Mula Berniaga di Ekspo, Sekarang Dah Ada Restoran Sendiri di Alam Shah, Cheras.

kak-haslinda

Harini sy nk share story student SifuFBads yg buat bisnes catering. Tasnor Catering..Sape2 yg ada buat bisnes catering, rugi x baca..

Sape dia…

Saya kenalkan Dia. Panggil Kak Haslinda je. Dulu beliau berniaga tepi jalan je, skrg dh ada restoran sendiri. Nak belajar sesuatu dr beliau?

Baca kisah di bwh ni (ditulis sendiri oleh beliau)…

“Nama akak Norhaslinda Baharum berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata.

Mula berniaga makanan 9 tahun.

Dulu meniaga gerai tepi jalan di bdr sri permaisuri dgn cuma 4 meja lipat. Lama2 membesar sehingga 20 meja.

Kami juga berniaga di ekspo dan ceramah agama dgn bukak gerai pakai van buruk.

Sekarang ni gerai dah kena roboh. Pindah ke foodcourt pusat penjaja sri permaisuri.

Kami pun start buat katering 4 tahun lepas.

Terbaru kami buka Restoran Melur Thai di Alam Damai, Cheras.

Bila restoran dh bukak. Respons agak perlahan dan pada masa sama business katering kami statik.

Mcm2 cara dah buat..

FLYERS BUAT..
BANNER/BUNTING DAH..
IKLAN SANA, IKLAN SINI DAH BUAT..

Tapi, hasilnya…Hrmm….

MENGECEWAKAN!

Sehinggalah akak bljr dari sifufbads..bermula dgn smnar Missing Chapter. Bljr, trs bljr.. Akak tau, ilmu tu penting..Husband akak yg start bljr, then dia suh akak juga bljr..

Dari situlah kami start guna fb ads secara serius.. Gunakannya utk promot restoran, dan promot servis katering..

STRATEGI YG DIGUNAKAN..

1. Kami gunakan teknik tarik orang datang restoran sbb kami rasa teknik ni yg paling sesuai. Kami kecilkan target market sekitar Alam Damai shj. Fungsi DROP PIN dlm setting ads tu digunakan..Ilmu yg sifu ajarkan, digunakan..

2. Utk katering pula kami khususkan katering utk pejabat sahaja. Sblm tu fokus pada majlis kawin, ssh gaks..Sifu bg advice cuba target katering utk pjbt2 plaks..Katering ni besar, ada utk kawin, bertunang, besday, aqiqah dll. Competition tough. Kami kena pandai cari peluang yang orang x katering lain jarang nak buat. Pd bhgian headline, iklan ditujukan trus kpd org yg inginkan servis katering utk pejabat. Yg ni target 1 KL…

Hasilnya…

ORG DTG KE RESTORAN MENINGKAT.. BERKALI2 GANDA..

ORG OPIS YG AMBIL SERVIS KATERING, YG SBLM NI X PNH DPT DARI ONLINE, KINI DPT BYK JOB DARI ONLINE..

Mmg x mng tgn…Alhamdulillah..

CABARAN BINA BISNES SENDIRI

Kami bermula dgn kosong. Idea sebenarnya nak keluar dari kesusahan. Kerja bertahun2 tapi ujung bulan duit tak cukup. Cukup pening bila bak raya, time tu la roadtax mati, tayar keta botak. Nak balik kampung lagi.

Dulu selalu meniaga ngan suami kat bazar ramadhan.

Pastu dapat idea nak bukak kedai makan. Bila baru nak naik, orang sebelah tiru, siap main harga rendah dari kita.

Suami buat pula nasi kukus ayam dara, pakai lori buruk. Baru nak naik sale tapi pening pulak sbb dok main kejar2 ngan majlis bandaraya. Yelah meniaga tapak haram.

Pernah susah sampai keta nak kena tarik. Hutang keliling pinggang.

Buat bisnes katering. Baru nak up, katerer lain pulak main Harga rendah.

Jadi kami dapati bila kita baru naik, orang pun akan mula nak curi peluang kita.

Dari situ kami tahu pentingnya wujud fans kita, keunikan kita dll. Dan kami tahu hanya fb shj yg boleh jadikan ini berjaya.

Kami ada satu perangai dont give up dan tak tahu malu. Kalau orang lain boleh berjaya, why not us?

Semangat utk mengubah taraf hidup ke lebih tinggi melebihi segalanya.

Kami dilahirkan dari keluarga yg susah. Ayah saya bawak teksi. Ayah suami saya cuma kerani. Masing2 adik beradik ramai.

Mungkin itu menjadikan kami berdua “lasak demi survivor”. Kesian tengok kelurga masing2 susah menjadikan kami semangat utk pastikan anak2 kami hidup tidak susah.”

.

PERANCANGAN AKAN DTG

Kak Haslinda dlm proses menguatkan lagi sistem pengurusan bisnes. Beliau juga dlm proses nk kuatkan branding.

Rancangan Kak Haslinda utk membuka banyak lagi cawangan Melur Thai.

Plan yang paling beliau ingin kecapi adalah apabila restorannya boleh masuk mall ternama macam pavillion, klcc dan mid valley. Insyaallah.

Sama2 kita doakan..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *