Cara Mudah Bina ‘Branding’ di Facebook
Pembinaan branding adalah salah satu perkara yang sangat PENTING dalam sesuatu bisnes. Ini supaya bisnes anda dapat dikenali oleh orang ramai. Jadi, sebelum nak launch atau promosikan sesuatu produk, anda perlu bina branding terlebih dahulu.
Ada banyak cara untuk bina branding, antaranya;
1) Logo pada gambar
Jika anda serius nak mulakan sesuatu bisnes, anda WAJIB bina logo untuk bisnes anda. Kebanyakkan usahawan yang berjaya biasanya sudah mempunyai logo untuk bisnes mereka. Sebab itu, banyak syarikat-syarikat besar sanggup laburkan ribuan ringgit hanya untuk mencipta logo sahaja.
Jika anda tiada modal yang banyak untuk logo, anda boleh upah designer di Fiverr…hanya 5 dollar sahaja untuk setiap satu logo. Tak pun, jika anda ada kemahiran design, anda buat je sendiri.
Logo juga merupakan salah satu cara usahawan berkomunikasi dengan pelanggan. Dengan hanya melihat logo sahaja, pelanggan sudah tahu apa yang bisnes anda tawarkan dan mudah mereka untuk mereka mengingati bisnes anda. Jadi, amat penting untuk anda menggunakan reka bentuk logo yang menarik perhatian.
Ini adalah antara contoh logo syarikat-syarikat besar yang berjaya…
Di Facebook, anda boleh letakkan logo syarikat pada gambar fanpage profile. Ini adalah salah satu cara efektif branding di Facebook. Anda boleh lihat contoh fanpage My Qalam 4 kids ini…
2) Konsisten update post setiap hari
Untuk buatkan fans sentiasa ingat pada anda, cuba konsisten update post setiap hari di fanpage. Buat perkongsian tips-tips yang bermanfaat, video motivasi dan banyak lagi. Bina engagement dengan fans, galakkan mereka untuk komen dan likes post anda. Anda juga boleh anjurkan contest, pemenangnya anda boleh pilih secara random.
Jika anda sibuk, anda boleh jadualkan post dalam 3 kali sehari. Cari waktu yang paling banyak reach, anda boleh cari di page insight…Contohnya, anda boleh jadualkan waktu pada pukul 9 pagi, 2 petang dan 8 malam.
Ini antara contoh post sharing di fanpage sifufbads…
3) Share artikel di blog
Selepas siap hasilkan artikel di blog, anda boleh viralkannya di sosial media. Letak butang share di setiap artikel anda. Ini antara plugin wordpress untuk share,
Apabila pelawat suka baca artikel anda, mereka akan share artikel tersebut. Sebab itu, anda perlu hasilkan artikel yang berkualiti. Tulislah artikel yang fans anda suka baca, bukan yang anda suka tulis.
Anda boleh lihat contoh-contoh artikel di blog sifufbads.
4) Gunakan Teknik hantu
5) Tingkatkan like fanpage
Bagaimana nak buat teknik hantu dan like marketing?
Di bawah ini, saya sediakan tutorial cara buat teknik hantu dan like marketing.
Tutorial Cara Buat ‘Teknik Hantu’
1) Klik pada ‘Create ads‘
2) Kemudian, pilih objektif iklan anda. Dalam tutorial ini, pilih ‘Boost your post‘.
3) Pilih nama fanpage, dan pilih nama post yang anda ingin gunakan dalam teknik hantu ini. Pastikan gambar yang anda gunakan sesuai dengan ukuran sebenar sidebar iaitu 254 x 133 pixel.
4) Klik ‘Continue‘
5) Namakan kempen anda.
6) Isikan maklumat di bawah ini…
1. Jika anda gunakan WCA/CA, anda boleh masukkan di ruangan ini.
2. Masukkan lokasi yang anda ingin sasarkan, anda boleh letak bandar atau negeri. Lebih mudah, pilih negeri sahaja.
3. Pilih umur dan jantina yang bersesuaian yang mempunyai kuasa membeli.
4. Untuk menggunakan teknik hantu ini, biarkan ruangan interest kosong.
5. Pada bahagian ‘Connection‘, pilih ‘Facebook Pages‘ dan ‘people who like your page‘.
6. Masukkan bahasa yang digunakan oleh audiens sasaran atau biarkannya kosong
7. Fungsi ini biarkan kosong, tidak sesuai digunakan di Malaysia.
7) Selepas selesai pada ruangan audiens, pilih bajet iklan anda. Untuk permulaan letakkan bajet antara RM15 hingga RM30 dan pilih ‘Optimize for Page Post Engagement‘.
8) Kemudian, pilih placement. Untuk teknik hantu, pastikan anda gunakan pada sidebar sahaja dan remove placement yang lain.
9) Selepas selesai, klik pada review order untuk semak iklan anda. Selepas anda puat hati, klik place order.
Ok, langkah terakhir adalah ‘Monitoring & Optimization‘. Lihat berapa kerap iklan anda dilihat oleh audiens. Semakin tinggi frequency, semakin menjadi teknik hantu anda!
Tutorial Cara Buat ‘Like Marketing’
1) Klik pada ‘Create ads‘
2) Untuk buat like marketing, pilih ‘Promote yang page‘.
3) Pilih nama fanpage, kemudian namakan kempen anda.
4) Masukkan ‘interest’ yang relevan dengan audien yang ingin anda sasarkan.. 1 iklan, 1 interest. Pada bahagian connection, pilih ‘Only people not connected to Sifufbads‘.
5) Pilih gambar yang bersesuaian untuk iklan anda.
6) Selepas pilih gambar, anda perlu masukkan text dan pilih placement anda.
1. Gunakan ayat arahan untuk tarik like, berikan sebab kenapa audiens sasaran anda perlu like page anda.
2. Kemudian, pilih placement. Placement yang sesuai untuk buat like marketing adalah Mobile News Feed, dan Desktop News Feed.
7) Setelah anda semak iklan anda, klik ‘Place order‘.
Siap! Langkah seterusnya adalah ‘Monitoring & Optimization‘. Pastikan anda kira berapakah conversion untuk iklan like anda.
Macam mana? Mudahkan? Inilah cara mudah nak bina branding di Facebook.
Semoga bermanfaat.
Assalammualaikum sifu fb ads. Ingin bertanya apakah itu CA/WCA dan apakah fungsi kegunaanya?
CA ialah Custom Audience bermaksud senarai prospek yang anda kumpul seperti ID FB Page, Email atau No. Telefon.
WCA ialah senarai prospek yang telah pergi ke laman web anda yang anda sudah pasang ‘tracker’ WCA.
Kegunaan kedua-dua CA dan WCA ini ialah untuk ‘kempen retargetting’.Maksudnya anda memasarkan semula kepada mereka yang telah ‘angkah tangan’ menunjukkan mereka berminat dengan produk/servis anda.
P.s. Saya ada buat servis bina Minisite (Squeeze Page, Lead Page, Landing Page dan Minisite Affiliate) . Saya juga ada servis setup Facebook Page dan Facebook Ads untuk yang berminat.
Nak tahu lebih lanjut? Klik disini >> http://www.minisitekosrendah.com
Saya berminat mcmn nak join
Saya berminat mcmn nak join. Saya x reti nk buat . Ada ke pihk yg ambik upah blh buat
nak join ape? 🙂 .. boleh upah org buat, cer tanya kawan2 kat fb..
Pergi kursus sifu je..mesti sifu ade ajar..
Artikel yg baik. saya dh pernah cuba teknik ni, ternyata berkesan
salam..sifu tk sy dh buat ads utk page like marketing.cuma sy nak tanya kalau like kempen ni nak kena stop iklan pada waktu bukan puncak atau biar je iklan berjalan mcm biasa??maaf baru first time ni..tk sifu
untuk iklan like, biarkan je iklan berjalan
Artikel yg baik
semoga bermanfaat
Panduan yang berguna untuk saya praktikkan.Baru nak berjinak2 menggunakan fbads..thanks sifu..
sama-sama puan
salam sifu … teknik hantu nim sesuai tak kalau untuk promote butik ??placement biasa sy pakai mobile news feed..
sesuai juga, kelebihan placement sidebar ini iklan tak mengggu audiens facebook. Iklan pun akan dipaparkan secara berulang2 kali, frequency dan reach tinggi
Assalam sifu…jika kita create side bar ads pengguna mobile dpt lihat ke???side bar ni utk desktop je kan..
ye puan, sidebar hanya untuk desktop je…mobile takde
Sangat membantu.tq sifu
sama2 tuan
as salam sifu…dlm kempen page like sifu…saya lihat tidak ditetapkan sebarang interest…adakah tidak perlu setting interest ini?
interest kena letak, 1 iklan.. 1 interest. Lps tu, monitor iklan.. kira cost per like
salam sifu, apa maksud interest kena letak 1 iklan, 1 interest ? yang sifu bagitahu minta kosongkan interest tu macam mana ye., hehe maaf confius 🙂
kosongkan interest jika kita target pada fans. Untuk dptkan fans atau audiens baru, split test setiap interest utk setiap iklan.
Untuk Teknik Hantu, ruangan Budget tu memang perlu bayar betul atau sekadar letak ja?
letak dulu, lepas buat iklan.. baru bayar
terima kasih sifu, ilmu yang bermanfaat.
sama2 kak 🙂
salam.. nk tanya.. “Selepas selesai pada ruangan audiens, pilih bajet iklan anda. Untuk permulaan letakkan bajet antara RM15 hingga RM30”
-mksudnya, saya kena bayar ke iklan tu? bayar mcm mana?
buat iklan dulu, baru bayar. Bayar guna kad debit/kredit. Mula2 pergi ke https://www.facebook.com/ads/manage, lpas tu klik billing > Billing > Payment Method > Add Payment Method
bagaimana nak buat text gambar lebih 20% pada teknik hantu ?
memang tak boleh, nnt iklan tak approve
Kalau pandai photoshop..letakkan tulisan 3D… fb ads xdpt detect tulisan 3d buat masa ni..kalau boleh guna font yg ‘rare’ sikit supaya sistem xdetect sebagai ‘tulisan’
Buat masa ni masih berkesan..
Selamat mencuba.
P.s. : Kalau ada sesiapa yg nak buat minisite/landing page…klik sini >> http://www.minisitekosrendah.com
Terbaik Bos
Sifubad budget RM30 tu untuk daily kan bukan per click…betul tak? minta maaf saya baru belajar.
bajet boleh set untuk daily dan lifetime
Maknanya semua2 ni x boleh guna fon ye
untuk bina iklan, lebih mudah untuk buat di laptop
tq sifu Jamal
Alhamdulillah dengan perkongsian ini memberi impak yang tinggi kepada saya dalam membuat marketing like selepas ke seminar missing chapter 2015.
salam sifu, ada yang kata kita perlu letak interest seberapa banyak yang boleh untuk betul2 filter audience kita. apa pendapat sifu.
lagi satu, adakah setiap iklan like perlu asingkan placement (mobile & dekstop) atau gabungkan kedua-duanya.
ikut objektif masing, setiap org lain cara.. tapi lebih baik letak 1 je interest utk 1 iklan. Sama juga mcm placement, asingkan 1 iklan 1 placement..
Salam sifu.. klu promote like mmg wajib ke pakai OCPM? boleh x pakai CPC? slalu buat guna OCPM, cost mahal gila..
Sifu, utk Interest bagi Like Marketing, berapa org audience kira ok ? Ada yg Interestnya amat kurang.
lebih baik bwh 1 juta, atas 100k.. split test 1 iklan 1 interest utk cari iklan yg paling byk likes..
Terima kasih banyak2 sifu Jamal.. fuhhhh.. banyak sangat ilmu dalam ni.. Syukur Alhamdulillah x sesat jgk.. saya baca berulangkali utk lbih faham dan ingat. Thanks again sifu sbb bagi ilmu FREE 😀
Assalam.. Kalau untuk Teknik Hantu, sekiranya fans kita baru sikit je, sesuai tak letak ‘Connections”-People who like your page?
Harap penjelasan. Thanks 🙂
teknik hantu lebih sesuai di buat jika likes fanpage ada 10k ke atas, harga lebih murah. Kalau nak target pada interest pun boleh.. tapi, mungkin harga lebih mahal..
Assalam sifu. Klau kos iklan like o.23 sen per like mahalke? Macam mana nk tahu kos iklan like yang murah?
Assalamualaikum Sifu,
Utk iklan sidebar, better guna CPM ke CPC?
guna CPM
Salam.. Mcm nak iklan dlm fb yg berbayar.
Assalam..Saya nak tanya, saya nak promote page, tapi fb reject sbb cover photo terlalu byk text..macam mana ye..saya dah kurangkan text dalam cover photo, tapi masih reject sbb text lebih dari 20%..nak buat post boost pn macam tu..harap dapat bantu sy yang masih blaja ni..
TQ Sifu…perkongsian yg sangat berguna utk para peniaga di FB.
bajet daily tu maksudnya mcm mna? cth rm15 maknanya tiap hari rm15 kena potong ke dr akaun kita?
yup. kalau setting daily RM100, duit akan tolak RM100 setiap hari. kalau setting budget RM100, fb akan abeskan hanya RM100 je.
Thanks Sifu! Selepas lama mencari baru jumpa Teknik Hantu. Teknik Woren/Oren mcm mana ya?
Sifu.. saya dah run ads lebih 10 kali.. tp komen takde langsung n like pin kurang dlm 50 kebawah je.. sy buat daily bajet RM10 per day.. apa selalunye yg membuatkan org x komen ye?
sbb copywriting tu. mgkn org minat dgn offer. tu iklan menjual ke?
Asalamualaikum, baru terjumpa website ni dan baru nak berjinak2 dgn perniagaan online. nak tanya.. masih ada lagi ke buat seminar mengenai biz online ni di 2018 & 2019
Sy nk tnya?? Sy nk but posting dekat fb ..lepastu sy tekan boost app. Naik laa org reach dekat bwah.. Kena bayar ke tu?
Hello there, what exactly could be regulations – and – at which about internet – to when a party begins to market’resources’ until the divorce is final, that one other believes thay may possibly have https://divorcepaperscopystamfordct.wordpress.com