Kawan Lamaku, Bisnes Partnerku…

marinaismail

Dari seorang yg bekerja di salah sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu negara, skrg beliau sudah ada syarikat sendiri iaitu ‘CQ Global Sdn. Bhd.’

Syarikat ini diasaskan oleh Marina Ismail dan Dalila Fisal (rakan sekerja) yg membekalkan tudung dan pakaian muslimah berjenama ‘CHENTA QASEH’ kpd para wanita yg ingin sentiasa kelihatan muda dan bergaya. Mereka berdua merupakan kawan lama dan rakan kongsi sejak drpd awal penubuhan syarikat iaitu pada tahun 2010.

.. idea utk mulakan bisnes secara online ini datang ketika mereka masih lagi bekerja sepenuh masa di syarikat telekomunikasi tersebut.

Pada peringkat permulaan, mereka hanya bermula dgn modal yg sgt rendah iaitu RM300. Dgn jumlah itu, mereka mula ambil stok daripada pembekal di Jalan T.A.R, dan mula menjual sendiri.

Alhamdulillah, dgn hanya promosi guna FB Profile je.. mereka sudah dpt pulangan kasar sebanyak RM700 utk bulan pertama. Pada hujung bulan ke-5, sales cecah hampir RM10k.

Bila sales dah stable, mereka buat keputusan utk keluarkan produk sendiri, iaitu mencipta tudung yg mempunyai kelainan drpd tudung2 yg ada di pasaran.

.. mereka dpt kenal pasti masalah audiens pada ketika itu adalah, mereka sukar utk dapatkan tudung yg agak lebar dan panjang di pasaran. Tak kira la tudung instant, ataupun shawl. Pada ketika itu, tudung yg berada di pasaran saiznya agak kecil dan pendek.

Jadi, dari situlah, tercetusnya idea utk hasilkan tudung yg lebih lebar saiznya.

CABARAN…

Cabaran utama yg mereka hadapi adalah ‘MASA’. Sebagai seorang pekerja, mereka terpaksa membahagikan masa antara kerja di pejabat dan bisnes yg baru ditubuhkan.

Siang bekerja di pejabat, malam pula jadikan waktu kerja utk bisnes. Kadang2, bekerja hingga ke lewat pagi. Bagi mereka, jika ingin berjaya, mesti kena gigih berusaha. Setakat tidur lambat bukanlah masalah besar. Yg penting, bisnes mereka berjalan lancar.

Setelah 2 tahun menjalankan perniagaan secara separuh masa, Marina Ismail mengambil langkah berani iaitu meletakkan jawatan.

.. setahun kemudian, Dalila pula yang meletakkan jawatan. Ini utk memantapkan lagi urusan dan hala tuju bisnes CQ utk bergerak lebih jauh. Mereka bermula dgn syarikat yg dinamakan sebagai CQ Global Enterprise. Pada awal tahun 2015, mereka telah pun tukar nama syarikat kpd CQ Global Sdn Bhd.

BILA GUNA FB ADS..?

Pada hujung tahun 2013, selepas disyorkan oleh staff syarikat yg membina laman web Chenta Qaseh.. mereka terus berguru dgn Sifu Jamal utk belajar lebih lanjut dlm ilmu pemasaran fb.

Hasilnya, jumlah likes page Chenta Qaseh meningkat dari 10k ke 200k. Jualan syarikat juga meningkat! Alhamdulillah!!

Kini, mereka sudah mempunyai 43 rangkaian pengedar dan ejen yang berdaftar di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan juga Brunei.

Ok, cukup la tu citer mengenai Chenta Qaseh…

Sebab, niat saya sebenarnya nak share sikit tips pada anda bagaimana cara utk menjual produk pakaian di FB.

Gini caranya..

Utk promosikan produk pakaian, komponen yg paling penting dlm iklan adalah GAMBAR!

Kenapa?

Sebabnya, wanita ini suka kelihatan cantik dan bergaya. Jadi, selain bina iklan yg TARGETED, gambar produk juga perlu kelihatan cantik.

Jadi, jgn takut laburkan wang kita utk gambar atau kos penggambaran. Ini kerana gambar yg cantik dpt memberikan sentuhan emosi kepada emosi pelanggan. Dgn melihat gambar je, pelanggan boleh TERGODA utk membeli.

… BETUL?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *