5 TRICK ‘PENGARUH’ ORANG MEMBELI DENGAN ANDA!
Pernah tak korang rasa macam ni…
“Susah betul nak dapatkan sorang pelanggan?”
“Susah betul menjual?”
“Orang nak beli ke barang saya ni?”
“Ramai pulak yang jual produk macam saya ni, camna saya nak buat sales??”
Mesti pernah kan rasa camni?
Perkara tu biasa untuk yang newbie.. macam awokk.. hehe..
First thing first ubah MINDSET korang dlu..
Apa2 bermula dgn mindset kita, Kalau kita rase tak boleh, Salah satu betul2 tak boleh, bila dah set kat MINDSET/FIKIRAN tu yang diri sendiri tak boleh.
Kalau tak caya, cuba konsisten buat esok pgi bangun tidur, sebelum tidur.. cakap depan cermin.. “Aku boleh dapat sales hari ni sekian sekian dengan dapat 5 orang customer!” contoh janji kena spesifik..
Tapi kalau takde usaha, apa pun tak dapat. Heheh.. Usaha kena seiring juga ya.. Nah saya share skit antara tricks yang korang kena alert bila nak pengaruh orang!
#1. TRUST
Ya, customer ni kadang2 bukan tak caya kat produk je, tapi jugak dengan kita. Bayangkan, kalau dkat posting korang tu.. takde engagement, takde like. Macam mana orang nak trust beli dengan korang?
Melainkan yang beli tu family member atau kawan2 terdekat, tapi ada juga yang skeptikal dengan produk.
So apa korang kena buat? Educate diorang dengan buat content2.
#2. FAHAM MASALAH PELANGGAN
Setiap org ni ada msalah, bila ada msalah, dorang perlukan solusi yang cepat! Solusi tu adalah impian. Contoh, as seller bila jual produk ksihatan..
Korang kena listkan apa kesan2 yang mereka akan dpt jika abaikan penjagaan kesihatan dalaman wanita. Bila kita selalu beri awareness, educated mereka dengan kesan2 yg mereka akan dapat..
#3. MUDAH,SENANG & JIMAT
Kalau perasan produk2 baru yang keluar sekarang.. semuanya adalah untuk memudahkan prospek dari segi design, function, packaging dan sebagainya.
Contohnya, hale nimbus disinfectant brand demorva yg mana produk yang sesuai untuk smua peringkat umur termasuk bayi. Kerana mengandungi bahan organic dan food grade dan ianya memang berkesan untuk membunuh bakteria dan virus walaupun tanpa alcohol yg tinggi.
Nampak functionnya? Jimat untuk seisi keluarga dan mudah dibawa kemana2..
#4. GUNAKAN URGENCY WORD
Perkataan2 urgency ni actually boleh psycho minda audiens untuk dapatkan sgera! Antara contoh word urgency :-
- Terhad
- Promosi sehingga 12 malam ni sahaja
- Free gift __ untuk first batch saje
- Kuantiti ___
- Limited stok
#5. KONSISTEN
Yass, kena konsisten.. apa2 benda yg korang buat kena konsisten. Walaupun terpaksa iklan kan hari2 dan bila buat iklan. Jng hnya papar pada Fesbuk dan Iagi sahaja tapi whatsapp status pun boleh guna. korang mesti ada kan?
Mgkin org tak dapat bli hari ni, tp esok lusa mungkin dia akan jadi customer kita. So, keep consistent update ok?
Semoga 5 tips ini dapat bantu bisnes anda! Insha’Allah…