NAK TAHU BAGAIMANA BUAT PLANNING BISNES ANDA UNTUK TAHUN 2024?
Dalam beberapa minggu ni ramai yang tanya, yang mengadu challenge2 diorang tengah hadap pada masa sekarang ni..
“Sales saya tahun ni alhamdulillah 2.7juta, tp profit rendah sangat.. bawah 7%. Rasa penat je buat bisnes tapi dpt byk ni. Macam mana saya nak improve utk next plan?” ~ Founder skincare mengadu”
“Tahun ni saya silap langkah la sifu. Bila orang sibuk buang harga, saya pun turunkan harga. Mmg boleh buat sales tapi bila nak jual harga asal balik, susah!” ~ Founder baju kurung”
“Sekarang ni sales saya menurun pada quarter ke-3 tahun ni.. Saya rasa buying power mmg menurun. Saya nak develop produk2 baru yg sesuai utk target market saya, tp saya tak tahu la strategi saya ni betul atau tak.. Boleh tak sifu bantu saya?”
Macam2 lagi la yang mengadu. Sebenarnya, setiap masalah itu ada jalannya.. Antaranya adalah,
#1. Post mortem bisnes 2023
Post mortem balik bisnes kita pada tahun 2023 ni dan kenalpasti apa value yang terkuat yang patut difokuskan next plan.
Ambil masa untuk fikir balik perjalanan bisnes kita dalam tahun 2023.
Mulakan dengan tanya diri sendiri, “Apa yang kita dah berjaya capai?” dan “Apa yang gagal?”
Tengok balik goal yang kita set untuk 2023.
Berapa banyak yang kita achieve?
Kalau achieve, bagus lah!
Tapi kalau ada yang tak tercapai, jangan stress sangat, jangan give up!
Kita perlu tahu apa yang boleh improve next time.
Tengok sales dan revenue kita.
- Apakah produk yang paling laku?
- Adakah ada pattern tertentu?
Kalau ada produk yang slow, mungkin kita kena fikir cara nak boost sales dia.
Cuba cari punca kenapa ada product jadi best-seller, lepas tu duplicate strategi tu untuk produk lain pula.
Kita kena check balik marketing strategies kita.
Apa yang berkesan? Apa yang tak?
Kalau ada campaign yang boleh buat bisnes kita viral dan meletop, maybe kita boleh duplicate lagi.
Tapi kalau tak menjana sales, kena tukar strategy lain pula.
Mungkin perlu tukar lagi targeting audience.
Selain dari aspek sales, kena jugak tengok operasi bisnes.
Adakah ada bottleneck dalam proses?
Maybe ada area yang boleh kita automate untuk jimat masa dan kos.
Check juga supply chain – kalau ada masalah dengan supplier, mungkin perlu evaluate semula hubungan bisnes tu.
Kena check financial health bisnes.
Adakah kita masih dalam budget?
Ada hutang ke tak? Kalau ada, mungkin kena atur balik payment plan.
Kalau ada team, kena jugak evaluate performance diorang.
- Apa yang diorang dah contribute?
- Ada kekosongan dalam skill set diorang?
Kalau ada, maybe kita perlu invest dalam training.
Sebabnya, team yang kuat membantu bisnes untuk terus maju.
Lepas dah analyze semua, kita kena set goal baru berdasarkan data yang kita ada.
- Nak capai milestone apa dalam tahun ni?
- Nak improve sales berapa percent?
- Nak target market mana lagi?
Semua ini kena susun plan..
#2. SWOT Analysis Competitor
Kena buat SWOT Analysis dengan competitor yang levelnya lebih tinggi, sama dengan kita & rendah dari kita.
Supaya kita tahu apa value & strategi yang kita boleh gunakan untuk win pada masa akan datang.
Okay, lepas dah kenal competitor, kita tengok dulu kekuatan diorang.
Apa yang diorang buat?
Mungkin diorang ada team yang super creative, atau diorang punya marketing game strong.
Tulis semua kekuatan diorang.
Kita kena kenal juga kelemahan diorang.
Maybe diorang slow dalam process, atau customer service diorang lemah.
Senaraikan semua kelemahan diorang.
Barulah kita dapat mencari peluang selepas tahu weaknesses competitor.
Apa peluang yang ada dalam pasaran ni yang kita boleh ambil kesempatan?
Mungkin ramai orang sekarang suka produk sustainable, atau maybe ada trend baru yang kita boleh masuk.
Dengan tengok peluang ni, kita boleh adjust strategi perniagaan kita.
Jangan lupa senaraikan Threats atau ancaman kepada bisnes kita.
Apa yang boleh jadi ancaman kepada bisnes kita?
Mungkin competitor baru yang muncul, atau teknologi baru yang boleh kacau pasaran kita.
Dengan step ni, kita boleh prepare diri dan strategi untuk menghadapinya.
Lepas dah list down semua pasal competitor, kita kena compare dengan bisnes kita sendiri. Apa yang kita ada yang diorang tak ada, dan sebaliknya.
Contoh, mungkin kita ada team yang lebih passionate, atau kita ada customer base yang lebih loyal.
Ini lah bahan untuk kita bina strategy yang tak sama macam diorang.
Lepas dah buat SWOT Analysis dengan competitor, sekarang kita kena plan next moves.
- Based on apa yang kita dah tengok tadi, apa yang kita nak buat?
- Mungkin kita nak train team, atau kita nak improve lagi customer service.
Bila kita dah plan strategy, kita kena execute dengan laju.
#3. Market Research
Buat balik Market Research untuk 2023, termasuk pada waktu2 krisis sebelum ni.
Yang melibatkan buying demand, buying power, buying pattern dan juga buying behaviour pelanggan ketika membeli untuk masa akan datang.
kita kena tahu apa matlamat kita buat market research.
Nak tahu trend terkini?
Nak cari customer baru? Nak lawan competitor?
Set matlamat tu dulu, baru senang nak fokus.
Kita kena analisis data lama kita. Tengok pattern, perubahan, dan apa yang berjaya atau tak berjaya.
Ambil peluang untuk explore pelbagai sumber informasi.
Biasanya, info ini boleh dapat dari orang yang dah lama berada dalam pasaran.
Kemudian, kita perlu tengok balik produk kita.
Adakah perlu improve untuk tambah nilai lagi?
Mungkin kita perlu buat upgrade, tambah features baru, atau tukar packaging yang lebih catchy.
Tapi, sebelum upgrade produk, kita perlu tahu apa yang customer perlukan?
Ni cara paling direct, buat online surveys atau polls.
Platforms macam Google Forms atau SurveyMonkey memudahkan kita nak create surveys.
Tanya pendapat pelanggan tentang produk kita, apa yang diorang nak improve, atau adakah diorang suka dengan cara kita berkomunikasi.
Kalau kita dah ada pelanggan yang loyal, kena interview diorang.
- Tanya diorang apa yang buat diorang terus setia dengan produk kita.
- Maybe diorang ada insight yang kita tak pernah terfikir.
Kalau ada industry events atau webinars, jangan lepaskan peluang untuk join.
Bukan saja kita boleh dengar expert sharing, tapi juga kita boleh network dengan orang dalam bidang yang sama. Networking ni penting,
Bila teknologi maju, customer behavior pun berubah.
Contohnya, mungkin dulu diorang suka shopping di kedai fizikal, sekarang lebih suka online. Kalau kita tak follow dengan perubahan ni, bisnes kita boleh ketinggalan.
So, analisis customer behavior dan cuba adaptasi strategi bisnes kita ikut trend.
#4. Growth Strategy
Dari market research tu, tengok balik apa strategi bisnes grow yang sesuai untuk 2024.
Sama ada perlu tambah branch, create produk baru, masuk market baru atau diversify.
Jangan jadi selesa dengan apa yang kita ada sekarang.
- Ambil masa untuk tengok balik produk kita.
- Adakah ada improvement yang boleh kita buat?
Bila kita tambah nilai, pelanggan lagi suka.
Kita kena focus untuk build up brand kita.
Bina identiti yang kuat, yang orang boleh relate.
Ada banyak cara nak buat ni – dari logo, warna brand, hingga cara kita communicate dengan pelanggan.
Ingat, jenama yang kuat, bisnes pun akan kuat!
Bina networking yang kuat. Join event-industry, collaborate dengan bisnes lain yang relevan untuk grow bersama-sama kita.
Boleh buat loyalty points, exclusive discounts untuk customer setia, atau maybe buat membership program yang exclusive.
Pelanggan yang setia ni adalah asset besar, so kena reward kat diorang.
Fokus kepada kualiti customer service.
Pelanggan suka rasa dihargai, so layan diorang dengan baik.
Boleh juga implement chat support atau feedback system untuk mereka share pengalaman diorang.
#5. Financial Capability
Bagaimana menganalisa financial capability pada masa sekarang atau untuk tahun hadapan yg melibatkan pertambahan logistic, team, resizing, atau restructuring mengikut projection tahun hadapan.
Kita kena tengok keadaan kewangan keseluruhan perniagaan kita.
Buat satu-satu review dari segi aset, hutang, dan pendapatan.
Kita nak tahu berapa banyak duit dalam bank kita, berapa banyak yang kita hutang, dan berapa banyak yang kita boleh dapat setiap bulan.
Check cash flow syarikat. Tengok berapa banyak duit yang masuk, berapa banyak yang keluar. Ada tak perubahan yang besar dari bulan ke bulan?
Kalau ada, kena faham sebab-sebab dia.
Kalau cash flow tak smooth, mungkin kita kena fikir cara untuk stabilkan balik.
Profit and Loss Statement ni adalah benda yang wajib diperhatikan.
- Kita boleh monitor di mana produk yang buat profit, dan rugi.
- Dengan buat analyze ni, kita boleh adjust strategy kita.
Bandingkan keadaan kewangan kita dengan matlamat bisnes kita.
Kalau kita nak expand, tapi financial capability tak cukup, kita kena ada plan untuk tambah duit.
Kalau kita nak maintain bisnes, kena tahu berapa banyak sales kita perlukan untuk setiap bulan.
Financial capability kena align dengan matlamat kita.
Jadi kena rancang budget dengan teliti.
Buat kira-kira untuk setiap aspek perniagaan – dari gaji pekerja sampai ke marketing dan expenses setiap bulan.
Bukan tu je, setiap bisnes kena ada emergency fund.
Ini adalah backup plan kalau ada unexpected expenses atau bisnes dah mula slow.
Kira-kira berapa banyak duit yang kita boleh simpan untuk keadaan yang tak terduga.
Semak balik pelaburan dan expenses kita.
- Kalau ada pelaburan yang tak memberi return yang baik, kena evaluate balik.
- Kalau ada expenses yang boleh kita kurangkan, kita kena take action.
- Every sen yang kita spend kena ada value dan return.
Kalau financial capability kita tak cukup untuk projek besar, ada banyak alternatif financing yang boleh kita cuba.
Maybe kita boleh apply for business loan, atau cari investor yang berminat untuk join venture, atau cari sponsorship yang boleh cover kos-kos besar.
Belajar sesuatu daripada sharing ni?
Haa.. Itu antara strategi2 yang kita kena tahu untuk growkan lagi bisnes kita.
Cuba lihat balik bisnes kita pada 2023.
Pasti ada down moments, yang buatkan kita rasa nak give up!
Tapi, inilah tempoh pembelajaran yang berharga.
Kita belajar bukan hanya dari kejayaan, tapi juga dari kesilapan. Semua tu adalah pengalaman yang membentuk perjalanan bisnes kita.
Tahun 2024 adalah chapter baru untuk bisnes kita.
Setiap planning hari ini, adalah langkah untuk kita improve dan grow ke next level!
Okay, harap korang dapat idea baru dari sharing saya ni!
Saya doakan bisnes korang terus maju dan berjaya!
menarik!