TAK BANYAK BAJET UNTUK MARKETING? CUBA 5 STRATEGI NI…
Baru nak start bisnes? Risau takde bajet besar untuk marketing? Rasa stress sebab tak tahu macam mana nak jual produk korang?
Jangan biarkan bajet yang terhad menghalang korang daripada buat marketing yang high impact!
Sekarang ni, ada banyak cara alternatif yang boleh kita gunakan untuk marketingkan bisnes kita, tanpa perlu melibatkan kos yang tinggi. Insha’Allah, ianya sangat berkesan untuk bisnes kita!
Ini ada beberapa idea yang boleh korang cuba. Ready nak tahu? Jom kita explore satu per satu…
#1: CONTENT MARKETING
Buat konten yang berkualiti dan memberi manfaat kepada audiens korang. Kaji siapa sasaran audiens kita. Apa masalah mereka? Apa yang mereka nak?
Tulis dalam bentuk blog post, kongsi tips, teknik, strategi, atau buat video tutorial. Macam ni, kita dapat menarik minat lebih ramai audiens dan bina relationship dengan mereka.
Gunakan konten ni untuk educate, inspire dan convert audiens kita jadi customer.
Setiap konten tu, boleh selitkan produk kita. Paling penting, kena konsisten!
#2: SOCIAL MEDIA MARKETING
Guna media sosial untuk jual produk atau servis kita. Ada pelbagai platform sekarang seperti Facebook, Instagram, Tiktok,Twitter.. terbaru ni Threads.
Kita perlu buat posting yang menarik perhatian, guna gambar atau video yang berkualiti, dan bina engagement dengan followers kita.
Jangan lupa guna hashtag yang relevan supaya konten korang dapat mencapai lebih ramai orang.
#3: INFLUENCER MARKETING
Carilah influencer yang relevan dengan niche bisnes kita, dan ajak mereka untuk endorse produk kita. Minta mereka buat review, giveaway, atau shoutout untuk kita.
Ini dapat bantu kita capai lebih ramai audiens dengan bajet yang rendah.“
Saya dah cari influencer, tapi harga mahal la..”, kita boleh cari micro-influencer yang ada followers antara 5k – 100k. Harga mereka jauh lebih murah, tapi resultnya boleh jadi lebih padu, bergantung kepada kualiti konten kita.
#4: WORD OF MOUTH MARKETING
Biasa dengar, kan? Ni strategi yang paling efektif sampai sekarang, tapi kita kena pastikan customer berpuas hati dengan produk kita.
Mintalah testimoni dan review dari customer, kemudian kongsikan di media sosial atau website kita. Boleh juga, minta customer rekomen kepada rakan2 mereka.
Kita tak perlu keluar modal pun. Jadikan customer kita sendiri sebagai promoter.
Simple je, tapi ramai peniaga2 baru yang tak buat.
#5: COLLABORATION
Carilah peluang untuk bekerjasama dengan brand lain yang relevan dengan niche bisnes kita.
Buatlah cross marketing, giveaway atau promosi bersama. Mestilah win-win situation.
Dengan cara ini, bukan je kita boleh dapat audiens baru dan tingkatkan brand awareness.. malah kita dapat menarik lebih banyak sales, tanpa perlu bajet besar.
Ok, saya dah kongsikan beberapa strategi yang berkesan. Korang pilih satu, dan cuba la apply dulu.
Dalam dunia bisnes ni, kreativiti dan strategi yang betul dalam marketing sangat penting.
Takde bajet? Ianya bukanlah satu halangan untuk marketingkan bisnes kita.
Serius.. nak buat marketing, tak semestinya perlukan bajet besar!
Jika kita fokus dan konsisten, untuk jangka masa panjang, kita akan dapat lihat hasilnya.
Jangan lupa, rezeki tu ada di luar sana, korang just perlu cari jalan je. Good luck!
memang tough juga. bajet marketing kekadang paling awal kene cut.
menarik strategi ni. saya boleh guna utk bisnes saya