Bagaimana Cara Untuk Kenalpasti Post ‘Faveret’ Fans Anda di Fanpage?
Sebelum ni kami pernah sharekan tips cara untuk kenalpasti MASA TERBAIK untuk update post di fanpage anda. Post yang di update pada masa yang TEPAT boleh meningkatkan kebarangkalian untuk fans anda NAMPAK status yang anda UPDATE tu. Ingat lagi tak?
Tak ingat leh baca balik tips tu kat sini..
Ok..sekarang dah tau masa yg seswai utk update post.
Next question…NAK UPDATE POST APA?
Secara basicnya, yes, kita boleh update apa saja asalkan ia berkaitan dengan bisnes kita.
Update gambar produk, gambar aktiviti bisnes, gambar tengah packing barang, gambar testimoni, gambar owner produk, tips yang berkaitan bisnes dan sebagainya.
Tapi, adakah fans anda suka dengan apa yang anda post tu? Mereka beri respons tak dengan apa yang anda post tu?
Kalau kurang respon atau lebih teruk, takde respon langsung(no engagement), maknanya anda hanya post ‘SYOK SENDIRI’..
Jadi camner nak tau post macam mana yang fans anda suka?
Ok, jom follow steps ni, langkah demi langkah:
1) Gi ke fanpage anda, klik Insight..
2) Pilih Posts..
3) Skrol ke bawah hingga jumpa koleksi post. Di bahagian atas kanan koleksi post itu, pilih Engagement Rate.
4) Nah, sekarang anda akan dapat data Engagement Rate untuk setiap post yang anda hasilkan. Lebih tinggi Engagement Rate, bermakna lebih banyak RESPONS daripada fans anda untuk post tersebut.
Ambil contoh-contoh post yang dibuat di page SifuFBads.
Kami dapati post yang berbentuk Kisah Inspirasi mempunyai Engagement Rate yang tinggi berbanding post-post lain iaitu di antara 10-15%. Diikuti pula dengan post berbentuk tutorial (5-9%), dan lain-lain.
Ini bermakna, post ‘faveret’ fans SifuFBads adalah post yang berbentuk Kisah Inspirasi, kemudian post berbentuk tutorial. Jadi selepas ini, kalau nak hasilkan post yang memang dinanti-nantikan atau diperlukan oleh fans, kami akan fokus pada post-post berbentuk begini…
Ok lah. Tu saja tips untuk hari ni. Lepas ni boleh la check terus post macam mana yang fans anda suka. Jangan asyik wat post syok sendiri je, ok?
Terima kasih sifu Jamal..
Nampaknya kena buat perubahan pada post2 saya ni.. 🙂
Terima kasih.
Baru tau kegunaan engagament rate.
Terima kasih Sifu Jamal. Jumpa di missing Chapter 3.0, 28.11.15 nanti…
Sifu,apa mksud di”tutorial”kan utk kisah inspirasi tu?Nnt emel kat mfftrading@gmail.com
kisah inspirasi tu tuan boleh baca di sini – http://sifufbads.com/kategori/kisah-inspirasi/
Terima kasih dgn tips yg amat berguna ni..syukur alhamdulillah sebab saya terjumpa dgn page sifu ni…moga dpt turut serta dgn program sifu..