5 Langkah Yang Anda Perlu Tahu Dalam ‘Facebook Sales Funnel’

5 Langkah Yang Anda Perlu Tahu Dalam 'Facebook Sales Funnel'

Jika anda menggunakan Facebook untuk promosikan sesuatu produk, anda perlu tahu proses SALES FUNNEL.

Di Facebook, kita namakan proses ini.. “Facebook Sales Funnel”.

Dalam artikel ini, saya akan terangkan bagaimana proses Sales Funnel di Facebook.

#1: Bina Fans

Ini adalah langkah pertama yang paling penting dalam sales funnel. Jika kita gagal dalam melakukan langkah ini, semuanya akan gagal!

Di Facebook, fans yang dimaksudkan adalah audiens yang sudah likes fanpage kita.

Facebook fans

Untuk tingkatkan likes fanpage, anda perlu lakukan pemasaran yang dinamakan LIKES MARKETING.

Tapi ingat! Anda perlu fokus pada KUALITI likes, bukan pada KUANTITI!

Jika likes fanpage banyak, tapi tak berkualiti, anda susah nak dapatkan engagement dari fans. Apabila anda susah nak dapatkan engagement yang banyak, anda susah nak hasilkan jualan.

Apabila likes fanpage berkualiti, anda mudah untuk dapatkan kos iklan yang murah. Fanpage anda juga akan nampak AKTIF. Ini dapat buatkan audiens suka melawat ke fanpage anda.

#2: Berikan Value

Ok, sekarang kita dah ada fans yang banyak dan berkualiti.

Apa yang kita perlu buat sekarang? Jual!?

JANGAN!

Walaupun kita dah ada fans yang berkualiti dan banyak, tapi mereka belum percaya pada kita lagi. Mereka masih belum kenal lagi siapa kita, mereka baru hanya berminat nak tahu mengenai siapa kita.

Bagaimana nak buat mereka PERCAYA pada kita?

–> Berikan VALUE yang mereka nak dan sedang cari!

Tak tahu nak beri value yang macam mana pada fans anda?

Tak perlu risau sangat pasal tu! Anda boleh tahu sendiri nak beri value apa, apabila anda dah tahu siapa sasaran audiens anda. Malah, anda sendiri akan dapat IDEA dari fans apabila mereka mula bertanya soalan pada anda.

Kalau kita hanya terus menjual, kemungkinan besar mereka tak akan berminat nak beli dari kita. Lagi teruk, mereka akan beli pula dari peniaga yang lain! Kan anda dah rugi! Sebab anda hanya fokus menjual sahaja, sehingga lupa nak beri value pada fans, akhirnya mereka tak nak lagi berurusniaga dengan anda.

Setiap hari, SHARE pada fans dalam bentuk tips dan story yang dapat membantu mereka. Benda ni perlu buat secara KONSISTEN! Bukan harini share, esok dah tak share. Kena hari-hari share tau!

#3: Bina Engagement

bina engagement

Kita dah share secara konsisten dengan fans, tapi ia belum cukup selagi kita tak bina ENGAGEMENT dengan mereka. Lebih banyak kita bina engagement dengan fans, mereka akan lebih percaya pada kita.

  • Apabila mereka KOMEN, anda perlu REPLY komen mereka.
  • Apabila mereka tanya soalan di PM, anda perlu jawab soalan mereka.

Layan dengan fans seperti anda dah kenal mereka. Tanya apa masalah yang mereka sedang hadapi dan apa penyelesaian yang mereka sedang cari. Jika anda mampu bantu mereka, beritahu bagaimana cara anda boleh bantu.

Bukan hanya tanya, berminat ke tak nak beli produk anda! Nanti mereka akan jadi menyampah dan tak suka dengan anda! Akhirnya, mereka batalkan niat untuk membeli produk anda.

#4: Kumpul Database

Dalam bisnes, sangat penting untuk kumpul database prospek dan pelanggan kita.

Biasanya, database yang kita akan kumpul adalah No. Telefon dan Emel.

  • Untuk kumpul database No. Telefon, anda boleh gunakan software SMS BLASTER seperti ETSI.

etsi

  • Nak kumpul database emel, anda boleh gunakan software AUTORESPONDER seperti Aweber dan Getresponse.

aweber

Jika anda dah lama buat bisnes, tapi tak pernah kumpul database, maknanya anda tak buat bisnes! Anda hanya buat duit je! Bila nak duit je baru nak cari dan jual produk.

Bisnes ni kita perlu buat untuk jangka masa panjang! Untuk pastikan bisnes kita bertahan lama, database lah yang kita perlukan. Ia adalah ASET penting dalam bisnes kita!

Database yang ada, kita JAGA supaya mereka sentiasa setia dengan kita. Untuk kembangkan lagi bisnes, kita perlu tambahkan lagi database yang baru. Jadi, kita perlu ada bajet setiap bulan untuk dapatkan database yang baru. Database yang lama digunakan untuk cover kos untuk dapatkan database yang baru.

#5: Mulalah Menjual

Akhirnya, dah tiba masanya untuk kita menjual!

Inilah langkah yang paling kita suka! Masa inilah kita tukarkan prospek kepada pembeli.

Sebelum anda mula menjual, buat satu preview dengan harga OFFER untuk tempoh masa/kuantiti yang TERHAD. Lihat respons/engagement dari fans anda. Lagi banyak respons yang anda dapat, lagi tinggi potensi untuk anda hasilkan jualan besar!

Kita boleh buat satu post di fanpage, hantar SMS/EMEL ke database yang sudah berminat dengan produk kita. Kemudian, iklankan post kita pada fans.

Pada hari jualan dibuka, pastikan anda hantar satu lagi SMS/EMEL dan buat satu post di fanpage yang tempahan sudah dibuka! Waktu itulah, proses CLOSE SALES akan berlaku.

Anda boleh close sales menggunakan channel:

  • Whatsapp – Cara paling POPULAR untuk close sales dan follow up prospek. Saya sangat rekomen untuk anda gunakan channel ini, mudah dan pantas! PERCUMA je..

whatsapp

  • PM – Boleh juga digunakan, tapi agak sukar untuk follow up prospek kerana prospek jarang buka PM. Prospek lebih selalu buka Whatsapp berbanding PM. Jadi, mereka akan lebih AWARE dengan mesej yang anda hantar pada mereka.

Facebook-Messenger

  • Minisite – Jika tempahan yang anda dapat terlalu banyak, lebih baik anda gunakan channel ini. Segala tempahan berlaku secara AUTOMATIK! Tak perlu la anda bersusah payah nak layan segala respons dari prospek. Mereka akan KLIK link tempahan, segala maklumat bayaran akan diisi sendiri oleh pelanggan.

minisite

Selepas anda jalankan iklan, jangan lupa untuk MONITOR report iklan di Ads Manager. Kira CONVERSION RATE dan ROI. Ada banyak cara kita boleh gunakan untuk monitor sama ada iklan kita bagus atau tak.

Untuk channel close sales Whatsapp dan PM, kita boleh kira berapa banyak respons dan pembeli yang kita dapat. Contohnya;

Respons = 500

Pembeli = 150

Closing Rate (CLR) = (150/500) x 100 = 30%

Jumlah CLR yang bagus adalah >30%, jika <30%, kita perlu lakukan pula Closing Optimization (CLO). Dalam contoh di atas, CLR = 30%. Jadi, iklan ini bagus!

Untuk channel close sales Minisite, kita boleh pasang Conversion Tracking di bahagian Thank You Page (TQ Page) . Selepas pelanggan buat tempahan, mereka akan terus dibawa ke TQ Page. Dari situlah kita akan dapat kira conversion rate iklan kita.

Cara paling mudah nak guna channel ini adalah dengan menggunakan Click to Website. Dari berapa KLIK yang kita dapat, berapa banyak Conversion yang kita dapat. Contohnya;

Click = 500

Conversion = 100

Conversion Rate (CR) = (100/500) x 100% = 20%

Jumlah CR yang bagus adalah > 1%. Jika CR < 1%, kita perlu adjust post iklan dari segi copywriting, gambar dan sasaran audiens.

Itulah secara asasnya proses Facebook Sales Funnel.

Jangan SKIP setiap langkah di atas ini! Kalau tak, proses jualan akan jadi susah. Nanti jangan tanya saya, kenapa anda tak dapat buat sales! Sebabnya, anda tak ikut proses sales funnel dengan betul!

Harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu bisnes anda…

All the best!

Similar Posts

115 Comments

  1. [url=https://books-top.com/category/medical/medical-books/psychology/]books-top (Psychology) Free Ebook[/url] – books-top (Arts & Photography) Free Ebook, books-top (Science & Math) Free Ebook

  2. [url=https://halat.xyz/]раскрутка группы в telegram бесплатно[/url] – раскрутка телеграм бот, раскрутка телеграм канала платно

  3. Hello folks, I would like to share some easy to use online toos which might help, thanks!
    The Best [url=https://youtufab.com]YouTube to mp4 converter[/url]
    The Best [url=https://keepvid.ch/en3/]YouTube to mp3[/url] online for free.
    [url=https://flvto.ch/it]youtube converter[/url]
    [url=https://ytmp3.ch/tr]YouTube MP3[/url]
    [url=https://fabpdf.com/ja/jpg-to-pdf]JPG PDF 変換[/url]
    Best[url=https://youtubetomp3.tools/]youtubetomp3[/url] online tools for APAC visitors.
    [url=https://anydvd.cc/]anydvd[/url] crack version and reviews.
    Support all web browsers to Download YouTube to MP3 & MP4

  4. Surgical face masks 3 layers wholesale. https://www.restoratio.eu/ Related products: respirators FFP2, FFP3, gloves, glasses, antiseptics and others. Low price, fast delivery, all documents and certificates are attached. We ship samples. Contract with a European company. Only in bulk!

  5. Created by John Becker, 1K Daily Profit https://onekdailyprofits.club is a binary options automated trading system – One of the leading trading platforms. It is best suited for new traders who have no prior experience or knowledge. Free registration

  6. Created by John Becker, 1K Daily Profit https://onekdailyprofits.club is a binary options automated trading system – One of the leading trading platforms. It is best suited for new traders who have no prior experience or knowledge. Free registration

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *