Rasa “Blank” Lepas Buat Fb Ads? 9 Action Plan Ini Untuk Anda…

9-action-plan-ini-untuk-anda

Ye, ni saya nak bagi 9 action plan untuk korg yang baru berjinak-jinak dengan fb ads, yes ‘orang baru’ yer.. Sekarang ni, memang ramai yang dah mula berniaga di fb dengan menggunakan fb ads.

Of course ramai, ilmu pemasaran fesbuk ni ramai yang share, tinggal nak tak nak cari jer. Mudah sesangat.. Benda asas dalam fb ads yang semua orang buat dan biasa buat ialah TEKAN boost post & page likes.. Yes, tu memang biasa. Semua orang boleh buat, just follow step by step.. Dan memang tu yang orang dok syok tekan.

.. Pastu tetiba blank!

Timbul perasaan bengang.. Marah.. Rasa “berdosa” guna fb ads.. Rasa fb ads penipu.. Tak bagus..

Yelah, sales takde.. PM takde.. Komen takde..

Betul tak..?

“err.. Kdg2 tu ada gak rasa camtu sifu..”

Siyes..

Ramai yang tak tahu apa nak buat lepas tu.. Ok ke KO iklan aku ni.. Tak tahu camne nak bedah siasat.. Kesian..

Jadi arini, saya andaikan yang anda semua dah pandai buat fb ads skit2, kalau yang tak tahu lagi tu boleh godek2 blog SifuFBads ye!

Sebab saya nak bagi action plan, apa anda patut buat lepas anda dah run iklan tu.. Simple je, tapi insyaAllah boleh improve sedikit sebanyak result anda lepas ni..

Okay..

Sebelum tu, benda2 yang saya nak anda check ni ada di ruangan fb ads manager, then pilih customize columns, dan masukkan data yang saya bagitau ni..

#1: REACH

.. Reach adalah jumlah capaian iklan anda. Berapa orang yang lihat iklan anda? Ada 2 jenis reach yang boleh dapat dari data Fb ni; Organic Reach (Percuma), Paid Reach (Berbayar).

Lepas buat fb ads tu, cube check reach anda.. Dapat tak at least 1000.. Kalau tak sampai 1000 tu maksudnya iklan anda STUCK! Tak gerak..

Buat baru..

#2: CPC

.. CPC, cost per click, setiap satu klik yang anda dapat adalah mereka (prospek) yang berminat nak tahu tentang bisnes anda dan juga berpotensi menjadi pelanggan anda.

CPC merupakan data fb ads paling asas dan penting yang anda perlu monitor. Ikutkan ada banyak lagi yg anda perlu tgk. Cost per page engagement, cost per actions, cost per impressions dan ‘macam2’lah.. Tapi ni paling basic.. 

Standard SifuFBads ialah bawah RM0.15, cuba dapatkan bawah 15 sen.. Paling tak pun, last kite kasi can 20 sen la…

#3: CPM

COST PER 1000 IMPRESSION.. Kos purata yang anda perlu bayar utk setiap 1000 impression. Berapa CPM yang bagus? Saya rekomen kurang dari RM10.

Pause dan buat baru kalau CPM anda lebih RM10.. Kalau CPM anda melampau2 kosnya sampai RM50 – RM200.. Tu jaga2, anda telah terkena simptom FB MENGGILA!

#4: CTR

.. CLICK THROUGH RATE, Kadar % klik yg diterima oleh iklan dari jumlah impressions. Gunakan formula ini utk kira CTR = (Clicks/Impressions)100..

CTR yang bagus adalah 10% ke atas.. Paling teruk pun 5% lah.. Cuba dapatkan lebih 10% ye..

Ekjas audiens dan gambar lagi…

#5: CLICKS

Apabila audiens klik iklan anda, tak kira mana2 placement mereka lihat, ia dianggap Clicks. Ianya juga dianggap sebagai trafik/audiens yang singgah di iklan anda.

Bila boleh tentukan sales anda masuk atau tak selepas anda terima ‘skurang2’nya 100 klik..

Yes, lepas 100 klik baru tengok.. Ade sales tak.. Kalau takde, kene repair mana2 yang patut tu..

Jangan plak baru dapat 10 – 20 klik dah bising kata sales tak masuk pon!? Tepuk dahi kang..

#6: KIRA RESPONSE RATE

Dapatkan berapa jumlah PM/Whatsapp yang anda terima.. Bahagikan dengan jumlah klik yang anda terima.. Kmudian darab dengan 100..

Pastikan anda kira setiap hari.. Anda perlukan ‘sekurang2’nya 3%..

Kalau kurang apa nak buat?

Cer ekjas copywriting, ekjas CTA..

#7: KIRA CLOSING RATE

Dptkan jumlah sales yang masuk stiap hari, bahagikan dengan jumlah respons yang masuk.. kemudian darab dengan 100..

Pastikan anda dapat ‘skurang2’nya 30%…

Kalau kurang apa nak buat?

Cube perbaiki cara reply.. Kuatkan lagi buying trigger..

#8: KIRA RETURN ON INVESMENT

Kira berapa keuntungan anda lepas mggunakan fb ads. Dptkan profit harian anda, kemudian tolak dengan kos fb ads (setiap 1 hari).. Kemudian bahagikan dengan kos fb ads semula..

Pastikan anda dapat lebih drpd 3.. erti kata lain pastikan ianya min 3x ganda…

Apa nak buat kalau bawah 3?

Mungkin perlu upkan lagi margin, mungkin juga perlu pakejkan, rendahkan lagi CPC.. Tu antaranya bagaimana nak tingkatkan ROI..

#9: LIKE MARKETING

Yes like marketing, ramai orang baru yang abaikan benda ni.. Rasa tak penting, sebab tak hasilkan jualan.. Salah sama skali!

Tahu tak…

Kalau anda menjual dari prospek ke customer, lebih tinggi peratusan untuk hasilkan jualan daripada anda terus menjual dari suspek ke customer..

Prospek mempunyai 3% – 10% untuk hasilkan jualan. Manakala suspek hanya 0.5% – 1% saja..

Tu bezanya kalau terus menjual dengan educate dulu, kemudian baru menjual..

Faham ke faham ni?

Jangan lupa roger member2 anda yang baru berjinak dengan fb ads tu..

Similar Posts

13 Comments

  1. saya tak faham yang nombor 9 sifu jamal. saya kurang jelas dengan ayat di bawah

    Kalau anda menjual dari prospek ke customer, lebih tinggi peratusan untuk hasilkan jualan daripada anda terus menjual dari suspek ke customer..

    Prospek mempunyai 3% – 10% untuk hasilkan jualan. Manakala suspek hanya 0.5% – 1% saja..

    Tu bezanya kalau terus menjual dengan educate dulu, kemudian baru menjual..

    boleh sifu terang kan tak?

  2. Assalamualaikum
    Mcmana nk kurangkan bwh 20sen.selalunya sy iklan,bila iklan mula run terus naik atas 20sen

Leave a Reply to noraini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *