5 Jenis Artikel Yang Menarik Minat Pembaca Di Facebook
Sebelum anda mula menulis artikel atau post di Facebook anda, tidak kiralah di Fb Profile atau fanpage, anda haruslah tentukan fokus tulisan anda dahulu. Apa yang anda mahu kongsikan dan sampaikan kepada pembaca pada hari ini?
Di sini saya akan kongsikan 5 jenis artikel yang ramai pengguna Facebook suka baca di sosial media mereka.
1. Artikel yang apabila pembaca baca, tulisan itu sepertinya memang dituju khusus kepada hidup mereka, perasaan mereka, keinginan, dan keperluan mereka.
Biasanya, artikel seperti ini menceritakan perihal keluarga, cinta, pengalaman jatuh naik individu, dan sebagainya. Artikel yang menceritakan sesuatu yang juga pernah terjadi kepada pembaca.
Artikel seperti ini amat diminati dan jika memang pembaca boleh menyelami setiap bait perkataan artikel tersebut, ada kemungkinan yang tinggi, artikel itu akan VIRAL di media sosial pembaca.
2. Artikel yang menceritakan sesuatu yang menarik, seperti informasi santai yang mudah difahami.
Contoh mudahnya adalah artikel yang menyentuh perihal tips pelancongan, memasak, menjimatkan wang, dan sebagainya. Artikel yang menyediakan informasi yang menarik dan ringkas. Walaupun ringkas, tetapi informasinya itu boleh digunapakai dan realistik. Bukannya informasi yang hanya sedap mata membaca sahaja.
3. Artikel mengenai individu yang berjaya.
Ini adalah antara jenis artikel yang sering mendapat perhatian ramai. Di dunia ini, semua orang mencari-cari sumber motivasi. Dan antara salah satu untuk terus kekal bermotivasi adalah dengan membaca kisah-kisah inspirasi individu yang sudah berjaya.
Sudah banyak kisah-kisah seperti ini diterbitkan di laman sesawang. Anda juga boleh baca artikel sebegini di page Kisah Inspirasi yang ada di blog SifufbAds.
4. Artikel mengenai informasi penting, seperti berita terkini dan sebagainya.
Pernahkah anda melayari Facebook dan ternampak orang ‘share’ artikel daripada mana-mana berita semasa?
Pasti anda rasa ingin klik pada link artikel itu kan? Sememangnya lumrah manusia ingin tahu perkara yang terjadi disekeliling mereka. Berita kematian, berita politik, berita gadget, dan sebagainya. Tidak dapat tidak, informasi sebegitu adalah perkara yang sering mendapat sambutan daripada pembaca media sosial.
5. Artikel yang menjawab persoalan-persoalan yang ada dalam kepala pembaca.
Ini adalah merupakan contoh artikel yang menyelesaikan masalah pembaca. Mudah sahaja untuk menerbitkan artikel sebegini. Cuba anda fikirkan apa masalah yang sering berlaku kepada manusia? Paling kurang pun, dalam sehari itu, apa masalah yang anda hadapi?
Apabila anda sudah kenali masalah tersebut, cuba anda cari solusinya dahulu di carian Google, dan seterusnya berkongsi solusi tersebut di Facebook. Untuk lebih ‘advance’, anda kongsikanlah tip-tip yang memang anda rasa orang lain perlu tahu.
Contohnya, tip untuk tingkatkan jualan di Facebook dengan 7 langkah mudah. Yang penting, pastikan informasi tersebut benar dan boleh dilakukan oleh orang ramai.
Baiklah, banyak lagi sebenarnya jenis-jenis artikel yang pembaca suka baca. Tidak mengapa, kita kenal sikit-sikit dahulu dan praktikkan mana yang boleh kita lakukan sekarang.
Semoga bermanfaat untuk kita sama-sama cakna.