17 Strategi "photo cover" Bagi FB Timeline
#1: Akan Datang! Umumkan Projek Akan Datang Anda.
AmanWan (official) mengumumkan tentang produk/program terbaru yang bakal beliau lancarkan dalam masa terdekat. Ini boleh membuatkan fans beliau tertunggu-tunggu akan pelancaran program terbaru beliau. Anda ada produk untuk dilancarkan? Umumkan saja di cover Timeline anda.
#2: Anda Penulis Buku? Tunjukkannya..
Ewen Chia, salah seorang pakar pemasaran internet dunia, juga merupakan seorang penulis buku. Gambar bukunya diletakkan pada cover timeline. Cara ini mampu meningkatkan kredibiliti. Jika anda seorang penulis buku, mengapa tidak anda cubanya sekarang!
#3: Letakkan Program Terkini Anda.
Tuan Rahman Basri, seorang pakar pemasaran emel meletakkan maklumat program terbaru beliau di cover timeline. Ini secara tidak langsung, mempromosikan program terbarunya. Makin ramai fans, makin tinggi potensi mereka lihat maklumat ini.
#4: Penghargaan Untuk Fans
Anda boleh seperti yang dibuat oleh Dr Irfan Khairi, Ikon Jutawan Internet Malaysia. Beliau menyatakan penghargaan beliau pada fansnya. Memang menarik!
#5: Jual Produk Fizikal? Fokuskannya!
Catuaba Produk Lelaki, satu fanpage yang menjual produk kesihatan lelaki. Produk utama difokuskan pada cover timeline. Nama produk, sampel produk, kelulusan produk, harga, cara hubungi juga diletakkan. Jika anda menjual produk fizikal, inilah antara cover timeline yang patut anda contohi.
#6: Satu Strategi Lagi Untuk Penjual Produk Fizikal.
Lebih kurang dengan strategi 5, cuma di sini anda boleh masukkan keterangan ringkas berkenaan produk.
#7: Letakkan Kata-Kata Hikmah/Falsafah
Anthony Robbins, pakar “self development” terulung dunia, siapa yang tak kenal. Jika anda seorang yang berpengaruh dalam industri, apakata anda kongsikan kata-kata hikmah/falsafah/prinsip anda.
#8: Aktiviti Terkini Anda
Kevin Zahri, pakar Health Fitness menggunakan gambar aktiviti terbaru beliau. Menarik minat fans untuk ketahui aktiviti yang dilakukannya.
#9: “Share The Results!”
Mike Chang dengan program bina badannya meletakkan gambar sebelum dan selepas. Jika anda memiliki produk sebegini, memang sangat mempengaruhi fans.
#10: Ucapan Selamat ….
Anda lihat fanpage Mari Smith (pakar “social media“), mengucapkan Happy Holidays kepada fansnya. Anda juga boleh wish ucapan Selamat Hari Raya, Selamat Tahun Baru, Selamat Bercuti dll.
#11: Promosikan Kempen Terbaru Anda
Rawang Burger Bakar, burger bakar no 1 M”sia meletakkan kempen terbaru mereka di cover timeline.
#12: Bagitau Siapa Anda, Apa Anda Buat
Aqif Azizan, seorang copywriter menggunakan maklumat “simple” saja. Letakkan nama, dan apa yang beliau buat. (apa kepakaran beliau)
#13: Penghargaan Untuk “Loyal Customers”
Tutti Fruitti Malaysia, memberikan keistimewaan khas buat pelanggan setianya. Yang bukan pelanggan setia akan bertukar menjadi “loyal customer”.
#14: Branding..
Radiusite, penjual tudung no #1 online di Malaysia, mengukuhkan branding mereka dengan meletakkan logo mereka dan website mereka di cover timeline. Anda ingin kukuhkan branding perniagaan anda? Anda boleh tiru sama seperti ini!
#15: Letakkan Semua Produk!
Zalora Malaysia, memang famous! Semua produk mereka diletakkan di cover timeline. Tujuannya adalah satu – ingin beritahu semua orang bahawa mereka menjual semua jenis pakaian dan juga aksesori tubuh.
#16: Tunjukkan Portfolio, Mereka Akan Sukakannya!
Home Decorating, fanpage berkenaan idea dekorasi kediaman menggunakan gambar hasil kerja (portfolio) pada cover timeline mereka. Memang mengujakan!
#17: “Behind The Scenes”
Fanpage ini menunjukan gambar di sebalik tabir. Memang eksklusif!
Dah 17 strategi saya kongsikan pada anda..
Fanpage saya pula guna cara bagaimana? Anda lihat di bawah ini:
Memandangkan fanpage Sifu FB Ads ini masih baru, orang belum kenal, sebab itu saya letakkan logo, tagline dan juga laman web bagi tujuan branding. Anda suka tak?
boleh jadikan panduan nie, terima kasih
Design cover yang mantop & berkesan! Thank’s sifu..
sangat2 mantop contoh design cover yg ditunjukkan!
Terima kasih sifu…very useful…:)
Terima kasih, sifu bads. saya memang tercari2 cara yang menarik untuk buat photo cover FB page. Alhamdulillah, terungkai segala persoalan.
T.kasih saudara …saya kagum dan menghargai sangat ilmu yg disharekan itu..sangat santai dan mudah faham..semoga saudara terus berjaya dunia akhirat
Bagaimana mahu buat design yg power dan cantik mcm di atas tu?
Maaf tuan nak bertanya, nk buat timeline tu macam mana?
biasa saya gunakan powerpoint dan picture nampak tak cantik.
mohon tunjuk ajar saya budak baru belajar. (^_^)
seeloknya buat guna software Adobe Photoshop.. 😉
terima kasih sifu
Guna http://www.canva.com
Free je, tp utk stock gambar2 ecxlusive yang canva sediakan, kena byr bermula $1 utk tu.
terima kasih tuan
Semoga ilmu yg disharekan itu…jadi timbunan pahala utk saudara di akhirat kelak.
Terima kasih atas tips ini, memang sy baru lepas berbincang perkara ni dengan rakan designer utk bg input. Tak sangka search google terjumpa ada tips lama ni…terbaik Sifu Jamal
thx sifu!