9 Langkah Hasil Copywriting Yang Sentap Lagi Menyentap
SUSAH SANGAT KE NK BUAT COPYWRITING YANG SENTAP LAGI MENYENTAPI?
Ya, kalau nak diikutkan memang agak susah sebenarnya, ambil masa berbulan-bulan dan boleh jd bertahun-tahun lamanya utk master copywriting ni. Bukan senang okay.. Yelah.. Gila apa.. Hanya dengan tulisan je boleh buat orang tertarik dan bertindak utk membeli. Dasyat tu…
Tapi, kalau anda ada formula.. Tahu cara.. InshaAllah, anda boleh short cut terus..
Ni sy nk konsgikan bagaimana anda boleh hasilkan copywriting ‘impak maksima’ yg sentap, yg ada ummphh, yg mantopp.. yg tip top condition pny..
“wow wow wow Sifu.. Terbaiklah..”
Haa tau pun.. Ok.. Follow 9 langkah ni;
LANGKAH 1 – LAKUKAN RESEARCH
Of course, sebelum mula buat copywriting, anda ssgt WAJIB buat kajian berkenaan market, audiens dan produk anda. Bila dah faham 3 benda ni, barulah copywriting yg dihasilkan sgt tepat dan ‘headshot’ mengenai audiens anda.. So, buat dulu Formula MAP ni..
“Apa benda Formula MAP ni sifuu?”
Ha saya katuk kepala kang.. Tgk post sblm ni, ada share dah.. Baca dan fahamkan..
LANGKAH 2 – TENTUKAN AUDIENS
Kan dah buat research tentang audiens, ala yang Formula M.A.P tu..
Jadi, kenal pasti siapa audiens sasaran anda, selain digunakan pada copywriting, maklumat ni juga akan digunakan masa nk buat fbads nanti.
Senang cita, pastikan copywriting anda selari dengan audiens yg bakal digunakan dalam fbads.. Faham?
Katalah anda dah buat copywriting utk kaum wanita, umur 24 tahun, tinggal di KL, so settung dia buat sama mcm dlm fbads tu. Jgn tetiba ayat untuk umur 24-35 tahun tapi target umur 40++ , tinggal kat luar bandar plak.. Tu yg tak sentap tu..
Fahammmm?
LANGKAH 3 – TENTUKAN JENIS COPYWRITING YANG NAK DIGUNAKAN
Kan anda dah belajar ada macam-macam jenis copywriting yang ada.. Ada yg jenis Problem, Inspiration, Dream dan Fear. Nak pecah lagi tu ada banyak lagi tu, so tentukan dulu nk guna yg mana…
Tak de idea nak pilih jenis copywriting yang mana? Cer singgah SINI
LANGKAH 4 – BINA LEBIH 10 HEADLINE
“wow! Banyaknya sifuu!”
Takdelah, sikit je tu.. Tak banyak pun.. Nak berjaya kan..
Menurut kajian daripada pakar, utk hasilkan copywriting yg terbaik adalah apabila anda hasilkan copywriting yang berbeza-beza.
So, ada lg byk headline lg bagus, bila ada pilihan, anda akan jumpa headline yg plg power. So buat sekurang-kurangnya 10, lg byk lagi bagus.
LANGKAH 5 – TANYA PENDAPAT ORANG LAIN
Dah selesai buat headline bebanyak tu, ce minta tlg kawan-kawan review, tanya mereka, mana ayat yg paling best.
Jangan tanya diri sendiri plak! Kalau tanya diri sendiri, confirm semua nampak best je nnt. Tu namanya syok sendiri tu, lain orang lain pandangan, minta je komen ikhlas diorang.
Selepas dah buat penilaian, pilih headline plg berpotensi utk menyentap audiens anda.
LANGKAH 6 – SUSUN STRUKTUR COPYWRITING
Dalam topik sebelum ni, sy ada kongsikan psl struktur copywriting yg boleh digunakan, ada byk kaedah, ni sy kongsikan struktur plg simple dan paling sering digunakan;
– HEADLINE.. (4 jenis emosi manusia)
– INTRO.. (Kesinambungan dari headline)
– FAB.. (Kelebihan, Manfaat, Ciri-Ciri, USP)
– OFFER.. (Offer yang ditawarkan, yang tak boleh dilepaskan)
– URGENCY FACTOR.. (tamat bila? berapa kuota? berapa org terawal?)
– CTA.. (Call to action)
LANGKAH 7 – TULIS COPYWRITING PENUH
Dah pilih headline paling power? Dah tahu struktur copywriting? Ok, sekarang anda perlu bina copywriting penuh, pastikan ada kesinambungan daripada headline yang anda dah pilih tadi. Jangan lari topik, make sure ada flow..
Dah selesai tulis? Ok..
Jangan!
Jangan!
Jangan!
Jangan lupa…. Semak ejaan, stuktur ayat copywriting dan bahasa yg digunakan.
“Peh.. bikin suspesn je Sifu nih..”
Okay, pastu baca berulang-ulang kali copywriting anda. Senang cita, letakkan anda sebagai seorang prospek, rasa-rasa tertarik tak bile baca copywriting tu.. Kalau tak, ekjas lagi sampai jadi..
Kalau tak berapa nak menyentap, masukkan unsur emosi dibahagian tertentu jika perlu.
Kalau ikut copywriting ‘mazhab’ SifuFBads, lebih gemar gunakan bahasa santai.. Wlpun ianya bergantung pada jenis audiens.. Anda boleh cuba.
LANGKAH 8 – RUN FB ADS
Rasa-rasa dah okay, dah puas hati, anda boleh run iklan fbads utk post tersebut. Kalau tak berapa nak yakin, mulakan dgn bajet yg rendah dulu, kalau nanti results ok, tingkatkan lagi.
LANGKAH 9 – MONITOR RESULTS & ADJUST
Biar dulu iklan anda selama 1-2 hari, lihat hasil iklan tersebut. Adakah respons audiens terhadap iklan tersebut bagus? Tak bagus? Apa nak buat?
Kena perbaiki lagi copywriting, belum cukup sentap dan ‘memukau’ la tu.. Mula dari 1st skali, kaji semula tentang Formula M.A.P, atau ekjas semula pada bahagian headline dan jenis copwriting yang berbeza pula.
Kena ulang-ulang proses yg sama smpi dapat tune yg plg bagus, bila dah dapat tune, anda fokus pada post tersebut saja dalam tempoh beberapa bulan selagi ia tak tepu, dalam masa yg sama standby posting lain.
Faham?
Thanks sifu!
fb.com/sistemjualan
Copywriting perlukan skill menulis yang baik. Penulisnya perlulah rajin menulis untuk memantapkan susunan ayat yang baik. Dan rajin membaca untuk memantapkan penggunaan bahasa yang berkesan.
Cara mudah, upah saja orang lain tuliskan. Yang terbaik tentulah menulis sendiri. Bila berusaha, ia tidaklah sesusah mana.
Terima Kasih Sifu, nak try buat pulak.
ps. Dropship Baju,Seluar,Kasut dan Beg Lelaki.
*8 Tools Disediakan
*Potensi RM1K-RM3K Sebulan Menggunakan Wechat Sahaja!
Daftar disini : http://www.ellemaristore.com/p/dropship.html
Nice Sifu. Boleh apply kat next post saya.
Terima kasih sifu, tak penah berhenti nak memandaikan ummah..:’)