5 “Secret Resepi” Ini Mampu Bantu Tingkatkan Sales Bisnes Anda Di FB.

5 Secret Resepi Ini Mampu Bantu Tingkatkan Sales Bisnes Anda Di FB.

Sape kat sini dia owner bisnes, dah ada produk sendiri, dah ade team sendiri, tapi sales still cannot go.. Krik krik jer.. Plan strategi suma betul dah, tapi tahla.. macam ada something missing je.. Bukan Missing Chapter tu yer. Yang tu takde dah, ni missing dalam pemasaran fb.

Okay, ni saya nak share, 5 ‘penambah perisa’ dalam pemasaran fb yang anda boleh praktikkan terus.. Takyah tunggu-tunggu lagi. Bendanya simple je, tapi mungkin anda terlepas pandang benda-benda camni.

Kalau rasa diri tu dah power, takyahla baca tau..

Kalau tak power, baca dan hadam satu-satu..

#1 – LIKE MARKETING

Ini adalah langkah yang paling penting dalam pemasaran fb. Itu kalau anda serius dan nak long-term dgn bisnes anda. Kalau tak nak takpelah.. Tapi kalau anda sebagai owner produk, WAJIB buat Like Marketing ni.

Kalau tak buat Like Marketing macam mana nak dapatkan fans? Memang boleh dapatkan fans tanpa buat like, tapi boleh jamin ke fans tu berkualiti? Kita nak KUALITI bukan KUANTITI!

So, bila anda buat Like Marketing, anda boleh filter betul-betul siapa prospek anda. Mereka yang tekan LIKE tu bermakna mereka memang berminat, cuma belum jadi pelanggan saja.

INGAT! Bila fans anda berkualiti, mudah untuk dapatkan engagement dan mudah untuk hasilkan jualan. Yang bestnya, anda berpotensi untuk dapatkan kos iklan yang sangat murah.

OWNER BIZ – Jangan berhenti buat LIKE MARKETING, pastikan run walaupun dengan bajet yang rendah.

#2 – TESTIMONIAL

Percaya tak kalau saya cakap, kadang-kadang manusia ni membeli bukan sebab dia nak sangat dengan produk tu, tapi dia membeli sebab ‘terangsang’ lepas tengok testimoni-testimoni pengguna produk tu.

Serius.. Tak perlu nak cerita panjang lebar pasal produk kalau anda dah ada banyak testimoni yang kuat. Biar pelanggan yang ceritakan.. Yang penting real story! Jangan reka-reka yer.. Nanti tak berkat, dosa.. Tuhan marah.

Pastu.. Satu lagi rahsia, yang ni saya tahu ramai orang tak buat. Anda buat satu posting testimoni, buat copywriting dalam bentuk storytelling, sebelum tu, pegi interview pelanggan tu dulu, minta dia kongsikan pengalaman dia selepas gunakan produk anda. Lepas dah siap, run iklan posting tu dan target pada fans anda.

InshaAllah, posting tu boleh menjadi booster pada iklan utama anda yang lain. Boleh praktik terus ni.

OWNER BIZ – Jangan KEDEKUT nak LABUR untuk dapatkan testimoni..

#3 – CREATE ENGAGEMENT

Konsisten sharing di page tu dah bagus, tapi tak cukup bagus selagi takde ENGAGEMENT dengan fans anda.

Penting sangat ke buat engagement dengan fans ni? Ye, penting sangat. Mereka akan lebih TRUST dengan kita apabila setiap KOMEN dan PM mereka dibalas. Untuk permulaan, anda perlu jawab secara normal, cam orang biasa, jangan jawab macam robot.. Orang tak suka berurusan dengan ‘robot’..

Layan fans anda macam dah kenal lama, ramah mesra sikit. Tanya apa problem dan apa yang anda boleh bantu mereka. Jangan menjual terus, tapi berbual dulu. Bila dah ade TRUST baru senang nak convert.

Satu lagi, setiap posting berbentuk sharing tu pastikan akhiri dengan bentuk soalan untuk bina engagement dgn fans. Jangan asyik akhiri soalan dengan; Sapa nak? Sapa minat? Kalau bebaru lagi cuba elakkan, nanti diorang menyampah.

OWNER BIZ – Hire je sorang staff special untuk layan semua ni.

#4 – PAPARAN SIDEBAR

Saya tahu ramai yang tak gunakan placement right-column desktop ni, sebab dengar orang kata tak efektiflah, takde closing lah, kos mahallah.. Tapi tu orang kata, saya tak pernah kata pun.

Kalau anda tahu intipati sebenar paparan sidebar ni sure anda nak guna sampai lebam, dan inilah antara rahsia yang digunakan oleh otai-otai fesbuk untuk kuatkan branding.

Dengan paparan sidebar ni anda boleh;

  • Kuatkan lagi jenama anda.
  • Tingkatkan kredibiliti anda.
  • Tingkatkan frequency, bila orang nampak banyak kali dia mula ingat.
  • Bantu kuatkan iklan fb ads yang lain.
  • Update dari masa ke masa kempen sales anda.

So, nanti bila buat iklan sidebar ni takyah pening kepala tgk kos CPC mahal ke apa. Fokus 3 benda ni je.

  1. REACH
  2. FREQUENCY
  3. OCPM < RM2

Biasanya kalau OCPM terlalu mahal, reach dan frequency anda mesti effect skali. So, cuba ejas gambar yang lebih menarik dan cuba sampai dapat bawah 2 ye..

OWNER BIZ – Sapa lagi nak buat marketing untuk kuatkan branding bisnes kita kalau bukan owner tu sendiri, nak harap kat agen? No no no.. Anda sendiri yang perlu spend duit.

#5 – TINGKATKAN KREDIBILITI

Cuba kurangkan buat posting secara hardsell atau posting yang asyik nak menjual aje. Banyakkan share tips dan info-info produk. Tunjukkan expertise anda dalam bidang tersebut.

Contohnya; katalah anda ni tauke jubah muslimah, anda boleh share cara-cara nak pilih kain yg berkualiti, anda boleh kongsikan apa kelebihan pakai material jenis A dan material jenis B, kenapa A panas kenapa B sejuk..

Contoh lagi; katalah anda tauke produk kesihatan, kongsikan kenapa bahan A ni perlu dalam badan kita, dan kenapa bahan B ni boleh beri kesan bahaya. Lagi, kenapa berat tak turun-turun? Mungkin metabolisma kita lambat.. Explain semua tu.

Senang citer, tunjukkan kita ni pakar dalam bidang tu, umpama kita adalah penasihat untuk produk tu. Bila orang rasa yakin dan percaya, barulah senang nak convert sales!

OWNER BIZ – Anda patut tonjolkan siapakah diri anda yg sebenar!

Jangan fikir apa yang kita patut dapat, tapi fikir dulu apa yang kita dah beri dan kongsikan.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply to Ellemari Store Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *