Dulu, Bisnes Brader Ni Hampir Jatuh Menyembah Bumi…
True story….
Kali ni kami nak share satu lagi kisah inspirasi tentang sorang brader ni dan bisnesnya. Satu ketika, bisnesnya GAGAL teruk. Xde customer langsung. Staf pun lari sbb dah xmampu byr gaji mereka. Sampai dah terfikir nak ‘let go’ je trus bisnes tu pada orang lain..
Tapi skrg..
Income bulan2 dari bisnes die skrg cecah 5 angka! Siap dapat slot di rancangan TV lagi. Yg terbaru die dah mula keluarkan produk kesihatan sendiri..Thorbaek!
Apa SECRET RECIPE yg dia wat sampai bisnes die melonjak naik camtu?
Jom baca kisah brader ni…
“ Assalamualaikum…
Saya Faiz Saharuddin, merupakan pemilik Syarikat Stickwork Ventures yang menjalankan perniagaan percetakan sepenuhnya. Di alam maya, ramai mengenali kami dengan branding fanpage Stikerku sebagai peneraju produk2 percetakan produk perkahwinan, korporat gift serta t-shirt secara online.
Pada tahun 2014, merupakan tahun yang sangat getir bagi saya. Sales jatuh sehingga kami tidak mampu untuk bangun lagi, permintaan pelanggan semakin kurang malah ada satu masa tu.. 2 minggu tiada tempahan.
Dari situ, staff kami semakin berkurangan sehingga tiada siapa yang ada bersama saya kerana saya x lagi mampu untuk menanggungnya. Semangat jatuh sehingga saya tak mampu meneruskan perniagaan lagi. Jiwa jadi kosong sampaikan saya mula memikirkan untuk melepaskan perniagaan ini kepada orang lain.
Pada awal tahun 2015, saya mulai sedar yang saya perlu MULA dari bawah balik. Saya perlu mencari balik ARAH TUJU syarikat serta mencari produk2 yang boleh di naikkan kembali. Saya buka blog orang lain untuk dapatkan semangat balik, saya cari balik kata2 semangat untuk menaikkan semangat balik.
Saya berani berkongsi masalah dengan orang lain untuk dapatkan kembali semangat untuk bermula.. tapi, tetap GAGAL untuk naikkan semangat saya sehingga la 1 hari saya terbuka fanpage Sifufbads dan blog dia.
Saya mula membaca artikel2 lama serta yang terbaru dari fanpage Sifufbads. Pada masa itu, saya hanya nampak nombor sahaja dan saya hanya fokus kepada berapa orang yang pernah guna khidmat Sifufbads. Walaupun masih EGO untuk join program berbayar, setiap hari saya baca, hanya faham nilai yang dipaparkan tetapi tidak faham apa maksudnya.
Dari situ, saya mula try di fanpage saya. Pada ketika itu, saya start menjual YASIN READY MADE. Jenuh buat promosi di fanpage, setiap hari update di pages, masuk group iklan dan sebagainya. Time tu sales maksimum 500pcs seminggu. Saya mula follow step by step teknik SIFU walaupun sy xtahu apa yang saya buat.
Masa mula2 buat fbads, saya hanya berpandukan artikel di blog Sifufbads. Selepas 3-4 hari buat fbads, sales mula nampak peningkatan. Sehari saya boleh dapat 400pcs tempahan yasin. Sejak hari itu, SAYA PERAM DULU SEMUA PRODUK-PRODUK LAIN dan FOKUS pada penjualan YASIN READY MADE sahaja. Saya biarkan produk lain tersadai dahulu.
Akhirnya, selepas sebulan.. tempahan YASIN semakin KONSISTEN dan alhamdulillah tanpa disangka, kami telah diberikan slot untuk rancangan TV1. Penerbit rancangan TV tersebut menelefon saya untuk buat pengambaran di office saya. Mereka ingin buat pengambaran bagi produk YASIN dan seterusnya produk2 lain.
Bukan 30 saat coverage tapi kami diberikan peluang untuk berkongsi sehingga 5 minit dalam rancangan tersebut. Pada saat itu, saya rasa bagai tidak percaya, tapi tetap syukur dengan aturan ALLAH berikan pada saya.
Saya jadi lebih yakin dengan teknik Sifufbads dan terus mendaftar seminar pertama selepas hampir 2 tahun tidak menyertai mana-mana seminar sebelum ini. Masa kelas pertama saya join Missing Chapter F di HOTEL PRIMERA, hari itu merupakan satu perubahan yang lebih ketara. Dalam seminar itu sahaja, saya lebih FAHAM bahasa fbads. Faham permainan dan teknik2 hebat fbads.
Tanpa byk soal, saya trus buat bayaran untuk DAFTAR program mentoring. Selepas habis seminar, saya lebih kedekut dalam meletakkan budget di iklan saya. Makin saya kedekut, sales saya makin naik. Stok makin cepat habis di OFFICE.
Sy mula mengambil staff untuk membantu saya di ofis. Henfon semakin penuh dengan Whatsapp dan pertanyaan. Telefon di opis semakin bertalu-talu panggilan telefon dari customer. Orang bertalu datang dan ambil stok YASIN di opis.
Selepas join kelas mentoring Sifufbads, sales saya semakin RANCAK dan semakin menyinar. Henfon terpaksa di tambah lagi, staf terpaksa di tambah lagi. Rekod jualan sehari saya dengan budget yang paling minimum mampu hasilkan sales YASIN sebanyak 30 ribu naskah sehari. Sejak hari itu, sales saya maintan 7000pcs-15,000pcs sehari. POST LAJU setiap hari datang pick up barang tanpa gagal.
Yang paling manis produk yang saya peram selama ini iaitu KAD KAHWIN, BOX, STIKER, PRODUK PACKAGING, BANNER, WELCOME BOARD, GUEST BOOK dan T-SHIRT secara automatik dikeluarkan atas permintaan customer yang masuk ke fanpage kami. Sales dalam 2 bulan dah cecah 5 angka.
Kini, saya juga berjaya mengembangkan lagi perniagaan dgn membuat produk kosmetik sendiri iaitu SARAGLOW dan membantu bisnes owner menghasilkan produk packaging mereka sendiri. Di samping menaikkan sales syarikat, saya berjaya membantu hampir 30 usahawan baru menghasilkan produk mereka sendiri.
Hari ini, sekali lagi membuktikan ilmu perlukan MENTOR untuk kita tidak melakukan kesalahan dan dengan mentor kita akan lebih TERATUR dalam perancangan dan tidak membayar CUKAI KEBODOHAN lebih tinggi dari sepatutnya.
Saya ingat kata2 yang saya pegang hingga hari ini “REZEKI ITU RAHSIA ALLAH S.W.T”, tiada siapa mampu merungkai semuanya. Jangan penat, jangan jemu, jangan gentar.. USAHA setiap hari, berdoa setiap saat. Insyallah, pasti rezeki anda akan sampai.”
DAPAT BELAJAR SESUATU TAK DARI KISAH NI?