3 Cara ‘Close Sales’ Yang Biasa Digunakan Oleh Usahawan Facebook

Facebook adalah salah satu platform online yang mempunyai banyak TRAFIK. Jadi, di situlah tempat untuk kita dapatkan prospek yang banyak. POTENSI untuk kita dapatkan pelanggan juga sangat tinggi. Dengan menggunakan FB ADS, post iklan kita akan dapat dipaparkan pada lebih ramai audiens di Facebook.

Apabila mereka berminat nak dapatkan produk kita, mereka pasti akan hubungi kita. Dari situlah, kita akan hasilkan jualan. Proses untuk tukarkan prospek ke pembeli dinamakan CLOSE SALES.

Di Facebook, ada 3 cara close sales yang biasa digunakan iaitu;

  • WHATSAPP
  • PM
  • WEBSITE

Dalam penulisan ayat iklan, ketiga-tiga channel close sales ini dinamakan ayat CALL TO ACTION (CTA).

Dalam post iklan, anda perlu letak satu sahaja ayat CTA. Jangan letak lebih dari satu, nanti prospek akan keliru! Prospek tak suka perkara yang buatkan mereka banyak tindakan dan berfikir. Ada banyak lagi masalah lain yang mereka perlu fikirkan. Sebab itu, kita perlu mudahkan kerja mereka untuk membuat pembelian.

Ok, dah faham, kan?

Jadi, sekarang saya akan terangkan lebih lanjut bagaimana cara menggunakan 3 channel ini:

1) WHATSAPP

close sales WhatsappAnda pernah guna Whatsapp? Mesti pernah kan? Kalau tak pernah, anda dah rugi sebab ia PERCUMA sahaja. Ia adalah cara yang paling POPULAR digunakan oleh usahawan Facebook.

Dengan menggunakan Whatsapp, kita boleh menjawab segala soalan/pertanyaan prospek dengan MUDAH dan PANTAS.

Susah nak Whatsapp di Smartphone? Banyak sangat yang wassap anda? Rileks.. gunalah ‘Whatsapp Web’. Dengan applikasi ini, kita boleh layan segala Whatsapp yang banyak menggunakan Desktop.

Macam mana nak gunakannya? Ok, mula-mula anda masuk ke website ini – WHATSAPP WEB

2) PM

Baru-baru ini, Facebook telah UPGRADE fungsi PM dengan pelbagai fungsi baru. Antaranya:

  • Kita sudah boleh PM pada audiens yang komen di post kita guna fanpage.

close sales PM 2

  • Fungsi ‘Saved Replies’ untuk simpan template mesej untuk PM audiens.

close sales PM 1

  • Ada banyak ‘Emoticon’ menarik yang disediakan untuk berkomunikasi dengan audiens.

close sales PM 3

  • Paparan baru ‘Messages’ yang memudahkan kita untuk URUS dan BACA mesej.

close sales PM

Dengan pelbagai fungsi baru ini, kerja kita untuk close sales akan jadi lebih senang. Jadi, gunakannya dengan sebaik-baiknya. Jangan salah gunakannya untuk SPAM audiens di fanpage. Binalah engagement dan trust dengan cara yang betul.

3) WEBSITE

close sales websiteChannel ini digunakan apabila kita sudah menerima Whatsapp dan PM yang terlalu banyak sehingga kita tak larat nak layan kesemuanya. Ini akan merugikan kita kerana kita akan terlepas banyak peluang untuk close sales dengan prospek!

Apabila kita sudah capai tahap begitu, sudah tiba masanya untuk gunakan WEBSITE…

Dengan menggunakan website, proses jualan akan berlaku secara AUTOMATIK! Potensi untuk kita hasilkan jualan berlipat kali ganda juga tinggi! Sekarang, kita tak perlu risau lagi mengenai PM/Whatsapp yang banyak. Kita hanya perlu suruh pelanggan membeli melalui website tersebut je, dan jualan akan sentiasa masuk ke akaun kita walaupun kita sedang tidur. Best kan?

Channel ‘Close Sales’ Yang Paling Berkesan?

Jika anda tanya saya, “Sifu, mana satu channel close sales yang paling berkesan?”

Jawapan saya, ikut la kesesuaian situasi…

Kalau anda baru nak bermula, pelanggan  pun tak ramai lagi, boleh la gunakan Whatsapp dan PM sahaja. Kalau pelanggan anda dah ramai sangat, sampai anda tak terlayan semuanya, lebih baik gunakan website. Barulah anda dapat hasilkan lebih banyak jualan.

Boleh faham, kan?

Ok, sekarang cuba bayangkan ada banyak prospek yang PM/Whatsapp kita. Tapi, tak ramai yang nak membeli. Mereka hanya mahu bertanya harga sahaja, ada yang bertangguh nak tunggu hari gaji, nak tanya suami/isteri dulu dan macam-macam lagi.

Walaubagaimanapun, kita tak boleh paksa mereka. Sebagai pelanggan, mereka ada hak nak membeli pada bila-bila masa. Oleh itu, kita sebagai penjual perlu bijak menyusun strategi close sales.

Proses ini dinamakan Closing Rate (CLR). Anda boleh gunakan formula ini untuk mengira CLR:

–> CLR = (Pembeli/Jumlah Respons) x 100

Sebagai contoh,

Respons = 500

Pembeli = 50

Closing Rate (CLR) = (50/500) x 100 = 10%

Jumlah CLR yang bagus adalah >30%, jika <30%, kita perlu lakukan pula Closing Optimization (CLO). Dalam contoh di atas, CLR <30%. Jadi, CLO perlu dilakukan segera!

Bagaimana caranya?

  • Reply PM/Whatsapp dengan PANTAS.
  • Akhiri setiap mesej dengan SOALAN.
  • Sediakan segala soalan BANTAHAN dari prospek sebagai persediaan.
  • FOLLOW UP prospek yang masih belum membeli.

“Ini je ke caranya?”

Sebenarnya, ada banyak lagi caranya yang anda boleh buat. Anda hanya perlu jadi seorang yang kreatif dan pelbagaikan lagi teknik dalam melakukan CLO.

Ok, saya akan terangkan lebih lanjut setiap poin di atas…

1) ‘Reply’ PM/Whatsapp dengan PANTAS.

Setiap orang pasti sukakan kepantasan. Siapa yang tak suka, kan? Ini kerana teknologi yang memudahkan kita untuk bertindak pantas dalam melakukan segala kerja harian.

Dalam bisnes, kepantasan memainkan peranan yang sangat penting, terutamanya dalam close sales. Apabila prospek sudah PM/Whatsapp anda, jangan biarkan mereka lama-lama. Sebabnya, ketika itu mereka dalam MOOD membeli.

Apabila mereka menunggu lama untuk anda reply, mood membeli mereka akan semakin menurun. Akhirnya, mereka tak jadi membeli atau akan membeli dari peniaga yang lain. Anda dah rugi, kan?

Paling lambat pun, anda reply dalam tempoh 24 jam. Kalau lebih, kemungkinan besar mereka tak akan berminat lagi nak membeli dari anda.

2) Akhiri setiap mesej dengan SOALAN.

Semasa dalam proses close sales, jangan lupa untuk bertanya soalan pada prospek. Tak kira la, di PM/Whatsapp. Pastikan setiap mesej yang anda reply diakhiri dengan soalan.

Dengan cara ini, kita dapat menarik prospek untuk REPLY semula mesej kita. Ini dapat jadikan komunikasi antara prospek dan kita berlaku sehinggalah mereka jadi pembeli.

“Soalan yang macam mana?”

Tak susah, ikut la kesesuaian…

Jika prospek tanya,

“Salam bro, berapa harga Mesotropin ni?”

Anda jawab la,

“W’salam bro, sebelum saya beritahu harga, saya cuma nak tanya, bro tahu tak produk ini guna untuk apa?”

Prospek jawab,

“Saya dah tahu, saya cuma nak tahu harga je. Mana tau boleh dapat harga diskaun.”

Anda pula jawab,

“Ok bro, takde masalah. Harga 1 unit RM190, kalau beli 2 unit harga RM300. Lebih JIMAT! Bro berminat?”

Prospek jawab semula,

“Ok, saya beli 2 unit. Beri saya no. akaun bank.”

Anda tanya,

“Bro nak bayar CIMB atau Maybank?”

Prospek buat pilihan,

“Saya bayar ke CIMB”

Anda beri no. akaun bank,

“Ini no. akaun CIMB – [Nama, No akaun bank]”

Macam tu je, tak susah pun. Tapi, ikut situasi juga. Tak semua prospek mudah nak close sales. Ada yang banyak tanya, ada yang kita tanya.. mereka tak jawab langsung. Lain manusia, lain perangai. Pandai-pandailah anda handle prospek yang camni…

3) Sediakan segala soalan BANTAHAN dari prospek sebagai persediaan.

Biasanya, apabila ramai prospek yang PM/Whatsapp anda, pasti ada yang banyak tanya pelbagai soalan. Ini mungkin kerana mereka memang berminat nak membeli, tapi kurang yakin dan takut ditipu oleh peniaga.

Ini perkara biasa jika mereka belum kenal lagi siapa anda. Sebab itu, anda perlu sentiasa tingkatkan kepercayaan dengan kerap bina engagement dengan mereka.

Apa soalan yang biasa ditanya oleh prospek?

  • “Mahalnya produk ni?”
  • “Gaji tak masuk lagi la, boleh tunggu hujung bulan tak?”
  • “Saya kena suami dulu, nanti saya confirmkan balik ye..”
  • “Berkesan ke produk ni?”

Setiap soalan yang mereka tanya, ada cara untuk kita menjawabnya. Bukan mereka tanya, kita diam je. Sebab kadang-kadang, ada prospek yang hanya nak TEST je sama ada peniaga tu jujur ke tak.

Saya berikan contoh nak jawab soalan-soalan ini..

a. “Mahalnya produk ni?” 

  • Berikan testimoni pelanggan yang kata produk ini berbaloi.
  • Terangkan manfaat dan kelebihan yang bakal diperolehi prospek jika mereka membeli produk ini.

b. “Gaji tak masuk lagi la, boleh tunggu hujung bulan tak?” 

  • Suruh prospek buat bayaran deposit dulu.
  • Buat reservation dulu, bayar kemudian.

c. “Saya kena suami dulu, nanti saya confirmkan balik ye..” 

  • Tanya prospek, bila boleh follow up kita semula?
  • Beritahu prospek, kita akan follow up dia pada hari berikutnya.

d. “Berkesan ke produk ni?” 

  • Berikan testimoni yang produk ini berkesan.
  • Suruh prospek cuba 1 dulu dengan berikan diskaun.

4)FOLLOW UP’ prospek yang masih belum membeli.

Topik cara nak follow up prospek ini, saya sudah terangkan dalam artikel ini..

Kalau tak faham, boleh tanya di bahagian komen ye..

Boleh?

..

Jika anda pandai gunakan 3 cara close sales ini dengan sebaik-baiknya, saya pasti anda dapat tingkatkan jualan bisnes anda. Apa pun cara yang anda pilih, pastikan anda tahu cara close sales yang betul. Salah cara close sales, takdelah prospek nak membeli dari anda.

Saya doakan kejayaan bisnes anda. Semoga berjaya!

Similar Posts

73 Comments

  1. hello….boleh saya tau..mcam mana nak closing sales apabila kita approaching cust di luar supaya tertarik membeli produk kita

  2. hi, nak tanya ,banyak kalidah customer kata nak beli
    tapi lama-lama tak bank in
    sehingga lepas semingu macam tu, nak follow up pun tak reply dah
    ada apa cara untuk selesai?

    1. cuba try bagi offer. cthnye free postage, diskaun, free gift. kasi tempoh terhad. kalau die x byr jgk, maknanya die dh x minat. takyh follow up die dah.

  3. salam sifu,

    boleh tak sifu bg skrip contoh close sale . Saya terima yang non stop dari pagi sampai ke malam.Tapi yang membeli mmg sikit .contoh 100 org tnya saya baru dpt 2 pembeli. mmg nampak sngat mcam close sale saya tak power.tapi mmg saya dah guna cara yang diajar . saya respon pun mmg laju . mgkin skrip yang saya gunakan tak betul ke ?

    mmg jadi dilema bila tengok org lain ada skrip yang boleh buat coustumer tak sabar nak bank in.sedangkan saya berusaha suruh cousrtumer bank in .

    harap sifu dapat jawab soalan saya .

  4. Salam, sifu blh x sifu share cara utk buat iklan product di facebook atau ig… Yang boleh menarik minat customer dgn hnya baca iklan tersebut.

  5. Assalamualaikum , setakat mana kita boleh tahu customer tu nak lagi beli barang kite . contoh , “dia kata tunggu gaji” so bila tiba gaji sy fillow up , tapi senyal je .

  6. 1)macam mana nk mantapkan close sales walaupun kita dh ada beberapa cust.. Contoh nak tarik minat orang tu..

    2)macam mana nak follow up cust ni di wasap sedang kan one tick.. Banyak kali follow up dia.. Ada suggest lagi tak mcm mana nk buatkan cust suka beli dengn kita

  7. Salam hai. Sy nk tnye. Mcm mana ye nk close cust klu cust bgthu dia nk fikir dlu. Dia pm iklan penapis air ? tq sifu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *