Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Bangkit Selepas Banjir

Diterbitkan pada Jun 1, 2015 oleh

Bangkit Selepas Banjir

Nama beliau Muhammad Hariz. Beliau merupakan pengasas kepada produk Belleza HQ, satu produk kolagen untuk memutihkan kulit..

Beliau pernah ada pengalaman JATUH TERUK dalam bisnes dan mengalami kerugian hampir RM30k selepas INSIDEN BANJIR yang melanda di Kelantan. Sedih betul!

Selepas beliau bangkit, KINI sales beliau sudah cecah 6 angka sebulan! Beliau sendiri pun terkejut..

Bagaimana beliau lakukannya? Bagaimana beliau bangkit selepas jatuh teruk?

INI PERKONGSIAN DARI BELIAU..

” Masa mula2 nak buat produk sendiri dulu, ramai orang kampung pandang rendah kat saya. Sedara mara selalu tanya kenapa tak mintak keje. Sebab masa tu, saya sangat yakin dengan diri sendiri boleh dapat income masyuk dari bisnes saya.

Memang betul pun, produk saya meletop kat Insta. Saya pernah capai RM100k sebulan hanya melalui Insta.. tapi, tu pun tak lama. Saya naik dengan tanpa ilmu dan saya jatuh cepat pun sebab takde ilmu.

Masa tu, stokis terlalu ramai. Produk sampai ke tangan orang yang tak bertanggungjawab, ramai agen main harga. Jual sangat murah, sampai untung pun RM2 jer. Agen jadi takut nak jual produk, lepas tu order pun makin kurang..

Dulu, lepas dapat sales 6 angka, terus beli kereta mewah.. komitmen pun jadi besar.

Lepas banjir besar kat Kelantan, saya terpaksa jual kereta. Kedai pun hampir tutup, staff ramai berhenti sebab nak sambung belajar. Duit simpanan pula makin berkurangan. Anggaran kerugian kedai hampir RM30k. Kereta pula banyak yang rosak.

Saya pun pernah jadi main sponsor event, lepas tu nak buat event juga sebab tengok org lain buat event. Cari team untuk buat event kat Kedah, kebetulan pula.. tarikh event tu 25-26 Disember iaitu pada tarikh banjir. Habis kena refund duit event, rugi kira2 RM20k.

Aduhh! Memang sedih..

Saya memang dah tak ambil tahu langsung pasal produk, biar je produk tergantung. Sales langsung tak jalan selepas banjir. Stokis siap mengamuk lagi sebab saya tak dapat nak supply barang.

Memang teruk situasi saya masa tu!

Saya cuba bangkit semula, akhirnya, saya join kelas Sifu Jamal.

Sebelum gi kelas, rasa diri zero sangat. Saya pandang tinggi sangat pada orang yang pandai fbads.. tapi rupanya lepas join kelas, saya sendiri boleh buat lagi hebat.

Hasilnya, wassap tak henti-henti. Lepas pergi kelas sifu, saya barulah belajar cara nak mula bisnes yang betul. Banyak jumpa member-member bisnes yang baru dan berkongsi pengalaman yang baru.

Dalam kelas sifu, saya belajar cara buat copywriting yang berkesan, nak edit gambar kasi cun untuk iklan FB, teknik urgency dan banyak lagi..

Memang banyak ilmu baru yg saya belajar!

Dulu zero sales dari FB, lepas join kelas sifu.. sale cecah RM1000 sehari (lebih kurang 15 order sehari). Tu pun tak dapat nak handle semua, sebab takde staff. Sekarang saya target nak dapat 100 order sehari..

Akan datang..

.. saya nak upgrade produk, tambah lebih banyak ingredient baru. Saya nak cari agen yang dipercayai je.. tak nak macam dulu, bagi agen yang tak bertanggungjawab. Habis jatuh bisnes saya!

Saya nak buat sistem yang lebih teratur, target sales RM100k sebulan. Saya tak nak boros macam dulu, ada duit jer.. belasah beli kereta mewah! Sekarang, saya nak rancang sistem kewangan bisnes saya dengan lebih baik.

Akhir kata, join la kelas sifu sebab tak sama belajar sendiri dengan belajar dari sifu. Ramai orang rasa ilmu mereka dah cukup dan tak perlu cari mentor utk belajar.. tapi, sebenarnya belum cukup.

Jika kita ada buat salah, sifu boleh betulkan dan beri tunjuk ajar. Jika belajar sendiri, kita buat salah.. siapa nak betul kan.

Betul tak? “

Moral of the story..

Hidup ini ada NAIK dan ada TURUN, apabila kita jatuh.. jangan tunggu lama-lama untuk bangkit semula.

Kebangkitan selepas kejatuhan akan jadikan kita lebih hebat dari kita yang sebelumnya..

ADA BELAJAR SESUATU?

Komentar (0)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!