“ASYIK KENE BAWANG DGN ORANG, ‘SURARUMAH’ MENGHABISKAN DUIT ISTERI JER TAPI SEKARANG….”

Siapa sangka lelaki yang pernah dihina, kerana banyak ‘makan’duit isteri.. sbb jobless selama setahun, kini telah mampu membina empayar bisnesnya sendiri dgn jutaan sales per year. Inilah dia Faezmatrudin founder kpd Jus Mamariam.

KAWEN MASA MASIH BELAJAR LAGI

Kisah sedihnya bermula lepas dia kahwin. Waktu tu masih belajar lagi. Orang yang pernah kahwin masa belajar je tahu macamana susah awal berumah tangga kan?

Macam2 kerja yang dia buat, termasuklah kerja di pasar malam, jadi mekanik, jual produk orang dan macam2 kerja lagi untuk cari rezeki.

PERNAH KENE HALAU DARI RUMAH

Dengan kos sara hidup di KL yang agak tinggi jugak pada masa tu.. sampaikan pernah kene halau dari rumah sewa, sebab tak mampu nak bayar tiap bulan.

Sampaila terpaksa pinjam kawan2 untuk bayar deposit rumah baru.. Dan lepas setahun, keadaan dia dan isteri masih sama & lebih parah bila anaknya lahir.

BERBISNES TAPI TAKDE UNTUNG

Hidupnya bertambah huru hara bila isterinya terpaksa  ditransfer bekerja di Kuala Berang, Ganu.  Hampir setahun dia tak bekerja & dia cuba terjun ke dunia online..

Macam2 bisnes dah dia buat dalam online, jadi dropship sehinggalah agent.. Tapi semuanya tak menjadi bila tak dapaat nak cover untung balik modal..Tambah lagi, kene cemuh dengan jiran2 yang duk cerita, dia makan duit isteri sebab tak kerja.. Lagi la buat dia down! –

Pernah suatu hari tu, nak beli susu anak, beli beras terpaksa cari duit syiling di sekitar rumah. Kumpul2 utk cukupkan duit syiling supaya dapat beli beras & susu anak..

Dan sehinggalah dia kenal sifufBads melalui Facebook & blog.

Kat situlah bermulanya perubahan dalam hidupnya.. Bermula dengan zero dan sekarang mampu hire lebih daripada 25 org staff dan ada cawangan sendiri.

Produk dia juga pernah masuk majalah Pa&Ma dan surat khabar. Power tak power?

Antara teknik “secret” yang dia apply dalam bisnesnya termasuklah :-

#1 Content Marketing

Antara content yang dibuat adalah share tips untuk ibu yg sedang hamil, ibu yang nak hamil, dan yang telah hamil. Contoh tips lain yg dia pernah share adalah khasiat buah-buahan khas untuk ibu mengandung.

Dia menggunakan juga platform marketing untuk share testimoni customer melalui video. Ianya dapat meningkatkan trust orang apabila menonton video tersebut.

#2 Copywriting

Dalam copywriting, dia attract prospek dengan spesifikkan audience, seperti orang yang sedang hamil, baru nak hamil, telah hamil atau sedang berpantang.

Dia menjelaskan dalam copywriting masalah2 orang yang sukar untuk mengandung, tips untuk ibu mengandung. Jadi, lebih mudah untuk ibu2 yang mengalami masalah2 tersebut tertarik dengan produknya.

Dia spesifikkan headline sebagai contoh [VIRAL – INILAH JUS YG ORG PREGGY DUK AMALKAN UTK ATASI MASALAH LOYA2, TAK LARAT & SEKALIGUS BGI KHASIAT KEPADA BABY DALAM KANDUNGAN.]

#3 Brand Awareness

Untuk  meningkat awareness orang pada produknya. Dia menggunakan social influencer atau artis  sebagai testimoni seperti Diana Rafar, Nina baharun,  Raja Farah dan lain2.

Dengan ini ianya dapat menarik perhatian audience untuk membeli kerana wujudnya trust produk disitu.

Rezeki tu ada, yg penting teruskan usaha…Amacam,  Korang dapat sesuatu dari kisah bro ni? –

Komen “Opkos” , kalau dpt sesuatu..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *