4 Tabiat Jutawan Online Yang Boleh Anda Ikut dan Praktikkan

4 Tabiat Jutawan Online Yang Anda Perlu Tahu

Sebagai manusia, kita pasti mempunyai tabiat dan kebiasaan dalam melakukan sesuatu perkara. Jika anda mahu berjaya, sudah pastilah anda perlu melihat kepada profil-profil individu yang sudah berjaya agar anda boleh mengecapi hasil yang sama.

Ramai orang yang ingin berjaya di luar sana suka MENIRU cara jutawan yang sedia ada dan menambah ilmu daripada mereka. Memang benar, tetapi, dengan meniru sahaja tidak memadai. Anda seharusnya memiliki dan mempunyai tabiat-tabiat para jutawan ini agar anda akan menjadi lebih baik daripada mereka pada masa akan datang.

Jadi, di sini saya mahu kongsikan kepada anda 4 TABIAT jutawan online yang boleh anda amalkan…

1. Kerja Keras.

Untuk berjaya dalam sesuatu perkara, kita perlu berusaha keras untuk mencapainya..

Jika anda pernah baca kisah-kisah inspirasi mengenai student Sifufbads, ramai antara mereka yang sudah capai sales 5 angka, malah ada yang dah capai sales 6 angka sebulan..

.. tapi, apa yang kita tidak tahu adalah, kisah-kisah ‘disebalik tabir’ yang mereka hadapi untuk jadi seperti diri mereka sekarang ini.

Mereka tidak takut untuk BEKERJA KERAS dan keluar daripada zon selesa. Mereka tidak risau untuk melakukan perkara yang belum pernah mereka lakukan sebelum ini. Jika gagal, itulah rasa yang mereka gelarkan sebagai resepi untuk mencapai kejayaan.

Anda tanyalah mana-mana jutawan pun, sebenarnya tiada rahsia pun untuk menjana pendapatan yang tinggi dalam TEMPOH yang singkat. Yang ada hanyalah kerja keras yang KONSISTEN, disiplin yang tinggi, kecekalan untuk sentiasa bertindak dalam apa-apa keadaan sekalipun, dan terus-menerus BERDOA kepada yang esa.

Tiada SHORTCUT yang ada untuk berjaya.

2. Matlamat Yang Jelas.

Pada peringkat permulaan, untuk dapatkan sesuatu perkara, kita perlu bekerja keras. Rahsia sebenar orang yang berjaya adalah mereka sanggup bekerja keras dan bersusah payah untuk capai impian mereka. 

Kenapa?

.. kerana mereka tahu dengan kerja keras tersebut, mereka akan dapat hasil yang setimpal. Mereka ada MATLAMAT dan gol yang jelas. Ia boleh diibaratkan seperti pemain bola yang sanggup bersusah payah meredah sayap pertahanan pasukan lawan demi menjaringkan gol!

Untuk menetapkan matlamat yang jelas, anda perlu tetapkannya sejelas-jelas yang mungkin.

Ini antara contohnya…

Yang manakah anda rasa lebih bersemangat apabila membaca ayat-ayat dibawah :

“Apabila saya kaya, saya nak beli sebuah kereta yang mewah.” atau, “Apabila saya kaya, saya nak beli sebuah Lamborghini Aventador LP 750-4 Superveloce, warna merah.”

Yang mana satu pilihan anda yang anda rasa boleh memberi semangat kepada anda untuk bekerja keras?

Letakkan gambar matlamat anda di tempat yang anda SELALU lihat. Contohnya, dengan menggantungkannya di bilik tidur, menetapkannya sebagai wallpaper komputer anda, dan sebagainya.

Cara-cara ini boleh membuatkan anda semakin jelas dengan apa yang anda mahukan dan tidak fokus dengan matlamat yang kabur. Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekarang, JELASKAN apa matlamat anda, apa perkara apa yang anda mahukan dan bayangkan apa hasil selepas bekerja keras untuk matlamat anda.

3. Berani Untuk Gagal.

Rasa TAKUT untuk gagal biasanya akan membuatkan anda terlalu berhati-hati..

Jika anda terlalu berhati-hati dan takut untuk gagal, anda akan terlepas peluang yang ada mungkin sudah ada di hadapan mata anda. Semuanya disebabkan anda terlalu takut untuk melakukan sesuatu.

Mereka yang berjaya suka untuk mengambil cara dan jalan yang berbeza. Bagi mereka, daripada takut untuk gagal, lebih baik mereka gagal kerana mencuba. Dari kegagalan tersebut tu mereka akan dapat pengalaman yang berharga. Mereka tahu bahawa risiko dan kegagalan itu adalah lumrah bagi setiap keputusan yang dibuat.

Jadi, bukankah kita boleh belajar daripada setiap kesilapan yang kita lakukan?

Walaubagaimanapun, anda janganlah fikir yang anda akan terus gagal jika melakukan apa-apa keputusan di luar sana. Itu pemikiran yang kurang cerdik namanya.. tetapi, jika anda gagal, terima kegagalan tersebut sebagai satu titik permulaan baru untuk anda berusaha dengan cara yang lebih baik dan berbeza.

Ya, ianya mungkin agak memenat dan meletihkan, tetapi.. anda boleh menggunakan kegagalan itu sebagai penambahbaikan dalam hidup dan bisnes anda. Apabila anda sudah biasa dengan kegagalan, anda akan jadi semakin kuat dan tidak kisah dengan apa pun perkara yang berlaku. Asalkan anda boleh capai TARGET matlamat yang anda telah tetapkan.

4. Cari Mentor Jutawan.

Jika anda mahu belajar menjahit, anda tidak akan jadi pakar dalam kemahiran itu dalam sekelip mata. Jika nak belajar sendiri, anda perlu AMBIL MASA. Jadi, anda perlu cari MENTOR yang boleh mengajar anda. Itulah cara paling PANTAS jika anda nak belajar sesuatu yang baru. 

Anda sudah dapat menjimatkan masa yang anda luangkan untuk belajar berseorangan. Contoh, jika anda ingin belajar menjahit sendiri, mungkin anda akan mengambil masa selama 3 tahun dan lebih. Tetapi, jika anda mempunyai mentor, anda mungkin akan menjadi pakar dalam menjahit lebih kurang dalam tempoh setahun sahaja.

INGAT! Perkara yang paling penting jika anda ada mentor adalah, mentor tersebut akan memberi anda jalan pintas untuk capai apa yang anda nak. Mentor pastinya akan tunjukkan cara yang beliau sudah gunakan dan pastinya sudah terbukti berkesan..

Beliau takkan biarkan anda melakukan kesilapan yang sama seperti yang beliau pernah lakukan dulu.

Apapun, yang paling penting adalah, anda kena terus-menerus POSITIF dengan diri anda dan syukuri segala apa yang berlaku dalam diri anda. Setiap apa yang berlaku itu ada SEBAB dan MANFAATNYA. Lihatlah setiap kesilapan itu sebagai GURU yang mengajar kita agar kita melakukan perkara yang sama.

Baik, itu sahaja, semoga artikel kali ini memberi manfaat kepada anda.

Similar Posts

32 Comments

    1. itu terpulang pada masing2, kalau dah belajar tapi tak buat.. tu yg rasa mahal. Sebenarnya, cara paling pantas nak dapatkan result belajar dgn mentor. Sbb mentor tau cara mana yg salah dan betul.. bukan tu je, mentor biasanya byk networking, ini dpt bantu naikkan nama kita dgn lebih pantas

  1. Terima kasih Sifu 🙂 mentor seperti Sifu ni la yg perlu kita cari, xpernah henti2 memberikan ilmu pd kamiii 😀 Thankyou Sifu Jamal 🙂

  2. Assalamualaikum . Terima kasih Tuan Jamal beri ilmu. Semoga ilmu ini sangat bermanfaat kepada kami semua 🙂

  3. Seorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

Leave a Reply to tasnim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *