dan grab attention.
Inilah beberapa idea USP yang kita boleh bina. Sebenarnya ada banyak lagi, cuma ini yang biasa anak didik Sifubad buat.
Mungkin sekarang ni, korang masih takde idea lagi…
Ya, saya faham, ianya tak mudah..
Kita perlu banyak buat kajian, analisis pesaing, survey customer.. untuk bina satu USP yang ada unik.
Hari ini, terlalu banyak brand baru, produk baru muncul di pasaran..
Macam mana kita nak bersaing ni?
Dengan adanya USP, kita mampu tingkatkan jualan, walaupun dalam competition yang tinggi! Serius ni..
Jadi, kita perlu kreatif dan inovatif untuk bina USP yang powerful!
Kalau produk kita sama dengan produk seller yang ‘main harga’.. ofkos sales kita juga akan terjejas.
Kita perlu cipta specifik USP, yang membezakan produk kita dengan produk lain.
Bila customer nampak kelainan dan keunikan, offer yang murah-murah tu dah tak bermakna. Kita tetap WIN! Be different, think different, act different!
Dunia bisnes sentiasa berubah-ubah! Kita perlu berani buat perkara baru, perlu laju, supaya kita tak tertinggal di belakang pesaing.
Harap korang suka post ni!
Jangan lupa share dengan rakan-rakan lain ye!
Betul. Kena tahu betul betul USP kita berbanding competitor.