Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Wanita Ini Asalnya Saya Jumpa “Menjaja Make Up” di PWTC…

Diterbitkan pada Sep 5, 2016 oleh

nora furla

Bagaimana wanita ini asalnya saya jumpa menjaja make up di PWTC bulan 12 lepas, berjaya jana RM750k sales 3 bulan lepas itu…

Ada ramai orang, asalnya dari zero, jatuh tersungkur, berjaya bangkit dek kerana memiliki keazaman, keinginan untuk berjaya yang kuat dan sudah pasti dengan adanya ilmu…

Dan today

Saya nak share inpired story, dari seorang wanita yang strong, yang asbennya kena berhenti kerja.

Nora adila, nama fb nya pon sama…

Skrg ni, dia menjual mascara di fb…

Ok, Kak Nora ni baru je mula jual mascara pada bulan 8, tahun lepas. Baru lagi, kan? Tapi sales sekarang, alhamdulillah..

Camner Kak Nora boleh mula dapat idea jual mascara ni? Apa yang Kak Nora buat nak capai sales banyak macam tu? Buat terus berjaya ke? Kak Nora ada share panjang lebar di bawah.. baca la ye 🙂

Kisah ni ditulis sendri oleh Kak Nora..

“Kak Nora start online bisnes pada tahun 2013, di Instagram. Masa tu, sales byk juga la.. lebih kurang dlm RM20k, tapi lupa diri kejap. Bagi saya sales tu dh cukup byk. Sbb tak pernah lagi dpt duit sebanyak tu. Rasa seronok sgt masa tu!

Tapi kejap jer rasa seronok tu..

Tak lama kemudian, sales Kak Nora makin sikit. Lama2 takde sales langsung. Masa tu buat bisnes takde ilmu pun. Main buat jer. Sampai satu tahap rasa nak give up. Rasa bisnes online ni tak sesuai dgn Kak Nora.

Pernah gak pinjam duit kat mak hampir RM10k. Rasa bersalah masa tu. Satu hari tu, suami pula berhenti kerja. Takut nak bagitahu mak ayah. Kak Nora terpaksa rahsiakan dari mereka.

3 bulan Kak Nora berhenti buat bisnes, takde income. Kak Nora dgn suami terpaksa jual segala barang2 kat rumah utk survive. Pinjam duit dgn kawan2, diorang pun dh menyampah.

Apa yg buatkan Kak Nora bangkit semula utk buat bisnes kerana hari raya tahun lepas. Kak Nora dan suami takde duit langsung. Terpaksa lagi pinjam duit ayah, kata ada benda penting. Ayah bagi RM500.

PERISTIWA HARI RAYA.

Lepas tu, Kak Nora bawak anak2 utk persiapan raya. Masa jalan2 kat shopping mall, Kak Nora hanya mampu tgk jer.. tak mampu nak beli utk anak2. Terpaksa pegi jalan tar beli baju murah2 dua pasang RM60. Huhuhu.. rasa sedih sgt. Kak Nora rasa sgt sedih..

Lepas raya, Kak Nora tekad utk bangkit nak buat online bisnes. Saya start balik jual barang org. Kak Nora mula jual mascara pada bulan 8, tahun lepas.

Idea nak jual mascara ni datang pada pukul 4 pagi selepas Kak Nora selesai sunat tahajjud. Masa tu masih mengharap Allah akan bantu Kak Nora keluar dari masalah yg membelenggu. Idea datang out of no where. Tiba2 terdetik nak jual fiber mascara which is sebelum ni pun Kak Nora pernah jual tapi tak menjadi pun.

Percaya dgn kata hati Kak Nora tak tunggu lama. Esok nya terus Kak Nora try promote. Hari pertama dah ada orang bertanya walaupun tak ramai dan Kak Nora keep update consistently. Alhamdulillah order bertambah setiap hari.

KAK NORA MULA MENJUAL MASCARA

Dari Kak Nora mula jual dgn hanya ambil stok 12pcs sampai la Kak Nora berjaya ambil stok 240pcs. Masa tu dah cukup gembira Dan bersyukur sebab Kak Nora tau Apa rasanya bila tak ada duit. Dan tiba2 bila ada demand, stok pula takde. Kak Nora terputus stok hampir 2 minggu.

Masa tu sedih la jgk. Yela baru nak dpt income semula stok pula takde tp Kak Nora tak give up. Kak Nora keluar mencari lagi. Search di Internet, keep cari sampai dapat dan akhirnya bertemu la dgn duoya mascara. Tp harga yg Kak Nora dapat jauh lebih tinggi dari mascara sebelumnya. Kak Nora dah mula takut.

Dalam hati terfikir “ade ke orang nak beli mascara RM50?” Tapi sebab tak ada choice Kak Nora redah je. Kak Nora start dgn ambil 12pcs je. Memang mahal harganya Dan untung pun tak seberapa. Tapi takpe lah sebab nak cuba. Kalau tak Cuba pun mana nak ada hasil kan. Mula2 jual seperti yg disangka memang tak dapat sambutan.

Tp Kak Nora tekadkan hati utk terus promote setiap hari tanpa putus asa then selepas 2 hari Kak Nora dapat 2 orang customer yeayyy! Masa tu happy bukan main. Dan Alhamdulillah, selepas dari itu sale Kak Nora meningkat setiap hari. Kak Nora berjaya dapat untung bersih RM6k hasil jual mascara satu2 tu je.

Tapi kegembiraan Kak Nora tak bertahan lama. Kak Nora fikirkan sbb Kak Nora orang pertama yg promote duoya mascara ni, takkan ade orang la yg nak tiru. Rupanya ramai yg memerhati bisnes Kak Nora.

PESAING KAK NORA MULA BERTAMBAH

Mulalah ada orang yg meniru dan yg paling teruk mereka buang harga! Bayangkanlah Kak Nora susah payah naikkan brand ni, tp orang lain cuma cuci kaki ambil kesempatan dgn bisnes Kak Nora. Tapi Kak Nora tak mudah putus asa.

Kak Nora bincang dgn supplier dan supplier bagi pilihan pada Kak Nora. Kalau Kak Nora nak closed market utk mascara ni, Kak Nora perlu commit RM36k setiap bulan. Hancur luluh hati masa tu.

Yela.. mana Kak Nora nak cari duit sebanyak tu? Tapi demi mempertahankan idea Kak Nora, Kak Nora redah lagi. Kak Nora minta supplier bg masa 2 bulan. Dalam masa 2 bulan, kalau Kak Nora tak dapat commit Kak Nora akan surrender.

Dan bermula dari sini la Kak Nora mula ambil ejen. Walaupun pada peringkat awal Kak Nora rasa ade ke orang nak join ejen dgn Kak Nora? Tp Alhamdulillah bila buka offer ramai rupanya yg berminat. Bulan pertama Kak Nora berjaya hit target walaupun duit belanja Kak Nora cukup2 makan je.

Masuk bulan ke-2 Kak Nora dah mula sesak sebab stok lebih banyak dari permintaan. Berlonggok stok kat rumah masa ni, Kak Nora mula shaking. Kak Nora dah mula rasa penat. Hampir setiap hari nak give up. Kak Nora terpaksa pajak barang kemas dan dapat RM5k untuk survive, itu pun tak cukup juga. Pada saat ni Kak Nora mula sedar yang Kak Nora sangat CETEK ILMU.

KAK NORA NAK BELAJAR FB ADS

Bermula dari saat tu. Kak Nora mula belajar. Apa je seminar yg Kak Nora mampu, Kak Nora join. Sampai la Kak Nora berjumpa dgn SifuFBads. Kak Nora ambil keputusan utk belajar fb ads utk bantu bisnes Kak Nora.

Selepas belajar, Kak Nora cuba buat ape je ilmu yg sifu bagi. Walaupun tak pandai Kak Nora REDAH jgk. Bagi Kak Nora once Kak Nora melabur Kak Nora mesti nak hasil. Busuk2 dapat duit bayar class pun dah cukup. Hampir sebulan jgk Kak Nora try and error. Takde hasil. Ada improvement in terms of feedback yg Kak Nora dapat. Tapi sales sendu!

Kak Nora tak give up. Bila sifu panggil utk gathering Kak Nora datang walaupun hati tak gembira. Yela takde hasil kan. Tp Kak Nora yakin kan diri yg Kak Nora akan berjaya! Bila pergi gathering Kak Nora ambil ilmu.

Dan sifu bagi tips macam mana nak improve sales. Kak Nora take note. Balik rumah Kak Nora mula kumpul bahan, kemudian macam biasa pukul 4 pagi lepas sunat tahajjud Kak Nora mula duduk dan mengarang copywriting! Amazingly idea datang mencurah2.

Kak Nora karang, karang, karang post! Lepas subuh Kak Nora tido! Letih sangat dan malas nak mengharap magic utk berlaku!

EJEN BERTAMBAH!

Bangun pagi Kak Nora terkejut bila tgk whatsap banyak gila, Dan pm dkt inbox pun BANYAK! tp Kak Nora taknak gembira dulu. Kak Nora reply semua Dan Alhamdulillah hari pertama je Kak Nora dapat 5 orang ejen complete dgn bayaran!

Dan ejen makin bertambah setiap hari. Dalam masa 6 hari berjaya dapat 100 ejen! Semuanya keluarkan modal. Sesuatu yg Kak Nora tak pernah sangka. Hebatnya kuasa Allah.

Dan selepas tu bisnes Kak grow dgn sangat cepat! Tp biasa la. Bila kita berjaya bukan semua orang suka! Kak Nora diserang kembali. Kak Nora dapat tahu mascara Kak Nora ni dah ada yg fake, nak menangis masa tu.

Byk pihak cuba menjatuhkan Kak Nora. Setiap hari ade je yg menganggu. Bayangkanlah macam mana perasaan Kak Nora saat tu. Dan Kak Nora pun cerita la pada sifu Kak Nora minta advice. Simple je nasihat sifu Kak Nora, ‘redah je’..

Starting that point, Kak Nora nekad dalam hati utk FIGHTING! Bukan untuk Kak Nora je. Tp lebih kepada nak menjaga periuk nasi ejen2 Kak Nora. Setiap kali nak give up Kak Nora akan terus ingat tanggungjawab Kak Nora nak menjaga hampir 500 orang ejen. Kak Nora beranikan diri utk buat marketing besar-besaran.

Kak Nora beranikan diri utk commit dgn supplier minta rebranding mascara which is memerlukan cost RM100k! Dgn niat nak membantu team Kak Nora, Kak Nora redah je. Dan masa saat Kak Nora difitnah dgn sgt teruk haritu memang sales Kak Nora sgt drop.

Tp Kak Nora tak mudah shaking sbb Kak Nora berada di pihak yg benar! Alhamdulillah lepas announce rebranding sale Kak Nora kembali terus meningkat 3 kali ganda!

Phewww.. panjangnya kisah Kak Nora ni! Sebenarnya panjang lagi. Tp Kak Nora tak mampu nak cerita semua. Apa yg boleh dimanfaatkan Kak Nora Cuba sampaikan sebaik mungkin.

My advice utk anda yg berniaga. Berniaga lah dgn prinsip yg betul! Anda nak bantu orang! Bukan semata nak kejar keuntungan. Dan sentiasa lah minta bantuan Allah sepenuhnya. InsyaAllah benda yg paling mustahil pun Allah mampu selesaikan sekelip mata! Perjalanan Kak Nora masih jauh.

Dan setiap hari sebenarnya Kak Nora rasa boleh ke Kak Nora bertahan? Tp Kak Nora yakin 1 perkara je.

Selagi Kak Nora membantu ramai orang utk menambah nilai hidup InsyaAllah bisnes Kak Nora tak kan terjejas walaupun ramai yg menanti masa utk melihat Kak Nora terjatuh. Kak Nora yakin Allah akan sentiasa ada bersama orang2 yg bersabar dan bertaqwa! Kak Nora harap perkongsian ni dapat memberi semangat luar biasa pada sesiapa sahaja yg membaca.

Andai masih ada yg ‘bad thought’ pasal Kak Nora, terpulang. Kak Nora mengaku Kadang2 kata2 Kak Nora terlalu kasar utk sesetengah orang. Tp Kak Nora yakin kekasaran itu dapat membantu anda utk bangkit dan berjaya!

Apa je yg Kak Nora mampu utk membantu bangsa dan agama Kak Nora? Kak Nora berdoa Semoga perjuangan kecil Kak Nora ni dapat menjadi salah Satu asbab utk Allah angkat Kak Nora ke syurga-Nya. Hidup kita terlalu sementara. I want to make it worth.

Kak Nora punya cita-cita lebih besar dari sekadar nak berjaya. Semoga Allah terus memberi kekuatan utk Kak Nora. Walaupun ada satu hati yg terkesan dgn tulisan Kak Nora, itu sudah cukup utk membuatkan Kak Nora tersenyum!”

Ok ni TIPS lagi dari Kak Nora. Kalau anda nak buat produk sendiri, wajib baca!

Sebelum nak hasilkan produk sendiri, ada beberapa perkara yg perlu diambil kira..

1) TARGET MARKET

Anda perlu tahu kepada siapa anda nak pasarkan produk anda? Perlu spesifik. Jangan tamak nak semua. Kenal pasti target market anda. Kaji siapa sasaran audiens produk anda.

Contoh, Wanita yang dah berkahwin & bekerja, lingkungan umur 25- 35.

2) MEDIUM PEMASARAN

Anda perlu kenal pasti apakah medium pemasaran yg anda nak gunakan untuk buat marketing. Jangan syok sendiri buat produk tapi tak tau nak jual dekat sape. Sudahnya pakai sendiri stok berlonggok tu.

3) MODAL

Yg ini sgt penting! Anda perlu ada modal yg CUKUP! Modal bukan hanya modal barang, tp perlu sediakan juga modal pusingan Dan marketing! Jangan berangan nak ambil ejen/stokis dan harapkan mereka bekerja utk anda. Nak dapat ejen pun perlukan marketing!

4) BRAND AWARENESS

Anda perlu pastikan brand anda dikenali ramai untuk memastikan produk anda dapat bersaing di dalam industri bisnes yg sgt sengit! Salah satu cara brand awareness yg paling jimat dan cepat adalah dgn menggunakan medium “mulut ke mulut”!

5) PRODUK

Produk anda perlu ada keunikan, ada USP! Jangan sesekali buat bisnes ikut-ikutan. Orang jual cendol, awk pun nak jual cendol tp yg org tu laku, yg awk takde org nak beli. Pastikan anda produk ada keunikan yg orang lain tak ada. Baru produk anda boleh menonjol!

Ok.. itu la some of the tips. Ade lg sebenarnya, tp cuba check 5 ni dulu. Kalau yg ni pun tak buat lagi, STOP dulu angan2 nak buat produk sendiri sebab anda hanya akan jerat diri sendiri. Elakkan ambil loan utk buat produk.

Mulakan dgn modal anda sepenuhnya! Kalau belum cukup experience, cuba jual produk orang lain dulu dan kumpul byk2 experience! Kak Nora dulu pun bermula sebagai ejen dan stokis sahaja!

Komentar (0)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!