7 Langkah Bagaimana Mula Bisnes di Facebook Untuk Fanpage Baru
Anda baru nak mula bisnes di Facebook? Tak tau nak mula? Produk dah ada? Tapi tak tau nak buat camne.. Pening-pening lagi nak mula dari mana..
Takper, biar saya tolong selesaikan masalah anda tu.
Ok, bagaimana nak mula jika fanpage anda masih baru, takde likes, takde apa pun lagi?
Apa kata ikuti langkah-langkah ini;
Langkah 1: Cari dan Pilih Produk
Pastikan produk atau servis yang anda nak jual ada demand.. ada permintaan!
Apa jenis produk atau servis yang mempunyai permintaan di Facebook?
- Produk Fizikal – Pakaian, Makanan, Gadget, Bayi, Dapur, Kesihatan
- Produk Digital – Ebook, Video
- Servis – Pembinaan website/blog/minisite/video, catering
Di mana nak dapatkan produk-produk ini?
Untuk produk fizikal, anda boleh dapatkan banyak di pusat-pusat borong seperti GM Klang Plaza, GM Chow Kitt Plaza, Jalan Kenanga Plaza dan Jalan TAR.
Untuk borong dari luar negara, anda boleh borong dengan harga murah di negara China, Vietnam dan Indonesia.
Anda juga boleh borong secara online dalam kuantiti yang banyak di website Alibaba.
Untuk produk digital pula, anda boleh dapatkan di website affiliate Malaysia seperti Klikjer dan Ashadee. Untuk luar negara, anda boleh cari di Clickbank dan Amazon.
Jika anda mempunyai kemahiran seperti graphic design, video editing, copywriting, penulisan artikel.. anda boleh tawarkan servis anda di forum Wangcyber, Facebook dan Fiverr. Jika anda masih baru, letakkan harga yang murah terlebih dulu, kumpulkan portfolio dan testimoni.. kemudian baru naikkan harga yang lebih tinggi.
Langkah 2: Bina Fanpage
Bagi memudahkan anda untuk berniaga di Facebook, anda perlu bina fanpage. Fanpage diibaratkan seperti kedai anda. Anda boleh juga menjual menggunakan FB Profile, tapi.. anda akan dilihat lebih profesional menjual di fanpage.
Kenapa saya katakan anda perlu ada fanpage?
Ini sebab-sebabnya;
- Tiada had friendlist – Jika anda menggunakan FB Profile, ia terhad untuk 5000 orang je.. tapi fanpage tiada had. Anda boleh dapatkan seberapa banyak fans untuk like fanpage anda.
- Asingkan kehidupan peribadi dan bisnes – Jangan campurkan hal peribadi dengan hal bisnes. Jika anda post hari-hari mengenai jual produk di FB Profile anda, friends anda pasti akan menyampah.. kesannya reputasi anda akan terjejas sebagai penjual.
- Branding bisnes – Dengan fanpage, anda boleh post mengenai produk yang anda jual tanpa buat fans rasa menyampah. Mereka akan rasa lebih selesa. Jika produk anda bagus.. mereka pasti akan rekemen pada friends mereka.
- Buat iklan Facebook Ads – Hanya dengan fanpage sahaja, anda boleh promosikan produk anda menggunakan Facebook Ads. Anda tak perlu bersusah payah post setiap hari mengenai produk anda. Cukup dengan hanya satu post.. post anda akan dapat dilihat oleh ramai audiens.
- Boleh lantik orang lain uruskan fanpage – Anda juga tak perlu jaga fanpage seorang diri. Anda boleh lantik staff, rakan atau orang yang boleh dipercayai untuk uruskan fanpage anda. Lepas tu, tak perlu lagi anda menghadap fanpage 24 jam untuk monitor PM dan comment fans anda.
Cara Bina Fanpage
1) Untuk membina fanpage, klik pada ‘Create Page‘..
2) Kemudian, pilih kategori bisnes anda.. berikan nama yang sesuai dengan produk atau servis yang anda tawarkan..
Tak tahu bagaimana nak letak nama fanpage? Baca artikel ni..
3) Lengkapkan maklumat fanpage anda..
4) Ok, dah siap fanpage anda!
Selepas anda siap bina fanpage, ini beberapa perkara yang perlu anda letak dalam fanpage anda;
- Lengkapkan maklumat bisnes anda di bahagian ‘About‘. Maklumat mestilah jelas dan muda difahami.
- Letakkan gambar yang relevan dengan bisnes anda di fanpage profile picture dan cover timeline.
- Bina sekurang-kurangnya 10 post di fanpage anda. Jangan biarkan fanpage anda kelihatan kosong.
ok, langkah seterusnya..
Langkah 3: Bina Post
Jangan biarkan fanpage anda nampak kosong. Fanpage yang kosong akan dilihat seperti bisnes anda tidak aktif. Pelanggan akan berasa kurang percaya pada bisnes anda.
Untuk menampakkan fanpage anda aktif, ini beberapa perkara yang anda boleh buat;
- Banyakkan post bergambar seperti testimonial, gambar aktiviti, stok, dimasukkan.
- Banyakkan engagement dengan fans anda. Galakkan mereka untuk respons pada fanpage anda seperti like, share dan comment. Antara cara untuk bina engagement dengan pelanggan adalah dengan membina post yang bertanyakan soalan, kongsikan video yang menarik dan berikan tips yang bermanfaat.
- Post yang mendapat komen dan reach yang tinggi, di PIN TO TOP kan.
Fanpage yang aktif akan menarik lebih banyak pelawat untuk singgah. Mereka ini berpotensi menjadi pelanggan anda. Anggap fans anda seperti rakan-rakan anda, mereka akan rasa lebih dekat dengan anda.. akhirnya mereka akan selalu ingat dan singgah ke fanpage anda.
Langkah 4: Like Marketing
Like marketing adalah salah satu teknik pemasaran facebook untuk mendapatkan like fanpage dan pembinaan followers.. ianya juga sebagai branding awareness supaya mudah untuk orang kenal fanpage kita.
Untuk buat like marketing, anda baca langkahnya di sini..
Langkah 5: Boost Post
Buat iklan page post (boost post) dengan bajet rendah dulu, antara RM15 hingga RM30, target pada fans. Post iklan ini dibina bertujuan untuk mendapatkan engagement dan respons. Reach post anda juga akan meningkat.
Untuk buat boost post, anda hanya perlu klik butang boost post seperti gambar di bawah..
Langkah 6: Monitor Conversion Rate
Dah buat boost post?
Ok, lepas habis bajet tu, atau selepas 24 jam, lihat berapa resultnya.
Adakah untung? Adakah rugi?
Jika untung, boleh teruskan.. kalau untung lebih 3 kali ganda, boleh tingkatkan bajet pada hari esoknya..
Conversion rate lepas tak?
Conversion rate mestilah minimum 1%.. 100 klik, 1 pembeli.. tak dapat, boleh split test audience ke, gambar ke, ayat copywriting ke..
Bagaimana nak kira conversion rate? Saya ada tunjukkan dalam artikel di bawah..
Langkah 7: Follow Up
Jika ada prospek PM atau wassap anda, dan mereka tidak memberikan sebarang respons selepas anda menjawab pertanyaan mereka.
Ada beberapa sebab kenapa mereka tak respons;
- Mungkin mereka sibuk dengan kerja harian.
- Mungkin mereka lupa dengan offer anda.
- Mungkin mereka tiada bajet.
- Mungkin mereka nak survey harga je.
- .. dan banyak lagi kemungkinan lain.
Apa yang perlu anda buat? Takkan nak biarkan saja? Mereka kan sudah berminat nak membeli produk anda.. apa yang perlu anda buat adalah anda perlu follow up mereka.
Anda masih ada peluang untuk tukarkan mereka menjadi pembeli. Ini adalah salah satu cara untuk tingkatkan sales..
Segan nak follow up, takut prospek marah?
Jangan risau! Jika mereka serius nak beli produk anda, pasti mereka suka jika anda ingatkan mereka.
Ni saya berikan beberapa tips untuk anda follow up prospek;
- Beritahu semula prospek apa tawaran anda sebelum ini. Tanya prospek sama ada mereka masih berminat atau tidak dengan tawaran yang anda berikan.
- Tunjukkan testimoni pengguna produk sebelum ini. Beritahu apa manfaat yang pengguna sebelum ini telah dapat selepas menggunakan produk anda.
- Beritahu prospek yang tawaran anda masih boleh dimiliki, tanya mereka jika masih berminat. Jika YA, terus berikan cara pembayaran.. jika TIDAK atau tiada respons, anda boleh berhenti follow up mereka.
Semua langkah adalah asas dalam pemasaran di Facebook. Jika anda dapat kuasai langkah yang saya berikan di atas, anda juga dapat kuasai teknik pemasaran Facebook yang lebih advance.
Selamat beramal dengan tips simple ni.
Tq sifu jamal tips-tips yg sgt berguna…
Sifu Jamal, if iklan kita hari2 orang “HIDE” mcm mana yer nak elak dr orang “HIDE” ? Sometime “HIDE ALL POST”:(
kenapa nak buat akun fb ads baru susah ?
Alhamdulillah, tetima kadih sifubads, kongsi ilmu yang sangat bermanafaat ini.???
Terima kasih sifu
asSalam Sifu,
Mana nak cari gambar model2 yang comel2 tu.
gambar model boleh tangkap sendiri atau guna gambar yg disediakan supplier
salah satu caranya boleh beli di photodune.net, berbaloi-baloi. 🙂
t.q tuan….
Klau nak buat iklan waktu cuti mcm hari tu sgt mahal..nape ye
Ramai Sifu Marketing sarankan jangan buat iklan waktu cuti umum/ hujung minggu. Iklan mahal maybe sebab Conversion rate rendah, Cost Per Click tinggi. Wallahu’alam
Salam Sifu. Nak minta pandangan la. Kalau baru nak mula bisnes Online elok join ejen/dropship dulu atau beli barang borong dan jual sendiri? Terima kasih.
lebih baik jadi agen dulu, buat bisnes tanpa modal dulu. Kumpulkan modal, lepas tu baru beli borong..
Dropship & Agent Diperlukan Segera…?
Terbuka Kepada Sesiapa Yang Berminat…??
Permintaan Pelanggan Semakin Tinggi Jadi Kami Memerlukan Pengedar Segera!!!!?
Yang Remaja & Surirumah Sambil-Sambil Menonton Tv,Jaga Anak Atau Bersantai-Santai Boleh Scrool HandPhone Anda Untuk Menjual Barangan Kami…Tanpa Perlu Berhujan Atau Berpanas?…
Yang Berkejaya Lelaki Atau Wanita Boleh Jua Menjana Pendapatan Lebih?…
Tanpa Bayaran Tapi Kami Memberi Anda Komisen 10% Setiap Barangan Yang DiJual…
??????
#Dropship????
– TAK PERLU BAYAR APA-APA ( FOC )
– CARI CUSTOMER SAHAJA
– PENGHANTARAN KAMI YANG URUSKAN
– TAK SIMPAN STOK
– KOMISEN 10% SETIAP BARANGAN
– CUMA PERLUKAN FB,WHATS APP
#Agent????
– MODAL SERENDAH RM500 SAHAJA
– STOK DI DALAM SIMPANAN ANDA
– KEUNTUNGAN MILIK ANDA SEPENUHNYA
– BOLEH CAMPUR-CAMPUR PELBAGAI JENAMA
– CUMA PERLUKAN FB,WHATS APP
BERMINAT SILA PM @ TINGGALKAN NO HANPHONE ANDA!!
JOM BUAT DUIT SAMBIL TEKAN-TEKAN HANDPHONE ANDA!!
PENDAPATAN DI KONGSI BERSAMA….??
Dari,?
RR BEG Berjenama MKIS
Malaysia
+60193176254
+60193149128
F/b : RR BEG Berjenama MKIS
JAN 2018
Assalamualaikum Tuan Sifu,
Alhamdulillah, terima kasih kerana kongsikan ilmu pemasaran facebook yang sangat bermanfaat. Semoga Allah memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada Tuan, insya-Allah. Saya juga telah membaca buku terbaru Tuan ‘Legenda Jutawan Facebook’ yang sangat hebat dan praktikal. Sebagai profesional trainer, saya telah bermula untuk memasarkan kepakaran saya melalui facebook. Mudah-mudahan diberkati Allah, insya-Allah.
Tq sifu..mcm mana sy jd agen dropship..?
saya ada sediakan list produk dropship di sini http://sifufbads.com/list-produk-dropship/
Alaaa Sifu link tu dah takde :'(
Kelemahan saya mungkin saya tidak follow up prospek saya. InsyaAllah lepas nie saya akan follow up, agar prospek boleh bertukar menjadi pembeli.
Thanks Sifus
Salam sifu..utk byran harian tu tak adakah cara lain utk dibyr selain dr kad kredit?
boleh guna kad debit
Nak tanya sifu.yg mana 1 yg harus didahulukan.bykkan follower utk fan page sy ataupun boost post terus?
Tq
bina followers dulu, baru buat boost post..
Salam.
Bagaimana cara untuk kita bina followers jika fan page masih baru?
buat like marketing, promote fanpage suruh orang likes
Mcmana nak promote like page
Adakah dgn cara post ads kat group tu berkesan?
T.kasih.sifu…. terlalu bnyk ilmu yg belum sy korek
Assalamu’alaikum sifu…adakah dikenakan bayaran untuk kita post gambar2 di fan page??? bagaimanakah cara2 membuat bayaran??
Assalamu’alaikum en.sifu..nk tnya adakah dikenakan bayaran setiap kali kita post gambar dalam fan page yang telah dibuat???berapakah bayaran yang dikenakan??
untuk post gambar dlm fanpage tak dikenakan bayaran.. hanya buat iklan sahaja dikenakan bayaran
assalam sifu kalau jual byk produk dlm 1 page boleh ke..??
Assalamualaikum Sifu
sy ni takut skit nk bt pmtongan pada kad..
ade ape2 charge x?..bayaran tu untuk 1 hari je ker?
salam. sy berminat untuk hadir kelas fb ads, mcmnae ye?
As’kum…saya dh pernah buat page tapi sunyi sepi selama page 2 wujud.walaupun saya dh galak kan supaya memberi komen tapi tidak mendapat sambutan.ada apa2 cadangan tak sbb saya nk buat permulaan yg baru selepas raya ni.harap sangat boleh bagi tips dan tunjuk ajar
Banyak faktor yang perlu diambil kira.
Salah satunya, copy writing. Content bagus, cara penyampaian pun mantap inshaAllah boleh pergi jauh
terima kasih sifu.. hehee…
jom jenguk sini ya.. hehe
Info yang agak berguna..baru nak berjinak-jinak..Terima Kasih tuan.
Nak tanya, kalau saya jual pelbagai barang cth baju, produk kecantikan, kesihatan, produk emas.. Perlukah saya buat 2,3 fanpage atau sekalikan je dlm satu page tu then namakan kedai online husna.. Bleh ke cmtu?
Boleh memang boleh. Tiada masalah langsung. Tetapi kita ambil kira long-term planning, apa fokus/ special kedai cik
ambik contoh mudah, doktor pakar dibayar lebih walaupun kerja kurang jam daripada doktor biasa 😉
Sy baru je cuba jual pizza…tp weekend je…alhamdulillah sambutan menggalakkan…cuma sy hy promosi kt fb je. Sy nk tye….adakah sy pun boleh open fanpage untuk menarik ramai lg pelanggan?
Kalau baru nk open fanpage…adakah perlu terus daftar perniagaan?
Perlu daftar perniagaan dalam tempoh 30 hari memulakan perniagaan. Rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk tahu lebih lanjut
Boleh memang boleh. Tiada masalah langsung. Tetapi kita ambil kira long-term planning, apa fokus/ special kedai cik
ambik contoh mudah, doktor pakar dibayar lebih walaupun kerja kurang jam daripada doktor biasa 😉
artikel yang sangat bagus dan menarik, kunjungi website kami http://eip.ajou.ac.kr/index.php/Barang_promosi595
Kunjungi website kami yaa http://eip.ajou.ac.kr/index.php/Barang_promosi249 Terimakasih
great offer: fb.me/amouracosmeticsns
pm utk bisnes tanpa modal: m.me/amouracosmeticsns
Alhamdulillah ..syukran..Jazakallahukhairankhathira
Perkongsian simple tetapi penting. *Thumbs Up* Sifu
assalamulaikum…sifu saya nak tanya kalau baru buat fanpage (x de like lagi) boleh terus boost iklan di fanpage atau dapatkan like untuk fanpage dahulu baru boost iklan produk?
Buat like marketing dulu. kumpulkan dalam 200 likes. Kemudian buat lookalike audiences. Amik 1% je, source malaysia. Baru boost post ke lookalike audience tu.
tq sifu jamal
Sifu leh x sy pergi seminar.. Sy dh bace tp masih blurrr… 🙁
Assalamualaikum sifu, saya nak tanya page saya dah ada 18K like (page ni tk pernah boost lagi) dan saya taktaw cara betul nak buat payment? Bole saya tahu tak macam mana cara dia? Adakah ia ambil masa yang lama utk diboost? Sebab sebelum ni saya cuba kat page saya yang lain (adaa 492like) pihak fb mengambil masa 1hari untuk boost post tu.
iklan approve tu ikut fb. buka ads manager, cuba duplicate iklan tu. tgk mane yg approved dulu.
Salam.. bajet tu maksudnya kita bayar ker?
Macam mana kalau tak de duit nak buat bisnes dkt facebook?
Salam sifu,
Nak tanya cara nak tukar nama facebook page macam mana yer sekarang? Apa syarat dan panduan dia?
Harap dapat membantu. Terima kasih.
Sifu kalau dlm debit kad tak cukup duit mcm na tu sifu?saya dah buat boots dah dan byk like page saya…kalau gagal bayar mcm mana aifu?
Salam sifu..nk tanya pendapat.jika saya hanya jd dropshipper adakah brbaloi utk buat fbads utk fanpage sy?
Klau agent /dropship bolehkah buat page?
Wajib ke buat website utk bisnes?
Saya nak tanya,,jika kita buat fanpage,siapakah yang dapat lihat post di fanpage itu?/
Macam nk majukan restoran..ade tips x tuan.
Saya sudah tersilap buat page, jadi jumlahnya dah banyak. Macam mana nak delete. Tolong saya sifu Jamal membersihkan fb ads.
Muchas gracias. ?Como puedo iniciar sesion?
Sifu.. Boleh bagitahu cara tak macam mana nak aktifkan balik page kita kalau dah kena report?
Kalau kita cuma dropship atau agent bolehkah buat fanpage?
Hi friends, good article and pleasant urging commented here,
I am actually enjoying by these.
Wow, wonderful weglog structure! How long have you ever been running a blog for?
you mafe blogging glance easy. The tital glance of your
website is fantastic, as smartly as the content material!
I’d forever want to be update on new content on this website, saved to my bookmarks!
I believe this website has got very antastic written content material bog
posts.
I’m really enjoying the theme/design of your website. Do you ever run into any internet browser compatibility problems?
A number of my blog audience have complained about my site not operating correctly in Explorer
but looks great in Safari. Do you have any recommendations to help fix this issue?
Heya i’m for the first timme here. I came across thiis board and I find
It really helpful &it helped mme ouut a lot. I am hoping to ofer one thing back andd
help others such aas you aided me.