BISNES PASAR MALAM, TEPI JALAN, JUAL BUAH.. BOLEH PERGI JAUH KE?

Mengapa tak boleh pergi jauh? Tell me why? Why? Whyyyy? Tahu tak korang, bisnes 4 Finger start tepi jalan.. Pasta Panas, tepi mamak.. PAKTEH Fruit ni, dah cecah 1 million sebulan dengan bisnes buah jer!

Bagaimana bisnes diorang pada hari ini? Dah jadi besar kan? Jadi berjaya! Walaupun bermula kecil, bermula dengan apa yang ada!

Sama juga dengan bisnes pasar malam…

Hari ini, orang pasar malam pun dah banyak bisnes online. Sambil niaga pasar malam, ada yang buat live jual produk.. Ada yang balik pasar malam, baru buat live, atau urus order masuk di ecommerce, atau di marketplace..

PakTeh Fruits ni brand kedai buah yg meniaga kat tepi jalan jer, tapi kencangnya PakTeh Fruits ni bila dia adjust marketing dia dan wujudkan brand experience pada audien!

Jadi PakTeh Fruits ni dia bukan takat jual buah tapi dia jual sekali pengalaman yg berikan nilai yg unik pada pelanggan, tak susah la dia nak buat marketing lepasni!

“CUMA BAGAIMANA NAK BERKEMBANG? MACAM MANA NAK PERGI JAUH?”

Nak pergi jauh, kena melihat potensi dalam dunia bisnes ni lebih jauh.. Iaitu, bermula dgn;

1. VISI! Bagaimana dari bisnes kecil, tepi jalan, pasar malam, kita angkat bisnes kita ke level yang baru. Apa plan ke depan? Mcm Pakteh Fruite ni, dia punya plan, dari pasar malam ke kedai buah, target buka 20 cawangan, wujudkan brand extension – jual air buah, jual buah potong, cafe, buah kering, jeruk dll..

2. CASHFLOW! Kena jimat cermat, simpan untung… Untuk kembangkan bisnes! Dan, perlu optimize apa yang ada, untuk kurangkan kos! Reserve cash kuat, baru senang nak kembangkan bisnes.

3. MARKET PENETRATION! Bagaimana nak reach more customer? Pemilihan produk itu sendiri, lokasi, promosi & harga yang ditawarkan menbantu market penetration…

4. BRANDING. Awal-awal boleh la guna USP untuk tarik orang. Tapi, kalah. dah naik usp saja tak cukup! Ianya perlu beserta dengan branding strategy yang tersusun!

5. BRAND EXPERIENCE – Pengalaman yg kita cipta yg memberi nilai pada pengguna sehingga melekat dalam fikiran dan hati, juga pengalaman yg pelanggan tak boleh lupakan.

6. EDUCATE – Beri nilai tambahan contohnya, bagi penjelasan tentang produk mcm PakTeh Fruits ni dia jadi ala ala Doktor Buah, dia akan explain setiap khasiat dan jenis buah2 buahan.

Basic ni tak kuat, usah harap nak grow!

Cuba lihat alumni SifuBad ni, @taufiq_tajuddinn ! Dari pasar malam, kini miliki kedai buah beberapa unit, yang menjual pelbagai buah pilihan dari seluruh dunia. Peniaga buah, pemborong juga banyak ambil dengan dia hari ni.

Dapat sesuatu? Siapa sini – PENIAGA JALANAN & PASAR MALAM? .

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *