|

5 LANGKAH BAGAIMANA BUAT PLANNING UNTUK CAPAI TARGET SALES?

Sales stagnant? Dah buat macam2 strategi marketing, tapi still tak capai target yang kita nak…

Salah satu puncanya, bila kita tak ada planning yang solid.

Kalau kita tak ada strategi yang jelas, memang susah nak grow.

Kita kena ada strategi, analisis, dan understanding yang betul.

Nak tahu step macam mana nak buat planning untuk capai target sales? Teruskan baca..

#1. Letak Target Berdasarkan Real Financial Analysis

Ini penting supaya target yang kita letak tu bukan saja achievable tapi juga realistik.

Jom kita pecahkan proses ni kepada beberapa langkah:

a. Review Data Kewangan Sebelumnya

Sebelum set target, mula-mula kena tengok data kewangan tahun-tahun sebelum ni.

Check rekod sales, profit margins, dan kos operasi.

Contohnya, tengok berapa banyak sales yang kita capai tahun lepas, berapa banyak kos yang kita keluarkan, dan berapa banyak profit yang kita dapat.

Ini akan bagi kita gambaran tentang prestasi bisnes kita dan potensi untuk tahun depan.

b. Analisis Kos Operasi

Kira semua kos yang terlibat dalam menjalankan bisnes.

Ini termasuk kos tetap (seperti sewa, gaji, utiliti) dan kos berubah (seperti kos bahan mentah, komisen sales).

Dengan mengetahui kos ni, kita boleh lebih tepat dalam menetapkan target sales untuk pastikan kita cover semua kos dan masih dapat profit.

c. Tentukan Margin Keuntungan

Margin keuntungan adalah perbezaan antara kos dan harga jualan.

Kira berapa banyak margin keuntungan yang kita boleh capai untuk setiap produk atau servis.

Dengan mengetahui margin ni, kita boleh set target sales yang membolehkan kita capai tahap keuntungan yang diinginkan.

Contohnya, kalau margin keuntungan untuk satu produk adalah 20%, dan kita nak profit RM20,000, maka target sales kita perlu lebih tinggi untuk capai jumlah tu.

d. Buat Ramalan Jualan Berdasarkan Data

Gunakan data yang dah ada untuk buat ramalan jualan.

Contoh, jika kita lihat trend peningkatan sales tahun lepas adalah 10%, kita boleh anggarkan target tahun ni dengan tambah 10% pada target tahun lepas.

Jangan lupa untuk ambil kira faktor luar seperti keadaan ekonomi, perubahan dalam industri, atau trend pasaran yang mungkin mempengaruhi jualan.

e. Set Target Realistik

Akhir sekali, pastikan target yang kita set adalah realistik dan boleh dicapai.

Jangan letak target yang terlalu tinggi tanpa sebarang asas atau data.

Kalau target terlalu tinggi, boleh jadi demotivasi team dan menyebabkan stress.

Sebaliknya, target yang terlalu rendah mungkin tak cukup memacu pertumbuhan bisnes.

Pastikan target ni mencabar tapi masih dalam jangkauan dengan pertimbangan resources dan kemampuan yang ada.

Faham? Ok, kita sambung..

#2. Buat Kajian dan Analisis Bisnes

Untuk capai target sales yang kita set, kajian dan analisis yang mendalam tentang bisnes, pesaing, dan market adalah kunci utama.

Ini akan membantu kita memahami persekitaran bisnes dan membuat keputusan yang lebih informed.

Mari kita breakdown setiap elemen penting:

a. Analisis Bisnes Sendiri

Kenal pasti kekuatan (strengths) dan kelemahan (weaknesses) bisnes kita.

Contohnya, adakah kita ada kelebihan dari segi produk berkualiti atau customer service yang excellent?

Kelemahan mungkin dalam hal kapasiti pengeluaran atau pemasaran.

Ini akan bantu kita fokus pada area yang perlu diperbaiki dan manfaatkan kekuatan yang ada.

Tinjau peluang (opportunities) yang ada dalam industri atau market.

Mungkin ada trend baru atau perubahan dalam undang-undang yang boleh memberi peluang kepada bisnes kita.

Ancaman (threats) pula boleh jadi persaingan yang semakin sengit atau perubahan ekonomi yang tidak menentu.

b. Kajian Pesaing

Senaraikan pesaing utama dalam industri kita. Study strategi pemasaran, kekuatan produk, dan struktur harga mereka.

Ini membantu kita memahami apa yang mereka buat dengan baik dan apa yang kurang.

Contoh, jika pesaing menawarkan diskaun besar-besaran, kita mungkin perlu fikirkan cara lain untuk bersaing seperti melalui nilai tambah atau service yang lebih baik.

Bandingkan prestasi bisnes kita dengan pesaing.

Lihat dari segi sales, market share, dan customer satisfaction.

Ini akan beri kita gambaran di mana kita berdiri dalam industri dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk improve.

c. Analisis Market

Fahami buying power atau kuasa beli target pelanggan kita.

Ini bergantung pada pendapatan dan kuasa beli mereka.

Jika target market kita adalah golongan berpendapatan tinggi, kita boleh tetapkan harga yang lebih premium.

Kalau golongan berpendapatan rendah, mungkin harga yang lebih kompetitif diperlukan.

Kajian buying pattern customer.

Contoh, adakah mereka lebih cenderung membeli produk pada musim tertentu, atau adakah mereka lebih suka membeli secara online berbanding di kedai fizikal?

Ini boleh bantu kita dalam merancang promosi dan stok.

Lihat market situation.

Adakah market sedang berkembang, stabil, atau menurun?

Faktor-faktor seperti keadaan ekonomi, trend industri, dan perkembangan teknologi boleh mempengaruhi situasi market.

Contoh, kalau market semakin berkembang, kita mungkin boleh target pertumbuhan yang lebih agresif.

Fahami market demand untuk produk atau servis kita.

Lakukan survey atau kajian pasaran untuk tahu apa yang pelanggan perlukan dan apa yang mereka inginkan.

Jika permintaan tinggi untuk sesuatu produk, kita boleh fokus lebih pada produk tersebut dan tingkatkan penawaran kita.

Bila kita dah buat kajian dan analisis yang menyeluruh, kita boleh buat keputusan yang lebih bijak dan strategi yang lebih tepat.

Ini akan bantu kita capai target sales dengan lebih laju dan grow bisnes dengan lebih kukuh.

#3. Kemampuan Team Dalam Company

Bila kita dah set planning dan target sales, kita perlu buat planning dan develop team segi skill, resources, dan struktur organisasi.

Jom kita tengok lebih detail:

a. Kenal Pasti Kekuatan dan Kelemahan Team

Tinjau kemahiran dan kepakaran setiap ahli team.

Pastikan mereka mempunyai skill yang diperlukan untuk mencapai target.

Contohnya, jika kita nak fokus pada pemasaran digital, pastikan ada ahli team yang mahir dalam SEO, PPC, dan social media marketing.

Kekuatan team dalam area ini akan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan strategi.

Kenal pasti kelemahan atau jurang dalam kemahiran team.

Jika ada aspek tertentu yang kurang, mungkin perlu lakukan training atau hire tenaga kerja tambahan.

Contoh, jika team kita kurang pengalaman dalam analisis data, boleh pertimbangkan untuk memberikan training atau bekerjasama dengan konsultan luar.

b. Kapasiti Kerja dan Resource

Pastikan team cukup besar dan berkemampuan untuk melaksanakan pelan.

Jika target sales memerlukan banyak aktiviti promosi atau customer service, pastikan ada cukup staff untuk menampung keperluan tersebut.

Jangan overload staff dengan terlalu banyak tugas yang boleh mengurangkan kualiti kerja.

Pastikan team mempunyai akses kepada alat dan teknologi yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dengan berkesan.

Contohnya, software CRM untuk mengurus hubungan pelanggan, atau alat analisis untuk mengukur prestasi pemasaran.

Teknologi yang sesuai boleh meningkatkan produktiviti dan memudahkan kerja.

c. Struktur Organisasi dan Pembahagian Tugas

Buat pembahagian tugas yang jelas dan spesifik. Setiap ahli team perlu tahu tanggungjawab mereka dan apa yang diharapkan daripada mereka.

Pembahagian tugas yang jelas membantu memastikan semua aspek plan dilaksanakan dengan baik dan tiada kerja yang tertinggal.

Pastikan ada sistem komunikasi yang berkesan dalam team.

Kemampuan team untuk menjalankan planning dengan berkesan adalah kunci untuk mencapai target sales.

Jadi, kita kena pastikan team kita mampu mencapai matlamat supaya plan kita berjalan lancar dan berjaya!

#4. Buat Projection Yang Detail

Okay, sekaragn kita kena buat projection yang detail supaya kita tahu perjalanan kita nak capai matlamat tu.

Projection ni penting untuk kita pantau progress dan adjust strategi kalau perlu.

Jom kita tengok langkah-langkah untuk buat projection ni:

a. Tentukan Tempoh Projection

Kita kena pecahkan projection kepada beberapa tempoh untuk nampak lebih jelas. Biasanya, kita boleh bagi tempoh kepada:

  • Quarterly (Suku Tahun): Pecahkan target untuk setiap suku tahun. Contoh, target yearly RM120k, so bagi RM30k setiap suku tahun. Ini memudahkan kita untuk monitor progress secara berkala dan buat adjustment kalau perlu.
    .
  • Monthly (Bulanan): Pecahkan target kepada bulanan. Contohnya, RM30k setiap suku tahun, maknanya RM10k sebulan. Monthly projection membantu kita tengok prestasi dalam jangka masa pendek dan mudah nak identify masalah awal.
    .
  • Weekly (Mingguan): Jika perlu, pecahkan lagi kepada weekly untuk detail yang lebih. Contohnya, RM10k sebulan, maknanya RM2.5k seminggu. Weekly projection ni berguna untuk adjust taktikal dan buat fine-tuning pada strategi pemasaran.
    .
  • Daily (Harian): Untuk bisnes yang high-volume atau memerlukan monitoring lebih detail, boleh pecahkan kepada daily. Contohnya, RM2.5k seminggu, maknanya lebih kurang RM357 sehari. Ini penting kalau kita perlu pantau setiap hari.

b. Breakdown Numbers Mengikut Sales Channel

Kita jual produk melalui beberapa sales channel, kan?

So, pecahkan target mengikut setiap channel. Contoh:

  • Online Sales: Kalau kita jual produk online, set target sales untuk platform seperti website, marketplace, dan social media. Mungkin target online RM60k dari total RM120k yearly.
    .
  • Retail Sales: Jika ada kedai fizikal, set target untuk retail sales. Contohnya, target RM40k dari RM120k.
    .
  • Agent atau Reseller: Jika ada agen atau reseller, pecahkan target untuk mereka. Contoh, RM20k dari RM120k melalui reseller.

c. Breakdown Mengikut SKU Produk

Kalau kita ada beberapa produk atau SKU (Stock Keeping Unit), pecahkan target mengikut produk. Ini membantu kita fokus pada produk yang paling laku atau perlu lebih promosi. Contoh:

  • Produk A: Target RM50k
  • Produk B: Target RM40k
  • Produk C: Target RM30k

d. Pertimbangkan Faktor Musiman dan Trend

Kadang-kadang, sales kita boleh berubah mengikut musim atau trend. Kena pertimbangkan faktor-faktor ni dalam projection:

  • Musiman: Contohnya, jualan mungkin naik semasa musim perayaan atau cuti sekolah. So, adjust target untuk bulan-bulan tersebut.
    .
  • Trend: Kalau ada trend baru yang mempengaruhi permintaan, masukkan dalam projection. Contoh, kalau ada trend baru dalam fashion, mungkin permintaan produk tertentu akan meningkat.

e. Include Expected Expenses and Profit Margins

Jangan lupa untuk masukkan jangkaan kos dan margin keuntungan dalam projection. Ini termasuk:

  • Kos Operasi: Kos yang terlibat dalam pengeluaran dan pemasaran. Contoh, kos bahan mentah, kos iklan, gaji staff.
    .
  • Margin Keuntungan: Kira margin keuntungan yang diharapkan untuk setiap produk atau servis. Ini bantu kita set target sales yang realistik.

Lepas dah buat projection yang detail macam ni, barulah kita boleh pantau performance dengan lebih berkesan.

#5. Letak Target, KPI, Reporting

Okay geng, bila kita dah set semua plan dan projection, tiba masa untuk letak target, KPI, dan reporting.

Ini semua penting untuk kita pantau progress dan analisa bisnes. Jom kita kupas lebih dalam!

a. Letak Target yang Jelas

  • Target Specific: Set target yang spesifik dan jelas. Contohnya, target monthly sales RM10k, atau nak tingkatkan bilangan leads sebanyak 20% bulan ni. Pastikan target ni boleh diukur dan realistik supaya team tahu apa yang diharapkan.
    .
  • Target SMART: Gunakan SMART criteria—Specific, Measurable, Achievable, Relevant, Time-bound. Contoh: “Nak capai RM10k sales dalam masa sebulan” adalah SMART sebab ada angka yang jelas, tempoh masa, dan boleh diukur.

b. Set KPI (Key Performance Indicators)

  • Definisi KPI: KPI adalah penunjuk prestasi utama yang membantu kita ukur kejayaan dalam mencapai target. Contoh KPI termasuk jumlah sales, jumlah leads, conversion rate, atau customer satisfaction score.
  • KPI untuk Sales Team: Contoh KPI untuk sales team mungkin termasuk:
  • Jumlah Calls: Berapa banyak panggilan telefon yang dilakukan.
  • Jumlah Appointments: Berapa banyak temujanji yang berjaya diatur.
  • Closing Rate: Peratusan penutupan jualan dari jumlah leads.
  • KPI untuk Marketing Team: Contoh KPI untuk marketing team termasuk:
  • CTR (Click-Through Rate): Kadar klik pada iklan.
  • Conversion Rate: Kadar penukaran dari visitor kepada pelanggan.
  • ROI (Return on Investment): Pulangan daripada setiap ringgit yang dibelanjakan dalam marketing.

c. Reporting dan Monitoring

  • Jenis Reporting: Buat laporan berkala untuk pantau prestasi. Laporan boleh jadi:
  • Weekly Reports: Laporan mingguan untuk pantau progress harian dan weekly KPI.
  • Monthly Reports: Laporan bulanan untuk tengok prestasi keseluruhan bulan tu, termasuk sales, marketing performance, dan kos.
  • Quarterly Reports: Laporan suku tahunan untuk review lebih mendalam dan plan adjustment untuk suku seterusnya.
  • Tools untuk Reporting: Gunakan tools yang sesuai untuk buat reporting. Contoh tools termasuk:
  • Google Analytics: Untuk pantau performance website dan marketing.
  • CRM Systems: Untuk track sales pipeline dan customer interactions.
  • Excel/Google Sheets: Untuk buat dashboard dan visualisasi data.

d. Analisa Data dan Buat Adjustment

  • Analisa Data: Gunakan data dari laporan untuk analisa prestasi. Tengok mana yang berfungsi dengan baik dan mana yang tak. Contoh, kalau conversion rate rendah, mungkin perlu adjust strategi marketing.
    .
  • Buang yang Tak Berfungsi: Jika ada KPI atau strategi yang tak memberi hasil, buang atau tweak. Jangan takut untuk adjust plan bila perlu untuk capai target yang lebih baik.
    .
  • Continuous Improvement: Sentiasa cari cara untuk improve. Buat review berkala dan ambil tindakan berdasarkan data. Ini akan bantu kita stay on track dan capai matlamat dengan lebih efektif.

Ini membantu kita nampak kekuatan dan kelemahan, supaya kita boleh adjust strategi, dan buat improvement untuk pastikan bisnes kita terus berkembang!

Belajar sesuatu?

Okay, sekarang kita dah cover semua langkah penting untuk buat planning sales yang berkesan. Dengan follow tips dan strategi yang saya dah share ni, korang boleh:

  1. Dapatkan target yang realistik, target yang korang tetapkan akan lebih achievable dan based on data sebenar.
  2. Fahami market dengan lebih mendalam, yang akan bantu korang buat keputusan yang bijak dan adapt dengan trend semasa.
  3. Optimakan kemampuan team, korang boleh plan dengan lebih baik dan pastikan setiap orang dapat menyumbang dengan optimum.
  4. Projection yang jelas, korang dapat monitor progress secara lebih sistematik dan adjust strategi bila perlu.
  5. Monitoring KPI dan reporting, yang betul akan bagi korang insight yang berguna untuk terus improve dan capai target sales dengan lebih konsisten.

So, lepas baca dan apply semua tips ni, korang bukan je akan nampak improvement dalam sales, tapi juga dapat buat planning yang lebih strategik dan berkesan.

Dah ready nak upgrade bisnes korang next level? Jom start sekarang!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *