9 RISIKO YANG FOUNDER AKAN HADAPI BILA BISNES MAIN HARGA
Nak ikut pesaing main harga? Sebab takut kalau tak ikut, nanti pelanggan tak membeli? Nanti efek kepada bisnes? Lepas tu, bisnes boleh jatuh?
HATI-HATI KALAU KORANG NAK MAIN HARGA!
FAKTA – Banyak bisnes yang main harga, membuatkan bisnes mereka sukar nak bertahan dalam market..
Eh ye ke? Bukan ke, kalau kita jual lebih murah, lebih rendah, lagi orang ramai orang datang kat kita?
Ada benar, ada juga salahnya..
Apapun, cuba korang lihat dulu 11 risiko bila korang main harga melampau ni..
#1. Pesaing Pun Main Harga
Bila korang main harga dalam bisnes, satu benda yang korang kena ingat adalah, ini akan jadi satu kitaran tak berkesudahan!
Contohnya, kalau korang jual produk dengan harga yang rendah, confirm akan ada pesaing lain yang nak bersaing dengan korang.
Diorang pun nak ambil kesempatan untuk tarik pelanggan, jadi diorang pun ikut jejak korang dan turunkan harga.
Bayangkan situasi ni: korang jual baju kurung dengan harga RM50, lepas tu pesaing nampak korang laku, diorang pun jual harga RM48.
Lepas tu, ada lagi yang turun harga jadi RM45.
Dan akhirnya, semua orang sibuk berlumba-lumba nak jadi yang paling murah.
Yang bestnya, bukan setakat baju kurung, tapi semua jenis produk boleh terjejas – daripada makanan, barangan elektronik, hingga barangan fesyen!
Perkara ni jadi makin teruk sebab bila semua orang fokus pada harga, tiada siapa yang peduli pasal kualiti.
Dan yang rugi, korang juga!
Dengan setiap penurunan harga, margin untung korang akan berkurang, dan kos operasi tetap ada.
Bila korang terpaksa jual dengan harga yang murah, kos untuk buat bisnes pun jadi tinggi.
Satu lagi yang korang kena ingat, pelanggan yang datang hanya kerana harga rendah ni, tak semestinya akan setia.
Mereka boleh je berpindah kepada pesaing lain yang tawar harga lebih murah, jadi korang akan sentiasa berada dalam keadaan yang tak stabil.
Jadi, ingatlah! Main harga ni bukanlah jalan penyelesaian yang bijak.
Daripada berlari dalam kitaran harga yang tak berkesudahan, lebih baik fokus pada memberikan nilai dan kualiti yang tinggi.
Pelanggan yang berpuas hati akan datang kembali, dan itu lebih berbaloi berbanding hanya mengejar keuntungan cepat dengan harga rendah!
#2. Margin Untung Berkurang
Bila korang main harga, perkara pertama yang akan effect– margin untung korang.
Situasi ni sangat bahaya untuk bisnes korang.
Bayangkan macam ni: korang jual produk dengan harga murah sebab nak tarik pelanggan.
Contoh, sebelum ni korang jual baju dengan harga RM100, ada untung RM30.
Tapi bila korang decide nak turunkan harga jadi RM80, apa jadi? Untung korang dari RM30 terus jadi RM10 je!
Memang nampak korang still ada untung, tapi realitinya, kos bisnes korang tak pernah berubah.
Kos marketing masih jalan seperti biasa – ads FB, influencer, website korang semua still kena bayar.
Belum masuk lagi kos operation – nak bayar staff, sewa kedai atau gudang, kos shipping, dan macam-macam lagi.
Semua benda tu tak turun harga macam korang turunkan harga produk.
Dan jangan lupa, korang kena keluarkan modal untuk stock up produk!
Bila margin untung makin nipis, korang akan struggle nak cover semua kos ni.
Lama-lama, cash flow korang pun akan koyak habis.
Bila cash flow dah koyak, susah nak gerak bisnes sebab korang tak ada duit nak rolling.
Bukan setakat operation je terkesan, tapi bila nak buat decision bisnes lain pun, jadi limited sebab tak cukup modal.
Dan ingat, bisnes yang asyik main harga ni mungkin nampak dapat banyak sales, tapi untung tak ke mana.
Korang terpaksa jual lebih banyak produk untuk capai target profit yang sama.
Dengan kerja lebih keras tapi dapat untung yang sikit, lama-lama korang sendiri boleh burnout!
Jadi, daripada korang terjebak dalam perangkap main harga ni, lebih baik fokus pada kualiti produk dan nilai tambah yang korang boleh bagi pada customer.
Dengan cara ni, margin untung korang akan lebih selamat, dan cash flow pun maintain steady!
#3. Brand Value Menurun
Bila korang sibuk main harga, satu benda yang mungkin korang tak perasan adalah brand value korang akan jatuh teruk.
Orang akan mula fikir, “Eh, brand ni asyik turunkan harga je. Diorang ni jual sebab nak habiskan stock ke, atau produk ni tak laku?”
Korang kena faham, brand value ni sebenarnya lebih dari sekadar berapa harga korang jual barang.
Brand value melibatkan persepsi pelanggan terhadap jenama korang.
Kalau korang main harga murah gila-gila, pelanggan akan mula rasa yang brand korang ni tak ada nilai istimewa.
Macam, instead of being exclusive atau premium, brand korang akan nampak macam brand yang desperate nak buat sale je.
Bila orang nampak korang terlalu fokus pada harga, mereka akan anggap yang korang tak kisah pasal kualiti atau pengalaman pelanggan.
Semua nampak macam korang pentingkan kuantiti jualan semata-mata, bukan value sebenar yang korang tawarkan.
Contohnya, kalau korang selalu buat diskaun besar-besaran, orang akan fikir, “Kenapa produk ni selalu murah? Mesti ada something yang tak kena.”
Dan lagi satu, korang nak ke jadi brand yang orang ingat sebab murah semata?
Murah tak sama dengan bagus.
Sebab nanti, bila ada brand lain yang jual lebih murah daripada korang, pelanggan korang akan cabut pergi kat sana pula.
Tak ada loyal customer yang betul-betul stay sebab diorang dah mula nampak korang ni lebih fokus pada harga rendah daripada nilai yang sebenar.
Apa yang lebih berbaloi?
Fokus pada bagi nilai tambah kepada produk dan perkhidmatan korang.
Bila orang nampak korang ada value yang lebih dari harga semata, diorang akan lebih hargai dan trust brand korang.
And trust me, customer yang datang sebab value ni lebih setia dan sanggup bayar lebih untuk kualiti, pengalaman, dan keunikan brand korang.
#4. Brand Image Terjejas
Bila korang main harga, bukan setakat brand value je terjejas, tapi brand image korang pun boleh berubah habis!
Apa maksud brand image ni?
Basically, ia adalah cara orang nampak atau persepsi diorang terhadap brand korang.
Kalau korang asyik turunkan harga, lama-lama orang akan fikir produk korang ni dah tak berkualiti.
Bayangkan korang selalu beli produk dari satu brand yang nampak premium.
Tapi tiba-tiba, brand tu start jual barang dengan harga murah gila.
Apa yang terlintas kat kepala?
Confirm korang akan fikir, “Eh, ni produk dah downgrade ke? Ada apa-apa issue ke sampai murah sangat?”
Orang automatically akan fikir, barang murah = kualiti rendah.
Selain tu, bila korang main harga, brand korang pun akan nampak biasa je, tak ada yang special lagi.
Contohnya, kalau korang dulu famous sebab brand korang nampak classy dan eksklusif, tapi lepas tu korang mula turunkan harga, brand korang boleh hilang aura tu.
Pelanggan yang pernah rasa brand korang ni ada “status” mungkin akan rasa tak connected lagi sebab korang dah nampak macam murahan.
And korang kena ingat, status brand sangat penting especially kalau korang jual produk yang ada kaitan dengan lifestyle atau fesyen.
Orang beli bukan sebab nak produk je, tapi sebab nak gaya hidup yang brand tu bawa.
Kalau brand korang dah nampak murah, diorang akan rasa macam tak berbaloi nak terus support sebab brand tu dah tak match dengan standard atau vibe diorang.
So, daripada sibuk nak main harga sampai jatuhkan brand image, better korang fokus pada nilai yang korang boleh bagi.
Stay true to your brand identity, pastikan kualiti produk maintain top notch, dan kekalkan vibe eksklusif yang buat pelanggan bangga nak sokong brand korang.
Bila korang jaga brand image dengan baik, orang akan sanggup bayar lebih sebab mereka tahu produk korang ada kelas tersendiri!
#5. Susah Nak Buat Special Promotion
Satu lagi benda yang korang akan perasan – nak buat promo special jadi susah! Kenapa? Sebab margin korang makin lama makin nipis.
Okay, bayangkan sebelum ni korang jual produk dengan harga RM100, and ada untung RM30.
So, kalau korang buat promo potong harga RM10, korang masih boleh survive sebab ada baki untung RM20 lagi.
Tapi kalau korang dah main harga dan jual produk yang sama dengan harga RM80, untung tinggal RM10 je!
Kalau korang nak buat promo lagi, macam mana?
Nak potong harga lagi ke? Lepas tu untung terus lesap!
Korang kena faham, promo special macam diskaun, flash sale, atau beli 1 percuma 1 semua tu bertujuan nak tarik pelanggan baru atau bagi reward kepada pelanggan setia.
Tapi kalau margin untung korang dah tipis, korang tak ada ruang untuk buat promo menarik.
Silap-silap, korang buat promo tapi rugi sebab terpaksa serap kos sendiri.
Lagi parah, bila promo tak jalan dan pelanggan tak beli, korang dah bakar duit marketing dan effort percuma je.
Lagi satu, bila pelanggan dah biasa dengan harga rendah, diorang tak akan teruja sangat bila korang buat promo sebab harga korang dah rendah sangat dari awal.
Bagi diorang, tak ada beza pun antara harga promo dengan harga biasa. Promo yang sepatutnya jadi special terus jadi tak special!
So, bila korang main harga, korang sebenarnya bunuh peluang untuk buat promo-promo yang boleh boost jualan dengan sihat.
Promo yang best adalah bila korang ada margin yang cukup, supaya setiap kali korang bagi diskaun, korang still dapat untung dan pelanggan happy.
Tapi kalau margin dah nipis, korang akan stuck, tak boleh nak buat apa-apa selain terima kenyataan yang korang tak ada ruang untuk bagi value lebih pada customer korang.
#6. Bisnes susah nak berkembang
Korang mungkin rasa “Okay la ni, boleh tarik lebih ramai pelanggan.”
Tapi, masalahnya korang akan rasa susah kembangkan bisnes!
Kenapa jadi susah?
Sebab bila korang main harga, margin untung korang dah makin nipis.
Bila margin untung kecil, korang nak bagi komisen kepada team, agen, atau affiliate pun jadi terbatas.
Let’s say korang ada plan nak ambil agen atau affiliate untuk bantu jual produk, biasanya korang akan bagi diorang komisen sebagai motivasi.
Tapi, kalau margin untung korang kecik, korang nak bagi berapa komisen tu?
Kalau bagi sikit sangat, agen atau affiliate korang tak semangat nak jual sebab tak berbaloi effort diorang.
Contoh mudah, korang jual produk dengan harga RM80, tapi untung bersih korang cuma RM10 je sebab main harga.
Nak bagi komisen RM5 ke agen, tinggal RM5 je untuk korang.
Kalau nak bagi lebih supaya agen lebih motivated, korang pulak rugi.
Kalau tak bagi komisen yang cukup, agen pun malas nak promote produk korang.
Akhirnya, bisnes tak berkembang.
Selain tu, bila bisnes berkembang, biasanya korang kena deal dengan distributor besar – mungkin nak masuk pasaran baru atau masuk kedai-kedai retail besar.
Distributor ni biasanya nak margin besar jugak sebab diorang nak ambil untung.
Kalau korang dah tak ada ruang dari segi margin sebab main harga, distributor pun tak minat nak collaborate.
Diorang akan cari brand lain yang boleh bagi lebih komisen atau margin.
Kesimpulannya, main harga ni nampak macam strategi jangka pendek yang bagus, tapi in the long run, dia akan sekat growth bisnes korang.
Kalau nak kembangkan bisnes dengan lebih luas melalui agen, team sales, atau affiliate, korang kena pastikan margin untung cukup selesa untuk bagi reward yang adil.
Lagi banyak motivasi yang korang boleh bagi kat diorang, lagi laju bisnes korang boleh berkembang!
#7. Customer lari
Ini satu risiko besar yang korang bakal hadapi– target market korang boleh cabut lari kat brand pesaing!
Okay, bayangkan ni: korang dah lama bina brand yang solid.
Target market korang adalah golongan yang sanggup bayar lebih sebab diorang percaya pada kualiti dan value produk korang.
Tapi bila korang start main harga murah, pelanggan-pelanggan ni mula rasa ragu-ragu.
Diorang akan fikir, “Eh, kenapa tiba-tiba murah sangat ni? Kualiti produk ni still sama ke?”
Persepsi pelanggan adalah everything.
Bila korang turunkan harga, diorang akan mula anggap produk korang dah tak berkualiti macam dulu.
Lagi-lagi kalau korang dulu famous sebab korang jual produk yang premium.
Bila korang turunkan harga, produk korang dah tak nampak special lagi.
Trust yang diorang ada pada brand korang tu boleh hilang.
Dalam masa yang sama, bila korang target pelanggan yang hargai kualiti, diorang sebenarnya tak kisah sangat pasal harga.
Tapi bila korang main harga, diorang mula rasa brand korang ni dah tak sesuai dengan standard diorang.
End up, diorang mungkin akan beralih kepada brand pesaing yang still kekalkan kualiti dan harga yang sepadan dengan status diorang.
Lebih parah, bila target market premium ni lari, korang akan attract pelanggan yang sensitif pada harga.
Mereka ni jenis yang tak setia – diorang akan pergi mana-mana brand yang bagi harga paling murah.
So, korang tak boleh nak harap mereka ni akan stay lama dengan korang.
Bila pesaing offer harga lebih murah, terus je diorang cabut!
Kesimpulannya, main harga boleh buat target market korang rasa tak connected lagi dengan brand korang.
Pelanggan yang dulu bangga support korang sebab kualiti, sekarang rasa tak ada sebab nak stay.
Jadi, daripada main harga, better fokus untuk kekalkan value dan kualiti yang buat pelanggan setia dengan korang in the first place.
Loyal customers adalah aset paling berharga untuk long-term success bisnes korang!
#8. Brand loyalty drop
Paling bahaya, brand loyalty customer korang boleh jatuh mendadak!
Kenapa benda ni jadi?
Sebab bila korang turunkan harga, korang ajar customer untuk beli berdasarkan harga, bukan sebab mereka loyal kepada brand korang.
Bayangkan ni: kalau dulu customer beli produk korang sebab mereka percaya dengan kualiti, brand image, dan value yang korang offer.
Tapi bila korang mula main harga rendah, mindset customer mula berubah.
Mereka mula rasa, “Eh, kalau brand ni boleh jual murah, mesti ada brand lain yang jual lagi murah, kan?”
So, mereka pun mula tengok brand pesaing. Sebab apa?
Sebab sekarang mereka dah diprogramkan untuk cari harga paling murah.
Bila customer dah terbiasa dengan idea harga murah ni, brand loyalty terus jadi lemah.
Diorang bukan lagi beli sebab mereka betul-betul suka brand korang atau sebab produk korang best, tapi sebab harga.
Kalau ada pesaing yang jual lebih murah daripada korang, customer akan lari tanpa fikir panjang.
Diorang tak ada lagi rasa terikat dengan brand korang, sebab bagi diorang, harga paling murah adalah yang paling menang.
Masalah lagi besar, bila customer mula tak setia, korang akan struggle untuk maintain relationship dengan mereka.
Korang nak buat loyalty program ke, nak bagi diskaun untuk customer setia ke – semua tu tak berapa jalan sebab diorang dah tak peduli pasal loyalty.
Mereka cuma nak harga termurah.
Dan yang lagi teruk, korang akan attract customer baru yang jenis “cheapskate” – diorang tak setia langsung!
Hari ni beli kat korang sebab harga rendah, esok bila ada brand lain yang bagi harga lebih murah, terus pindah!
Customer macam ni tak bantu bisnes korang long term.
Korang kena usaha keras gila nak jaga mereka, tapi diorang tak bagi apa-apa value balik kepada bisnes korang.
Kesimpulannya, brand loyalty takkan boleh wujud kalau korang main harga.
Customer yang setia sebenarnya datang sebab diorang percaya pada kualiti, value dan experience yang brand korang offer, bukan semata-mata sebab harga murah.
So, kalau nak jaga loyal customers, jangan fokus pada harga, tapi fokus pada apa yang buat brand korang unik dan berbaloi untuk diorang stay!
#9. Risiko Market Tepu
Salah satu risiko yang paling serius adalah korang boleh menyebabkan ketepuan dalam pasaran.
Bayangkan pasaran dah jadi terlalu sesak dengan brand yang semua jual produk serupa dengan harga yang lebih kurang sama rendah.
Akhirnya, tak ada beza antara brand A, B, C, atau D – semua nampak sama je, dan pelanggan pun jadi keliru nak pilih yang mana satu.
Bila korang turunkan harga untuk bersaing, pesaing korang pun ikut rentak yang sama.
Diorang pun mula turunkan harga lagi rendah dari korang.
Jadi, korang terpaksa turunkan harga lagi, dan benda ni terus berlarutan.
Akhirnya, semua orang jual produk dengan harga yang sangat murah.
Pelanggan jadi manja, diorang asyik tunggu harga paling rendah sebelum buat keputusan nak beli.
Bila semua main harga rendah, produk korang hilang value.
Lama-kelamaan, pasaran tu dah jadi tepu.
Pelanggan tak nampak beza antara brand-brand yang ada, sebab semuanya compete based on harga.
Kualiti dan value produk tak lagi jadi fokus, semua hanya kejar siapa boleh bagi harga paling rendah.
Tapi masalahnya, korang tak boleh nak turun harga sampai ke tahap kos.
Kalau terus turunkan, korang tak ada untung langsung!
Ketepuan ni jugak buatkan brand differentiation hilang.
Kalau dulu pelanggan boleh pilih brand berdasarkan kualiti, design, atau experience, sekarang diorang tak kisah sangat benda-benda tu.
Asal murah, diorang beli.
So, brand-brand yang ada unique selling point pun jadi tak relevan lagi sebab pasaran dah tepu dengan harga murah.
Pelanggan mula tak setia sebab tak ada emotional attachment dengan mana-mana brand.
Diorang jadi pemburu diskaun yang tak peduli brand mana, asalkan dapat murah.
Selain tu, bila pasaran dah tepu, susah gila untuk korang keluar dari persaingan harga ni.
Korang akan terperangkap dalam cycle harga murah yang tak ada penghujung.
Kalau korang cuba naikkan harga balik, pelanggan lari sebab diorang dah biasa dengan harga rendah.
Nak buat promo special pun susah, sebab harga dah terlalu rendah dari awal.
Jadi, ketepuan dalam pasaran ni membunuh kreativiti dan innovation.
Korang tak boleh nak fokus pada kualiti atau perbezaan produk, sebab semua orang asyik berlumba-lumba bagi harga paling rendah.
Hujung-hujung, bisnes korang jadi stuck, tak boleh berkembang sebab tak ada ruang untuk naikkan margin atau invest balik dalam bisnes.
So, better jangan main harga sampai tahap pasaran jadi tepu.
Fokus pada value yang korang boleh offer, dan bina unique brand identity yang boleh buat pelanggan stay loyal dengan korang, walaupun ada pesaing yang cuba main harga rendah.
Belajar sesuatu hari ni?
Nak main harga ni, bukan tak boleh, tapi ada masa-masanya;
Korang ada stok beku, nak clearkan stok supaya dapat cash in..(duit masuk balik ke company)
Ada product defect, yang tiada orang nak beli…
Korang buat special sales kpd old item, dalam masa sama push produk baru..(tujuan untun tingkatkan transaksi customer)
Apapun, korang rasa camne pasal main harga ni?