Mula Bisnes Di Pasar Malam, Kini Nurul Boleh Capai 5 Angka Sehari!

Hari ini kami ada kisah menarik nak dikongsi dengan anda. Ianya mengenai seorang student SifufBads yang belajar berniaga, bermula di pasar malam. Sangat kental orangnya.

Ceritanya agak panjang. Harap anda sudi baca sampai habis..

“Apalah sangat meniaga macam ni… level budak kampung. Belajar pun takat SPM jer..”

Itulah kata-kata makan dalam, yg pernah diterima oleh Nurul Sulehah, atau nama manjanya Eah, apabila dia bercerita tentang ‘kerjayanya’ kepada sedara mara dan rakan2 zaman sekolah dulu. Mana la nak sama dengan kawan2 lain yg ke menara gading tu.

Menetap pula kat kawasan kecik, nun jauh disana.. ceruk luar bandar.

Tu yg bila terima kata2 ‘manis’ merobek jiwa tu, pedih dia, rasa sentap dia, sampai ke ulu hati. Namun, itu semua bukan penghalang utk pemilik brand pakaian Muslimah, Nurulsgallery NG ini utk bangkit menaikkan bisnes dan brandnya sehingga dikenali di seantero Tanah Malaya.

Walaupun butiknya di Grik, tapi hari ni, butik kecil di pekan luar Bandar ini semakin mendapat perhatian pelanggan dari satu Malaysia..ada yg sanggup dtg dari Johor, Kelantan, Terengganu dan lain2 semata-mata nak tgk depan mata koleksi pakaian Nuruls Gallery ini..

Tapi, di sebalik kejayaan itu, ada banyak kisah ‘tragis’ di sebaliknya. Terlalu banyak cabaran yg nak dicerita..

Nak tau apa yg berlaku? Nak korek rahsia kebangkitan beliau? Jom baca kisah penuh liku beliau…

BERMULANYA KISAH NURULS GALLERY..

Nuruls Gallery tu diambil sempena namanya, Nurul Sulehah. Walaupun dia biasa gelarkan dirinya Eah, tapi  rasa nama Nuruls Gallery lebih sedap daripada Eahs Gallery, kan2?

Dia dah mula meniaga sejak tahun 2010..masa tu muda remaja lagi, baru 21 tahun..(sekarang? Kiralah sendiri, hee)”

“Saya mulakan bisnes, mcm org lain jugak. Kecil-kecilan je. Maklumlah, kita ni org ‘biashe2’. Mula dengan apa yg ada.”

Haa.. meniaga apa? Macam2 uols! Handbag, wallet, cadar..Tapi mostly pakaian muslimah.

Masa mula2 dulu, dia berniaga di pasar malam, bukak booth kat macam2 event, dan kadang2 masuk ke sekolah2 jugak. Nak survive, apa pun sanggup buat selagi halal..

CABARAN PASAR MALAM

Nuruls Gallery ni boleh dikatakan ‘lahir’ di pasar malam. Dia start meniaga macam2 barang ni di pasar malam. Di mana ada pasar malam, di situ ada dia!

Hee..boleh kata lebih kurang 2 tahun jugaklah dia ‘bergelumang’ dengan bisnes pasar malam ni..dah mcm2 peristiwa pahit manis yg dilalui..

“Khemah saya mula2 dulu kecik je. Tapi kat situ mcm2 benda saya jual. Selagi boleh muat, selagi tu saya sumbat! Hehe..”

Biasanya dia meniaga dgn adik2nya. Ke hulu ke hilir angkat payung khemah, generator..penat tu jgn cakaplah..

Pernah sekali tu, dia terpaksa berniaga dalam gelap..sbb apa? Sebab..generator rosak time tu! Maka meniagalah dalam kegelapan malam, sambil mengharapkan ‘sedekah’ limpahan lampu khemah jiran sebelah..

Ada sekali tu, masa tgh neniaga, tiba2 angin ribut dtg. Kuat betul! Habis berterbangan kain2, shawl dan tudung semua..Ternganga la si Eah..

Bila dah reda..baru dikutipnya satu per satu, semua yg dah melayang tu. Bayangkan, bukan sikit yg melayang tu. Habis semua lencun. Kotor! Tu belum kira yg hilang dibawa angin.. Yg hilang dibawa org? Entahler..

Tapi itu semua tak mematahkan semangatnya. Baginya itu semua cabaran utk dia lebih berjaya selepas ni!

“Alhamdulillah, slowly bisnes saya makin baik. Dari khemah kecik, saya kemudiannya beli khemah besar sikit. Dan semakin banyak booth event yg saya berani masuk dari bulan ke bulan..”

BUTIK KECIL DI PEKAN NUN JAUH DI CERUK..

“Betul ke kakak nak bukak butik pakaian kat Grik ni? Serius ke? Abah bukan apa.. takut jadi biz syok sendiri..”

Itulah yg keluar dari mulut abahnya apabila dia menyatakan hasratnya utk bukak butik di Grik. Bukan tak percaya, cuma sebagai parents of course la mereka nak yg terbaik utk anak2..

“Ok takpe..kakak buat dulu, buktikan dulu..”, kata mereka, tanda green light utk saya mulakan cita2 saya.”

Akhirnya, Disember 2012, secara rasminya Butik Nuruls Gallery di Grik, dibuka!

DISANGKAKAN PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI…

“ Ya Allah, happy-nya rasa masa tu, susah nak cerita! Apa tidaknya..2  tahun bergelumang dengan pasar malam, siapa sangka akhirnya saya boleh bukak butik sendiri. Hasil susah payah saya meniaga di pasar malam, sekarang Nuruls Gallery boleh bangga dengan kedainya sendiri..”

Tapi…kegembiraan tu x lama. Sekejap jer..

Kenyataannya, makin besar bisnes kita, makin besar cabarannya. Sekarang Eah perlu berdepan dgn kos overhead yg tinggi pula. Bayar bil2 kedai, bayar staff..

Lebih teruk lagi, disangkakan bila bukak kedai, ramai la org yg akan datang.. Sangkaannya meleset sama sekali! Harapkan walk-in customer, mmg suam2 kuku jawabnya..

Memang tak senang duduk la time tu.. Dia terus decide untuk teruskan menjual di pasar malam. Dari situ, dia start roger2 customer yg datang, bagitau dah buka butik..

Alhamdulillah, nampak sikit perubahan sales di butik. Masa tu, sales di butik boleh la dapat RM100-200 sehari. Ada masa nya, pernah cecah RM500 sehari!

PERJUMPAAN YG MENYAKITKAN..

“Eah..ada mana tu? Jom lepak minum2..” Mesej dari sorang kenalan lama. Kawannya masa di zaman sekolah dulu..

“Waahh..best ni. Jumpa kengkawan lama. Aku pun tak sabar nak cerita tentang bisnes aku sekarang ni..excitednya!”, bisiknya di dalam hati.

Perjumpaan diatur.  Maka bertemu la semuanya.. seronok betul waktu reunion tu, berkongsi cerita, bergurau senda, bergelak ketawa sampai meleleh air mata tak ingat dunia..

Hinggalah…

“Eah, ko buat apa skrg?”, tanya seorang kawan.

“I meniaga sendiri. Jual pakaian muslimah. ” Jawab dengan senyuman, sambil mata dikecilkan. Tak tau lah kenapa, dia suka buat mcm tu.

“Seriously? Bukak butik kat pekan Grik ni? Boleh hidup ke?”

Dia terdiam. Dalam hati dia berkata..”what??”

Bukan dia sorang sahaja rupanya..ada beberapa rakan lain turut mempersoalkan benda yg sama..

Terus terdiam, membisu, taktau nak cakap apa. Terasa seolah macam…….

Mereka kemudian menukar topik. Masing2 bercerita tentang apa yg mereka tengah buat sekarang. Masing2 bercerita tentang universiti mereka. Course yg mereka ambil. Kerjaya yg bakal mereka ceburi.

Semua hebat2 bunyinya.  Kerdil sesangat dia rasa.. terlalu jauh level dengan kawan2nya.. mana nak sama dengan dirinya yg belajar takat SPM jer.

TITIK PERUBAHAN…

“Eah! Jom gi KL, ada program Sifufbads!”, sorang kawan mengajak saya.

“Apa tu??” dia membalas. Memang blur masa tu. Dan dia memang tak amik peduli sangat pun pasal digital marketing semua ni.

“Alaaa..malas la nk citer. Nah ko klik link ni, baca!” si kawan memberikan URL tentang program tersebut.

Dia klik. Dan baca. Satu per satu.

Makin dibaca, makin laju jantung berdegup.

Apa tidaknya..setiap ayat2 yg ditulis di minisite program tersebut, memang betul2 kena setepek kat batang hidung sendiri!

Especially bila disebut tentang sales yg makin merudum..butik banyak yg tutup..PERRRGH!

“Yes!! Inilah yg aku cari! Mungkin ini boleh mmbantu selamatkan bisnes aku yg makin nazak ni..”, tiba2 terasa ada satu sinar harapan bkl menjelma, chewaahh.

“Mak2..jom pegi program ni mak. Program Sifufbads!”, cubaan manja mengajak mak sebagai peneman sejati.

“Haaaaaa…kan dari dulu mak dah kata. Pi la blaja dgn SifufBads. Hari ni baru nak sedar diri..pi cepat daftar!”, ibunya membebel panjang..

Tak tunggu2 lagi.. terus sign up!

START SAMBUNG STUDY…

“Sejak kali pertama saya berguru dgn SifufBads di Seminar Missing Chapter, mindset saya berubah 360 darjah!”

Kalau dulu dia ‘termakan’ dengan kata2 org lain yg merendahkan kemampuannya, kepercayaan mereka yg bisnes di Grik tu xkan lama dan x kemana.. Now, it’s different!

Bila SifufBads tunjukkan steps-by-steps, teknik dan strategi yg selama ni xpernah terfikir dek akal fikirannya.. dia dapat rasa yg bisnesnya memang boleh pergi lebih jauh..

“Mak, kakak nak terus berguru dgn Sifufbads..kakak nampak bisnes Eah leh gi jauh selepas ni, tapi…”, Ccba sembunyikan masalahnya – kos untuk ke kelas.

Tak menyangka, ibunya memang tahu apa yg terbuku dihati Eah.. ibunya tanggung kos untuk ke program yg seterusnya.

Maka bermulalah episod dia berguru dengan Sifufbads.

Bulan pertama..dia masih merangkak mencari rentak..baru buat page! Baru nak start invite kengkawan jadi fans Nuruls Gallery..

Bulan kedua..mula belajar utk buat copywriting yg menusuk emosi. Sebelum ni ntah apa2 yg ditulisnya.

Bulan ketiga..cuba praktiskan satu dua teknik dan strategi  yg dah dipelajari

Sehinggalah pada bulan ke-6…

NURULS GALLERY ‘NAIK HANTU’!

Owww..bukan Nuruls Gallery! Tapi customer yg datang ke butik Nuruls Gallery!

Selepas 6 bulan belajar dan cuba praktiskan apa yg dia dapat dari SifufBads, impak nya mula menunjukkan taring!

Butik mula diserbu customer. Customer Nuruls Gallery ‘naik hantu’!

Bila ditanya, dari mana tau tentang Nuruls Gallery ni? “Ehh awak ni, mestilah dari online. Hihi…”, jawab seorang pelanggan.

Alhamdulillah, sales semakin baik. Dalam masa sama, order secara online juga semakin menggila! Terlalu banyak order sehinggakan ruang menjual di butik dijadikan tempat utk staff buat QC dan packing tempahan customer.

Makin hari makin banyak order. Ruang butik menjadi semakin sempit. Jadi dia buat keputusan utk sewa satu tingkat khas utk office dan online store sahaja.

BYE-BYE EAH YG LAMA..

“Kalau dulu, nak menggajikan staff pun susah. Saya hanya mampu gajikan sorg staf RM450 sahaja sebulan. Saya tau saya salah, tapi itu je yg mampu waktu tu..Tapi skrg alhamdulillah, saya dah ada 6 org staf dgn gaji yg ckup selesa utk mereka berkerja bersama saya.”

Kalau dulu, dia lah yg design pakaian2nya sendiri, sekarang  dah ada fashion designer sendiri..alhamdulillah..

Kalau dulu, orang kat Grik susah nak tau kewujudan butik ni.. hari ni, satu Malaysia cari Nurul’s Gallery ni..alhamdulillah..

Kalau dulu, sales sehari RM100-200 sehari..sekarang boleh capai 5 angka sehari..alhamdulillah..

PESANAN UTK SEMUA..

Yg pertama, jgn lah berkira utk dapatkan ilmu.

Tidak ada ruginya kita melabur utk ilmu. Mungkin pada awalnya kita berat hati melabur utk ilmu, tapi kalau kita belajar bersungguh, ikhlas menuntut ilmu, dan praktiskan apa yg diajar, insyaAllah akan ada hasilnya..

Yg kedua, kena ada strategi! Meniaga bukan setakat bukak khemah, bukak butik, dan kemudian harapkan keajaiban customer datang dan order tinggi melangit.

Tidak! Kena ada strategi yg betul. Inilah yg perlu kita belajar dari org yg lebih arif dan berpengalaman dari kita..

Yg ketiga, ubah diri! Tiada siapa yg boleh ubah diri kita melainkan kita sendiri. Jika dulu kita seorang yg negatif, mindset tidak percaya pada diri, maka kitalah yg bertanggungjawab utk ubah diri kita sendiri.

Tidak guna belajar dgn segala mcm sifu, belajar itu dan ini, tapi jauh di sudut hati, kita tidak yakin pada kemampuan diri..

Semoga kisah Nurul’s Gallery ini, memberi harapan dan inspirasi, utk sama2 berjaya selepas ini. InsyaAllah..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *