Saya Buat Bisnes Sambil Belajar…

aufirhan

Kenal tak abang ni?

Namanya Ahmad Aufirhan bin Rosland, pemilik fanpage T-shirt Printing online (Auditra.Production). Beliau mula buat bisnes printing sambil belajar.. ambil Jurusan Kejuruteraan Awam di Uitm.

Bagaimana beliau bermula? Mesti anda nak tau kan..?

Ini storinye.. (Ditulis sendiri oleh beliau)

” Nama syarikat saya Auditra Trading yang menjalankan bisnes printing khususnya pada baju. Pada awalnya, hanya printing baju tapi sekarang mula brandingkan jenama sendiri, Identitees.

Bermula bisnes printing tshirt ni pada pertengahan tahun 2012. Sy mula serius pada Ogos 2012. Sebenarnya, sy bermula dlm bidang perniagaan dgn menjual jersi bola tiruan kelab-kelab bola eropah. Masa tu saya belajar di puncak alam. Jersi tiruan tu sy ambil stok dari rantau Panjang dan jual kepada rakan-rakan di dlm universiti shj..

.. tapi, lama kelamaan permintaan berkurang kerana jersi ni bermusim. Biasanya hanya di awal musim akan byk permintaan. Dari situ sehinggalah saya sem 3 degree di Uitm, saya masih lagi jual jersi.

Dalam bidang printing tshirt pula, saya sbnrnya mula-mula saya wakil kepada kelas sy di universiti utk tempah baju kelas. Dari situ, saya nampak boleh buat bisnes.

Sebabnya, sy boleh jadi ORG TGH atau AGEN dan boleh ambil keuntungan dari situ. Hanya ambil tempahan dari org lain dan hntarkan kepada kilang. Itu sahaja. Nampak macam MUDAH, tapi.. byk kerja sebenarnya..

Dari situ bermulalah, dari baju kelas sendiri.. then, mintak adik buat baju kelasnya, minta rakan buat baju team futsalnya dan seterusnya.

Pada Ogos 2012 saya bermula, tempahan datang kebanyakan dari fb dan rakan-rakan terdekat. Dari situ sy kenal supplier dan kilang yang terdekat di sekitar Lembah Klang. Ada sorg supplier ni ajar saya buat fb ads. Saya pun cubalah buat. Ada la sales sikit2 dari fanpage saya walaupun baru pandai sikit2.

Saya kumpul duit sikit demi sedikit. Pada Oktober 2013, saya dipertemukan jodoh dan kahwin. Belanja kahwin lebih kurang RM25k. Semuanya guna duit dari bisnes printing tu, padahal sy hanya agent. Takde kilang sendiri pun. Sambil buat bisnes sambil belajar.

Lepas lebih krg 1 tahun 4 bulan buat bisnes secara online totally fb, sy pun beranikan diri SEWA kedai di Seksyen 7, Shah Alam. Sebelum nak sewa kedai, sy dan isteri bincang dulu.. tgk rekod sales pun maintain je, boleh la cukup2 makan.

Masa tu sy di semester 4, isteri sy selalu bagi SUPPORT. Saya pun pinjam la duit hantaran kahwin isteri sy utk byr deposit. Masa tu, saya hanya mampu sewa satu per empat daripada satu shop lot. Itu pun sy dah rasa sangat happy dan teruja.

Bermula dari situ, saya mula pergi kelas belajar selok belok bisnes. Belajar marketing, pengurusan syarikat, motivation dll.

Dari mula sy belajar fb ada dari supplier tu, sy selalu on fb ads setiap hari.

Sebabnya, itu sahaja punca sales saya masa tu. Saya masih belajar dan tiada masa utk buat marketing cara lain.

Untung sikit2 saya simpan untuk besarkan bisnes saya. Saya hanya buat marketing sahaja dan hantar production dekat supplier.

Dari saya mula buat bisnes hingga buka kedai pun, saya masih tiada staff. Ada pun kawan baik sy yang tolong saya di kedai.

Dari duit untung tu, sy SIMPAN.. Alhamdulillah dah cukup duit expand dan pusing modal. Pada Mac 2015, saya pindah masuk kedai baru (kedai sekarang). Satu lot penuh.

Pada bulan itu jugalah, tuhan gerakkan hati saya untuk sy pergi ke Missing Chapter di dewan MCA. Dari situlah, sy join program mentoring Sifufbads untuk belajar cara guna fb ads dgn cara betul.

Dari bulan Januari 2014 hingga Februari 2015 (setahun 2 bulan tempoh masa), saya run kedai kecil tu.

Sebenarnya, dah lama sy nampak iklan Seminar Missing Chapter tu.. tapi baru hari tu rasa mcm nak pergi.. so, why not sy pergi utk tambah ilmu pasal fb ads kan? Sebab, sales sy totally bergantung pada fb ads. Baru tahu buat gitu2 pun ada sales masuk. Ini belum betul2 tahu lagi. So, saya pun register lah…

Memang tak sangka betul, banyak INPUT yang saya dapat!

Terima banyak-banyak sifu 🙂

Kalau ada rakan yang tanya saya patut ke pergi kelas sifu, memang saya akan REKEMEN sangat! Sebab apa? Dalam kelas advance sifu banyak saya belajar lebih mendalam pasal fb ads.

Dari situ, ilmu dan teknik yang diajar banyak sangat membantu saya. Tambahan skrg semua org boleh dikatakan ada fb dan guna fb. Fb ads ni memang releven dan patut diguna pakai oleh peniaga online.

Perbezaan SEBELUM dan SELEPAS kelas sifu memang luar jangkaan. Bulan pertama lepas balik je dari kelas advance, lepas sy apply teknik sifu ajar. Dgn izin Allah, sy HIT target sy sale 6 angka sebulan. Sebelum ni tak pernah lagi sy reach macam tu..

Alhamdulillah sekarang, sy dapat expand lg bisnes printing saya. InsyaAllah, saya tgh usahakan untuk buka kilang printing saya sendiri dalam masa terdekat ni.”

Ramai orang, bisnesnya same je tiap tahun.. macam tu je…

SEBAB APA?

.. dia asyik buat benda sama.

.. dia asyik buat cara sama.

.. dia asyik buat strategi sama.

Sebab tu hasilnya pun sama.

KENAPA ADA ORANG INCOMENYA SENTIASA NAIK? NAIK JE…

Sebabnya… dia sentiasa upgrade ilmunya. Yes.. UPGRADE ILMU!

Berapa NILAI ilmu yang ada akan mempengaruhi nilai pendapatannya. Lagi tinggi ilmunya lagi tinggi pendapatannya.

Ilmu akan membezakan TINDAKAN, CARA dan STRATEGI seseorang..

SETUJU?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *