“Woi! Sape Kasi Kau Berniaga Kat Sini!”
Itulah antara kata-kata ‘manis’ yg diterima oleh salah sorang student Sifufbads di awal pembabitannya dlm dunia bisnes. Ada banyak pahit manis story yang beliau kongsikan kepada kami baru-baru ini. Kisah jatuh, bangun, cabaran, serta tragedi yang mengubah diri beliau..dari insan biasa2, menjadi luar biasa..
Dari seorang lecturer, kini seorang usahawan berbisa..
Dari sales 3-4 angka, kini sebulan mencecah 6 angka..
Nak tau kisahnya? Jom, baca story Pn Syira dari Charms Malaysia..
MASA SEKOLAH LAGI DAH JD JADI TOKEY…
Berniaga ni bukanlah benda baru bagi saya. Sejak dari zmn sekolah lagi saya dh mula berjinak-jinak dgn bisnes. Jerawat pun baru nk acah-acah tumbuh kat pipi masa tu..
Tahun 2000, saya mulakan dengan bisnes jahit dan jual tudung. Masa tu saya baru tau betapa ‘heaven’ nya rasa dapat pegang duit sendiri, hasil usaha bersengkang mata, perah idea, besarkan bijik mata untuk jahit tudung tu..
“Ya Allah…bestnyerrr..klu aku pulun kaw2 ni, habis skola je dah millionaire aku ni..”
Tapi tu angan2 je lah. Bisik dalam hati bolehla masa tu. Bisnes ni x bertahan lama..almaklumlah, masa tu kan budak sekolah lagi..
SEJARAH HITAM..
Kalau ikutkan, mcm2 pengalaman pahit manis dah saya lalui sepanjang berniaga dari kecik ni. But, saya xkan sesekali pernah lupa dgn satu story yang ckup ckup tragis jadi pada diri saya..
Masa tu saya berniaga ais kepal. Jual dari dalam bonet kereta, port saya belakang skolah.
“Syira..ayah tlg buatkan ais kepal ni, nnti Syira jual elok2 ye. Ayah xde nak tengok Syira kat situ. Jaga diri tau..”
Itulah pesanan arwah ayah sblm saya keluar menjual. Beliaulah yang tolong buat dan sediakan ais kepal untuk saya jual. Oh ye, saya jual ais kepal tu sorang2. Tak ditemani sesiapa.
Satu hari, masa saya tgh asyik menjual dan melayan customer yg beratur nk basahkan tekak masing2 dgn ais kepal yg saya jual, tiba2…
“Sape benarkan awak berniaga kt sini?! Dpt kebenaran dari siapa? Suka hati awak je nk berniaga kt kawasan ni..”
Saya panik. Blur. Tercengang jap. Salah ke berniaga kat sini? Saya susahkan orang ke? Apa masalahnya?
Malas nak panjangkan cerita. Mengalah. Tapi, saya yakin sesuatu yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Dan dari kejadian itulah saya mula belajar sesuatu; bisnes tidak akan sustain jika kita tidak menggunakan cara dan strategi yg betul..
KOS HIDUP YG DEGIL..ASYIK NAIK JE, XNAK TURUN2..
Lps bersalin anak no3, saya dpt rasakan bahang kos hidup mkin tinggi..susu, pampers, sekolah..
Duit..
Duit..
Duit..semuanya nak duit!Takkan nak melalak kat fb plak. Salahkan kerajaan la, salahkan tokei kedai, salahkan gula la, salahkan itulah, inilah..
Makin difikir, makin pening. Tiap2 jam garu kepala yang tak gatal tu..
Sampailah satu hari, entah mcm mana, saya terbukak emel dari Sifufbads yg share tentang kisah inpirasi slh seorang student mereka..
Seriously inspired!
“Orang ni bleh berjaya, boleh bangkit..apa kurangnya aku?”
Dari situ saya mula ‘berjinak-jinak’ dgn Sifufbads. Emel2 dari mereka saya pastikan x ter-miss utk baca. Buku2 mereka semua saya order. Baca dan hadam kaw2. Satu persatu ilmu yg saya pelajari tu, implement pada bisnes..
HANTAR ‘ASKAR’ DULU GI SEMINAR
Feb 2016, saya hantar 2 orang ‘askar’ saya(adik2 kesayangan saya sebenarnya,hehe) pergi ke seminar Sifufbads. Bukan saya xnak pergi, tapi saya masih berpantang masa tu.
Pada saya, berpantang tu bukan alasan utk saya berlengah. Makin lambat kita bertindak, makin tenat nanti bisnes saya. Apa cara sekalipun saya mesti ‘korek’ ilmu dari yg pakar. Saya kena selamatkan famili dan bisnes saya. Dan sebab itu saya decide utk hantar ‘askar’ saya dulu ke seminar..
“Kak Syira! Jom kak, saya nk share apa saya dapat dari seminar. Saya tgh merah membara semangat waja ni. Seriously banyak benda kita kena improve..”.
Fuhh..lain mcm semangat adik saya ni lepas balik seminar. Macam kena sampuk pun ada, haha..tapi xpe. Saya dengar satu persatu apa yg adik saya sampaikan.
Alhamdulillah..
Lepas apply yg kami belajar, kami dah nampak perubahannya! dah mula nampak impaknya. Seriously berkesan..
Mula2 tu ternganga gak..macam x percaya.
Tak disangka2, ilmu yg di ‘korek’ dari seminar Sifufbads mmg proven habis. Bayangkan, tu baru seminar. Yang pergi tu pulak adik2 saya. Belum saya pergi sendiri lagi..
“Now, aku patut buat bisnes ni seriously. Aku perlu fokus klu aku btol2 nak expand bisnes ni..”
Dan akhirnya, saya ambil keputusan yg sgt2 serius. Dengan lafaz bismillah, saya…
…UNPAID LEAVE!
Aku tinggalkan sementara tugas sebagai pensyarah di sebuah IPTA, demi sebuah impian yang murni(chewaahh..)
MISI MENGEJAR MENTOR
“Aritu baca buku sifu, sales naik. Hantar adik2 korek ilmu kat seminar, sales makin melonjak naik. Kalau aku sendiri yg sedut ilmu direct dari sifu ni….”
Bulan 4(kalau xsilap), saya sendiri pergi ke seminar sifufbads. Habis seminar, xpikir panjang dah. Terus sign-up utk kelas mentoring Sifufbads. Saya xkira, saya nak kejar habis-habisan mentor ni. Kasi letop bisnes bisnes saya..
BOOM! KEBABOM!!
Memang meletop..Bisnes saya semakin huru-hara lepas ber-mentorkan Sifufbads! Unbelievable..saya bukan wat apa pun. Saya btol2 follow sebijik2 apa yg sifu suruh. Sifu suruh A, saya buat A. Sifu suruh Z, saya buat Z..
Now barulah saya tahu mcm mana rasanya bisnes yg huru-hara sbb sales berpusu2 masuk. Memang giler rupanya. Sblm ni selalu dengar dan baca dari perkongsian student2 Sifufbads yg dah berjaya..alhamdulillah..
HARINI, TEAM KAMI MAKIN SADO..
Syukur sgt2..slps beberapa bulan bermentorkan Sifufbads, team kami makin besar, makin mantap, makin sado(hehe..)..segala ilmu dan method yg sifu share kan mmg btol2 proven. Bukan tu je, tiap kali jmpa team sifu, msti akan ada ilmu2 baru yg akan mereka update..modul dalam kelas mentoring itulah yg saya gunakan setiap kali nak buat ads..
Akhirnya, Oktober 2016, saya buat keputusan utk resign dari kerajaan, utk memberi fokus full-throttle pada bisnes saya.
Seriously, pada awalnya ramai yg xyakin dgn keputusan saya. Ada je bunyi2 yg kata bisnes ni mcm chipsmore la, xleh bertahan lama la..tapi saya yakin dgn ilmu & mentor yg betul, insyaAllah, segala urusan akan dipermudahkan..
JIKA ANDA NK JADI USAHAWAN YG BERJAYA, INI PESANAN SAYA..
Khas utk rakan2 di luar sana, usahawan2 hebat yg ingin berjaya, ini pesanan ringkas daripada saya..
Carilah ilmu yang betul. Mentor yg betul, paling penting PROVEN. Manfaatkan segala ilmu yg diajar sebaiknya, dan follow apa yg disuruh. Dan jgn lupa, banyakkan membaca. Kerana ilmu sentiasa perlu di-upgrade, dan kita perlukan lebih banyak pendedahan dari masa ke semasa..
Inilah dia kisah Puan Syira..kisah jatuh bangun kehidupannya, serta rahsia kejayaan yg beliau ‘kunci’ selama ni. Walaubagaimanapun, ini kisah beliau.
Bagaimana dgn anda? Adakah anda juga bakal berubah dan lebih berjaya seperti beliau? Segalanya terletak di tangan anda..
Apa2 pun, kami harapkan agar kisah ini benar2 memberi manfaat dan inspirasi kepada anda yg masih lagi belum ‘start’ enjin utk mula meng-online kan bisnes anda..
Ingat, jika anda tak mula hari ni, orang lain yg akan mulakan dahulu. Jgn salahkan org lain jika bisnes anda masih berada di takuk yang lama…
Oh ye..jgn lpe SHARE kan story ni. Moga2 mmberi manfaat juga kpd rakan2 fb anda yg membacanya..
Inspired me alot