BAGAIMANA NAK BUANG SIKAP SUKA BERTANGGUH & SUKA BUAT LAST MINUTE?

Korang mesti pernah rasa malas nak buat kerja, nak tangguh-tangguh sampai last minute, atau tak ada motivasi langsung nak capai target bisnes korang.

Kenapa?

Sebab kita tak ada pressure!

Betul tak? Kita selalu je tangguh-tangguh kerja kita, lambat-lambatkan kejayaan kita, sebab kita TIDAK DI-PRESSURE!

NO PRESSURE, NO FEAR! 

Bila ada pressure, ianya mencipta push factor kepada kita, yang menolak kita untuk kita bergerak.. Untuk bertindak.. Untuk capai apa yang kita patut capai.

Betul tak?

Dan, pressure juga mencipta elemen FEAR FACTOR..

  • Yang buatkan kita takut..
  • Takut rasa bersalah kalau tak buat..
  • Takut rasa bersalah kalau tak capai target.. atau tak siapkan..

Dan juga…

.. wujudkan rasa takut disebabkan AKIBAT ATAU KESAN yang kita akan hadapi, kalau kita tidak bertindak, atau capai apa yang patut kita capai!

Biasanya, memang kita benci dengan pressure!

Tapi, pressure kita boleh jadikan sebagai element untuk kita TERPAKSA BERJAYA!

Pressure akan buatkan kita bergerak.. Bertindak.. Buat.. Ianya buatkan kita keluar dari zon selesa kita.. iaitu zon yang buatkan kita berasa selesa, di tempat sama, sengan pencapaian yang sama..

Ada beberapa tips yang boleh kita cuba untuk kurangkan rasa nak tangguh kerja, dan create pressure untuk push kita buat kerja. Jom kita tengok satu-satu.

#1. Wujudkan target dengan number/statistik berserta time & KPI yang jelas

Kita boleh buat jadual action plan, atau things to do yang wajib kita ikuti. (jelaskan objektif utama nak capai, dan akibat kalau tak capainya – sebagai motivasi yang kuat)

Target ni penting untuk kita tahu apa yang kita nak capai dalam bisnes kita.

Kalau kita tak ada target, macam mana kita nak tahu kita berjaya atau tidak?

Target ni kena ada number/statistik yang boleh kita ukur, contohnya jumlah jualan, jumlah pelanggan, jumlah untung dan sebagainya.

Target ni juga kena ada time & KPI yang jelas, maksudnya kita kena tetapkan bila kita nak capai target tu dan apa yang kita kena buat untuk capai target tu.

Contohnya, kalau kita nak jual 100 produk dalam sebulan, kita kena tahu berapa produk yang kita kena jual setiap hari, berapa orang yang kita kena approach, berapa banyak iklan yang kita kena buat dan sebagainya.

Dengan target yang jelas ni, kita boleh monitor kemajuan kita dan tahu apa yang perlu kita improve.

#2. Compare pencapaian bisnes kita dengan pesaing-pesaing kita

Salah satu cara untuk motivate diri kita adalah, dengan compare pencapaian bisnes kita dengan pesaing-pesaing kita.

Apa yang berlaku, kalau kita tak dapat menyaingi pesaing kita?

  • Market share kita mengecil?
  • Pelanggan dirampas?
  • Jurang makin jauh?

Bukan nak cakap nak iri hati atau dengki dengan orang lain, tapi bila kita tengok orang lain berjaya, kita pun rasa nak berusaha lebih keras untuk capai tahap yang sama atau lebih tinggi dari mereka.

Kita boleh belajar dari strategi atau teknik yang mereka gunakan, untuk menarik pelanggan atau meningkatkan jualan.

Kita boleh juga ambil cabaran yang ada dalam industri kita, untuk bersaing secara sihat dengan pesaing-pesaing kita.

Dengan cara ni, kita boleh dapatkan feedback dan idea-idea baru untuk improve bisnes kita.

#3. Pressure boleh datang dari cashflow

Mungkin dari segi sales menurun, profit menipis, reserve berkurang, kejatuhan matawang, produk tak laku, stok tak habis, harga barang naik, inflasi.

Cashflow ni adalah aliran wang masuk dan keluar dalam bisnes kita.

Cashflow ni penting untuk memastikan bisnes kita beroperasi dengan lancar, dan mampu bayar segala kos dan hutang yang ada.

  • Kalau cashflow kita positif, maksudnya wang masuk lebih banyak dari wang keluar, bisnes kita sihat dan stabil.
  • Kalau cashflow kita negatif, maksudnya wang keluar lebih banyak dari wang masuk, bisnes kita dalam bahaya dan risiko gulung tikar.

Jadi, untuk elak kerja bisnes bertangguh, kita kena pastikan cashflow kita positif atau sekurang-kurangnya balance.

Kita kena jaga pengurusan kewangan dengan baik, jimat belanja, kurangkan hutang dan tingkatkan pendapatan.

#4. Pressure dari orang sekeliling

Orang sekeliling ni boleh jadi sumber motivasi atau sumber tekanan untuk kita dalam bisnes.

Orang sekeliling ni termasuklah keluarga, rakan-rakan, pelanggan, rakan kongsi dan sebagainya.

  • Dari famili yang mungkin nak kita buktikan kita berjaya.
  • Dari orang tersayang..Dari team yang bergantung harap dari kita.

Ada orang sekeliling ni, yang akan bagi sokongan dan dorongan kepada kita untuk terus maju dalam bisnes.

Ada juga, yang akan bagi kritikan atau komen negatif yang boleh menjejaskan keyakinan dan semangat kita.

Untuk elak kerja bisnes bertangguh, kita kena pandai filter apa yang orang sekeliling kata kepada kita.

Kita kena ambil yang baik-baik sahaja dan abaikan yang buruk-buruk. Kita juga kena cari orang sekeliling yang positif dan boleh membantu kita dalam bisnes.

#5. Pressure disebabkan faktor – agama, bangsa

Hidup ni penuh dengan cabaran dan tekanan.

Kadang-kadang kita rasa macam nak give up je.

Tapi kita kena ingat yang kita ni bukan hidup untuk diri sendiri je.

  • Kita ada tanggungjawab kepada agama, bangsa dan keluarga kita.
  • Kita kena usaha untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Sebab kejayaan kita ni bukan sekadar untuk dunia, tapi juga untuk akhirat.

Tekanan yang kita hadapi sebenarnya adalah ujian dari Allah. Dia nak tengok sama ada kita bersabar, bersyukur dan berusaha atau tidak.

Janganlah kita mengeluh atau menyalahkan orang lain, bila kita menghadapi masalah.

Kita kena redha dan cuba cari jalan penyelesaian yang halal dan baik.

InsyaAllah kita boleh mencipta dan meluaskan lagi jalan masuk syurga.

Kita juga boleh menjadi contoh yang baik untuk generasi akan datang.

Semoga tips ni bermanfaat untuk korang..

Itu dia 5 tips yang boleh kita cuba untuk elak kerja bisnes bertangguh.

Bila kerja bisnes bertangguh ni bukan sahaja boleh merosakkan reputasi kita, tapi juga boleh menyebabkan kita rugi peluang dan pendapatan.

Jadi, kita kena cari cara-cara untuk mengatasi masalah ni secepat mungkin.

Antara cara-cara yang boleh kita cuba ialah:

  • Tetapkan matlamat yang jelas dan realistik untuk setiap projek atau tugasan
  • Buat senarai tugas yang perlu dilakukan mengikut keutamaan dan tarikh akhir
  • Gunakan tools atau software/app yang boleh membantu kita mengurus masa dan tugas dengan lebih efektif
  • Cari bantuan daripada mentor yang boleh memberi motivasi dan nasihat
  • Beri ganjaran atau insentif kepada diri sendiri apabila berjaya menyiapkan sesuatu tugas

Dengan mengamalkan cara-cara ini, insyaAllah kita boleh mengelakkan kerja bisnes bertangguh dan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja kita.

Jangan lupa share artikel ni dengan rakan-rakan usahawan korang yang lain.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *