“BISNES SAYA OK JE, TAPI GRAF SALES STUCK? APA NAK BUAT NI?”
“Kalau bisnes ok, stabil, buat profit, tapi stuck kat graf yg sama, apa nak buat?”
Sebelum ni, saya ada buat sesi bisnes forensic & analysis untuk anak murid.
First – saya akan tengok graf analysis bisnes 1 tahun, termasuk last year..
Kalau tengok trend cost operationnya ok, margin profit ok, termasuk juga revenue & amount profit ok, itu SIGN bisnes tu boleh push untuk growth..
“Sifu, kalau compare dgn last year pun, lebih kurang.. Walaupun dengan buying power emas oleh customer menurun, strategi2 branding, marketing, sales strategy & plan yang sifu advise saya, saya syukur sgt dah ni dgn achievement.”
Saya jawab,“Betul.. Cuma, kalau perasan graf nya dah mula konsisten, sebab ianya dah capai full atau higher capacity dah tu… Dan, kekalkan marketing macam mana pun, dia akan lebih kurang tu juga!”
So, bila graf revenue dah konsisten camni, dan capai full capacity nya, ini yg saya advise.
#1. Analisis market share..
Kalau market share kita sekarang besar pun, cecah atas 20%, itu pun dah power!
Tapi, bayangkan kalau kita boleh lagi besarkan market share tu, naik lagi 3%-5%.
Best tak?
Tapi, macam mana kalau kita nak lagi besar tu?
Ni lah bila kita kena fikir pasal game ‘market penetration‘ – strategi nak penembusan lebih dalam dalam pasaran.
kalau kita nak besarkan market share kita, kena la faham dulu berapa ramai new customer yang kita nak target.
Nak capai 3%-5% tu, kena ada angka yang jelas. Jadi, boleh start dengan kajian pasaran, tanya diri sendiri, “Berapa ramai lagi pelanggan yang boleh kita tarik?”
Seterusnya, nak guna cara apa? Collaboration maybe? Boleh je.
Collaborate dengan pihak lain yang ada audience yang kita nak target.
Contohnya, kalau kita jual produk kecantikan, boleh try collaborate dengan beauty influencers. Dorang dah ada following, so kita boleh capai new customer base melalui mereka.
Boleh kerjasama dengan syarikat lain yang ada pengaruh dalam pasaran kita.
Misalnya, kalau kita jual produk makanan, boleh buat kerjasama dengan peniaga kopi terkenal.
Dengan cara ni, kita boleh tarik pelanggan mereka untuk cuba produk kita.
Option lain, nak duplicate sales point (kedai) kita dalam market yang sama.
- Kalau sekarang kita ada satu kedai, fikirkan la nak buka lagi satu atau dua.
- Boleh tumpukan pada kawasan yang berpotensi tinggi.
Kita bukan hanya expand bisnes, tapi juga tingkatkan visibility kita dalam pasaran.
Buka sales wing baru? Why not?
Kalau bisnes kita tengah laju, buka sahaja.
- Tapi, sebelum buat keputusan besar ni, make sure kita dah analisis betul-betul.
- Pastikan ada demand yang mencukupi dan resources kita mampu nak handle.
Lagi satu idea, buat promotion atau discount yang attract new customers.
Benda ni selalu berkesan, orang suka discount.
Tapi, kena pandai la strategize. Jangan sampai kita rugi pulak.
Kena ada strategi yang betul. Plan promotion yang menarik, maybe ada limited-time offer, atau buat event yang buat orang excited nak datang.
Tapi, jangan lupa, strategi ni kena selaras dengan bajet dan sumber yang kita ada.
Tak nak la buat benda besar-besar tapi financial kita struggle.
Jadi, plan dengan bijak, fikir pasal ROI (return on investment) dan tentu saja, kaji semula dan pantau prestasi.
Dalam bisnes, tak ada satu formula ajaib yang sesuai untuk semua.
Setiap strategi kena disesuaikan dengan keadaan dan keperluan bisnes kita.
#2. Analisis customer & product development.
Kita kena faham spending power customer dan pattern repetition customer.
Macam mana diorang spend duit, berapa kerap diorang beli, itu semua penting kalau nak strategize bisnes dengan bijak.
Jadi, kita nak consider macam mana nak tingkatkan spending dari customer yang dah ada ni, melalui product development.
Kena faham spending power diorang. Ada yang mampu beli barang berharga tinggi, ada yang mungkin prefer yang lebih berpatutan.
Jadi, kita kena develop product kita ikut segmen ni.
Contohnya, kalau customer selalu beli barang kemas untuk gelang je, kenapa tak kita develop lagi barang kemas yang sesuai dengan batu permata khas lelaki? Mungkin buat satu set yang couple, kan lagi sweet!
Kita boleh juga offer special premium item. Produk ni sesuai untuk customer yang dah loyal.
Contohnya, kalau kita jual handbag, maybe kita boleh buat satu edition terhad yang lebih high-end dengan materials yang lagi premium. Customer yang appreciate quality akan suka sangat special offer macam ni.
Apa lagi yang boleh kita tambah dalam produk atau servis kita yang boleh tarik customer yang dah ada tu?
Maybe ada special edition untuk musim tertentu, atau ada promo bundle yang menarik.
Yang penting, jangan stagnant, always ada ruang untuk inovasi.
- Satu lagi, kita kena pandai baca pattern diorang. Kita tengok, adakah diorang selalu tunggu promo untuk beli?
- Kalau ya, maybe kita boleh plan promo yang lebih frequent atau ada loyalty program untuk dorang.
Kalau kita dah dapat pattern ni, kita boleh plan strategi macam mana nak tarik diorang untuk beli lagi.
Kalau kita rasa customer kita ada potential nak spend lebih, kita kena tahu macam mana nak ‘teka’ apa yang diorang nak.
- Boleh cuba tanya direct dengan diorang atau guna data yang kita dah collect.
- Cuba engage dengan diorang.
- Boleh buat survey, tanya pendapat diorang, nak apa lagi, suka apa lagi.
Diorang akan bagitahu kita apa yang diorang nak, so kita boleh deliver.
Jadi, dalam bisnes ni, penting untuk kita berfikir jauh ke depan.
Bukan hanya jual produk, tapi macam mana kita nak create value untuk customer kita.
Kalau diorang rasa apa yang kita offer ni exclusive dan berbaloi, diorang akan setia.
So, kita kena la buatkan diorang rasa excited nak terus support bisnes kita!
#3. Develop new market..
Kadang2 market sediada dah tepu, atau dah reach max capacity.. Bila dah macam tu, kita kena cuba explore market baru.
Kalau terus push lagi dalam market yang sama, kita boleh rugi besar dari segi kos, Kos marketing, branding, semua jadi lebih tinggi, tapi return tak sama sebab dah ramai competitors.
So, apa yang kita boleh buat?
Kena buat kajian betul-betul tentang potensi, dan risiko market baru yang kita nak masuk.
Kita kena tahu trend dia, siapa competitor kita, dan apa keperluan pelanggan dalam market tu.
Kita tak nak main redah je, tapi nak masuk dengan persediaan yang betul.
Bila kita buka market baru, kita dapat buka peluang baru.
Memang la ada risiko, dalam dunia bisnes, risiko ni sentiasa ada, tapi kalau kita dah kaji dengan teliti, risiko tu boleh minimize.
- Market baru ni boleh jadi game changer.
- Kita tak rugi kalau try explore. Kita kena pandai manage.
- Kalau kita terus stuck dalam comfort zone, kita takkan grow.
Kita kena ada game plan yang betul, dari segi produk, marketing, sampai la ke customer service.
Kalau kita dah rasa market baru ni potensi besar, kita boleh allocate resources kita yang sebelum ni nak push market yang dah penuh tu ke market baru ni.
Kita boleh guna duit marketing dan tenaga yang kita ada untuk conquer market baru.
Nak explore market baru ni pun tak mudah, tapi kalau kita tak cuba, macam mana nak tahu potensinya. Kita kena ada plan yang betul, strategy yang tepat.
Boleh cuba collaborate dengan local businesses dalam market tu, buat market research yang lebih mendalam, atau even adapt produk kita ikut kehendak market baru.
Yang bestnya, kita boleh guna apa yang kita dah belajar dari market lama, untuk apply dalam market baru ni.
Kalau dalam market lama kita dah discover apa yang customer suka, apa trend yang tengah hot, kita boleh adjust strategi tu untuk market baru pula.
Jadi, kita tak start dari zero, tapi dengan data dan pengalaman yang kita dah ada.
Ada beberapa strategi yang boleh kita guna untuk develop market baru ni.
- Pertama, kita kena ubah produk kita ikut keperluan market baru.
- Kedua, kita boleh consider partnership dengan influencers dalam pasaran baru.
Jadi, kalau market sedia ada dah tepu, jangan la stuck situ je.
Fikir strategi nak conquer market baru. Kaji potensi, kaji risiko, dan take action.
Kita takkan tahu sejauh mana kita boleh pergi kalau kita tak cuba.
Siapa tahu, mungkin market baru ni ubah bisnes kita ke next level yang lebih tinggi.
Korang nak lagi tak?
Ikutkan ada banyak lagi ni nak sharing..
Insha’Allah, saya akan sambung lagi dalam post akan datang.
Jadi, kalau sales korang tengah stuck, tenang.. mungkin dah tiba masanya untuk adjust strategi. Kita boleh cuba masuk market baru.
Saya dah share semua tips kat atas ni. Sekarang, time to take action!
Cuba apply dalam bisnes korang. Kalau tak cuba, macam mana nak tahu result, kan?
Jangan rasa down. Semua cabaran ni akan buatkan kita lebih kuat.
Kita perlu teruskan usaha, buat perubahan, dan terus berjuang!