CARA LETAK NAMA PAGE

nama-fan-page

Mungkin inilah persoalan yang sering bermain di fikiran para usahawan yang ingin memulakan pemasaran facebook untuk perniagaan masing-masing.

Bahkan situasi ini juga timbul bagi mereka yang telah pun mempunyai page tersendiri tetapi berasa keliru mengenai nama page apa yang sepatutnya mereka letakkan di page mereka sehingga kini.

Ketika mula membina page untuk perniagaan mereka, timbul persoalan nak letak nama apa ye….? Nak letak nama produk ke….nama “brand”…? Ke nama sendiri je…?

Di sini saya ingin berikan tips bagaimana memilih nama untuk page yang baru anda buat ataupun page yang talah  pun anda miliki sekarang.

 

Tips #1 : Gunakan Nama Syarikat Atau Kedai Dan “Brand”

Sekiranya perniagaan yang kita jalankan adalah milik kita sendiri. Kita boleh menggunakan nama syarikat kita sebagai nama page. Begitu juga dengan nama kedai milik kita sendiri yang mana kita jadikan sebagai nama page kita. Andai kata kita mempunya jenama atau “brand” yang tersendiri juga boleh menggunakan nama “brand” tersebut sebagai nama page.

Kita boleh lihat Sebagai contoh SifuFBAds Sdn Bhd merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh saya sendiri dan saya fokus kepada untuk menjenamakan “SifuFBAds” supaya dikenali sebagai pakar di dalam pengiklanan atau pemasaran internet menggunakan facebook. Oleh itu saya telah memilih “SifuFbAds” Sebagai nama page saya.

SifuFbAds Page

Kita juga boleh melihat Secret Receipies sebagai sebuah nama kedai dan  jenama kek yang terkenal menggunakan nama “Secret Recepies” sebagai nama page mereka. Begitu juga dengan Old Town White Coffee. Star Buck, McDonald dan juga 7-Eleven..!

Terdapat juga syarikat-syarikat yang mempunyai branding yang tersendiri telah menggunakan jenama-jenama yang mereka bina sebagai nama page mereka. Contohnya kita dapat lihat Celcom, Sogo, Air Asia dan yang menggunakan brand untuk facebook page mereka.

 

Tips #2 : Gunakan Nama Yang “Umum”

Ya…nama page yang umum dan tidak spesifik..! Ini sangat penting bagi mereka yang tidak memiliki produk sendiri. Mereka yang menjalankan perniagaan menggunaka facebook tetapi menjual produk orang lain atau syarikat lain di mana mereka bertindak sebagai pengedar ataupun agen.

Dengan menggunakan nama yang umum ia membuatkan kita berasa tidak akan rugi kelak. Ini kerana apabila kita sebagai pengedar atau agen yang membina sebuah page sudah tentu kita akan bersusah payah untuk meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan supaya pelanggan yakin untuk membeli melalui page kita.

Namun kita tidak pasti adakah syarikat yang membekalkan produk kepada kita akan tetap terus mengeluarkan produk yang sama atau aka nada inovasi juga sebarang pembaharuan kepada produk tersebut, ataupun pihak pembekal tiba-tiba berhenti menjual produk tersebut dan bertukar kepala produk yang lebih baik.

Selain itu mengapa kita perlu bersusah payah untuk menaikkan nama juga branding orang lain bukan? Adalah lebih baik kita focus untuk membina diri sendiri ataupun jenama juga brand yang kita cipta sendiri kan….?

Sebagai contoh saya merupakan pengedar terbesar jenama Al-Quran Digital My Qalam yang kini menjadi fenomena di Malaysia. Ketika saya mula menjual produk ini, tidak ramai yang menjualnya di internet dan saya Berjaya membukti produk sebegini mampu dijual di internet.

Ketika hendak menjual produk Al-Quran Digital ini, saya menggunakan nama page yang umu iaitu “Taukeh Quran Digital”. Ini kerana saya boleh menjual sebarang jenis atau jenama produk Al-Quran Digital yang baru dalam page tersebut.

Taukeh Quran Digital Page

Sekiranya berlaku sebarang inovasi ataupun saya ingin menjual produk Al-Quran Digital yang lain tetapi menggunakan page yang sama, ia tidak akan memberi sebarang kesan yang besar kepada saya. Ini bermakna Page tersebut boleh digunakan untuk menjual apa sahaja produk yang berkaitan Al-Quran Digital.

Selain itu saya juga ada menjual produk Jam Azan di mana jenama produk itu yang sebenar adalah Jam Azan Adzkar. Namun saya membina page untuk menjualnya dengan menggunakan nama “Jam Azan Bersuara”. Sekiranya saya mempunyai produk jam azan yang lain dan lebih, saya bolehjuga menjual di page ini bukan…? =)

Jam Azan Bersuara Page

 

Tips #3 : Gunakan Nama Produk!

Nama Produk boleh juga dijadikan nama page. Tetapi biarlah produk tersebut adalah kepunyaan kita sendiri. Sekiranya kita menjual produk orang lain tetapi kita memilih untuk menggunakan nama produk tersebut itu adalah atas dasar pilihan masing-masing. =)

Contoh yang saya boleh beri ialah produk The Secret Garden Fanpage kepunyaan salah seorang pelajar saya di mana beliau menggunakan nama produknya sebagai nama page facebooknya bagi tujuan untuk menjual produk tersebut.

The Secret Garden Page

Terdapat juga pelajar saya yang menggunakan nama produk orang lain untuk dijadikan sebagai nama page bagi tujuan menjual produk tersebut. Sebagai contoh “Sarimah Signature Kekal Sihat & Menawan” di mana “Sarimah Signature” adalah nama produk kepunyaan Dato Sarimah.

Pihak “owner” page ini sendiri mengakui sepatutnya beliau tidak menggunakan nama tesebut sebagai nama page namun situasi ini telahpun berlaku. Ini kerana apabila beliau ingin menjual produk yang lain, beliau terpaksa membina page yang baru. Apapun beliau sangat beruntung kerana page yang menjual produk kesihatan & kecantikan tersebut telah mencataan jualan sebanyak tujuh angka!

Sarimah Signature Page

Kesimpulan yang saya dapat berikan ialah, untuk jangkamasa panjang (long-term), dengan menggunakan nama produk sebagai nama page memang tidak disarankan.

Namun untuk jangkamasa pendek (short-term) bagi tujuan untuk mendapat keuntungan dengan kadar yang cepat, ia adalah sangat efektif kerana orang ramai seolah-olah percaya kitalah Tuan punya produk! =)

Similar Posts

67 Comments

  1. Saya suka ayat ni “Adalah lebih baik kita focus untuk membina diri sendiri ataupun jenama juga brand yang kita cipta sendiri kan….?” terima kasih sifu 🙂 hampir-hampir saya juga nak bina fanpage dengan nama produk orang lain..

  2. tumpang tanya, bagaimana satu ayat itu boleh menarik minat dan daya beli apabla dibaca..Terima kasih sifiBads.

  3. Terima kasih tuan. Saya menggunakan Tips #2 kerana banyak jenama untuk servis yang sama. Tak perlu buat fanpage baru.

  4. pages saya akan bermula dengan Yaniz Hamid, then saya asingkan ikut produk yang saya jual. adakah ianya ok atau tidak? dan cover photo saya menggunakan Yaniz Hamid Online Shoppe. SifuFbAds, adakah ianya berbaloi?

  5. Terima kasih kerana memberi ilmu ini. Saya telah cuba buat page sendiri sebelum mengikuti kursus yang lepas di Wisma MCA. Sekarang, saya cuba buat page yang baru untuk produk baru saya. Harap panduan ini, saya gunakan sebaik mungkin. Juga menjadi kenyataan.

  6. Kalau saya jual kereta nissan.. apa nama sesuai ya saya nak letak ya sifu.. mohon pencerahan dari sahabat

  7. Terma kasih sifu atas tips2 nya..sy yg baru nak bermula rasa bersemangat nak truskan niat sy

  8. saya ada 1 persoalan berkaitan nama fanpages ni. kalau ada 2 niche product berbeza…cthnya pakaian dan produk kesihatan, perlukah saya buat 2 page…atau buat 1 page dgn nama page umum mcm “QQ Online Shoppe”. TQ sifu.

  9. sifu saya nk buat page untuk brand shawl saya..
    brand saya namakn “JULIANA” page saya create juga nama “JULIANA” ok x sifu?

  10. Salam sifu sy nk buat produk contact lens tp sy x tau nk ltk nama ape…puas da fkir..sifu ade ideal?

  11. assamlaikum sifu..saya nak tanya..sebagai seorang dropship..sya nak buat page untuk jualan produk kosmtik dan ksihtan atas pelbagai jenama..jadi soalan pertama macam mana cara yabg efektif untuk kita dapatkn like yang banyak? kedua story writting yang mcam mane untuk tarik minat org ramai untuk membeli di page seterusnya mempromosikn page supaya ramai org boleh tahu n like n jdi suggest post? ketiga nama ape yea yang sesuai..sya sgt suka wrna ungu..dan fb sya seblum nie unguviolet..hehe..dan saya rasa macam nak letak violet beauty shop sbb sya selain dropship pakaian/hndbag/kasut..saya juga dropship brg ksmtik..jdinya..page nie khas utk ksmtik dn produk ksihatan jea..ada byk keraguan nie..trutama nya boleh ke dptkan like..sya xprnah buat page..newbie dropship..jdi xpasti page nie boleh kekal lama atau x..huhu..

    1. Nama page tu lebih baik letak nama brand sendiri. Walaupun jual produk org, kita kene jual bwh nama brand sendiri. Nak dpt like byk, kene buat iklan like marketing berterusan. Cara lain, buat content marketing. Sbb org akan byk share. Bila byk share, automatik mereka akan like page kita. Storywriting yg bagus adalah citer sebenar dari pengguna produk kita. Boleh lihat cth di sini – https://sifufbads.com/kategori/kisah-inspirasi/

  12. assalamualaikum sifu jamal. Saya berterima kasih kepada sifu dengan perkogsian ini. Saya sebenarnya ingin rebrandingkan nama page saya disebabkan saya gunakan “direct” nama produk jualan saya. Saya menjual seluar hiking terpakai dan nama fb page saya Seluar Hiking Bundle. Atas permintaan pelanggan2 saya mengenai barangan lain berkaitan outdoor ni, saya ada sumber untuk menjual barang itu cuma saya rasa tidak sesuai untuk menjual di page seluar hiking bundle saya ni disebabkan nama page saya hanya fokuskan untuk jualan seluar hiking bundle. Saya minta jasa baik pendapat daripada sifu jamal untuk memberi pendapat dan pandangan berkaitan permasalahan saya itu. Saya berfikir nak tukar nama page saya sedia ada ini kepada nama lain atau saya perlu buat page fb lain? agak sayang kalau buat page lain sebab page saya dah banyak followersnya. saya juga berminat nak ke seminar sifu. InsyaAllah satu hari saya akan sampai ke seminar sifu. Amin. baru lepas beli buku sifu dan lebih bersemangat untuk fokuskan lagi dengan ilmu sifu berikan dalam buku dan dalam websites ini. Terima Kasih

  13. Salam sifu jamal…
    if nama page ada perkataan “KURUS”…
    adakah mnjadi salah 1 faktor iklan fb ads xapproved?

  14. Salam sifu jamal saya dah cuba tukar nama dia fb ads saya tapi masih xblh tukar macam mna ya cara dia…

  15. assalamualaikum. boleh ke nak minta cadangan sifu utk nama produk. saya nk jual kacang campur (badam, gajus, walnut, dan lain2) dalam 1 pack. mixed nuts. huhuhu dah sakit kepala. mana tahu sifu ada cadangan.

Comments are closed.