Farhana

Bangkit Selepas Jatuh

Farhana

Pernah dengar tak mengenai kedai online Tuffa Tuffa?

Ia adalah butik fesyen online yang menyediakan pakaian wanita muslimah.

Berita baik!

Hari ini, owner Tuffa Tuffa dengan rela hati nak share pengalaman jatuh bangun bisnes beliau..

KHAS UNTUK ANDA..

” Assalamualaikum, saya Farhana Binti Baharuddin, berusia 30 tahun. Berasal dari Segamat, Johor. Saya merupakan Pengarah Urusan Hajabenka Marketing Sdn Bhd dan Pengasas kepada jenama TUFFA TUFFA. Kami mengeluarkan pakaian sedondon untuk si teruna dan si dara.

Alhamdulillah, trend “Couple Set” kini mendapat sambutan hangat di pasaran.

.. Dahulunya, saya bekerja di salah sebuah company tudung ternama di Malaysia dan menjual baju sebagai pendapatan sampingan. Alhamdulillah, tolak tambah pendapatan bulanan daripada kerja dan berniaga kecil-kecilan mencecah RM7000.

Masa tu dikira lumayan jugalah.. kemudian, saya diberi ujian dari Allah S.W.T iaitu Slip Disk dan saya terpaksa berhenti kerja.

Hal ini secara tidak langsung telah hilang semua pendapatan serta duit simpanan yang ada habis dibelanjakan untuk biayai kos perubatan. Dengan kos sara hidup yang tinggi serta suami seorang sahaja yang kerja memang tak cukup. Saya jadi bingung disebabkan hutang keliling pinggang serta disenarai hitam.

Sebelum saya serius menjual di FB, saya aktif menulis artikel dan menjual di blog. Bisnes pertama saya ialah menjual produk kesihatan. Pada masa tu produk kesihatan tengah hot di pasaran dan menjadi trending pembeli. Setiap hari, saya akan menulis artikel di blog untuk naikkan ranking SEO. Itu kira rajin la kan tetapi pendapatan saya hanya RM80 sebulan.

Saya mula terjebak dengan platform di FB, sejak menghadirkan diri ke program ‘mentoring‘ SifuFbads pada April 2013.

Sebulan berlalu, perubahan sangat ketara. Saya fokus menjual di FB, dah kurang menulis artikel di blog. Alhamdulillah, berkat ilmu yang sifu ajar, pendapatan saya melonjak 10x ganda. Drpd RM80 sebulan kepada RM8000. Sehingga 4 hingga 5 bulan pendapatan saya meningkat 5 angka.

Tetapi sampai satu tahap, terlalu ramai menjual produk kesihatan ini dan persaingan yang tinggi menjadikan pasaran semakin tepu. Income makin menurun.. give up kejap. Tak boleh putus asa, perjuangan mesti diteruskan.

.. Tukar produk lain!

Kali ni jual produk kesihatan wanita. Saya cuba dengan dropship sahaja. Margin sekotak RM50. Kira besar jugaklah. Masalah lain pulak datang. Stok barang selalu putus. 2 bulan saya takda sales. Next, cari produk lain lagi. Produk ketiga saya adalah Spek Terapi Rabun. Fokus saya hanya untuk orang rabun dan customer saya 90% adalah lelaki. Niche baru bagi saya dan ilmu produk baru yang saya belajar. Pun masalah yang sama juga, bekalan stok selalu terputus.

Last produk..

Pakaian wanita. Niche produk dah lain. Tak sama dengan sebelum ni. So, kene study lebih skit untuk pattern jual baju. Masa ni nak raya, memang tengah cari duit raya sangat. Saya masih lagi menjual produk orang. Buka page baru. Tengah seronok menjual, stok baju dah habis. Bayangkan kalau stok ada.. bulan tu mungkin sales boleh cecak RM150K.

2 tahun menjual produk orang, macam-macam pengalaman yang saya dapat tapi 1 masalah yg sama – stok putus. Jadi, saya nekad untuk keluarkan brand sendiri dengan sedikit modal yang terkumpul dari jualan raya yang lepas.. dengan sedikit pengalaman di tempat kerja lama dalam bidang fashion. Ianya banyak membantu dalam mengeluarkan production sendiri.

Bisnes tak semudah yang di sangka, memang tak mampu nak handle sorang. Jalan itu Allah S.W.T permudahkan.. ditemukan partner di kelas yang sama. Mencari partner bukan kerana kebaikannya tetapi carilah partner yang boleh memberi sumbangan kepada bisnes kita.

Dengan ilmu yang ada insyaAllah semua jadi mudah..

Bulan pertama, kami hanya mampu keluarkan 100 helai jubah sahaja. Bulan ke-2 dah start huru-hara. Up skit stok. Follower dah makin ramai. Masuk bulan ke 6, bisness makin huru hara. Kali ni permintaan luar kawalan..

.. Walaupun production dah cecah 1000 HELAI SEBULAN, masih tak cukup! Tak kurang 60-80 parcel sehari. Tak kira hari gaji atau biasa. Saya hanya mengunakan 1 teknik je dah huru hara, bayangkan kalau saya guna semua teknik yang sifu ajar?

Confirm KEBABOOOM..

Setakat ni, nak bisnes naik cepat.. nak create follower ramai.. medium terpantas adalah FB.

Amacam?
Tanya diri anda sekarang.

Anda yakin?
Paksa diri anda untuk bertindak.

TIDAK PERNAH MENYESAL..

ILMU yang saya perolehi memberi pulangan yang berbaloi-baloi! Ilmu boleh menyelamatkan anda dalam banyak perkara. Sebab itu agama kita sangat menyuruh kita menimba ilmu. Jika anda mahukan akhirat, anda perlukan ilmu. Jika anda mahukan dunia, anda juga perlukan ilmu.

Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan. Itulah namanya TINDAKAN..

Next projek saya, InsyaAllah saya akan berkerjasama dengan usahawan borong bagi talk dan membawa peniaga-peniaga yang berminat untuk menyelam ke lubuk tekstile terbesar di dunia. Saya ingin membantu anda memborong kain di lubuk tekstile terbesar dengan cara selamat dan cepat.

Farhana Baharuddin
~ Pengarah Urusan Hajabenka Marketing Sdn Bhd

Selepas dengar kisah beliau, saya nampak beliau adalah seorang yang tak kenal erti putus asa. Berniaga kecil-kecilan semasa kerja makan gaji, sales 4 angka.. ia bukan satu perkara yang mudah dilakukan..

.. itu pun tak lama, beliau terpaksa berhenti kerja disebabkan penyakit.. duit semua habis dibelanjakan untuk kos perubatan..

.. tapi, itu tak menjatuhkan semangat beliau untuk terus bangun.

Beliau bangkit dengan menjual produk pakain secara dropship, kemudian meneruskan perjuangan untuk hasilkan produk sendiri, Tuffa Tuffa..

POINTNYA DI SINI ADALAH JGN MUDAH PUTUS ASA.

Similar Posts

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *