3 SECRET BRADER NI, BERMULA DARI RM700 TANPA LOAN, AND NOW DAH CAPAI 7 ANGKA!!

SifufBads nak share story tentang seorang student ni.. Mohd Rashidie Ramli founder kepada NK Exclusive yang mana menjadi pengeluar produk minyak wangi dengan tagline “Bau orang kaya, Harga kaki lima”

Brader ni dulu start dengan 700 ringgit jer tau.  Tanpa loan bank dan tak berhutang dengan sesiapa pun. Wow, hebatkan?

Biasanyer kisah orang yang berjaya ni of course start dengan hidup susah dulu kan?

Kalau nak tahu, dulu brader ni pernah di offer sebagai pensyarah, tapi dia tolak oleh sebab seronok berbisnes jadi pengedar kepada produk orang lain. Tapi, lepas daripada tu dia diuji dengan bisnes cannot go selama 2 tahun. Brader ni struggle oii dalam hidup waktu tu..

…Bisnes jatuh teruk

…Kereta kena tarik

…Duit simpanan habis

…Dari rumah selesa terus menyewa rumah flat

Bayangkan waktu tu.. menyewa rumah flat tingkat 4, lif takde dengan keadaan isteri mengandung lagi tapi nak buat camna.. rumah tu jer yang paling murah untuk disewa. Perasaan dia waktu tu, Tuhan je tahu.. sedih sebab tak mampu nak bagi kehidupan yang selesa pada isterinya.

“Pernah juga waktu tu, dalam dompet hanya tinggal 10 ringgit jer..dan bila si isteri tanya sama ada dah makan ke belum.. saya terpaksa tipu dia, bagitau dah makan walaupun hakikatnya belum telan apa2 makanan lagi..” Katanya lagi.

Start dari situla.. dia betul-betul tekad nak brubah dan nak capai impiannya. Usaha cari kerja dan bermodalkan duit RM700 ringgit itu dia bertekad, usaha dan tawakal.

Alhamdulillah, tahun demi tahun.. bisnesnya makin naik. Dengan hasil duit bisnes tu juga, dia mula saving sedikit demi sedikit sehinggalah dapat menyewa sebuah office dan start beli barang office..

Namun, langit tak selalunya cerah.. dia diuji lagi. Office yang baru disewa tersebut dipecah masuk.. kerugian berpuluh ribu. Tapi sebab prinsip yang terlalu ‘strong’!

“Semakin besar cabaran yang Tuhan kasi, semakin besar kejayaan yang Dia nak beri” katanya.

Dia tak pernah give up!

Bermula dengan 2 orang agent, now dah ada lebih kurang 300 orang agen dan stokis sah yang berdaftar di seluruh Malaysia.

Kalau dlu, agentnya asyik keluar masuk, now dia dah berjaya kekalkan agentnya untuk stay, macam2 dia ubah, restructure  mana yg patut lepas di’advice’ sifu.

ANTARA SECRETNYA..

1. TOPUP ILMU

Prinsip yang dipegang brader ni ialah..makin besar bisnes, makin besar cabaran, makin banyak perlu belajar supaya jadi jalan ‘short-cut’ untuk dia berjaya tanpa banyak kali ‘langgar dinding’ dalam dunia bisnes!

2. DEVELOP TEAM,AGENT & STOKIS

Sifu pernah ‘advice dia’ tentang sistem training yang tersusun. Dia follow buat sampai jadi. Alhamdulillah..retention rate agent stokis dia meningkat shingga 90% berbanding sebelum ini.

3. BERSYUKUR

Dia berpegang pada prinsip syukur: “Lagi banyak kita bersyukur.. lagi banyak Tuhan akan beri”

dan nasihat dia juga.. kita kena banyak ‘memberi’. Memberi yang dimaksudkan adalah dari sudut sedekah, zakat, beri manfaat pada orang dan lain2. Bila training yang melibatkan team, dia banyak berikan motivasi tentang perjuangan untuk bantu orang.

Lesson : Kita ni, as founder/Leader memang kena ada prinsip & kuat!! (kuat dari segi mental,supaya tak mudah give up…) SifufBads doakan korang pun akan berjaya seperti brader ni jugak.. InshaAllah!!

👉Taip “Aamiin”

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

Program @ Sifufbads

21/07/2019
2Comma Tribe
Dewan Banquet UPM, Serdang

20/07/2019
2Comma Tribe
Dewan Banquet UPM, Serdang

19/07/2019
2Comma Tribe
Dewan Banquet UPM, Serdang

Follow Instagram @sifufbads

  • Pernah dengar tak omputeh cakap mcm ni start now
  • Setuju ke setuju sangat dgn Mr Robert ni?? Sifufbads yakin
  • Biarlah gambar berbicaraYang ada kedai mcm ni lah situasi selalu
  • 80 prospek akan beli lps mreka baca review atau feedback
  • THINK OUTSIDE THE BOX! Setuju ke kurang setuju
  • Jadi Founder bisnes ni nampak mcm best jermcm femes jerTapi
  • Sape sangka impian yg kita harapkan masa kecik2 dlu akn
  • BISNES BARU UP TAPI BELUM LAUNCH DAH SOLD OUT?! APA
57 BUKU MARKETING SI PEMALAS
57 BUKU MARKETING SI PEMALAS

Khas untuk anda yang rasa marketing tu leceh.. tak penting.. dan menyusahkan hidup. Ada lebih 50 strategi yang anda boleh terokai.. ianya straight forward dan mudah faham.. simple trick but very powerful! Isi Form di Bawah Sekarang!