Cabaran Hidup Seorang Housewife

zahanom

Zahanom Zahiah bt Abu Bakar..

Beliau merupakan pemilik butik Therapy Bangi Sentral, sudah berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata. Merupakan anak ke-9 dari 11 orang adik beradik.

Beliau diperkenalkan dunia perniagaan seawal umur 4 tahun lagi dari arwah ibu tercinta, jual kuih-muih dan nasi lemak utk bantu ayah dari segi kewangan.

Utk menampung kos belajar sambilan Diploma dan lesen kereta, beliau menjadi make up artist sambilan seawal 19 tahun. Disebabkan masalah kewangan, beliau terpaksa korbankan utk tidak lanjutkan pelajaran.

Pada umur 22 tahun, beliau buka butik Andaman dgn rakan kongsi.

Perniagaan beliau berjaya collect RM10k-20k sebulan tapi disebabkan tiada mentor dan kurang ilmu dlm urus perniagaan dan kewangan, kedai terpaksa tutup dlm masa 1 tahun setengah sahaja. Kerugian mencecah hampir RM100k!

Akhirnya, beliau terpaksa jual kereta Honda Jazz kerana nak kurangkan expenses. Oleh kerana kesilapan jual tak tukar nama, kereta telah dilelong dan hutang kena bayar hampir RM28k. Ini telah buatkan nama abang beliau di-blacklist.

Beliau bukan seorang yg jenis cepat putus asa. Kesilapan yg dilakukan menjadikan beliau lebih dewasa dan lebih berhati2. Suami yg banyak beri sokongan dan benarkan beliau utk betulkan financial dgn cara yg betul.

“ Pada mulanya, nawaitu saya jalankan perniagaan online adalah utk bantu ahli keluarga dan suami saya. Saya tidak tahu sampai bila perniagaan suami Allah akan sentiasa beri untung dan saya juga tak tahu sampai bila Allah pinjamkan dia utk kami. Jadi, saya sama2 jana pendapatan utk masa depan anak2. Saya juga gunakan wang saya sendiri utk bantu ahli keluarga saya, dan tidak gunakan duit suami.”

Dlm proses utk mulakan bisnes, banyak cabaran yg dihadapinya. Cabaran utamanya kerana masih ada anak kecil yg masih susu badan. Cabaran housewife yg sentiasa tak habis dgn kerja rumah.

Beliau susah nak ke seminar sbb nak menyusukan anak2. Walaupun begitu, beliau pergi juga seminar, waktu rehat akan husband datang bawa anak utk susu kejap. So, beliau mmg takde alasan nak tambah ilmu utk berjaya.

Pada tahun 2010, beliau bermula dgn bisnes blog, masa tu agak sukar utk buat marketing. Cuba buat fanpage FB ADS tapi tak faham. Competition pun tinggi sebab ramai yg jual pakain dan tudung.

Masa tu pun, takde mentor utk dijadikan reference. Dah la zero knowledge dlm IT, tak reti nak yakinkan customer utk beli produk. Nak tarik follower/regular customer? Lagi la tak reti..

Satu hari, beliau terjumpa fanpage Sifufbads. Masa tu, Likes fanpage Sifufbads pun tak ramai lagi, tapi beliau gunakan juga tips dari blog Sifufbads utk belajar perkara asas dlm FB ADS.

Sebelum menggunakan FB ADS, sales hanya 15-20 helai sebulan. Selepas gunakan FB ADS, byk perubahan yg berlaku dlm hidup beliau. Antaranya;

  • Dapat belikan ibu dan ayah sebiji kereta hasil dari perniagaan online.
  • Dapat bantu suami tutup 3 kad kredit hasil dari jualan produk beliau.
  • Dapat bayar hutang lapuk, masa berniaga konvensional.
  • Sales naik sehingga 300%.
  • Berjaya settlekan hutang blacklist kereta Honda Jazz dan clearkan nama abang dgn hasil perniagaan online.
  • Terpaksa buka kedai fizikal butik yg pertama di Bangi Sentral kerana rumah sudah padat dgn stok.

Walaupun beliau hanya seorang surirumah je, dgn sikap yg tak pernah give up.. beliau berjaya settle-kan segala masalah yg dihadapinya.

SEDIKIT TIPS DARI BELIAU…

“ Utk yg nak mulakan perniagaan terutamanya perniagaan online. Kena la pandai susun jadual (suri rumah). Saya gunakan konsep REDAH – BUAT je, jgn banyak sgt fikir. Jgn harapkan perfection. Allah jadikan fitrah kejadian manusia jalan ke hadapan jadi apa yg kita buat harus pandang ke hadapan. JUST GO ON.. kita akan sampai juga ke destinasi. Buat sampai jadi! Jutaan terima kasih pada sifu yg byk bantu ubah kehidupan saya dan tak lokek kongsikan pelbagai ilmu yg beliau ada! Terima kasih byk2 sifu..!”

Jika nak berjaya, kita kena kuasai TEKNIKAL dan TAKTIKAL (ilmu, mentor, environment yg betul).

JGN DEGIL! Be open/start from zero walaupun kita sudah ada banyak ilmu. Kita perlu selalu rajinkan diri utk sentiasa belajar dan mengajar. Jgn tersangkut di zon BERFIKIR terlalu lama, belajarlah di zon BERTINDAK.

JGN GIVE UP! Tak perlu risau bila apa yg anda buat belum jadi seperti yg anda mahu. Kejayaan bukan diukur dari sudut duit sahaja, ilmu lebih mahal dan bernilai.

Sentiasa tanamkan sikap positif dan lakukan A, B, C iaitu;

A – Attitude: Habit/disiplin

B – Believeness: Jgn percaya dgn keraguanmu, jgn ragu dgn kepercayaanmu,

C – Concentration: Apa yg kita fokus, itulah hasil yg akan kita dapat.

“DON’T STOP WHEN YOU ARE TIRED, STOP WHEN YOU ARE GONE..”

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *