INILAH FORMULA TARIK AGEN, YANG MUNGKIN FOUNDER TERLEPAS PANDANG!!
Founder2, banyak yang guna agent, untuk kembangkan bisnes. Betul tak? Tak kira la agen ke, dropship ke, maybe personal shopper ke, affiliate ke..
Semakin ramai agen, semakin tinggi potensi bisnes korang berkembang (tapi, tak semestinya korang guna agen semata-mata, ada banyak cara lain juga)
Sekarang ni saya nak share formula tarik agen, yang mungkin korang tahu, atau mungkin tak tau lagi..
FORMULA TARIK AGEN #1 – VALUE
Korang nak tarik agen, nak tak nak mesti ada value. Value yang buatkan orang nak datang kepada korang, dan berminat berniaga dengan korang.
Value apa?
a) Value produk
Apa nilai produk korang kepada pelanggan? Adakah pelanggan puas hati dgn produk korang? Kualitinya, keberkesanannya, harganya..
Bila pelanggan puas hati, diorang akan repeat membeli, dan sudah pasti ini jadi nilai no.1 yang dilihat oleh bakal agen korang.
Sebabnya – bila produk ada value begini, diorang senang menjual produk.. diorang juga senang dapat repeat customer.. diorang juga tidak perlu keluar kos marketing yang baru..
b) Value brand
Apa value brand founder di pasaran? Bagaimana persepsi, pandangan, penerimaan brand korang di pasaran? Ini juga jadi pertimbangan bakal agen..
Semakin tinggi reputasi, semakin tinggi awareness brand, semakin loyal customer brand korang, semakin tinggi pengaruhnya terhadap bakal agen untuk join…
Value brand korang juga, bakal membezakan kekuatan brand korang dgn pesaing… ini akan pengaruhi bakal agen untuk pilih brand korang, atau pesaing..
c) Value leader
Ya.. value yang ada pada korang as a founder, as a leader. Ni juga sangat mempengaruhi bakal agen untuk sertai korang. Adakah korang sebagai founder cukup berikan inspirasi? Memotivasikan?
Dan bagaimana korang sebagai leader boleh menambah nilai kepada hidup diorang? Adakah korang boleh bantu diorang keluar dari masalah? Boleh bantu capai impian diorang? Bantu diorang grow lagi?
Dan juga, bagaimana korang sebagai founder boleh mengawal anak2 buah yang ramai? Yang buatkan diorang juga rasa SECURE.. rasa dalam INCONTROL..
Tu formula pertama tarik agen yang pertama, iaitu VALUE!
Korang boleh tonjolkan dalam personal branding korang.. boleh juga dalam training.. dalam update harian.. dalam live… dan juga, ianya jadi word of mouth agen2 sedia ada korang.
Ok, dapat sesuatu so far?
Boleh saya share formula yang ke2 pula? Jom…
FORMULA TARIK AGEN #2 – BRAND
Formula tarik agen yg ke2, simple.. Simple, tapi impak besar jika korang boleh buat..
Orang nak jadi agen korang, salah satu sebab utamanya adalah, dari kekuatan brand korang, especially brand awareness, brand reputation, brand loyalty yg wujud..
Orang lebih tertarik dengan brand yang dipercayai, dan juga brand yang popular.. Sebab diorang yakin, diorang senang menjual kepada pengguna yang memang dah mengenali brand korang..
Sebab itulah, brand yang sering muncul dalam iklan seperti di radio, billboard, yang selalu di review influencer, atau yang sering dikongsikan oleh pelanggan, lebih mudah menarik orang jadi agen, berbanding brand yang kurang popular..
So, korang kena usaha bagaimana buatkan brand korang selalu dilihat, selalu muncul, selalu menonjol di mata audien..
Brand yang bagus, juga menjadi brand yang diperkatakan, disebarkan (word of mouth), yang boleh pengaruh orang untuk jadi agen..
Ok, dapat sesuatu hari ni?
Dengan 2 formula ini je, orang ramai akan lebih mudah tertarik nak join jadi agent korang. Ini baru first step. Next step pula, kita kena train dan reward mereka supaya mereka setia untuk bersama-sama bangun empayar bisnes kita.
Nanti saya share lagi ye…
Setuju. Banyak perlu dibuat untuk tarik orang menjadi ejen kita. Terima Kasih atas penulisan diatas.