Saya Ni Surirumah Duduk Kampung Jer…

11721387_10153400521464376_2110724832_n

Hari ni, Sifufbads nak share 1 kisah inspirasi lagi. Dari seorang anak murid Sifufbads juga. Kisah dari surirumah zero income ke millionaire housewife.. Geng-geng surirumah, kalau tengok brand dia, insyallah kenal…

Puan Dila Mubarak, owner brand MAMADIL…

Nak cite skit…

Nak dapatkan story dari beliau ni, bukannya mudah…

Dari dulu minta dia share kisah dia, tapi dia belum bersedia..

Tapi akhirnya, dengan “kuasa veto” guru, beliau akhirnya bersetuju nak share kisah beliau kali ni..Dengan tujuan memberi INSPIRASI KEPADA SURIRUMAH-SURIRUMAH SEMUA. Surarumah? pun boleh juga…

Kisah dia ni 100% ditulis sendiri oleh beliau. Sifufbads tak usik sikit pun…. Korang nak percaya, percayalah.. Tak percaya sudah! Nama kau joyah….(joking, jangan mare..)

Salam Sifu Jamal & team. Semoga berada dalam rahmat Allah selalu.

Perkongsian saya ini sebenarnya sukar bagi saya. Sebab saya lebih suka “buat hal sendiri” gitu. Walaupun guru kata networking is king! Tapi saya tetap macam… kera sumbang. Takde la sumbang sangat he3..

Saya sharing bagi inspirasi pada orang lain pun melalui fb personal sahaja. Saya kurang gemar war-warkan pada umum tapi saya fikir sebagai penghargaan & ucapan terima kasih pada guru fb ads saya Sifu Jamal, saya ambil masa skit untuk berkongsi insyaAllah.

CERITA SAYA INI SEMOGA DAPAT BERI INSPIRASI PADA SURI RUMAH TERUTAMANYA SEBAB SY BERMULA DARI SURI RUMAH SEPENUH MASA JUGA. KINI SAYA TAK KETINGGALAN UNTUK BERGELAR JUTAWAN MUDA. Muda ke… muda la jugak baru 30 tahun anak 3.

7 tahun yg lalu saya suri rumah sepenuh masa. Tiap-tiap bulan nantikan duit nafkah dari suami. Alhamdulillah, saya tak pernah mengeluh @ merungut. Setiap pemberian suami saya senyum & ucap terima kasih. Tak pernah minta sesuatu yang membebankan kepala beliau. Seingat saya tak pernah. Itu faktor no.1 saya rasa kenapa sekarang saya berada di tahap ini.

Satu ketika lepas bersalin anak ke-2, suami kehilangan kerja. Syarikat muflis. Erm… bayangkan macam mana nak survive dengan tidak ada sesen pun duit simpanan. Bermulalah edisi pinjam meminjam. Makin lama makin banyak. Susu, pampers, baju anak harapkan ehsan dari mak ayah & adik beradik.

Masa tu masih menumpang rumah mak. Rasa segan malu macam nak sorok saja muka dalam mesin basuh. Tuhan saja tahu apa rasa. Suami beritahu sampai dia terfikir untuk larikan diri. Tapi, iman masih ada alhamdulillah. Jangan mengaku beriman jika tidak diuji katanya.

Alhamdulillah slps 6 bulan, suami dapat kerja. Gaji boleh kira bagus waktu itu tahun 2008 & kami pindah ke rumah sendiri. Rumah dah beli sebelum kawin lagi tapi bagi orang sewa waktu tu.

Bermulalah kerja… dapat gaji apa yang boleh buat? Bayar hutang. Yes. Waktu dulu tidak ada ilmu seperti sekarang. Ramai guru boleh dirujuk. Hutang keliling pinggang. Kereta tertunggak. Rumah dah lama sangat tak berbayar. Satu masa, dua-dua ujian datang sekali. Kereta nak kena tarik. Rumah dah sampai tahap lelong. Tapi alhamdulillah, pinjam lagi duit dengan sorang kawan untuk ambil balik rumah. Hutang lagi. Kami berjiwa POSITIF. Setiap yang berlaku kami yakin ada buah manisnya syarat kena sabar.

Sampai satu masa saya dah tertekan sangat dengan keadaan tapi depan suami saya tak tunjuk. Releks je. Saya cari akal nak berniaga jual kain pasang dari rumah ke rumah. Duk kat kampung kan… biasa la berniaga cara kampung. Saya nekad pinjam dengan abang kandung RM1K. Saya nak buat modal beli kain pasang. TAK ADA ILMU LANGSUNG waktu tu. Redah saja sebab dah tertekan sangat.

Bermulalah episod saya berniaga. Tak tahu mcmana dari seorang yang sangat penakut & pemalu tak bertempat ni boleh terjebak dengan bisnes jual kain pasang. Tapi… tak seindah yang difikirkan. Kena perli, macam-macam kena. Oklah, saya rasa kain pasang ni tak kena dengan jiwa saya. Saya minat dengan dunia kecantikan. Tiba-tiba, saya teringat kata seorang sahabat baik saya, kau nak berniaga x payah berniaga benda lain la. Jual produk kecantikan je, insya-allah jadi. Saya tak faham kenapa dia cakap macam tu..

Bermulalah pula saya buka Kiosk kecil jual produk kecantikan dengan sewa RM400 tahun 2012. Hampir setahun berlalu rasanya, macam cukup-cukup makan je. Dah mula dah rasa nak bungkus kedai. Tapi Allah berikan satu jalan. Saya lupa macam mana boleh jumpa fb ads waktu tu saya main redah je tanpa guru. Saya cuma jual krim malam je masa tu untuk hilangkan jeragat.

Alhamdulillah sebab berkesan, tiba-tiba permintaan makin banyak. Walhal, waktu tu kalau tengok packaging memang kelakar badak la. Saya buat fb ads tu tanpa guru boleh buat sale waktu tu ribu-ribu tak sampai 10k lagi.

Saya mulalah mencari-cari guru fb ads. Ramai……….sifu Jamal Fb ads pun termasuk dalam list saya. tapi..Tuhan uji saya dulu.. Dia bagi saya pilih sifu Jamal last sekali lepas saya kena tipu. Lepas saya berguru dengan orang yang ilmunya tak macam guru pun….sebelum berguru dengan sifu Jamal saya kena tipu dengan sorang “guru” jugak hangus dalam RM5k camtulah. Excited sangat nampak boleh buat duit dengan fb ads. Dah…serah kat dia buat. Ads ke mana duit kemana.

Ok, fine walau sakit jugak rasa waktu tu, saya berdoa pada Tuhan, ya Allah aku dianiaya. Aku yakin Kau akan ganti dengan yang lebih baik.

Tak lama lepas tu saya join seminar Sifufbads Chapter F kalau tak silap saya. 1st masuk seminar sifu dengan adik saya waktu tu, kami dua-dua melopong. Dalam hati, WOW! Dah ramai guru fb ads aku pergi, tak jumpa lagi yang macam ni. Ilmu-ilmu FB macam makanan dia. Boleh kunyah macam tu je! Cakap dalam hati waktu tu.

Yang paling salute lagi setiap perubahan FbAds sifu Jamal akan update malalui page beliau & email. Kami rasa betul-betul seperti jd anak murid beliau. Sebab rasa ada orang ambil berat. Kalau tak faham @ ada masalah boleh tanya & insyaAllah ada jawapan. Best kan… ada tempat rujukan. Yang “guru-guru” sebelum ni kalau ada masalah, silalah setel sendiri. Kadang-kadang kita mesej pun tak berjawab. Kalau jawab pun sepatah-sepatah. Lupakan yang tak best.

Bermulalah dari situ sifu…dari sales belas-belas ribu, anjak ke puluh-puluh ribu, anjak lagi ke ratus2 ribu sebulan…Saya belajar FOKUS. KATA SIFU JAMAL, Dalam FB Ads KENA BUAT SAMPAI JADI! eh2 saya tak pernah terfikir saya akan jadi seorang bisneswoman bertaraf millionaire!

Saya punyai syarikat sendiri MAMADIL Slim & Beauty SDN.BHD. Anak kampung. Anak jati Terengganu. Staff syarikat yang uruskan bisnes. Saya cuma layan FB Ads & buat merketing saja. TAK PERNAH terfikir sama sekali akan berada di tahap ini. Kadang terfikir, takde orang kenal aku pun tapi boleh gak jadi jutawan he3..
Kita lupa Tuhan tahu apa yang kita tak tahu.

Sekarang, lepas launching produk terbaru, SUSU RIZQI susu utk kecantikan kulit sekeluarga, Kehebatan kandungan makanan sunnah Habatus Sauda, Buah Zaitun & Susu Kambing dgn perisa Vanilla mirip rasa aiskrim Vanilla nestl* tanpa rasa hamis, tak boleh nak cakap apa dah sifu. Stok sampai je licin. Sampai je licin. Apa taknya ibu-ibu teruja kulit anak2 yg sunburn pun dh jd cerah licin dgn lembabnya kulit sekejap saja la jd viral. Ibu pregy lglah teruja boleh ambil sekali. Yang dah tempah siap bayar pun ramai untuk jd agen! Janji HALAL & SELAMAT : )

Saya cari agen pun melalui FbAds.

Tak banyak yang saya ikut apa yang sifu ajar walaupun dlm buku note penuh note. Saya cuma praktik satu dua point je yang sifu ajar tapi dia punya penangan subhanallah. Takde apa nak cakap dah. Saya cuma boleh katakan berbanyak terima kasih pada SIFU JAMAL FBADS & TEAM semoga kalian selalu dalam rahmat & redha Allah s.w.t SIFU MEMANG BETUL2 SIFU.

Para isteri di luar sana, jika cerita saya ni memberi inspirasi pada kalian, ada beberapa tips saya nak kongsikan sebelum saya temui jalan-jalan best di atas:

  • Solat Dhuha jadikan amalan harian dari masa susah lagi.
  • Solat Istikharah juga jadikan amalan harian. Kita perlukan petunjuk dari Dia setiap waktu.
  • Sedekahlah, walaupun dalam poket kita pun ada RM10 je. Bahagi dua. Awak separuh, saya separuh. Bila dah ada RM10k, awak RM5k, saya RM5k.
  • Tolong jangan sakiti hati suami sebab duit. Jangan sekali2…..susah @ senang adalah ujian.
  • Bahagiakan keluarga sendiri, ibu bapa & juga keluarga mertua.

Lihatlah sendiri apa yang Tuhan akan balas.

INSYAALLAH.

Similar Posts

37 Comments

  1. Terimakasih sifu & MamaDil sudi berkongsi kisah ni. Meremang bulu roma & sebak bila baca kisah ni.
    Anda mmg inspirasi saya. Harap mama dil n sifu izinkan sy share tips ni ya. Terima ksih skali lagi

    1. Terima kasih di atas perkongsian ni..yg best part yg last tu ada nasihat sikit..memang kena byk bersabar dan sentiasa berdoa pada dia..klu tk dapat jugak maknenye ada sesuatu yg lebih baik lagi..terima kasih

  2. Terima kasih kepada Sifu dan Mamadil sudi berkongsi pengalaman.Ia akan menjadi Inspirasi buat diri saya sebgai suri rumah.

  3. Salam sifu..sy nak sangat buat bisnes online menggunakan fb ads tapi sy xtahu macam mana nak mula dan macam mana nak buat fb ads

  4. Salam sifu & kak Dila. 🙂 Alhamdulillah..
    Terima kasih atas perkongsian. kipidap! dongibap!
    Semua orang akan berjaya kalau berusaha.
    Percayalah ayat yang Allah sebut dua kali berturut-turut dalam al-Quran;
    “Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [Alam Nasyrah 94: 5-6]

    Insya Allah.

  5. Selalu bersangka baik pada Allah, kunci kejayaan puan. .alhamdulillah tahniah puan..anda salah seorang sumber inspirasi saya, terima kasih puan berkongsi cerita.

  6. Terima kasih sharing yg sgt baik…
    Terima kasih sifu walau x penah hadir kelas beliau. Beliau tetap memberi ilmu…
    Nyata ikhlas beliau… terima kasih byk sy akn hadir kelas sifu 1hr nnt.

  7. Assalamualaikum.. Terima kasih atas perkongsian dr mamadil, sy amat berbanga dgn beliau sbb dr yg biasa2 jdi luar biasa.. Kt kena percaya setiap yg blaku keatas dr kt semua dah ttulis dan ada hikmahnya.. Dan terima kasih jga pd sifu jamal. Insyallah sy akn join kls sifu hujung bln nie ??

  8. wow…..kisah yang sangat dahsyat…betullah, dalam dunia ini, ilmu itu lebih penting daripada duit….bila ada ilmu, usaha dan tawakal kpd Allah, insyaALLAH ada balasannya….saya kenal Puan Dila ini juga melalui fb Ads…skroll fb , ada iklan mamadil…hehe…saya juga dalam perjalanan untuk mencari guru…

  9. Saya da beli susu rizqi..,mmg sedap rasanya..bru try buat pertama kali…so far Alhamdulillah, saya bertenaga spnjg hari ktika mgasuh ank rakan…kisah puan dila best…kbnykan org y di uji tu lah y akn berjaya slps tu..hrp saya dan suami juga berjaya melepasi semua ujian y mndatang..

    q sifu FBads juga.,sbb kan dtg bljar n dpt sifu mcm sifu FbAds la..business on9 kami y dikongsi suami isteri ni dpt bntu menjana pendapatan sampingan buat keluarga kami..,dr rm1k pon susah nk capai tp da bertambah2 dr hr ke hr…tp xde la smpi cecah rm10k lg sbb apa sbb kurang ilmu lg…selain tu de masalah kesihatan mnyebabkan saya tpksa hadkan jumlah order y masuk…xlarat dik non ni nk handle berdua je dgn suami..,tp so far sgt2 bersyukur pd Allah sbb buka jalan mgenali sifu fbAds…dpt saya bljar n tunaikan niat nk bntu suami n buka peluang tambah pndaptan kpd suri rumah y lain..

  10. Assalammualaikum terimakasih atas perkongsian Puan Dila.Perkongsian yang sangat hebat dan memberi sumber inspirasi terutama surirumah.Saya mmg mengunakan produk mamadil Women Love & Beuty Sara.Setakat ni Alhamdulillah produk mamadil memang terbaik.

  11. Sangat awersome…sungguh menberi inspirasi kpd saya utkmenggalakkan isteri turut sama berniaga. terima kasih puan n sifu Jamal (wlupun x jd anak murid lg). sy berdoa seoga puan terus sukses n sy dpt join kelas sifu Jamal suatu hari nanti.

  12. assalamualaikum…
    sy pun asal kg…hihi
    alhamdulilah dariNya dititipkan insan yg HEBAT…moga dmurahkan rezeki n kesihatan yg baik pn dila…moga ada rezeki tk sy jga..amin..tq sifu jamal.

  13. T.kasih mamadil kongsi pengalaman,,betul tu sifu jamal seorang yang best,,saya sebelum ni ada juga belajar gan orang lain,,bila kita mesej tk berjawap dan nak bertanyakan pun susah,,ajar kita tak sepenuhnya ilmu yang dia ada,,saya ni cathup slow so nk kena selalu refer,,tapi,,,,
    Tq sifu jamal pembelaan dan ilmu mu akan mendapat balasan dari Allah di akhirat kelak,, sesungguhnya ilu itu Allah yg punya dan sifu yg lebih pandai telah berkongsi dangan kami yg tidak tahu apa2 ini,, dan saya juga ada memanjangkan ilmu yang sifu ajar ini pada anak2 dan kawan2,,
    Mohon sifu halalkan ilmu yang sifu ajar sekarang dan yang akan mendatang,, sifu jgn serik mengajar saya yang very slow inaction ini,,tqvm

  14. Assalamualaikum…terima kasih atas perkongsian ilmunya…teruja dgn suri rumah jutawan mamadil…semoga suatu hari saya dapat sertai kelas sifu jamal.. saya mahu juga jadi suri rumah jutawan ins Shaa Allah…

  15. Terima kasih atas perkongsian ini..sangat motivasikan diri sy . Sy jg surirumah byk perkara yg sy kena belajar..trm kasih sifu Jamal dan Jutawan Mamadil

  16. Terima kasih sifu dan mama dila atas perkongsian ini..insyaAllah saya akan jadikan pengajaran dan peringatan dalam kehidupan saya..terima kasih sangat2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *